Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Wednesday, December 28

Ada rahsia ke ni, Najib?

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata beliau tidak tahu menahu tentang sebarang kontrak bernilai berbilion ringgit diberikan kepada sebuah syarikat dari China bagi pembinaan projek landasan berkembar elektrik (EDTP) Gemas-Johor Bharu
Kementerian Pengangkutan benar-benar tidak mengetahuinya kerana pemberian kontrak dibuat di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, katanya kepada Bernama semasa dihubungi Selasa.
Kong, yang ketika ini sedang bercuti berkata kementeriannya masih dalam proses mereka bentuk EDTP Gemas-Johor Bahru.
"Apa yang boleh saya sahkan ialah kami sedang dalam proses mereka bentuk. Kami tidak melakukan apa-apa selain menyediakan reka bentuk," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai memberikan reaksinya kepada laporan dalam portal berita bahawa syarikat dari China, Chinese Road and Bridge Corporation (CRBC), bersama dengan rakan kongsi tempatan Gamuda Bhd, diberikan kontrak berbilion ringgit untuk membina projek landasan Gemas-Johor Bharu sejauh 197km itu.
Memetik sumber, laporan itu berkata CRBC dipilih menewaskan pesaing utama lain -- China Railway Construction Corporation (CRCC) -- bagi projek yang dianggarkan bernilai antara RM7b dan RM8 bilion, selepas ia diletakkan di bawah kajian semula separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.






Ni yang gua panas ni! boleh pulak kata tak tahu, kalau macam tu apa yang diorang ni tahu, projek bawah kementerian dia, di cakap tak tahu dah award ke tak kan pelik ni.

Yang gua lagi pelik apasal dalam proses reka bentuk boleh award kontrak, macammana diorang ni kira nkos projek, ambil contoh la, lu baru je angan2 nak buat rumah, pastu lu suruh arkitek reka rumah tu, belum habis reka lu dah boleh tentukan berapa kos, tak ke gila namanya tu. patut la selama ni kerajaan asik menaggung VO (kos tambahan) projek.

Yang gua tambah2 pelik ni apasal pulak kalau nak award kontrak je banyak syarikat dari china yang dapat, ada apa2 ke ni, nak kata China banyak lagi negara lain yang pakar. Nak kata kontraktor dari China tawar harga rendah, kenapa tak ambil je kontrator dalam negeri, berlambak kontraktor dalam negeri ada kemampuan buat projek mega, sampai ke Afrika, negara Arab pun ramai kontraktor Malaysia dah buat kerja, jadi apasal pilih juga dari negara China. pelik2

Gua tak pasti la apa sebenarnya yang berlaku gua harap perkara ni diperhatikan.



Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP