Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Thursday, January 19

Pelacur dan melacur


Umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, ini kerana tindakan itu jika dilakukan dengan akal yang waras sama seperti menghina dan merendahkan hukum Allah SWT.
‘‘Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam.
‘‘Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gua teramat suka sangat dengan pandangan tuan penasihat ni, aka mantan mufti johor, sebab tu gua bold kan ayat atas tu. Ini baru betul tok ada bran nak tegur. bermakna siapa yang tolak hukum dan hina dan merendahkankan hukum Allah tu murtad kan tok. Macam kata PM kita, Hukum hudud tidak sesuai nak dilakukan, bermakna Pm kita macam juga menghina dan merendahkan hukum Allah la tok. seolah2 Allah tak pandai dan dan kurang sesuai semasa menurunkan perintah dalam alQuran kepada Rasullulah. Ish ish jahat juga PM kita ni rupanya ye tok.

Gua sebenarnya tak suka nak menyerang ahli agama, atau yang mempunyai ilmu tinggi tentang agama, tapi kenapa la, kutu2 ni sentiasa bercakap bila terasa akan mendapat kredit bagi dirinya, dan mejadi belatuk yang bertukang bila ada kepentingan.

Apa kutu2 ni semua memang dilahirkan penakut untuk berhujah bila membabitkan bos sendiri, atau yang boleh memberikan pandangan nagetif terhadap bos2 diorang, Kenapa bila ada isu besar membabitkan kepentingan rakyat, kutu2 ni menikus takut berhujah.

Ambil contoh la kes homoseksual ni, bila utusan mula mefitnah, berbondong2 la kutu2 ni menyatakan pendirian atau pendapat, apa yang muskilnya pula isu ni bukan benda baru, mana selama ini lidah kutu2 ni pergi. Kenapa pula tak ada yang berani memberikan hujah menurut hukum Islam, kenapa pula sibuk nak mempertahankan undang2 lapuk yang sedia ada yang akhirnya menjadikan sigila sek pintu belakang semakin mengila.

Apakah hukum yang di turunkan Allah tidak cukup sesuai untuk mendepani masalah orang2 gila ini (homo). Apakah ahli2 agama ni lebih rela menjadi pelacur, dengan melacurkan ilmu yang ada hanya untuk mengampu dan mendapat imbuhan tak kira dalam bentuk gaji ke atau elaun dsb.



Bila gua tulis tentang isu ni, gua teringat tentang Filem Musang berjangut. Sindiran sinis dari filem ini walaupun dalam bentuk lawak terkena benar dengan Ahli agama, Terutama watak tok imam nikah kawin. Menghalal apa yang haram, semua nya kerana nafsu ingin senang dan kaya dan berahi.


Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP