Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Wednesday, May 22

PAS JANGAN BODOH




Sebelum aku berehat dari fb ni aku nak melakarkan coretan sedikit semoga ianya boleh menjadi iktibar atau pun boleh dibakul sampahkan jika ianya tidak membantu, Selepas kekalahan Pr pada pru lepas mmg ramai yang merasa tidak puas hati disebabkan oleh beberape insiden yg meragukan yang boleh dipertikaikan. Ketelusan pilihanraya mmg boleh diragui, tapi itu semua telah belalu, fokus utama adalah apa yang bakal berlaku. Kenyataan media dari pihak pr ku lihat hampir tidak selari antara parti2 yg ujud dalam komponen pr.
Beberape hari ini ku lihat kenyataan dr pemimpin pas yang aku jangka akan memakan diri sendiri, antaranya kata2 presiden pasuntuk tidak melibatkan diri dalam perhimpunan blackout merupakan satu tindakan yg pada gua seolah merestui apa sahaja penipuan yg dibuat oleh pihak disana, baru2 ni pula Nik Abduh mengeluarkan kenyataan tentang jangan gelojoh, media bn yg memang terkenal dgn putar belit tetiba mendapat peluru untuk menembak pr, spring perkataan yg sepatutnya tidak keluar dari mulut pemimpin rupanya telah juga keluar, seolah2 merelakan diri pr diratah oleh presepsi yg dimainkan oleh bn.
Azmin n zuraidah dr pkr pula, degan mulut cabulnya telah memberi garam terhadap luka yang ditanggung oleh pr, bodoh gitu. Apa yang aku lihat Dap lebih matang kali ini, pemimpinnya lebih banyak tutup mulut dari memberi peluru kepada bn.
Sebenarnya, aku amat keccewa kepada kekalahan pas di kedah berbanding dgn kekalahan pr di Malaysia, kerana bagi ku pr tak kalah di Malaysia tp pas kalah di Kedah. Kenapa ini boleh berlaku amat menghairankan, sudah diadakan ke post mortem kekalahan ini, atau post mortem semasa pas kalah di terenganu dulu hanya retorik dan kajian sebab kekalahan itu dibakul sampahkan sahaja.
Kita lihat kenapa pas kalah dikedah, dimana pengundi kedah lebih rela mengangkat seorang yg sangat dipertikaikan kredibilitinya menjadi MB. Kenapa pas kedah gagal, oppp silap  kenapa pas gagal. Adakah selama ini pas buta terhadap masalah di kedah, buta semakin ramai anak muda n tua menjadi ahli daun ketum, buta semakin ramai warganya hidup tersepit disebabkan kekangan ekonomi, buta tiada pembangunan fizikal n rohani yag besar selama 5 tahun memerintah.
Pas mungkin boleh berbangga dapat menambahkan pendapatan negeri, kemudiannya berjaya mengecilkan hutang yg ditinggalkan oleh bn, adakah itu yg diminta oleh rakyat kedah, adakah dengan rasa bangga sahaja dapat mengisi perut yg kelaparan, rumah yg semakin bobrok.
Pas berjaya mengondolkan hutan kedah tapi dimanakah duit hasil pengondolan ini, bayar hutang, untuk siapa untuk bn, jadi rakyat kedah pula nak disuruh bersabar makan batu gitu. Kenapa pas tidak ambil contoh apa yang dilakukan oleh dap di penang, pkr di Selangor, apa yg pas beri kepada rakyat kedah. Air percuma, khairat kematian, elaun tahfis, peningkatan peruntukan kepada sar, bantuan kepada golongan miskin.
Kenapa rakyat masih termakan dgn gula2 Br1m, jawpannya adalah rakyat terdesak dengan kesempitan hidup, rakyat nak kerajaan yg membantu walau tak banyak sedikit pun jadilah,  Nampak adanya keperhatinan disitu. Pas tak pernah nak belajar dari kesilapan di terngganu dulu. Apa yang berlaku di kedah hampir serupa apa yang berlaku diterenganu, pas gagal melihat apa yang rakyat mahu.
Mungkin ada yang tidak setuju dengan penulisan aku ini, dah sibuk menunding kesalahan kepada bn, dah ko tahu bn tu penipu kenapa ko boleh ditipu. Jangan bagi ruang bn menipu, semasa pru lepas berkesan kah pas menjawab isu2 yang dibangkitkan oleh bn, tak kan. Bn dah macam gitu dan akan terus begitu, jadi lihat kelemahan sendiri.
Sebenarnya panjang yang aku nak tulis tapi, setakat ini je dulu, pas berubah la, belajar dari kesilapan, belajar dengar rintihan rakyat, belajar dari ilmu, bukan dari pemikiran terkongkong, belajar bergaul degan rakyat bukan hanya duduk dalam kepompong sendiri, belajar memahami kehendak rakyat, belajar untuk jadi lebih cerdik, apa pun pada gua kekalahan di kedah amat memalukan, seolah2 maruah pas disentap dan dipertontonkan ke khalayak.

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP