Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Sunday, November 3

Situa nyanyok

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil kesempatan di hari terakhir kempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau untuk menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai orang yang tidak tahu bersyukur.

Sedangkan, Anwar sendiri mampu mendapat pendidikan yang baik kerana bapa kepada bekas timbalan perdana menteri itu, Datuk Ibrahim Abdul Rahman seorang ahli Umno, kata Mahathir.

Dah nyanyuk ke apa si tua ni, nak bersyukur apa kepada perompak penyamun dan lebih-lebih lagi org yg bertanggungjawab mengaibkan nya.

Cuba kalau dia yg kena diaibkan, ditelanjang, dipukul sehingga lebam, kemudian dihina sebegitu rupa, sedangkan selama ini beliau merupakan balaci paling taat kepada tuannya.

Read more...

Saturday, October 12

BILA MENTERI 'TEMBAK DULU' BERTAQYIAH

Dah lama betul aku tak menulis dalam blog ni tetiba pulak aku terasa nak menulis, kekadang aku lebih selesa menulis di fb kerana respon yg cepat dan boleh terus besoal jawab dgn pantas.

Kali ini aku ingin nak menulis tentang seorang menteri, aku gelarkan menteri 'tembak dulu' ye. daripada seorang menteri yg tak berape popular tetiba je menjadi popular kerana dipopularkan oleh kita juga, tp terpaksa kan sebab menteri ni mmg tgh mencari populariti terutama dekat dgn pemilihan pucuk pimpinan parti busuk sampai keusus dia, atau lebih dikenali parti bodoh oleh mantan big bos kutty dia.

Dia ni selalu bila dah kantoi dgn statment2 kontrovesi dia, pasti akan meroyan dgn alasan yg hampir serupa "jangan putarbelitkan kenyataan saya" tak pun kenyataan saya disalahtafsirkan". ayat2 klise yg biasa digunakan tuk menutup kekantolannya.

terbaru katanya tembakan amaran bukan lah SOP polis, pelik gak ye kalau bukan tembakan tu sop polis, jadi polis gunakan apa ye tuk bg amaran kepada orang yang disyaki penjenayah, mungkin sop yg betul adalah perkataan "jangan bergerak kami polis" ayat biasa yang kita dengar melalui drama kepolisian tu.

penafian juga dibuat terhadap ucapannya tentang tiga line.

Menteri 'tembak dulu' mendakwa, kenyataannya berhubung kumpulan gengster Tiga Line yang diucapkan di Melaka pada Sabtu lalu diputar belit.


"Saya tidak pernah sebut Tiga Line orang kita. Saya cakap ia merupakan serpihan dari kumpulan Pertubuham Kebajikan Dakwah dan Islamiah (Pekida) dan pecahan itu mewujudkan Tiga Line.

"Saya mendapat laporan terperinci mengenai kumpulan ini, sejak sebelum jadi menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri).

"Tetapi jika dalam kalangan mereka jadi bouncer, penarik kereta dan terlibat dengan jenayah saya akan minta polis tangkap mereka. Kenapa ayat itu tidak keluar," beliau dipetik sebagai berkata olehSinar Harian.

Malaysiakini pada 7 Oktober lalu, melaporkan beliau menyifatkan Tiga Line sebagai rakan-rakan dan menyarakan pihak itu "menjalankan apa yang patut".

Beliau juga menyebut bahawa Tiga Line bukanlah "samseng betul" tetapi hanya "gengster kenduri-kendara".

Malaysiakini juga melaporkan beliau sebagai menyebut bahawa anggota itu asalnya anggota Pekida.

apa pun alasannya ttp sama, putar belit atau salah tafsir.

Read more...

Friday, May 24

Menteri kerajaan minoriti jangan lembukan polis boleh tak?


Apa barang ni semua beb, main tangkap-tangkap, presepsi masyarakat semakin nagetif kepada intagreti polis beb, dah macam jadi kuda tunggangan BN selayaknya. 

Kalau sentuh bab polis ni bila silap cakap kena la nnti duk dalam hotel free, tapi bila kejadian tangkapan hanya kepada orang kuat parti pembangkang, rakyat mula menilai dah.

Mana pergi tangkapan kepada Zul kulim yang terang2 mencentuskan keadaan tegang memaki masyarakt india dengan panggilan yang menhina, mana pula tangkapan terhadap berahim katak yg terang2 mengajak orang membakar bible yg boleh mencetuskan ketegangan agama. tu belum lagi mulut2 celupar menteri kaberet najib yang kuat berbaur perkauman.

Kenapa pula surat khabar fitnah paling aula di malaysia lidah syaitan yg dikenali umno masih boleh sewenang2nya mehamburkan kata2 provokasi kaum dan agama. adakah kdn dah menjadi badan pekak n tuli dan berterusan menjadi kuda pemerintah zalim. Ingat beb lu cuma minoriti yang berjaya memerintah hasil auta dan belit kamu.

Hormat kepada polis semakin terhakis, woi menteri kerajaan minoriti jangan lembukan polis boleh.

Read more...

Wednesday, May 22

Adakah kita bakal dikencing lembu


Bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau bersetuju membayar sejumlah RM2.75 juta kepada ahli perniagaan  Datuk Shamsubahrin Ismail bagi perkhidmatan nasihat dan konsultansi untuk tempoh 12 bulan.
Mohamad Salleh, 65, berkata persetujuan itu dibuat secara lisan bagi mendapatkan perkhidmatan yang merangkumi kepakaran dalam bidang korporat, media dan perhubungan awam untuk memulih nama baik syarikat dan keluarga selepas diserang bertalu-talu oleh pembangkang melalui media.
"Serangan tersebut menuduh 'keadaan NFC kucar-kacir', tidak mempamer prestasi yang diharapkan, ada yang kata projek NFC gagal sedangkan projek itu baru bermula pada 2009 iaitu baru beroperasi satu setengah tahun," katanya pada pemeriksaan utama oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa.sumber gua cilok dari sini

untung nya jadi konsultant lembu kan setahun RM2.75juta, yg lebih pelik pulak adalah dibuat secara pesetujuan lisan tanpa dokumen bertulis la maksudnya tu. syarikat apa yg berniaga macam ni, kalau gua la mana libatkan ratus2 pun gua akan adakan persetujuan bertulis, biar jelas gitu.
Apa jumlah sebanyak Rm2.75juta tu jumlah yang sedikit agaknya bagi satu projek duit free mcm NFC kot. Drama2, agak2 la orang yang berakal waras boleh ke terima cerita2 ni. tp apa pun kita tunggu je la penjelasan seterusnya di mahkamah nnti kalau tulis lebih2 dikata ganggu proses mahkamah la pulak kan.

Read more...

PAS JANGAN BODOH




Sebelum aku berehat dari fb ni aku nak melakarkan coretan sedikit semoga ianya boleh menjadi iktibar atau pun boleh dibakul sampahkan jika ianya tidak membantu, Selepas kekalahan Pr pada pru lepas mmg ramai yang merasa tidak puas hati disebabkan oleh beberape insiden yg meragukan yang boleh dipertikaikan. Ketelusan pilihanraya mmg boleh diragui, tapi itu semua telah belalu, fokus utama adalah apa yang bakal berlaku. Kenyataan media dari pihak pr ku lihat hampir tidak selari antara parti2 yg ujud dalam komponen pr.
Beberape hari ini ku lihat kenyataan dr pemimpin pas yang aku jangka akan memakan diri sendiri, antaranya kata2 presiden pasuntuk tidak melibatkan diri dalam perhimpunan blackout merupakan satu tindakan yg pada gua seolah merestui apa sahaja penipuan yg dibuat oleh pihak disana, baru2 ni pula Nik Abduh mengeluarkan kenyataan tentang jangan gelojoh, media bn yg memang terkenal dgn putar belit tetiba mendapat peluru untuk menembak pr, spring perkataan yg sepatutnya tidak keluar dari mulut pemimpin rupanya telah juga keluar, seolah2 merelakan diri pr diratah oleh presepsi yg dimainkan oleh bn.
Azmin n zuraidah dr pkr pula, degan mulut cabulnya telah memberi garam terhadap luka yang ditanggung oleh pr, bodoh gitu. Apa yang aku lihat Dap lebih matang kali ini, pemimpinnya lebih banyak tutup mulut dari memberi peluru kepada bn.
Sebenarnya, aku amat keccewa kepada kekalahan pas di kedah berbanding dgn kekalahan pr di Malaysia, kerana bagi ku pr tak kalah di Malaysia tp pas kalah di Kedah. Kenapa ini boleh berlaku amat menghairankan, sudah diadakan ke post mortem kekalahan ini, atau post mortem semasa pas kalah di terenganu dulu hanya retorik dan kajian sebab kekalahan itu dibakul sampahkan sahaja.
Kita lihat kenapa pas kalah dikedah, dimana pengundi kedah lebih rela mengangkat seorang yg sangat dipertikaikan kredibilitinya menjadi MB. Kenapa pas kedah gagal, oppp silap  kenapa pas gagal. Adakah selama ini pas buta terhadap masalah di kedah, buta semakin ramai anak muda n tua menjadi ahli daun ketum, buta semakin ramai warganya hidup tersepit disebabkan kekangan ekonomi, buta tiada pembangunan fizikal n rohani yag besar selama 5 tahun memerintah.
Pas mungkin boleh berbangga dapat menambahkan pendapatan negeri, kemudiannya berjaya mengecilkan hutang yg ditinggalkan oleh bn, adakah itu yg diminta oleh rakyat kedah, adakah dengan rasa bangga sahaja dapat mengisi perut yg kelaparan, rumah yg semakin bobrok.
Pas berjaya mengondolkan hutan kedah tapi dimanakah duit hasil pengondolan ini, bayar hutang, untuk siapa untuk bn, jadi rakyat kedah pula nak disuruh bersabar makan batu gitu. Kenapa pas tidak ambil contoh apa yang dilakukan oleh dap di penang, pkr di Selangor, apa yg pas beri kepada rakyat kedah. Air percuma, khairat kematian, elaun tahfis, peningkatan peruntukan kepada sar, bantuan kepada golongan miskin.
Kenapa rakyat masih termakan dgn gula2 Br1m, jawpannya adalah rakyat terdesak dengan kesempitan hidup, rakyat nak kerajaan yg membantu walau tak banyak sedikit pun jadilah,  Nampak adanya keperhatinan disitu. Pas tak pernah nak belajar dari kesilapan di terngganu dulu. Apa yang berlaku di kedah hampir serupa apa yang berlaku diterenganu, pas gagal melihat apa yang rakyat mahu.
Mungkin ada yang tidak setuju dengan penulisan aku ini, dah sibuk menunding kesalahan kepada bn, dah ko tahu bn tu penipu kenapa ko boleh ditipu. Jangan bagi ruang bn menipu, semasa pru lepas berkesan kah pas menjawab isu2 yang dibangkitkan oleh bn, tak kan. Bn dah macam gitu dan akan terus begitu, jadi lihat kelemahan sendiri.
Sebenarnya panjang yang aku nak tulis tapi, setakat ini je dulu, pas berubah la, belajar dari kesilapan, belajar dengar rintihan rakyat, belajar dari ilmu, bukan dari pemikiran terkongkong, belajar bergaul degan rakyat bukan hanya duduk dalam kepompong sendiri, belajar memahami kehendak rakyat, belajar untuk jadi lebih cerdik, apa pun pada gua kekalahan di kedah amat memalukan, seolah2 maruah pas disentap dan dipertontonkan ke khalayak.

Read more...

Friday, May 10

lawak ngeri dari badut tua

Dah lama juga gua tak menulis dalam blog ni, gua bayak menghabiskan masa untuk ber fb je, ntah tetiba malam ni gua macam menjadi rajin pula untuk menulis, sebenarnya gua semakin meluat melihat senario politik dalam malaysia ni, bobrok.

Dah la menipu dlm pru, menang, gua ingat relex je, rupanya hati iblis yang ada pada batang tubuh umno ni tak pernah putih semakin gelap, dibangkitkan pula isu perkauman, menjolok sarang tabuan perkauman dgn gelaran berbagai tsunami cina la, tak reti berterimakasih la, dan macam2 lagi.

Terbaru cuba melaga-lagakan pr, melalui isu Azmin, (mmg pun Azmin ni bingai), isu nak pancing pas bentuk kerajaan perpaduan, yg lebih lawak nak pula bergabung dengan Dap yang dikatakan komunis, isu paling besar adalah membangkitkan isu 13 mei kan haramjadah namanya tu.

Tapi dalam panas hati gua, ari ni gua dihiburkan oleh joker, gua tak nak komen lebih nanti kedalam pulak macam member blogger lain tu, apa pun saksikan la lawak ngeri ni........


Read more...

Thursday, April 11

BERJAYA MARTABATKAN UMAT MELAYU


Pada 16 Februari 2013 yang lalu, pihak BERNAMA telah mengeluarkan senarai penuh 20 orang yang terkaya di Malaysia untuk tahun 2013. Tidak banyak yang berubah berbanding senarai tahun lalu, hanya 2 tempat sahaja bertukar kedudukan.

Senarai 20 Orang Terkaya di Malaysia 2013

  1. Robert Kuok Hock Nien (RM46.1 bilion) (Kerry Group/Kuok Group)
  2. T Ananda Krishnan ( RM32.90 bilion) (Usaha Tegas)
  3. Tan Sri Teh Hong Piow (RM13.73 bilion) (Public Bank)
  4. Tan Sri Quek Leng Chan (RM11.09 bilion) (Hong Leong Group & Guoco Group)
  5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM10.6 bilion) (Al-Bukhary Foundation)
  6. Tan Sri Lee Shin Cheng (RM10.56 bilion) (IOI Group)
  7. Tan Sri Lim Kok Thay ( RM8.12 bilion) (Genting Group)
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (RM7.23 bilion) (Genting Group)
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (RM6.35 bilion) (Rimbunan Hijau)
  10. Ong Beng Seng (RM4.016 bilion) (Hotel Properties Ltd)
  11. Tan Sri Azman Hashim (RM3.84 bilion) (Arab-Malaysian Corp)
  12. Tan Sri Yeoh Tiong Lay (RM3.467 bilion) (YTL Group)
  13. Datuk Mokhzani Mahathir (RM2.669 bilion) (SapuraKencana Petroleum)
  14. Tan Sri Vincent Tan (RM2.256 bilion) (Berjaya Group)
  15. Datuk Desmond Lim (RM1.869 bilion) (Pavilion REIT)
  16. Datuk Lee Yeow Chor (RM1.742.47 bilion) (IOI Group)
  17. Lee Yeow Seng (RM1.699 bilion) (IOI Group)
  18. Tan Sri Lau Cho Kun (RM1.697 bilion) (Hap Seng Consolidated)
  19. Datuk Shahril Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
  20. Datuk Shahriman Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
Tetapi ada juga kalangan taikun di atas yang boleh kami katakan ibarat jenis kapitalis bertongkat, yang acapkali disuap dan dibantu “atas nama persahabatan”. Mereka-mereka ini sebenarnya bukannnya berdiri seperti yang ada sekarang ini atas 100% usaha sendiri. Acapkali kerajaan menyediakan “silver plate” untuk mereka menjadi lebih kaya dan bertambah kaya.
Kalangan orang terkaya di Malaysia 2013 yang sebegini yang kami perlu hormat? Kami pulangkan persoalan ini kepada anda.
Macam-macam polisi yang membantu menyenangkan perniagaan dan usaha mereka untuk menjadi lebih kaya selama ini. Sehingga ada menyebabkan rakyat Malaysia merasa tempias kesusahannya :
  1. Hak ekslusif perjudian
  2. Perolehan AP gula, kereta yang cukup ekslusif kepada mereka. Akhirnya apa jadi?
  3. Hak milik tanah dilanjutkan.
  4. Menikmati subsidi gas yang tinggi untuk penjanaan bisnes elektrik mereka (IPP)
  5. Dah jana elektrik, jual pula kepada TNB harga mahal. Akhirnya siapa yang terbeban? Menjadi kaya dengan cara menindas golongan bawahan patutkah?
  6. Perjanjian berat sebelah
  7. Jaminan bailout, jaminan untung
  8. Kebenaran monopoli sesuatu lapangan perniagaan di Malaysia
  9. Tender rundingan terus (direct nego). Ada yang tiada kepakaran tetapi diberikan  juga projek tersebut bernilai berbilion ringgit. Akhirnya selepas menang, bukan nya mereka yang buat sistem itupun, tetapi diberikan pula kepada syarikat lain yang berpengkalan di Britain. (SUMBER? KLIK SINI). Indahnya kapitalis ini buat duit di Malaysia.
  10. Ada lagi anda mahu tambah?



Read more...

Saturday, April 6

Soalan yang biasa ditanyakan

Saya ingin menanyakan beberapa soalan kepada ustaz berkenaan dgn hukum kita sebagai pengundi Islam yg mengundi pengundi bukan Islam sedangkan kita ketahui bahawa kita sebagai seorg yg muslim dilarang utk memilih seorg bukan Islam sebagai ketua atau pemimpin.

1. Adakah kita boleh memilih calon bukan

Islam (contohnya dari DAP/KeAdilan) sekiranya pemimpin itu bersatu di bawah BA(Barisan Alternatif) dan bukan bersama BN ?

2. Bagaimana sekiranya ada calon dari UMNO/BN(seorg yg kita ketahui beragama Islam) bertanding dgn calon Keadilan(bukan beragama Islam),mana satukah calon yg harus kita pilih berdasarkan prinsip kita menurut perspektif Islam.Apakah hukumnya jika kita tersilap memilih pemimpin(imam) kita?

3. Apakah pandangan ustaz apabila perkataan Islam dipadamkan dari parti politik dan sebarang pertubuhan?UMNO menjelaskan bahawa nama Islam harus dimansuhkan utk mengelakkan nama Islam itu dari di salahgunakan oleh parti politik atau mana² pertubuhan kerana ada yg beranggapan bahawa Islam bukan parti. Sila perjelaskan ustaz.

4. Minta penjelasan ustaz mengenai "Pangkah PAS masuk syurga, pangkah UMNO masuk neraka". Benarkah ada di kalangan pimpinan PAS pernah berkata sedemikian rupa?Dan bolehkah kita sebagai seorg muslim berkata sedemikian kepada org UMNO semata-mata utk meraih undi.

Sekian sahaja utk kali ini.Semoga ustaz boleh menjawab segala soalan ini dgn jelas.. Segala usaha ustaz utk menjawab hanya ALLAH sahaja yg mampu membalasnya.

JAWAPAN:

1. Harus untuk kita memilih calon yg bukan beragama Islam untuk memberi kemenangan kpd sebuah gagasan perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman seperti yg diperjuangkan oleh BA. Tidak salah kita bekerjasama atau memohon pertolongan org bukan Islam dlm usaha yg murni seperti mmebanteras kezaliman, di mana selagi kerajaan sedia ada tidak ditumbangkan, kezaliman akan terus berleluasa terutama terhadap segolongan rakyat yg tidak bersetuju dgn arus perdana. Selagi tidak ditumbangkan, tidak mungkin akta2 yg zalim itu dapat dimansuh atau dipinda, tak mungkin ISA yg memberi kuasa kpd polis dan menteri dalam negeri menjadi hakim, dapat dihapuskan. Oleh itu, harus hukumnya untuk kita mengundi calon bukan Islam yg sama perjuangann ya dgn kita. Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Dan bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkata dosa dan pencabulan/permusuhan" (Surah al-Maidah: 2). Nabi s.a.w. juga pernah meminta pertolongan drp seorang kafir musyrik yg bernama Abdullah bin `Uraiqit untuk menunjuk jalan menuju ke Yathrib (kemudiannya dinamakan Madinah) semasa berhijrah untuk menyelamatkan diri drp cubaan membunuh oleh musyrikin Mekah dan untuk mengembangkan dakwah dalam fasa yang lebih luas.

Sebaliknya, menyokong calon2 yg hanya berperanan mempertahankan dasar sekularisme dan undang2 zalim, tak kira calon itu beragama Islam (sudah tentu Islam yg jahil) atau pun bukan beragama Islam, adalah tidak harus dan boleh membawa dosa. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yg bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang2 yg zalim, nanti kamu disambar api neraka" (Surah Huud: 113) dan juga larangan bekerjasama dlm perkara dosa dan pencabulan spt dlm ayat al-Maidah: 2 di atas.

2. Atas prinsip hendak memperjuangkan keadilan dan membanteras kezaliman, adalah wajib menyokong calon yg sama2 memperjuangkan prinsip yg mulia itu, w/pun calon itu bukan beragama Islam. Sebaliknya calon yg cuba mengekalkan sistem sedia ada yg korup, zalim dan menindas itu adalah tidak harus disokong w/pun kebetulan ia beragama Islam. Agama adalah perkara lahiriah semata-mata, apabila seseorang itu mengaku beragama Islam, maka kita tak boleh menafikan keIslamannya, tetapi dlm sirah Nabi s.a.w. pun ramai orang Islam yang tak beramal dgn tuntutan Islam dan mereka itu dikenali sebg munafiq. Kalau zaman baginda ada munafiq, zaman ini lebih ramai lagi. Sebenarnya orang munafiq ini lebih bahaya drp org kafir kerana kita keliru terhadap org munafiq itu tetapi jelas terhadap org kafir. Jadi secara jelasnya, adalah menjadi tuntutan syariat Islam yg memperjuangkan keadilan, calon BA sama ada drp DAP atau Keadilan hendaklah disokong w/pun bukan beragama Islam dan calon BN hendaklah ditolak w/pun beragama Islam. Kesilapan memilih pemimpin adalah tanggungjawab kita yg akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak. Tangan, kaki, mata, telinga, hati bahkan seluruh anggota kita akan disoal dan akan bersaksi di hadapan Allah s.w.t. terhadap semua amal kita di dunia ini, termasuk amal ketika mengundi (rujuk Surah Yaasiin: 65). Begitu juga semua amal kita walaupun sebesar zarah (sama ada yg baik atau yg jahat), akan kita terima akibat dan balasannya yg adil drp Allah s.w.t. (rujuk Surah al-Zalzalah: 6 -8)

3. Memakai nama Islam adalah satu perkara yg harus dan tiada larangan terhadapnya s/ada dalam al-Quran atau Sunnah, apatah lagi nama itu dipakai kerana utk perjuangan menegakkannya, bukan utk mencari duniawi. Ini telah saya bahaskan secara panjang lebar dlm sebuah rencana saya yg bertajuk "Penggunaan nama 'Islam' pada pandangan Islam" (sila rujuk arkib tulisan saya di laman Minda Rakyat atau Tranung Kite). UMNO cuba menggunakan undang2 utk mengharamkan nama itu disebabkan ia sudah terdesak dgn sangkaan kononnya dgn nama 'Islam' itulah maka sokongan terhadap UMNO merosot teruk. Kalau benar begitu, kenapa UMNO juga tidak menggunakan nama 'Islam' utk dapat sokongan yg lebih baik. Kalau UMNO tak nak pakai, kenapa larang orang lain pakai?

4. Setahu saya tak ada pemimpin Pas atau mana2 org Pas yg beriktikad sedemikian, kononnya pangkah PAS otomatik dapat masuk syurga dan pangkah UMNO otomatik akan ke neraka. Sebenarnya itu hanyalah karut marut org2 UMNO utk menuduh Pas membawa 'ajaran sesat'. Saya yakin, semua ahli Pas faham bahawa perjuangan mereka utk menegakkan Islam menurut al-Quran dan sunnah itulah yg boleh menjadi sebab utk mendapatkan syurga, tapi mereka tak boleh beli syurga Allah s.w.t. dgn sekadar mengundi Pas tetapi tidak melakukan kebajikan yg lain. Begitu juga, saya yakin, ahli Pas juga faham bahawa pangkah UMNO/BN adalah salah satu sebab seseorg itu boleh dicampakkan ke neraka (perhatikan ayat 113 drp Surah Huud di atas), tetapi mungkin juga dia tak dimasukkan ke neraka jika dia bertaubat dan mengubah pendirian sebelum matinya. Syurga dan nereka hanya milik mutlak Allah s.w.t., bukan milik sesiapa, tetapi Nabi s.a.w. sentiasa menjanjikan syurga bg org yg memperjuangkan Islam (apatah lagi jika mati atas perjuangan itu) dan sentiasa menjanjikan neraka bg org yg menghalang org lain drp mendekati agama Allah s.w.t.. Ini bukan rasuah syurga spt disangka oleh sesetengah org yg jahil tapi perasan dirinya alim, tetapi janji Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dlm al-Quran dan hadis2 sahih. Perjuangan Islam tetap wujud sampai akhir zaman, cuma nama wadah atau landasannya sahaja berbeza antara zaman, tempat dan orang.

Read more...

Dah nak masuk kubur pun masih nak rembat harta rakyat

Pru sudah semakin dekat bahang untuk Bn masuk kekubur semakin terasa, parti yang selama ini sudah cukup membuat rakyat menderita dengan berbagai ketirisan dan rasuahnya kini solah2 sedang menunggu hari2 terakhir kematiannya, tetapi BN tak pernah serik malah disaat nazak begini masih lagi membuat kerja-kerja haram jadahnya terbaru demi mengisi perut kroni yng cuku membesar sebuah syarikat 2 hari telah dianugerahkan kontrak selama 7 tahun untuk menyelegarakan seluruh jalan di Pahang. kemapuan syarikat tak pernah teruji, siapa sebenarnya pemilik syarikat ini.


TEMERLOH: Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd yang dimiliki Johari Harun dan Syufina Yaakob mencipta sejarah apabila mendapat kelulusan kontrak untuk menyelenggara jalan seluruh negeri Pahang selama tujuh tahun hanya selepas 2 hari ditubuhkan.
Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat YP Maintenance didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan nombor pendaftaran 1033787.
“Ini bermakna syarikat itu dianugerah projek sebegitu besar pada usia 2 hari. Ini jelas satu salahguna kuasa dan cara merompak duit rakyat sinomim dengan budaya kerajaan Umno-BN yang diketahui umum,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini

Read more...

Monday, February 18

dulu haramjadah sekarang haiwan pulak


Dulu najib pernah maki peneroka atau anak peneroka yang tak sehaluan dengan umno sebagai haramjadah, sekarang situa nyanyok ni lak menyama tarafkan golongan yang tak menyokong umno sebagai haiwan. Apa dia ingat dia tukang beri rezeki ke, kepala lutut dia la.
Apa budi yang ditaburkan kepada peneroka ni, menipu peneroka adalah. Kalau tak nak buat kerja jangan jadi kerajaan, kan dah memang tugas sebagai kerajaan membelanjakan duit rakyat untuk kesejahteraan rakyat jadi, apa barang beb lu nak ungkit2 bukan duit mak bapak lu yang diguna untuk membantu tapi duit rakyat pulang kepada rakyat la.
Berape banyak yang lu beri kepada rakyat beb berbanding dengan yang lu orang rembat untuk memboncitkan perut masing2, cerita tak yah lebat la beb, lu semua sebenarnya pengkhianat kepada rakyat, perakus yang tahu mengaut kekayaan negara hanya untuk tembolok sendiri, lu makan daging rakyat kena makan tulang, tu lu kata kena berterimakasih. Hakkkkkkkktuiiiiiiiiiii beb.

Read more...

Sunday, February 10

KERJASAMA PAS PKR DAP (TAHALUF SUYASI)


Para Ulama’ Haraki telah mengharuskan tahaluf siasi dalam gerakan islam antaranya Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Doktor Munir Muhammad al- Ghahdban. Keharusan tahaluf siyasi dengan kerjasama gerakan yang bukan islam boleh di bahagikan dalam beberapa perkara dan hujah-hujahnya.

Bekerjasama dengan bukan islam dalam politik aman (siasah dakwah silmiyah).
Pertama : 

BEKERJASAMA UNTUK MELINDUNGI DAKWAH DAN PENDAKWAH.

Adalah di benarkan kepada seorang pendakwah untuk meminta pertolongan demi menjaga maslahah da’awiyah dan penda’wah itu sendiri agar keselamatan diri terjamin dan kerja dakwah berterusan.

Namun, keharusan itu di syaratkan dengan beberapa perkara : 

* Orang bukan islam di yakini amanahnya untuk merialisasikan kerja-kerja da’wah
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama tersebut pengabaian kepada beberapa prinsip islam

* Tidak berlaku di sebalik kerjasama tersebut kita berdiam diri dari berkata benar atau setuju dengan kebatilan

* Tidak berlaku di sebalik kerjasama itu bermuka-muka dengan kafir atau memuji kekufuran mereka

* Tidak berlaku di sebalik kerjasama itu penguasaan orang kafir ke atas orang islam  dengan membawa kepada kemudharatan kepada penda’wah.


CONTOH keharusan bekerjasama dengan mereka dengan tujuan maslahah dakwah dan pendakwah itu sendiri:
1.Nabi Muhammad SAW bersama dengan Abu Talib

   Seperti yang kita semua maklum, Abu Talib tetap berlembut dengan Nabi SAW dalam apa jua keadaan. Pihak Quraisy berkali-kali meminta agar Abu Talib menasihati Nabi Muhammad agar tidak menyentuh perihal berhala mereka, tetapi Nabi tetap tegas untuk menjalankan da’wahnya. Melihat  pendirian Nabi SAW, berkata Abu Talib : "Pergilah,wahai anak saudaraku.serulah kepada orang ramai apa yang kamu suka(da’wah islam) Demi Tuhan, aku tidak akan serahkan engkau kepada sesiapa juga selama-lamanya”

Berkata Imam Ibnu Kathir : Hikmah yang begitu besar kepada Islam dan Rasulullah SAW di sebalik kufur Abu Talib ialah kekuatannya sebagai benteng utuh da’wah Nabi yang sentiasa mempertahankan Nabi. Seandainya Abu Talib masuk Islam, sudah pasti orang Quraisy tidak akan mempedulikan kemuliaan ,kebesaran dan penghormatan yang ada pada peribadi Abu Talib. Mereka akan menghapuskan Nabi SAW serta Abu Thalib dengan kekerasan dan cemuhan jahat mereka.

Perlindungan yang di berikan Abu Talib kepada Nabi Muhammad bukanlah  ketika di saat getir sahaja bahkan dalam segenap sudut sehinggakan Nabi menjadi terlalu sayang kepada beliau.Ini dapat di buktikan bila mana meninggalnya Abu Talib, Nabi menjadi terlalu sedih.

Jelaslah, bahawa bukan kerana hubungan darah daging sahaja, tapi kerana jasa dan pengorbanan yang di berikan oleh beliau. Sekiranya darah daging di jadikan ukuran, ini kurang tepat kerana Nabi tidak melakukan perkara yang sama pada Abu Jahal dan Abu Lahab.

2.Nabi SAW dengan Al-Najasyi (seorang Nasrani)

 Setelah bertimpa-timpa ujian yang di hadapi kaum muslimin mekah sehingga sampai ke tahap akidah mereka di permain-mainkan, Rasulullah mengarahkan sahabat-sahabat untuk berhijrah ke Habsyah. Al-Habsyah negeri yang di perintah oleh seorang raja yang bernama  An-Najasyi, beragama Nasrani, orangnya adil dalam memerintah negara.

Penghijrahan ini membuktikan bahawa harus bagi kerajaan islam atau individu muslim meminta bantuan daripada bukan Muslim dalam misi menjaga Dakwah Islam, maslahah muslimin ketika suasana dharurat atau  hajat syar’iyah.

Banyak lagi contoh yang boleh di ambil sebagai panduan yang menyatakan bahawa harus dalam bertahaluf siasi dengan bukan islam, seperti sahabat-sahabat Nabi meminta perlindungan daripada sanak saudara yang kafir dari serangan  musyrikin Mekah.

Jadi, kesimpulannya adalah HARUS bagi kerajaan islam dan individu muslim untuk meminta bantuan atau pertolongan  daripada bukan islam bagi tujuan memelihara dakwah islamiah dan diri pendakwah apabila di perlukan apatah lagi ketika darurat demi maslahah Islam. 

Keharusan ini berpandukan beberapa SYARAT :
Syarat 1 : Hendaklah kafir itu boleh di percayai untuk merialisasikan tujuan yang di maksudkan.mungkin dengan perjanjian, perbincangan dan sebagainya.

Syarat 2 : Janganlah kerjasama itu berisiko yang boleh mengakibatkan prinsip islam  atau dasarnya tergadai atau terpaksa di kesampingkan.

Syarat 3 : Janganlah kerjasama itu terdapat unsur bermuka-muka, hipokrit dengan orang kafir.

Syarat 4 : Janganlah kerjasama itu mengakibatkan amar makruf nahi mungkar terabai.

Syarat 5 : Janganlah di sebalik kerjasama itu akan menyebabkan penguasaan orang kafir ke atas islam atau menyebabkan islam redha dengan agama mereka atau membenarkan serta mengiyakan kesyirikan yang berlaku.

Kedua :
BEKERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM SEBAGAI PEMBANTU DALAM POLITIK
Para fuqaha telah berijma’ mengenai hukum harus bekerjasama atau meminta bantuan orang kafir untuk menunjuk arah tentera muslimin dalam peperangan,menunjukkan kubu-kubu pertahanan musuh,dengan tujuan memperkasakan lagi kekuatan tentera musimin.

Berkata Ulama’ Hanafi, Maliki, Syafi’ dan Hambali : Haram ke atas kita meminta bantuan dari kafir dalam berjihad,tetapi di haruskan seumpama meruntuh kubu musuh,menggali terowong,atau mengoperasikan manjanik alat melontar batu besar seperti lastik atau sebagainya.

Ketiga : 
KERJASAMA YANG TIDAK MENGGADAIKAN PRINSIP-PRINSIP UTAMA SYARA'
Contohnya akidah dan perundangan (hudud). Contoh yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dimana Nabi SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.

 Keempat :
MANFAAT ATAU FAEDAH YANG BOLEH DITERIMA OLEH BUKAN ISLAM 
 Pertama : Hak-hak yang wajib di berikan kepada mereka
1.      Wajib menunaikan hak mereka sebagai rakyat sepertimana muslim.
2.      Di berikan sejumlah daripada ghonimah
3.      Memelihara keamanan mereka dan melepaskan tawanan di kalangan mereka

Kedua : Hak-hak yang tidak boleh di berikan kepada bukan muslim
1.      Berperang dengan mereka menentang musuh mereka ynag bukan muslim
2.      Membekalkan senjata kepada bukan muslim
3.      Memberikan gelaran syahid kepada mereka

JAWAPAN TERHADAP GOLONGAN YANG MENGHARAMKAN TAHALUF SIASI

Terdapat dalil-dalil dan pandangan yang boleh di jadikan hujah untuk menolak golongan yang mengharamkan tahaluf siasi, antaranya ialah :

1. Berdasarkan ayat al-Quran yang digunakan  sebagai hujah iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Konsep tahaluf siasi tiada kena mengena dalam ayat ini tetapi ianya di tujukan kepada orang yang keluar dari gerakan Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

2. Berdasarkan ayat 219 dari surah al-Baqarah, ianya juga tiada kaitan dengan pengharaman tahaluf siyasi. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti islam seperti Mesir, Yaman dan Negara islam yang lain manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Jadi di dalam masalah manfaat dan mudharat ini,mestilah di lihat dan di kaji serta dipertimbangkan berdasarkan keadaan  semasa yang berlaku.

KESIMPULAN  
Sebagai kesimpulan di atas, dapatlah di fahami  bahawa hukum bekerjasama dengan bukan islam adalah HARUS dari sudut syara’ selama mana ia memberikan kemaslahatan umum mengatasi kemudharatan.

Read more...

Wednesday, January 16

umno main silap mata mmg haramjadah

cukup panas betul gua dengan umno ni, lu tengok macam iklan chipsmore diorang mempermainkan minda rakyat. sekejap ada sekejap tak de. dulu dokumen altantuya masuk malaysia boleh hilang. sekarang diorang nak buat silap mata lak mmg haramjadah permainan umno ni.




tgk la sendiri bagai mana permainan silap mata yg cuba dimainkan oleh utusan untuk terus menyelamatkan umno. Apa sebenarnya berlaku dengan wang pampasan duit air mata dan darah. warga tanah melayu.

Read more...

Saturday, January 12

umno makin panas 6


h

Read more...

umno makin panas 5




Read more...

umno makin panas 4







Read more...

umno panas 3








Read more...

umno makin panas2








Read more...

terkini umno makin panas








Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP