Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Sunday, April 1

mak lembu puteri beruk

 Pergerakan Puteri Umno meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meminta maaf di atas kenyataan menggores hati Puteri Umno Kelantan.

Bagaimanapun, tidak memaksa permohonan maaf itu dilakukan kerana yakin tindakan tersebut dibuat disebabkan pembangkang berasa terancam dengan gerak kerja dilakukan pergerakan berkenaan.


“Sebagai pemimpin yang memegang gelaran ‘tok guru’, tindakan tersebut adalah keterlaluan apabila beliau sanggup melakukan sesuatu hingga menghina rakan seagama.

“Apabila perkataan itu keluar, kita melihat senario ini sebagai kebimba­ngan beliau dengan aktiviti yang dijalankan Puteri. Kalau tidak, kita tidak dapat gelaran ‘beruk’ itu,” katanya ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama Pergerakan Puteri Umno Kelantan dan menyempurnakan gimik penyerahan komputer riba kepada Ketua Puteri bahagian di Pejabat Umno Negeri di sini, semalam.



Kalau mak dia dipanggil lembu anak dipanggil beruk salah ke nilaikan gambar atas kat bawah ni pulak lembu pun naik bengang dengan beruk




Read more...

Jangan lebih2 beb


"Apa pun, kita tidak hendak (perkara sentuh sensitiviti kaum dan agama) jadi punca salah faham antara penganut pelbagai agama di negara kita,"  katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Bersama Peneroka Gugusan Bera di Felda Triang 3, dekat sini hari ini.

Najib berkata demikian sebagai mengulas gesaan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) dalam sebuah portal berita hari ini yang merayu Perdana Menteri supaya tidak membenarkan mana-mana pihak  menganjurkan seminar yang boleh mengancam penyebaran agama lain di Malaysia.

Jabatan Pelajaran Johor hari ini dilaporkan mengadakan seminar berkaitan pengajian Islam kepada guru-guru sekolah dengan memfokuskan kepada isu penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam.

Perdana Menteri berkata: "Kita boleh bincang berkenaan soal akidah, tapi tidak boleh tidak sensitif pada pihak lain, sama ada orang Islam kepada bukan Islam, atau orang bukan Islam kepada Islam."



 Seminar mengenai akidah Islam anjuran Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor hari ini tiada niat untuk menyinggung atau memburukkan agama lain seperti didakwa oleh sesetengah pihak, kata Ketua Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Johor Suhaimi Rebu.

Beliau berkata, seminar itu sebenarnya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru Pendidikan Islam tentang kepentingan menjaga akidah generasi muda beragama Islam
.



 Jalur Tiga (Jati) menyelar tindakan sesetengah pihak mempertikaikan program Tafaqquh Ilmi anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor bertajuk 'Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru?’.
Presiden pertubuhan bukan kerajaan itu, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, pihaknya memandang berat tindakan pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum.
Beliau turut sedih dengan tindakan terpaksa diambil oleh penganjur menggugurkan perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihakpihak tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan.

Hassan bagaknya kecewa dengan siapa ye, yang gua petik tiga artikal kat atas ni semuanya kata2 balaci umno kalau lu semua kenapa gua boldkan ayat kat atas tu lu akan faham apa maksud gua. Pada gua la tak baik tau San lu marah taukeh lu?????




Gua sebenarnya malas nak ulas isu ni tapi pada gua la, apa hal lu orang sibuk2 jaga agama lu sendiri la, "Bagi ku agama ku, Bagi mu agama mu".


Nak pijak kepala pun agak2 la, sabar orang ada batasnya. Sendiri mau ingat la.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP