Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Saturday, November 12

betul la tu Hj Najib

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah mencapai kemajuan yang kukuh dalam menjadikan negara ini lebih mudah untuk memulakan perniagaan.

Selain itu, katanya, Malaysia juga berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi mendapat kemudahan pinjaman kredit oleh syarikat-syarikat perniagaan.




Bab ni gua ada setuju dengan cakap Hj Najib. begitu mudahnya nak berniaga sampai nak bela lembu pun boleh dapat pinjam beratus juta. tak gitu ijat. Kes fedlot adalah contoh terbaik kata2 Hj Najib ni. Kerana senang nya nak berniaga di Malaysia, berterabur mamat afrika berniaga. Tu belum lagi kutu2 dari pakistan, indon, kampuchea dan mamak india yang ngaku melayu.


Berniaga tanpa modal dapat komisen berjuta2 pun senang juga diperolehi di Malaysia, tak caya tengok je la, kes kapal selam, kes kapal perang, jet pejuang. Jual banicular pun senang2 je dapat untung beribu2.



 Pasal pinjaman kredit pulak memang Malaysia juara, mana taknya kalau bisness tak bagus, mana mungkin masalah tai long sampai sekarang pun tak boleh habis2. Peniaga yang benar2 nak berniaga punyala liat nak dapat pinjaman bank tapi kutu yang ada link mak datuk under table sikit je semua sattle.



Read more...

felda3

CEO FELDA GLOBAL VENTURES, DATO SABRI AHMAD DAHULU BENCIKAN CAMPUR TANGAN POLITIK, KINI JILAT LUDAHNYA KEMBALI
Dari sumber-sumber yang rapat dengan Dato Sabri Ahmad, CEO Felda Global Ventures, berasa hairan dengan perubahan sikap Dato Sabri Ahmad yang begitu taksub dengan pengerusi lantikan politik Felda iaitu Tan Sri Isa Samad.Sabri dahulu pernah mengeluh bahawa skandal kerugian Golden Hope Plantation bernilai RM120 juta dibawah tanggungjawab beliau sepatutnya diletakkan atas bahu orang lain dan bukan dirinya sahaja. Sabri Ahmad juga pernah menyumpah seranah Tun Musa Hitam, Pengerusi Sime Darby dan Sabri begitu tegas dengan pendirian beliau bahawa orang politik tidak patut masuk campur dalam urusan tadbir korporat dan penjawat awam. “Saya hairan dengan pendirian 360 darjah Dato Sabri Ahmad dalam isu terbaru Felda iaitu isu penyenaraian dan rampasan kuasa pengerusi koperasi Felda . Dahulu Dato Sabri berkata beliau menerima paksaan meletak jawatan di Sime Darby atas dasar prinsip beliau yang benci campur tangan politik. Namun jelas beliau boleh dibeli kali ini dan pastinya gaji, elaun dan ‘remuneration’ diterima dari Felda Global Ventures terlalu bernilai untuk dilepaskan dan mungkin juga ada bahagian untuknya apabila Felda Global Ventures disenaraikan kelak. Beliau pun dah tua, lebih kurang sebaya saya dekat 65 tahun, tak larat nak ada prinsip lagi agaknya, takkan nak berhenti kerja dan cari kerja lagi. Baik beliau sapu dulu duit Felda, di Felda pun kalau tak salah Dato Sabri (berstatus) kontrak sahajakan?”
Seorang lagi sumber menyampuk bahawa “Jangan lupa kawan-kawan bila sudah kaya ya Dato? Dahulu dalam usaha kami menyelamatkan karier Dato Sabri, kami pernah buat Solat Hajat di Masjid Syakirin KLCC supaya Tun Musa Hitam jatuh dan kami turut mendapatkan bantuan Pakatan Rakyat. Tak lama kemudian Dato Sabri dilantik jadi Pengerusi MPOB, hal itu reda sementara sehinggalah sekali lagi beliau diganggu ahli politik UMNO supaya bersedia melepaskan jawatan tersebut kepada MP Johor Bahru, Shahrir Samad. Memang betul-betul meluap kemarahan beliau kepada orang UMNO. Ayat bencikan orang UMNO dan campur tangan UMNO memang bermain di bibirnya sehinggalah beliau dilantik sebagai CEO Felda Global Ventures. Kini beliau bagai menjilat ludahnya kembali tapi kalau itu boleh buat beliau kaya raya, apa salahnya. Kawan-kawan boleh tumpang senang dan apabila Felda telah disenaraikan, masyarakat luar seperti kami boleh masuk merebut peluang saham, menjadi lembaga pengarah dan menguasai perniagaan dalam Felda yang selama ini untuk orang Felda sahaja. Dato Sabri mesti bagi kawan-kawan satu industri plantation yang berniaga seperti kami masuk dalam Felda, takkan beliau tak ingat kawan-kawan” kata sumber itu lagi sambil tersenyum.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP