Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Friday, April 27

Bila bakal banduan meroyan

BANYAK kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor akan melakukan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya Persekutuan.

Ini terbukti apabila terdapat ura-ura pilihan raya Persekutuan akan diadakan pada bulan Jun atau Sepetember 2012, Khalid terpaksa menggunakan Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar Ibrahim untuk menukar nada. Kini Anwar dilaporkan berkata beliau berharap kerajaan negeri Selangor akan mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan Persekutuan.
Secara politiknya, keputusan ini menunjukkan kebijaksanaan "politik penting diri" PR. Dengan mengadakan pilihan raya selepas pilihan raya Parlimen, ia akan membolehkan mereka menganalisis kelemahan dan kekuatan menerusi keputusan pilihan raya Parlimen di Selangor. Ini akan dijadikan kayu ukur dan juga data dalam membantu mereka mengekalkan pemerintahan di negeri Selangor.
Namun bagi sebahagian besar masyarakat, pilihan raya berasingan antara Selangor dan Persekutuan akan menambah beban kewangan dan kepayahan kepada masyarakat. Menurut, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, terdapat pertambahan kos sebanyak RM30 juta sekiranya Selangor memutuskan untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan.(petikan artikal Khir Toyo)

Gua ingat penjenayah ni dah masuk dalam rumah free rupanya ujud lagi dia ni, Hai Rm30 juta untuk keseluruhan rakyat selagor lu nak kecoh, Beli rumah sampai RM3.5juta untuk lu laki bini tak pe pulak. Orang kalau dah busuk sampai bila pun orang dah tak nak la beb. Percaya pada penjenayah yang didapati bersalah oleh mahkamah macam percaya jerung tak kan makan orang.

Read more...

La ada juga bahlol dalam Pakatan

Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz menjelaskan, kenyataan beliau tidak bersetuju perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka adalah pandangan peribadi beliau sahaja.

"Itu pandangan peribadi saya sahaja (berhimpun di Dataran Medeka). Bagaimanapun saya bersetuju dengan pandangan yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, yang menyokong sepenuhnya usaha Bersih untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil serta hak untuk berhimpun secara aman," kata Tunku Aziz dalam kenyataannya.

Dap sebuah parti yang sentiasa melahirkan pelawak bingai, Selalunya lawak akan diterajui Kapal sink tapi kali ni naib pengerusinya pulak yang mahu masuk dalam ini gambar. Apa kejadah nya tak setuju bukan orang nak berarak pun. Orang nak duduk diam2 tanda protes macam mana boleh jadi huruhara, biol ke apa?

Lagi satu kalau lu tak setuju pn apa kehal lu sibuk nak bercakap sampai beruk2 dalam Bn terkinja-kinja kesukaan Bn diberi satu peluru oleh sibangang dalam pakatan sendiri. Kenapa sekarang tinggal 2 hari je baru sibuk nak bercakap kenapa tak minggu lepas ke bulan lepas ke. Ada apa-apa ke wak?

Yang gua tak boleh bla tu kenapa kenyataan dia ni senada dan seirama dengan si menteri amaran tu.
 "Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka? "Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya sebelum ini sebagaimana yang dipetik oleh media.

Read more...

Thursday, April 26

Melayu bangsat dan Binawe

Sejak dua menjak ni gua dah mula malas nak update blog, bukan gua da tak nak tapi gua agak sibuk, ada dua tiga projek yang terpaksa gua pantau sendiri, nak harapkan engineer gua dengan supervisor gua mahu lingkup gua. mengular bila gua tak datang, ni la mentaliti pekerja melayu gua banyak perhati je sebelum ni, tapi sekarang gua dah cukup hangin satu badan, macam gua nak buang je diorang tapi gua kesian pulak anak bini diorang.

Cerita pasal cara kerja orang melayu setakat ni gua tengok ramai yang hampeh, tak serious tak pun suka mengular, datang lambat kul 5 dah berebut balik. tak macam displin kerja orang Cina kalau tak jejak kul 7 jarang diorang nak balik siapkan kerja apa yang patut. Kakitangan kerajaan pulak kul 4 hampir separuh dah hilang. Kalau berurusan pulak muka ketat semacam. itu la budaya kerja orang melayu walaupun bukan semua tapi bab ngeteh kat warung memang juara. Sembang punya lebat kat warung dah jadi rutin. makan gaji buta bukan diorang kira bedal je.


 Persidangan Dewan Negara pada Rabu diberitahu bahawa seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan kaum Melayu merupakan pemilih baru tertinggi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata daripada jumlah itu, 155,420 pemilih didaftarkan pada 2008, 279,270 pemilih (2009), 826,462 pemilih (2010) dan 1,008,850 pemilih (2011).
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Ng Fook Heng yang meminta Perdana Menteri menyatakan pecahan pengundi baru berdaftar mengikut kaum sejak 2008.
Mengenai pecahan jumlah pendaftaran pemilih mengikut kaum, Liew berkata Melayu merupakan kaum tertinggi mendaftar pada 2008 iaitu seramai 82,309 pemilih (53 peratus) diikuti kaum Cina (29.4 peratus) dan India (8.1 peratus).
Pada 2009, seramai 187,828 pemilih (67.3 peratus) ialah Melayu diikuti Cina (19.8 peratus) dan Bumiputera Sarawak (4.8 peratus) manakala pada 2010, seramai 466,137 pemilih (56.4 peratus) adalah orang Melayu diikuti Cina (27.0 peratus)dan India (6.6 peratus), katanya.
Bagi 2011, seramai 611,498 pemilih (60.6 peratus) ialah Melayu diikuti Cina (22.0 peratus) dan India (6.7 peratus).
Liew berkata statistik Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Selangor mencatatkan pendaftaran jumlah pengundi baru tertinggi iaitu seramai 165,222 orang diiikuti Johor (124,240 orang), Perak (96,710 orang), Sabah (86,927 orang) dan Kedah (84,704 orang).
Ini diikuti dengan Kelantan seramai 69,344 orang, Pulau Pinang (64,029 orang), Sarawak (63,305 orang), Kuala Lumpur (61,040 orang), Pahang (59,639 orang), Terengganu (45,190 orang), Negeri Sembilan (42,009 orang), Melaka (31,827 orang), Perlis (9,881 orang), Labuan (2,863 orang) dan Putrajaya (1,920 orang).



Tadi sedang gua rehat kat rumah gua tertonton TV1 lidah biawak BN, dengan bangganya diorang sampaikan berita Spr berjaya menambah pengundi berdaftar setiap tahun, yang paling gua terkejut tu pada tahun 2009 yang mendaftar bagi tahun tu lebih kurang 180ribu orang je, tapi yang tak boleh tahan tu tahun 2011 yang mendaftar bagi tahun tu lebih 1juta orang, mahu terbeliak mata gua tengok yang mendaftar,

Dalam kepala gua terus terbayang Pakatan jangan mimpi la nak menang pengundi selangor je paling tinggi yang mendaftar, jadi Kalid bersiap la untuk pek barang2 lepas pilihanraya ni lu boleh pindah balik. Noh umar dah boleh berangan2 jadi menteri besar da boleh stat kira2 berapa banyak yang boleh lu rembat nanti.

Johor yang memang dah jadi kubu kuat BN pertambahan pengundi no 2 terbanyak jadi, gua nak ingatkan sahabat gua Salahuddin Ayub kalau da jemu jadi ahli parlimen bertanding lah di Johor.

Yang gua tak boleh bla tu adalah dasat sungguh pertambahan jumlah pengundi, memang patut la Bersih 3.0 dibuat kalau tak pakatan jangan mimpi la. Sibangsat2 dalam BN da siap sedia atur pengundi. Pakatan lak macam dah terkebelakang dalam mengatur strategi, Alamtnya selepas PRU akan datang ni Pakatan akan gigit jari lagi la nampaknya.

Kenapa gua buka entry ni dengan sikap orang atau displin orang melayu kerja, sebabnya orang melayu ni semua nak senang, kerja nak senang, dapat duit pun nak senang, kalau boleh tak payah kerja duit masuk lagi diorang suka, Sebab tu juga la orang melayu paling senang kena beli, dapat duit kopi sikit berebut jual amanah, jual maruah, jual jawatan, kemudian berebut nak dapat jawatan semua mesti bodek bos, depan bos  mak datuk punya la rajin. Dapat jawatan bermakna dapat lubuk emas, tengok je la taukeh lembu senang je dapat 250juta. Ada sekor sang bedal ni pulak bukan main kaya bagi betina dia ratus ribu selamba je. Tu belum cerita komisen sana sini, ni la salah satu kehandalan orang melayu mengkhianat orang Melayu sendiri walau secara tak langsung tapi itu la hakikat..

Pas ni mesti ada yang maki hamun gua sebab konon ny nak mempertahankan Melayu, sebelum lu maki hamun gua, jangan jadi bahlol la, gasak lu orang la ada gua kesah.

Tapi bagi orang melayu yang berhati mulia, amanah pada kerja, amanah pada Allah tak termasuk dalam cerita gua ni tadi, jadi jangan anggap gua tak sayang bangsa dan agama gua. Sebab dah terlalu ramai melayu bangsat dan binawe la gua kena tulis gak.

Read more...

Tuesday, April 24

Kita kayo, kita kayo

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosli Yaakub mendakwa sebuah syarikat milik Yahudi, Bunge Limited antara yang bakal menjadi 'rakan kongsi strategik' kepada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) apabila disenaraikan di Bursa Malaysia.

Menurutnya, Bunge Limited bakal memiliki saham sebesar 20 peratus di dalam syarikat tersenarai FGVHB di mana usahasama antara FGVHB dan Bunge Limited telah dimetrai pada bulan Disember 2011.

"Bunge Limted adalah syarikat milik orang Yahudi di mana matlamatnya ialah ia mahu menguasai dan memonopoli," katanya ketika berucap membentangkan kertas kerja di Konvensyen Halatuju Felda di Shah Alam Ahad lalu.


Komen gua simple je, sokong la penyenaraian Felda sebab tak lama lagi peneroka akan terima durian runtuh, mau sampai bedarah kepala peneroka kena durian, kahkahkah.


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peneroka Felda di seluruh negara bakal mendapat durian runtuh selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia pada Jun ini.

Menurut Perdana Menteri, ini seperti mana yang beliau nyatakan dalam Bajet 2012 lepas iaitu peneroka Felda akan mendapat durian runtuh.

"Jangan bimbang, kita tidak akan rugi dalam penyenaraian tersebut, sebaliknya kita akan mendapat keuntungan lebih besar.


Kita kaya wang besar, wang besar, kahkahkah

Read more...

Monday, April 23

Jom Tibai

Bawak-bawak la mengucap makcik-makcik oii, sedo la diri sikit tu ada hati nak tibai orang, suami kat rumah dah cukup layanan ke, bengong

Barisan Nasional (BN) dibidas kerana sering mengatakan negara akan bankrap sekiranya pelaksanaan gaji minimum dan penurunan harga minyak termasuk pendidikan percuma dilakukan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana negara mempunyai hasil pendapatan yang tinggi dan jumlah yang disalurkan untuk tujuan tersebut hanya pada kadar rendah.“Bila kita nak turun harga minyak Perdana Menteri (PM) kata negara bankrap. Bila kita kata nak bagi gaji minima RM1,100, gaji minimum bukan RM10,000 tapi PM kata negara bankrap.

“Anak pemimpin gaji ratusan ribu ringgit sebulan, gaji anak penternak lembu yang baru keluar universiti berusia 22 tahun dapat RM20,000 satu bulan, manakala anak orang kampung baik daripada Melayu, Cina, India atau Singh, kita nak bagi gaji minimum RM1,100 orang itu jawab negara bankrap, mana ada perasaan hati perut punya manusia,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk pada sambutan Perayaan Vasaikhi di Tampel Gurduara Singh di sini semalam.

Anwar berkata, rakyat perlu membawa perubahan dalam negara terutama pendapatan rakyat.
Menurutnya, Malaysia bukan negara miskin kerana hasil minyak setahun mencecah RM80 bilion.
Beliau turut mengulangi penurunan harga minyak mampu dilaksanakan dan pengumuman itu akan dilakukan sehari selepas beliau mengangkat sumpah sekiranya PR memerintah.

“Saya bukan kata pemberian minyak seperti pemberian air percuma di Selangor, kalau itu bankrap la kita, tapi saya kata hari ini pilihan raya, esok angkat sumpah satu hari lepas itu kita umum harga minyak seluruh neraga turun.“Perdana Menteri kata bankrap tapi kita sekarang dapat RM80 bilion setahun dan ini jumlah yang banyak, turunkanlah harga minyak,” katanya.

Katanya, pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga mampu dilaksanakan dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan rendah.
Menurutnya, menteri dalam negara ini dahulu mendapat gaji RM38,000 sebulan, tetapi sekarang meningkat RM80,000 sebulan.

Bagaimanapun, dengan sinis beliau mengatakan menteri-menteri masih masih mahukan saham, kontrak termasuk mengaut peruntukan jutaan ringgit untuk penternakan lembu.

“Jadi, sebab itu saya kata kita mampu laksanakan. Najib kata mana nak cari RM40 bilion, saya kata tak sampai RM30 bilion bukan untuk setahun, jumlah ini untuk 16 tahun jadi kira-kira RM3 bilion setahun tapi kalau saya akan tambah lagi RM5 bilion setahun.
“Ini termasuk yuran, makan, tempat tinggal dan buku supaya kualiti pendidikan kita meningkat. Semuanya hanya RM5 bilion setahun, minyak RM80 bilion setahun, jadi akan bankrap ke negara kita?” katanya.

Jom pakat Tibai, kahkahkah.
Inilah hasil kerja BN (Barisan Nipu) sana sini kencing negara boleh bangkrap kunon, kalau da bodoh urus wang negara cari yang bijak, Kalau Bab membedal wang negara pandai lak tak takut lak negara boleh bankrap, Celakak punya olang

Read more...

Saturday, April 21

Betina cukur kening ni dah gila agakny

Sebelum ini, pernah tersiar berita dan gambar pemimpin wanita DAP yang masuk masjid atau surau tanpa pakai tudung, atau membantah azan Subuh kononnya mengganggu orang bukan Muslim sedang tidur. Ada juga mempertikai bantuan kerajaan kepada peniaga dan usahawan Melayu, dasar pendidikan negara dan kuota kemasukan pelajar Melayu ke IPTA. Ini semua perbuatan biadab kerana mencabar kontrak sosial dan peruntukan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Banyak faktor mendorong seseorang bersikap biadab atau mengamalkan politik biadab. Selain sifat peribadinya, mungkin juga untuk mendapat perhatian umum atau sokongan penyokong yang sepertinya. Namun, pada rakyat jelata, sikap seperti ini tidak boleh diterima, apatah lagi membabitkan kesucian agama Islam, kedaulatan Raja-Raja dan hak istimewa orang Melayu.

Pemimpin Melayu-Islam dalam Pas pula berdiam diri walaupun jelas ada pemimpin DAP dan PKR yang menghina agama Islam, Raja mahupun kedudukan orang Melayu. Malah, mereka menggalakkan lagi tindakan pemimpin DAP yang menghina dipertahankan pemimpin Pas. baca kat sini


Bila dia menulis mesti je merepek, cerita banyak pun tak pe, betina sepecis ni kalau dilayan buat buang masa je, tapi pasal fitnah dah jadi mainan hidup dia gua nak juga bagi komen, Weeeii betina gua nak lu cermin muka lu tu betul2 siapa penhina  Agama Islam selama ni.


Kalau la benar seperti Fitnah lu Dap tu menghina Islam apa cerita pulak dengan orang Islam dari puak lu yang sedap2 menghina Islam selama ni. Cuba lu cerita sikit




(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? 

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan umat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.

Read more...

Tuesday, April 17

Sebelum ni cerita lebat sekarang cu ceta

Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan yang dikemukakan seorang bapa mualaf terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan hak penjagaan tiga anaknya yang telah diislamkannya kepada bekas isterinya yang beragama Hindu. 
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim menolak dengan kos permohonan Muhammad Ridzuan Abdullah atau sebelum memeluk agama Islam dikenali sebagai K. Patmanathan, bagi pelanjutan masa untuk memfailkan rekod rayuan.Dua lagi anggota panel ialah Hakim Datuk Mohtaruddin Baki dan Hakim Datuk Clement Allan Skinner. Panel itu sebulat suara menolak permohonan Ridzuan selepas mereka berpuas hati bahawa tidak terdapat asas atau keadaan khusus untuk memberikan pelanjutan masa untuk beliau memfailkan rekod rayuan.Ridzuan memfailkan notis rayuan pada 11 Mac, 2010 dan diperlukan memfailkan rekod rayuan itu dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh memfailkan notis rayuan tetapi peguam Ridzuan yang terdahulu tidak berbuat demikian. 
Pada 11 Mac, 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 15, Karan Dinish (Abu Bakar), 14 dan Prasana Diksa (Ummu Habibah), 4, kepada Indira tetapi membenarkan Ridzuan melawat anaknya itu seminggu sekali. 
Mahkamah memerintahkan Prasana Diksa, yang tinggal bersama Ridzuan, dipulangkan kepada Indira dan dua lagi anak yang tinggal bersama Indira, kekal di bawah penjagaan wanita berusia 37 tahun itu. 
Ridzuan, 43, memeluk Islam pada April 2009 dan kemudiannya turut menukar agama tiga anaknya kepada Islam pada 2 April, 2009 tanpa kebenaran Indira. 
Pada 24 April tahun sama, Indira mendapat perintah hak penjagaan sementara daripada Mahkamah Tinggi Ipoh. 
Pada 29 Oktober tahun sama, Ridzuan, yang diwakili peguam Anas Fauzi, memperoleh perintah mahkamah daripada Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anaknya itu kepadanya. 
Peguam yang mewakili Indira, M. Kulasegaran, yang juga anggota Parlimen Ipoh Barat berkata sehingga hari ini, usaha mereka untuk mengesan Ridzuan dan anak bongsunya itu tidak berjaya. 



Gua nak tengok apa cerita dari Hassan 666 dan perkosa. Gua nak tengok lebat mana bunyinya

Read more...

Three stoges meroyan


 Rakyat tidak akan lupa setiap isu yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang terutama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun mereka mengambil pendekatan berdiam diri.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, rakyat Malaysia pada hari ini sudah bijak dan mereka mampu membuat penilaian sewajarnya biarpun pihak pembangkang cuba lari daripada setiap isu yang timbul.
Beliau berkata, pembangkang tidak boleh lari dengan berdiam diri, kerana adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjelaskan setiap isu yang berbangkit.

Mula-mula masa gua baca artikal ni gua ingatkan pe hal mamat ni, rupa-rupanya nak suruh orang dalam Pakatan makan umpan yang cuba dipancing oleh grombolan penyamun2 negara. Nak pecah perutgua baca rupanya umpan mamat ni tak dimakan oleh pemimpin Pakatan, kesian wa cakap lu beb. Terpaksa masuk paper nak cuba melubi umpan dia.

Dah tak laku labeb umpan lu, Gua bab ni tabik  kepada pemimpin pakatan sebab telah bejaya memanaskan hati mamat ni, umpan tak dimakan kahkahkah. Siapa dia ni nak sibuk2 suruh orang lain makan umpan dia. setakat bekas ketua menteri yang terpalit noda nak bising2 apa celup beb. Kaa bidalan umpama anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh anjing kepenatan kahkahkah.

Tapi kalau ada pemimpin pakatan yang cuba sahut umpan dia ni memang bangang jadi manusia, tak yah nak bagi publisiti murahan pada mamat ni, dulu lakonan dia besama three stoges dah tak laku sekarang cuba main pancing2 lak. Kesian gua kat situa ganyut ni.


Read more...

Monday, April 16

Dalam bebal rupanya ada bijak juga

Salam, kepada semua sahabat yang mengikuti atau yang sudi membaca entry gua, dah lama gak gua tak menulis entry baru, bukan kerana gua gua pergi cuti atau dicutikan atau merajuk. Tapi demi mencari rezeki gua agak sibuk minggu lepas dan gua banyak memberikan tumpuan kepada projek baru gua. Kepada sahabat Isa yang sedang beribadat di tanah suci gua ucapkan selamat menjalankan umrah semoga mendapat umrah yang mabrur, kalau sempat jangan lupa bawa oleh2 dari sana untuk gua, gua tak nak banyak dapat gadis arab kulit putih da la, mana tau boleh jadi teman isteri gua, sebab gua ni perihatin kat isteri gua selama ni dia cuma bertemankan gua je, kalau ada teman baru ngam gak kan kahkahkah.



Rakyat perlu menilai individu yang mereka pilih bagi mewakili mereka pada pilihan raya umum akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, rakyat perlu memastikan pemimpin yang mereka pilih bukan yang kurang ajar dan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang merupakan Ketua Negara.
"Terpulang kepada rakyat untuk menilai. Adakah orang seperti ini yang kurang ajar, biadap untuk dijadikan pemimpin. Jadi saya lebih nampak hukuman dari rakyat lebih penting ketika ini,” katanya 

Selama ni Gua anggap gangster ni terlalu bangang rupnya da cerdik juga mamat ni. Mari kita lihat siapa yang selalu menghina sultan. Ni yang dikatakan meludah kelangit bertepepek kahak kat muka sendiri.









Jadi apa lagi tak pandai-pandai tolak umno penghina, penderhaka dan pemusnah kuasa Raja-raja Melayu






Read more...

Tuesday, April 10

Che Det dengan cucunya

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang Che det tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Che Det: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Che Det marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Che Det: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Che Det: "?...?...?...?...?...?"


 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berdendam dengan sesiapa, termasuk bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Dalam respons segera terhadap pendedahan dalam temu bual bekas pemimpin MIC itu yang tersiar dalam akhbar New Sunday Times semalam, Dr Mahathir berkata beliau "amat sedih" apabila Samy Vellu terus-menerus mengenepikan pemimpin berkebolehan seperti bekas presiden MIC Datuk S. Subramaniam dan mendiang Tan Sri M.G Pandithan yang memiliki "potensi untuk menjadi penggantinya (Samy Vellu)."


Kah kah kah.



Read more...

Monday, April 9

Fakta hasil pemerintahan BN

 Pakatan Rakyat (PR) akan terus perangkap pemimpin Umno dengan membangkitkan isu sensitif kerana mereka telah ketandusan modal untuk menangkis segala fakta yang dibangkitkan pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN) itu, kata Naib Presidennya  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Fakta BN:
1.Kes orang hilang terutamanya melibatkan gadis dilihat membimbangkan ketika ini apabila daripada 1,097 yang dilaporkan hilang sejak sepanjang 2011, hanya 406 sahaja berjaya ditemui semula.Hilang

2.Kes jenayah ganas termasuk pembunuhan di negara ini sebenarnya tidak meningkat tetapi dilihat naik saban tahun disebabkan bilangan penduduk yang semakin bertambah, kata seorang pensyarah.bunuh

3.- Kes pembuangan bayi di negara ini didapati semakin serius apabila ia meningkat lebih 154 peratus sejak Januari sehingga hari ini berbanding tempoh lapan bulan pertama tahun lalu.buang

4. Peningkatan bilangan kes rogol sehingga 300 peratus sejak kebelakangan ini membimbangkan banyak pihak dan seharusnya langkah-langkah menanganinya dicari secepat mungkin. rogol

5.“Seramai 17,303 anak luar nikah Melayuatau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.”


6.17,303 setahun anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna 17,303/365 iaitu  47 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap hari di Malaysia pada tahun 2009 bersamaan 2 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap jam di Malaysia pada tahun 2009. Ini juga bermakna 47 kes zina yang menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari di kalangan Melayu (Islam) pada tahun 2009.Seandainya 47 kes zina ini mewakili 1% daripada kejadian sebenar maka 4700 kes zina di kalangan Melayu (Islam) berlaku setiap hari di Malaysia pada tahun 2009. zina



Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, pembangkang sebahagian besarnya gagal mengotakan manifesto yang dijanjikannya pada pilihan raya umum lalu.
"Pada pilihan raya umum lalu pembangkang gagal laksana manifesto mereka. Iaitu berbeza dengan Barisan Nasional yang dapat melaksanakan manifestonya," kata beliau.

Read more...

Saturday, April 7

Bye! bye! sharizat

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan menamatkan tugasnya sebagai Ahli Dewan Negara dan menteri, Ahad ini meluahkan rasa sayu untuk meninggalkan warga kementerian itu.
Beliau bagaimanapun menganggapnya seorang yang bertuah kerana pernah dan berpeluang bekerja bersama-sama dengan Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, para pegawai dan semua kakitangan kementerian.
"Mereka semua yang berada di kementerian amat rajin, berdedikasi dan komited. Kami bertugas sebagai sebuah keluarga dan bersama-sama mengharungi suka serta duka.


Kahkahkah lu orang sayu sebab pe eehhh, Satu lubang dah tertutup ke?

Bawah ni cerita lain pulak

  Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin diingatkan supaya tidak bertindak melampaui batas dalam hal keahlian parti itu jika mahu 'rahsia besar' mengenai beliau tidak didedahkan kepada umum.
Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi berkata, beliau bersedia mendedahkan perkara itu dan jika dibongkarkan nanti, Zuraida mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Ampang.

perhhh ada rahsia besar beb. lantak ko la beb, dedahkan je la kalau betul Zuraida ni busuk sangat, apa barang ugut2 je beb. cakap semua orang boleh cakap jangan asik meroyan je beb. 

Read more...

Friday, April 6

Dia ni bercakap pakai otak ke lutut


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas terus tersasar dari landasan Islam kerana sanggup bersubahat dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang moral dan etikanya dipersoalkan.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas mendakwa kononnya memperjuangkan Islam namun hakikatnya mereka tidak mengamalkan ajaran agama suci itu.
Menurutnya, Pas bersubahat begini lebih teruk, bersubahat dengan parti yang rakyat tahu moral dan etikanya dipertikai serta dipersoalkan.
"Dalam Islam, kita dituntut agar mengelak dan menjauhkan diri dari perkara yang boleh menyebabkan fitnah.

Cermin diri dulu la weeeiii sebelum nak pertikaikan etika Islam orang lain, cakap tak serupa bikin, buat malu orang johor je ada pemimpin cakap guna lutut.

Read more...

Thursday, April 5

Bloger bangsat




 OLEH: EX-BLOGGER UMNO
SUARAPAKATANRAKYAT.COM: BUKTI KEJAYAAN UNIT SARAF SIBER UMNO


Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru yang dipimpin oleh Tun Faisal Ismail Aziz didapati meningkat dengan berganda sejak 2 tahun lalu. Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang ‘masyuk’ berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (ringgit Malaysia). Yang pasti majoriti blogger elitis ini menolak Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi kekal di persada politik UMNO walaupun blogger elitis ini telah mendakwa merekalah yang berjaya menyingkirkan Pak Lah dengan mengkritik keras pentadbiran Pak Lah, mengkritik tindak tanduk ‘budak tingkat empat’ dan berkempen untuk menjatuhkan KJ semasa pemilihan Agung UMNO sebelum ini tetapi gagal. Blogger elitis ini lebih mudah berkerja dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau secara terus dengan tokoh-tokoh politik tertentu.
Sumber-sumber kewangan blogger UMNO mengikut keutamaan:
1) Individu - Antara tokoh UMNO paling terkenal kerana kemurahan hati adalah Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai akses terhadap kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan peruntukan Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Shafie Afdal, Dato Seri Nazri Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah. Selain tokoh UMNO, tokoh-tokoh korporat juga menggunakan perkhidmatan blogger bagi perkhidmatan ‘pengurusan persepsi’ dan menjatuhkan pihak lawan.
2) Jabatan Perdana Menteri - Melalui peruntukan khas yang diuruskan oleh Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO serta peranan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan lain-lain pegawai. Peruntukan ini semakin bertambah setiap masa dan membimbangkan Dato Seri Ahmad Farid Ridzuan yang mengetahui bahawa blogger-blogger meminta peruntukan ini makan kiri kanan atas bawah dan dari segi audit, sukar untuk mengira keberkesanan dan ‘value for money’ setiap artikel dan post dikeluarkan
3) GLC / Yayasan / NGO - Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Sebagai contoh, pada bulan Januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebutharga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut. Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures
4) Unit Media Baru UMNO - Kelemahan Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan daripada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggap Tun Faisal sebagai exco pilihan KJ. Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger ‘nyamuk’ dan ‘tiada kelas’ dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya. Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, UMB akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam PR kerana cuba mengelak daripada menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais (Tukar Tiub) bagi membincangkan peranan dan etika blogger.
Sepertimana tuan-tuannya di dalam UMNO, majority blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama. Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka:
Blogger Elitis Penyerang Individu:
1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya 4 individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan.
2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan JASA, SB dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja
3. Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam.
4. Jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia
5. Antara blogger ini adalah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju.
Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan:
1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya 2 individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya 2 assignment korporat/politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu
2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan, New Strait Times, TV3 dan Malay Mail
3. Lebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooi dari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan P. Pinang Lim Guan Eng dan blogger Rockybru/Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini untuk berkongsi contents
4. Antara kumpulan ini dikenalpasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan IsuPolitikSemasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan BlogHouse Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan. Adakalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup menyerang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan. Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu memperbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga menganggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger ‘nyamuk’.
Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang warna-warni blogger UMNO elitis yang siang malam bertungkus lumus menyembah Ringgit Malaysia. Sedikit peringatan kepada blog-blog PR, suarapakatanrakyat.com adalah ciptaan blogger UMNO Elitis yang diselenggarakan oleh anak-anak buahnya. Taktiknya mudah, menyiarkan berita ala portal news berkaitan Pakatan Rakyat dan akhirnya akan memberikan pandangan yang melaga-lagakan individu dalam PR khasnya PKR dan Anwar Ibrahim. Melihat gambar Anwar Ibrahim yang diberikan tulisan “Manusia Paling Suci” oleh blog ini sudah menggambarkan betapa antinya pemilik blog ini kepada Anwar Ibrahim. Selama ini blog SuaraPakatanRakyat.com cuma digunakan oleh blogger UMNO Elitis untuk menunjukkan blog PR juga membelasah PKR tetapi penulis terkejut apabila portal Tranungkite menyiarkan berita dipetik daripada SuaraPakatanRakyat.com berkenaan Rafizi Ramli kurang ajar dengan Anwar Ibrahim. Setahu penulis, portal Tranungkite dipunyai oleh Pas Kawasan Dungun dan turut mempunya ribuan link dengan blogger PR lain. Semoga blog-blog PR lebih berhati-hati dengan blog seperti ini dan mengambil iktibar daripada kejadian ini.
p/s: Tahniah kepada Kickdefella yang telah bernaung dengan pakatan The Mole. Tak adakah YB PR nak kemukakan soalan berapa jumlah peruntukan Jabatan Perdana Menteri atau Felda Global Venture kepada blogger bagi menerangkan isu Felda dan lain-lain?

Read more...

Dah mula taktut nampak


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mengadakan perhimpunan 'Duduk Bantah' pada 28 April ini sebagai tanda protes terhadap sistem pilihan raya - keputusan diumumkan sehari selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).
Gabungan itu menamakan protes itu sebagai Bersih 3.0 - susulan kepada perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Dataran Merdeka - tempat BERSIH 3.0 dijadual diadakan pada 28 April ini - bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman.

Menurutnya, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.
Aik belum apa-apa lagi da meroyan ketakutan pe kejadah ni Nazri, Takut eeeh, Kahkahkah

Read more...

Tuesday, April 3

Malaysia maju

 Malaysia mampu mengorak langkah kukuh ke hadapan sebagai sebuah negara apabila keupayaannya, kekuatan dan potensinya dimanfaatkan menjadi 1Malaysia yang fokus dan bersatu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP) menunjukkan perkara ini boleh bagi Malaysia sebagai sebuah negara dan rakyatnya yang berbilang kaum, pelbagai budaya dan latar belakang agama atau pandangan dalam kehidupan.


Betul la tu wak din Malaysia akan bertambah maju kalau dengan syarat kuburkan BN. Terkuburnya BN adalah langkah paling Aula untuk resepi bertambah maju nya Malaysia, terasa selamat sikit duit rakyat dari dibaham penyamun-penyamun negara.







Read more...

Monday, April 2

Poad Lu Jangan takbur wak

 Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika yakin mampu memberi saingan kepada perikatan itu.

Sehubungan itu, menurut Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi, beliau yakin Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak akan berjaya di Johor.

“Kalau berani datanglah bertanding di Batu Pahat. Kedatangan dia (Salahuddin) amat dialu-alukan kerana kita yakin dia tidak akan berjaya,” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.


Cakap jangan sombong poad kat batu pahat orang da mula menyampah tengok kesombongan lu, setiausaha lu sendiri pun da berape ekor cabut lari tak tahan dengan sikap sombong lu, lu boleh sombong la sebab orang rengit bantu lu menang nak harap orang bandar penggaram memang da lama lu berkubur. tapi orang senggarang dengan rengit da mula buka mata beb. Lu kena ingat beb Ayub pun dah mula goyang. Banyak sangat pulun projek untuk kroni.

Gua tengok orang tua dulu yang ludah cermah Pas dah mula kendur malah sebahagian da mula jadi penyokong kuat. tinggal yang peringkat umur 50an dan 60an je yang masih bangang sokong Umno. kalau dengan Izin Allah hati diorang pusing alamat menagis la lu peluk pokok kat round about Batu Pahat

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP