Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, June 30

gambar terbaik fb

Mahu sahaja gua menitis air mata tengok gambar ni

Mahu juga gua menitis air liur tengok pemimpin bermewah-mewah


Menitis air mata bilah kalimah suci dipermainkan oleh orang berkopiah

Dengar cerita elaun mamat ni cecah Rm300000 sebulan, 
mengalir air kahak hijau gua khaak tuiii
Yang ni tempat kita semua akan pergi, jadi kalau nak menangis sekarang la sementara belum berpindah tempat


Read more...

utusan kena lagi?

beberape hari ni entry gua berkisar kepada cerita sultan gua jadi, gua nak cerita lain la pulak, sebab pada gua, macam kebal sungguh uncle seeker ni dah tak boleh tembus lagi. Gua bukan jenis yang nak pandai-pandai menasihati sultan, siapa la gua rakyat biasa sahaja, nak kata pendekar macam umno jauh sekali, cuma  rakyat yang perihatin kepada sultannya, Gua cukup hairan kenapa Tengku Ismail yang selalu mempertahankan Ayahanda baginda tidak mengambil atau memberikan respon yang cukup kuat, terhadap perkara ini, Mana perginya TMJ ni. Bagi puak haramjadah umno kita tak payah cerita la, semuanya kuncup bacul, entah apa yang ditakutkan dengan uncle seekers ni gua pun tak tahu,

Ok la gua stop dulu cerita pasal sultan gua ni. gua nak cerita sikit pasal utusan yang dah terlalu banyak sedekah paksanya kepada pihak pakatan, yang terbaru nampak gayanya utusan bakal beri sedekah paksa lagi kepada pakatan. akhbar fitnah ni nampak nya memang tak serik-serik, gua ingat kerana duit dalam kantong utusan ni berkepok-kepok maka dengan mudah akhbar penipu no 1 negara ni meneruskan agenda menipunya.

Teruskan pejuangan fitnah lu utusan lagi banyak lu fitnah lagi senang pakatan, lagi nampak busuknya najis fitnah yang lu lontarkan,

Kali ni poket utusan bakal rabak lagi  Selepas menang dua saman terhadap Utusan sebelum ini, Lim Guan Eng memfailkan lagi saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, News Straits Times dan Pertubuhan Pribumi Melayu Perkasa (PERKASA) berhubung laporan fitnah yang disiarkan.

Kali ini beliau menuntut RM50 juta dari media Umno berkenaan.

Dalam sidang media di Parlimen semalam, beliau menegaskan, laporan yang disiarkan itu menuduh seolah-olah beliau adalah pengkhianat negara dengan menjual maklumat kepada negara asing.

Tapi apa ada hal kan, umno kan kaya, banyak lagi stok duit yang belum diguna, kalau stok duit tinggal ciput pun bukan susah rembat lagi senangkan.

Kali ni kalau guan eng menang gua nak mintak dia belanja seluruh rakyat malaysia sorang boleh dapat 2hinggit. boleh pekena teh tarik tapi jangan pegi warong mamak pulak. 


Read more...

Friday, June 29

Kenapa marah sultan gua

Dari entry gua terdahulu gua terima banyak komen, kahkahkah, ada yang mengutuk ada yang mengeji tak kurang juga yang menyokong, tapi gua tertarik kepada salah satu komen ni: 


anonymous 6.33pm



Ape pekdah nk backup sultan nih?sultan bukan untuk disembah.bodoh.ni la melayu bodoh sikit2 salahkan umno.





Kahkahkah kan da meroyan puak umno ni tak pasal2 mengaku, sebelum ni bukan main cakap setia pada sultan la, umno bukan penderhaka la dan macam-macam cerita hipokrit sokong institusi Raja. nah ini lah sebenarnya perangai haramjadah umno, depan cerita lain belakang tikam beb.

Sebelum ni gua cukup beralas nak bagi komen pasal siapa dibelakang uncleseeker sekarang lu orang nilai sendiri, nampak tak bertapa jijiknya mainan politik umno, lucah jahat makanan diorang.

kenapa gua backup Sultan dalam tulisan gua, sebab sultan gua bukan perompak harta rakyat, dia kaya kerana memang pandai berniaga,  Almarhum sultan sebelumnya memang banyak harta jadi gua tak heran la kalau sultan gua banyak harta.

Asal keturunan dia yang orang sebut sebagai lanun bugis ke, atau keturunan temenggong ke bukan masalah bagi gua itu sejarah, kenapa sultan perlis ada perkatan syed di depan nama baginda pun pada gua bukan masalah, siapa yang angkat sesorang jadi sultan pun macam paramiswara, atau raja berok serawak atau sultan yang lain pun bukan masalah

Tak kira la British ke, orang asli ke, atau orang jawa ke mengangkat seseorang jadi sultan pun bukan masalah, sebab lahirnya manusia tu bukannya bersultan, kemudiannya baru lah setelah manusia menjadi ramai berpuak-puak, berbangsa-bangsa baru la timbulnya sultan.

Yang menjadi masalah kepada gua kenapa lu Hina orang yang dah diangkat menjadi sultan dan kenapa ada double standard dalam menghukum orang yang mempertikaikan sultan, Gua pernah sebut sultan gua tak berapa zalim kepada rakyat, sebab dia memang dah cukup kaya, yang jadi isu besar pada gua adalah kaki-kaki rembat duit rakyat yang dalam sekelip mata je boleh jadi kaya.

Baru jadi menteri satu dua penggal da boleh rembat ratusan juta, itu yang peliknya. bagi orang kebanyakan baru bisnes tak berapa tahun da boleh duduk dalam carta salah satu orang terkaya diMalaysia, kenapa anak Mahatet boleh jadi begitu kaya, sedangkan kalau ikut riwayat hidup Mahatet masa kecil jual nasi lemak je, Kenapa anak Dollah badawi boleh jadi kaya, sedangkan Dollah bukan nya orang kaya sebelum ni. Kenapa adik beradik Najib boleh kaya raya, kalau nak ikutkan Tun Abdul razak bukan kaya mana pun. Kenapa anak sharizat yang berumur setahun jagong boleh jadi begitu kaya, belum lagi anak Nong cik, anak jamludin jarjis.

 Kenapa orang-orang ini tak di serang habis-habisan. Cuba cerita sikit dengan gua dari mana atau macammana diorang ni boleh kaya.

Hari ini bila felda listing berapa ramai peneroka tak pasal-pasal menambahkan hutang diorang sebab beli ipo felda. lu nampak tak isu ini, sekarang yang gua rasa sedang sendawa dan ketawa besar adalah Isa samad serta kuncu-kuncunya. Nampak tak betapa senang nya duit rakyat ni dibedal oleh si sialan sana.

berbalik kepada Sultan tadi gua memang backing dia sebab gua rasa itu satu-satunya tapisan yang ujud yang mampu kurangkan rembatan duit rakyat, kalau tiada Sultan gua rasa lagi sedap diorang rembat. Itu la sebabnya gua tak puas hati kepada uncleseeker kenapa telanjangkan sultan gua, sedangkan cukong-cukong yang merembat duit rakyat tidak diserang, dan yang menjadi persoalan nya kenapa sampai sekarang ni uncleseeker mampu terus melondehkan aib Sultan tanpa sekatan, dan kelancangan uncleseeker ni seolah-olah direstui oleh satu kuasa yang cukup besar dibelakangnya.

Apa sebenarnya mainan politik yang cuba dimainkan ni, kenapa hanya sultan gua yang diserang, ini yang gua tak puas hati ni, pantang melayu derhaka. Mana perginya pendekar-pendekar umno ni.

Read more...

Thursday, June 28

kenapa telanjangkan sultan gua

Sebelum ni gua pernah tulis bertapa sayangnya gua kepada sultan gua, hari ni gua bertambah hairan, kenapa blog uncleseeker masih mampu terus-terusan menhina sultan gua, gua sebagai rakyat dibawah jajahan takluk Johor begitu kecil hati disebabkan tiada apa tindakan terhadap pemilik blog ni, muskil sungguh.

Siapa sebenarnya uncleseeker ni samapai begitu kebal menelanjangkan institusi raja Johor, gua rasa di Johor ni bukan main ramai pendekar (kononnya) yang amat setia kepada Raja tapi kenapa semua senyap, atau sebenarnya ada tangan ghaib yang duk dibelakang uncleseeker ni, Pihak polis pun tiada sebarang tindakan tu yang lebih pelik ni, pehinaan demi penghinaan kepada sultan gua ni gua rasa sudah sampai keperingkat gila babi la.

Gua rasa kalau la yang duduk kat belakang uncleseeker ni orang pakatan mahu satu Malaysia kena londehkan, tapi bukan nak menuduh tapi kenapa kebal sangat dia ni, kenapa tindakan double standard belaku kepada Nizar yang cuma beri komen sedikit yang pada gua tidak pun boleh mencalar ke kuasaan raja johor, adakah puak haramjadah ameno kat belakang dia,

Apa sebenarnya motif disebalik cerita uncleseeker ni, habis telanjang semua cerita Sultan gua. Ni yang gua betul-betul tak puas hati ni. Gua pun macam hang tuah taat kepada raja?

Ada siapa yang boleh bagi kat gua sikit story tentang perkara ni, kemuskilan gua ni dah cukup membuak-buak untuk mendapatkan kepastian,

Setahu gua selama ni apa je yang puak umno buat memang kebal, tapi kenapa tiba-tiba uncleseeker muncul mahluk kebal baru di Malaysia. pelik kan.

Apa pun gua kenapa lancang sangat telanjangkan sultan gua. panas hati gua beb.

Read more...

Wednesday, June 27

umno ngaku dia zalim

Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang.

Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam.-Sinar
kahkahkah tak pasal-pasal ngaku zalim, tu la bila nak meroyan pandang la kiri kanan kan da tak pasal orang dah tahu umno tu zalim, nak sembunyi pun dah tak boleh beb, siapa makan cili dia rasa pedas,

Read more...

Tuesday, June 26

macam filem p ramlie

Provokasi dari geng UMNO n Perkasa hingga mencederakan Aktivis R ,Aduka Taruna

Apo kono eh jang mandi darah lu, Atas nama perjuangan bro ini la harga yang kadang kita kena bayar, setitis darah lu jatuh bukan sia-sia bro, mudah-mudahan dengan darah ini lu akan mendapat tempat terbaik nanti


Lagi pun lu kan da bisa kena penumbuk sebelum ni sabo jela, apa pun gua harap lu cepat sembuh, 



Read more...

Gua sayang sultan gua

Hari ni gua sebenarnya tak tahu apa yang nak tulis dalam entry, jadi gua merayau ranjau semua blog n facebook, tiada apa yang menarik sangat untuk dikongsi, cuma bila singgah kat blog sahabat ikut suka aku gua agak tertarik dengan cerita Zuridah ni, pasal cerita mempertikaikan najib jadi menteri wanita, weeeii get a life la zuridah, gua bab ni memang menyampah jika ada mp menyebuk benda-benda kecik sedangkan isu2 besar dalam negara ni lebih perlu untuk dibincangkan.

Weeei tak semestinya bila jadi pembangkang semua nak dibangkang la. Banyak isu lain lai hoiii. pergi buat kerja dengan rafizi yang kata nak membongkar kebejatan umno selangor tu, baru ada rasa beb, baru jadi isu nasional beb, kalau isu Najib jadi menteri wanita tu, lantak la dia, dia pun bukan berape lelaki pun.

Satu lagi gua terberenti lama kat blog uncleseekers bukan main sedap dia menghentam sultan kesyangan gua, berlepuk-lepuk la dia bantai, macam dah tak de kebaikan la pula sultan gua ni, tapi gua rasa la apa yang uncle buat tu macam da lebih la beb, agak-agak la kalau nak aibkan orang, nak tegur bukan tak boleh, tapi gua rasa ada batasnya takan la semua nak lu bantai, Sultan juga manusia beb ada hati dan perasaan, kalau buat silap biasa la beb, tapi takan la teruk sangat nak kena bantai.

At least dulu masa Almarhum hidup gua respek juga kat Dia, berapa kali naik mimbar baca khutbah, lu ada? Lagi pun uncle ni pun background dia dari apa yang gua baca bukan comel sangat pun, tak tau la kalau memang dia ni suka buka aib orang, sebelum ni gua tengok bukan main dia belasah bekas permaisuri agong, kesian juga gua kat Puan sri Aishah. mana nak letak muka.

Sekarang bantai kaw-kaw pulak sultan gua, mana nak letak muka sultan gua dipermainkan begitu sekali, tapi gua heran la apasal uncle ni boleh pulak jadi kebal, kalau orang lain mau kedalam beb, apa ilmu dia pakai sampai tak de siapa yang ambil tindakan terhadap dia, tak macam cerita Nizar sikit je tegur dah satu malaya kecoh.

lu orang pergi baca kat entry uncle ni nanti lu akan perasan apa yang gua cakap ni http://uncleseekers.blogspot.com/

Gua juga heran la mana ngo atau puak yang dulu mengaku taat kepada sultan gua kenapa dok senyap je, atau lu orang saja je nak publisiti, murahan.

Apa pun kepada sultan gua, gua harap akan ada pembelaan. walaupun gua suka kepada pakatan gua juga hormat sultan gua.dan tak semestinya orang-orang pakatan ni bermusuh dengan sultan kerana selama ni pun gua rasa belum ada orang dari pihak pakatan bertindak lancang terhadap sultan, tapi kenyataan biadap dan melampau pernah keluar dari mulut pemimpin umno ada la.

Gua rasa la tahap penderhakan umno ni lebih teruk daripenderhakan jebat, sebab jebat melibatkan seorang sultan sahaja, tapi penderhakan umno melibatkan ramai sultan dan juga keturunannya. kira-kira pada gua penderhakan tahap gaban la ni.

Gua menulis ni kerana gua sayang sultan gua dan gua  tidak mahu sultan gua diperkotak katikkan sewenang-wenagnya, kerana pada gua institusi raja ini masih releven untuk jangka masa lama dalam memertabatkan bangsa dan agama.

Read more...

Monday, June 25

hikayat raja malayalam 2

Seperti gua janjikan dulu gua nak sangat sambung cerita hikayat raja malayalam, cerita dongeng ni takde kena mengena dengan yang masih ada oksigen atau yang dah putus oksigen bagi yang oksigen tinggal sikit seperti berahim katak dan mahafiraun cerita ni memang kena dengan lu orang, jadi kalau lu orang nak meroyan sampai habis oksigen pun, ada gua kisah.

Di sebut cerita maka, si raja pun telah mengunakan plat yang dibayar untuk kereta kudanya itu dan dipasang kepada kereta kuda hasil buatan pak ton walau nampak canggih tapi kereta pak ton tu agak murah la juga bagi raja, kalau bagi rakyat biasa harga kereta tu boleh di guna untuk makan sampai 10 tahun, cuma yang masih menjadi tandatanya betul ke kereta kuda itu dibeli dari pak ton atau hadiah dari pak ton atau hadiah dari saudagar yang memangnya suke mengimpit sang raja. Apa pun tidak dikisahkan dalam dalam cerita dongeng ni.

maka, dalam pada itu seorang rakyat dalam negara malayalam telah secara sinis telah menghantar burung twit2 untuk menegur keborosan raja, tapi entah macam mana burung twit ni telah dapat ditangkap oleh balaci-balaci raja dan dipersembahkan kepada raja, mak datuk bukan main murka sang raja dengan perkhabaran yang diterima ditambah pula hasil curahan minyak sang pengampu bertambah murka la raja, raja yang memang terkenal kaki panas hati ni apa lagi melenting sakan memaki hamun dan memarahi kelancangan rakyat tersebut. Dan terus menghantar beribu-ribu burung twit untuk menyebarkan berita tentang kemurkaannya. Budak kacamata yang walaupun tidak bersalah telah memohon maaf kepada raja tetapi nampaknya kemurkaan raja belum reda.

Anak raja yang tidak puas hati juga telah menghantar twit beliau sendiri mengutuk sekras-kerasnya budak kacamata, dan yang terakhir memberi amaran jika rakyat susah jangan cari raja, semasa menghantar burung twit ni anak raja diserang amnesia terlupa selama ni pun raja tak pernah bantu rakyatnya.

Dalam masa yang sama balaci-balaci dan sekelian pengampu telah menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati terhadap budak kacamata, dan berbodong-bondong mengadu kepada laksa mana geeer woohp, dan dengan sepantas kilat laksa mana geeer woohp melakukan siasatan.

Balaci-balaci dan pengampu yang juga telah diserang penyakit amnesia terlupa yang selama ni diorang telah melakukan penderhakaan besar terhadap raja, tapi almaklum lah dengan kepetahan dan kepandai putar belit diorang ni raja dengan mudah melupakan penderhakaan yang dilakukan diorang selama ini walaupun telah meletak kan martabat kedudukan raja dibawah tapak kaki diorang.

Hasil kesepakatan balaci dan pengampu ini satu rapat umum telah dibuat untuk menutup aib yang mereka leparkan pada raja dan seterusnya menuduh budak kacamata sebagai penderhaka. Raja walaupun dikatakan bijak tetapi dengan mudah diperdaya dek ayat-ayat gula balaci dan pengampu senhingga menitis kan air mata buayanya terharu terhadap sokongan pura-pura segelintir kecil kaki ampu.

 Maka kecoh la seantero malayalam akan sokongan yang diperolehi raja. Raja dengah gah nya merasa masih berkuasa dan keegoan tinggi memandu kesana kemari dengan kereta kuda barunya, rakyat yang melihat pula hanya mampu menelan air liur dan tidak kurang juga yang menjuirkan bibir tanda menyampah melihat kelakuan raja.

Rakyat yang masih takut dan seram sejuk terhadap kuasa raja hanya mampu menunjukan kejengkalannya didalam hati.

Rakyat masih lagi seperti biasa kais pagi makan pagi kais petang makan petang bagi yang dah teruk kais-kais pun tak dapat makan, rakyat masih ditindas sedangkan raja , balaci dan pengampu ketawa besar diatas kejayaan agenda masing2 dan berjaya terus memperbodohkan sebahagian besar rakyat. sedih dan pilu wa cakap lu.

*Ok la cukup dulu cerita ini untuk kali ini dan gua akan sambung semula di entry yang mendatang moga anda semua terhibur dan kalau yang mempunyi hati akan berasa sedih dengan cerita ini.

Read more...

Sunday, June 24

Gua suka artikal ni

OLEH: DATO' DR. HAJI HARUN TAIB

Menegakkan Pemerintahan Islam

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

Kaedah Usululfikh

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.

Read more...

Gambar terbaik malam minggu

Memang selayaknya Bn di layan seperti ini

Mujahid dan mujahidah umno terbaik!!!!!!

Kaitan gambar diatas dengan yang ini sama tapi tidak serupa

Ammmah macha, jom keputra jaya

Salah satu daripada ahli umno

Berat juga umno ni ye bang

Bab yang ni gua malas nak komen sebab yang ni bakal ketua agama kat Johor, perhhh mendidih beb hati gua






Read more...

Saturday, June 23

Sultan favourite gua

Assalamualaikum Bro,

Di sini saya attachkan sekeping gambar Tuanku Sultan Mohammad Ke-V Sultan Kelantan yang sanggup mencemar duli turun menjenguk rakyatnya. Mungkin ini tugas biasa bagi seorang sultan tapi apa yg saya kagum dengan beliau, cuba Bro perhatikan disebelah kanan Tuanku dan bandingkan pakaian pengiring tuanku dengan pengiringnya, MasyaAllah, betapa zuhudnya beliau dengan agama, dan apa yg menyentuh hati saya apabila melihat gambar ini, betapanya seorang sultan yg tidak mengira tempat atau suasana beliau sanggup melawat dan singgah duduk bersila dalam rumah yg boleh di kategrikan miskin sambil bertanya khabar tentang masalah yg dihadapi oleh rakyatnya.

Kat sini kita boleh tengok tak ada bunga manggar, tak ada payung kuning, tak ada kapet kuning tak ada kerusi ukir kayu jati, tak ada polis pengiring, tak ada bodyguard bercermin mata hitam.... Yang ada cuma periuk belanga berselerak, tilam anak yg dijadikan lapik duduk sultan, almari usang yang dah tercabut pintunya, dinding rumah yang tak bercat dan bertampal dgn kayu dan playwood dan yg paling sedih atap rumah yg dah tentu bocor kerana cahaya matahari boleh sampai betul2 ke arah peha tuanku sultan serta pengiring tuanku.

Bagi pendapat Bro, sultan mana kah yg pernah bro tengok atau ketahui selama ini boleh berbuat sedemikian rupa.

Tujuan saya mengirimkan gambar ini kerana saya selalu menjenguk blog Bro, dan saya nak kongsi gambar yg saya perolehi dari kawan saya. Untuk pengetahuan bro, saya bukan berada dimalaysia tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan berita dinegara kita terutamanya politik semasa.

Akhir kata selamat berjuang utk bro dan seluruh barisan pembangkang, jadikan Malaysia negara yg terbaik untuk anak2 dan utk generasi yg akan datang, InsyaAllah.

Wasalam.


Gua suka email ni, dan gua suka melihat gambar2 sultan kelantan, tak payah minta pendapat gua pun lu orang da tau isi hati gua dalam hal ni.

Read more...

baruah umno yang memang celaka


lihat la binatang dalam umno ni main politik bangsat, macam ini punya gambar pun diorang boleh edit, apa yang ada dalam hati perut diorang ni penuh dengan najis. Hati gua cukup terbakar dengan sikap sialan diorang ni dah lebih teruk dari binatang, kesian mak bapak diorang ni bela anak macam ni, pedih gua rasa.

Hoi bansat2 umno sedar la sikit lu orang hidup pun tak lama paling tinggi pun 50 tahun lagi, sebab apa gua kata macam tu sebab kaki fitnah yang buat kerja haram jadah ni paling kurang umurnya 20tahun, lu ingit sikit hidup lu bukan nak menongkat langit tak lama lagi nak mampos pun, kena makan cacing jadi tanah, jadi jangan nak angkuh sangat sekarang buat fitnah sesuka hati mak bapak koorang.

Malu la sikit kalau tak kepada manusia malu la kepada pencipta lu.Jadi la manusia yang lebih bermoral, memang umno dan kelucahan tak boleh dipisahkan tapi jangan la melampau beb. Tinggal2 kan la sikit maruah dalam hati lu orang.Jangat jadi manusia bangsat yang lebih hina dari binatang.

Read more...

Friday, June 22

buang tebiat nak mampos ke umno ni

Gua sebenarnya dah malas nak menulis entry, gua dah cukup bosan dengan susana politik kat malaysia yang kotor macam lubang najis, tapi bila lihat gambar ni hati gua rasa pilu la pulak, gua rasa walaupun sibuk mana gua gua kena juga luangkan masa untuk menulis entry, selagi haramjadah umno tidak ditumbangkan gua rasa kehidupan rakyat malaysia akan menjadi seperti gambar yang nak gua paparkan ini, dua ekor panda sampai berjuta tapi nasib rakyat entah macam mana.

Rakus nya pemimpin di malaysai ni gua rasa dah sampai tahap miksima dan memang patut dikuburkan secepatnya.Kalau tidak entah apa lagi yang akan dibalun oleh malaun-malaun ni. Berbalik kepada janji gua untuk meneruskan cerita hikayat Malayalam gua mohon maaf sebab tak berkesempatan buat masa sekarang untuk menulis, company gua dalam proses penyusunan semula, gua sedang menyusun keadaan company gua yang berterabur. beberapa orang pekerja dah gua pecat menyakitkan kepala dan menyebabkan company gua porakperanda, tapi alhamdullilah, Allah amat menyayangi gua diberi gua jalan untuk menyelesaikan masalah company dan dengan izinnya juga segala masalah sudah hampir dapat diatasi.


Bila gua baca artikal ni gua cukup panas hati memang jahanam gua cakp lu umno ni, apa dalam Malaysia ni da tak de orang yang kebulur ke, sampai sanggup perabih duit rakyat sampai macam ni, nak mampos ke pemimpin negara ni atau dah buang tebiat ke, kan kerja gila namanya ni.

Read more...

Monday, June 18

Hikayat raja Malayalam

cerita yang bakal gua papar ini merupakan sebuah hikayat serta dongengan sebuah kerajaan di sebuah negeri  Malayalam. tiada kena mengena antara hidup dan mati.

Hari ni gua nak bercerita pasal sebuah hikayat, di sebuah negeri dalam negara malayalam letaknya kat benua antartika. Negeri ni diperintah oleh seorang raja yang cacamerba walaupun tak berape zalim kepada rakyatnya, raja ni mempunyai kegemaran yang agak pelik-pelik, antara kegemaran beliau adalah suka sangat kepada perempuan, pantang lihat dahi licin habis nak dikapornya.disana sini ada sahaja gundik atau dayang yang menjadi spare part kepadanya.

Beliu ni suka sangat kepada minum air tuak yang dibuat dari nira, zaman tersebut kalau siapa minum tuak nira ni sudah dianggap terlalu mahal sebab sukar didapati, balaci-balaci dan pengampu nya cuma mampu minum todi sahaja. cuma terdapat dikalangan pembesar negeri terpilih sahaja yang mampu menurut jejak raja mereka minum tuak nira itupun hasil dari merembat kekayaan rakyat jelata.

Bagi rakyat biasa kenderaan utama adala menunggang keldai, yang agak berduit sedikit dapatlah naik kerbau, tetapi raja ini mampu menunggang kuda, yang jarang atau tidak mampu dimiliki rakyat biasa, kebanyakan rakyat miskin cuma bejalan kaki atau kereta panjang yang ditarik oleh gajah.

Bagi rakyat yang berkemampuan kebanyakan mereka mampu membeli kereta lembu samada hasil buatan tempatan dan luar negara. Tapi raja ni pulak mempunyai berbagai koleksi kereta lembu dan yang lebih mahal kereta kuda, kebanyakan kereta ini diimport dari luar negara. Yang pelik nya pula semua jenis kenderaan ni akan diberikan no pendaftaran, bagi yang tidak ada no pendaftaran kenderaan itu boleh disita, jadi sebagai pelengkap petunjukan kemewahan raja dan pembesar negeri mereka berebut mendapatkan no pendaftaran yang cantik dengan harga yang gila babi mahalnya. Rakyat negeri ni yang suam-suam kuku pendapatanya hanya boleh terlopong sahaja bila mendengar nilai yang dibayar untuk mendapatkan no pendaftaran tersebut.

Tapi itu la harta yang di warisi oleh sang raja dari bapanya memang cukup banyak malah kalau di senaraikan harta tersebut boleh mengangkat siraja ini sebagai orang terkaya di Malayalam.

Keadaan keluarga siraja ynag kacau bilau menjadikan nama raja ini sentiasa menjadi buah mulat rakyat jelata, perebutan harta, perebutan takhta, perangai adik beradik, anak pinak yang seperti keluarga 69 telah lama menjadi intipan rakyat, dan menjadi salah satu umpatan rakyat.

Cerita ini hanya sebagai intro banyak lagi yang ada dalam hikyat ini yang akan gua paparkan, tentang keluarga raja tersebut, tentang pembesar dia, tentang balaci-balaci dia, penderitaan rkyat dan terakhir tentang penentangan dan pengampuan rakyat dan akan disambung dalam entry akan datang tungggguuu!

Read more...

Sunday, June 17

merapu punya cerita

Pas tidak ikhlas dan jelas dalam memperjuangan kedaulatan institusi raja di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat dalam isu membabitkan pemimpin mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin  yang tidak dikenakan tindakan berhubung kenyataannya mengenai pembidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor.

"Mungkin kerana ingin sedapkan hati rakan komponennya (DAP dan PKR), maka saya rasa mereka tidak akan ambil tindakan terhadap Nizar.

"Nizar pula 'baling batu sembunyi tangan', berbelit-belit cakap, menuduh orang lain... jangan tuduh orang lain, sendiri yang tulis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Parlimen Bagan Serai di sini hari ini.


Ekleleh mamat ni bengap betul selama ni berak tengah jalan macam lembu liar pastu sibuk nak kata orang lain yang buang najis, apa punya mainan politik la, habis satu malaysia nak ditipunya.


Tapi kutu2 munafik ni bukan nya sedar pun, kalau sedar pun purak2 buat tak tahu berak merata-rata. Yang tak boleh bla tu kepintaran orang malaysia sekarang nak di omok-omokan dengan cabaran merapu dia. apa barang beb.

Memang haramjadah gua cakap lu puak umno ni, paling pandai twist cerita, dia orang yang buat dan-dan je tuduh orang lain. Apa pun tak boleh. Ini la haramjadahnya umno dah tak de isu yang boleh bantai pakatan, cari la isu yang bukan isu pastu gembar gemburkan jadi isu besar, yang jadi pak pacak tukang bawak tombak pun apa lagi cuba tonjol diri berbondong2 mennunjukan kebangangan nya menyahut isu, yang paling popular tektik sekarang ni buat laporan polis dapat masuk paper mana tau kan balaci-balaci pengampu bos boleh terperasan, ada can boleh repot sama bos, ada can la boleh naik sikik taraf dari pegang tombak kepada tukang kipas bos ke, Tak pun tukang cuci jamban bos pun da cukup tinggi idungnya.


Read more...

Saturday, June 16

gambar best cilok dr fb

sah peragut
sah penderhaka

sah keluarga 69

sah penghisap darah
sah penyamun

sah bukan jantan




sah boleh kojol umno



Read more...

pakatan dengan umno macam sama je


iSU 1
 Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menghantar surat memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebentar tadi.

Dalam surat itu, Mohamad Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak memohon menghadap Sultan Johor bagi mengzahir permohonan maaf berhubung kenyataan beliau menyentuh pembidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Besar sangat ke dosa nizar ni berbanding dengan dosa sert penghinaan umno terhadap raja-raja melayu sebelum ini. sampai orang dalam pakatan pun naik sama meroyan menghukum nizar.


iSU2
PETALING JAYA, 14 Jun 2012 – Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan.

YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab.

Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan .



Kenapa orang pakatan hilang adab, hilang sopan, bertindak seperti samseng haramjadah umno, apa yang berlaku sebenarnya ni, kalau setakat laungan anjing menyalak bukit kenapa bukit boleh runtuh.Apa pakatan dah nak jadi serupa macam umno,

Gua sentuh dua isu ini sebab gua lihat semakin hari, pakatan makin terikut cara umno jadi manusia hipokrit, jadi macam beruk tak bertamadun, jadi hilang akal macam puak bengap dan haramjadah dalam umno.Mungkin gua salah, tapi kepada orang umno yang dah mula jinak kepada pakatan, gua rasa lu orang patut kikis ke umno han lu itu.Kalau la orang itu memang orang pakatan asalnya, kan baik fikir sejenak sebelum bertindak.

Tulisan gua ni berkias bukan direct jadi fahamkan apa yang sebenarnya gua nak kata.

Read more...

Friday, June 15

boleh bla sama lu din pagoh

1.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hanya kerajaan yang berpengalaman serta banyak menabur bakti dan jasa kepada negara mampu memberi masa depan yang lebih baik kepada rakyatnya. 

2.Muhyiddin yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, berkata sebagai kerajaan yang mempunyai perancangan jelas dan hala tuju, pelbagai inisiatif di bawah program transformasi sudah dilaksanakan BN bagi memastikan masa depan rakyat terjamin.
3."Kita beri jaminan, selagi BN mendapat sokongan rakyat, usaha-usaha seperti mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan jumlah pendapatan rakyat akan diteruskan. Inilah jaminan kita, beri sokongan padu pada pilihan raya nanti.


Gua saja je bagi no kat statment Din pagoh biar senang orang terutama orang umno nak faham sebab nya kat sini

Ok berbalik kepada cerita Din pagoh ni, kerajaan berpengalaman mampu beri masa depan baik kepada rakyat, lu nak tipu sapa din, sejarah da buktikan kerajaan yang terlalu lama ni la yang paling korup paling zalim, paling tak guna, contoh Marcos, golkar di indonesia, hosni mubarak mesir, basir di syria, kamal artartuk turki, dan banyak lagi, semuanya menjahanamkan rakyat seperti apa yang sedang dibuat oleh umno sekarang, habis punah kekayaan Malaysia.

Apa perancangan yang jelas yang lu katakan, buat logi Lynas, bagi amah indon gaji sampai nak mampus orang malaysia nak bayar, beri felda diterajui kaki rasuah, beli kapal selam komisen gila babi, buat lawatan Pm ke us n uk sampai berjuta ringgit lebur, bagi orang bela lembu sampai habis rtusan juta,bagi projek kat anak-anak menteri sampai ratusan juta, itu ke maksud lu perancangan dan halatuju untuk rakyat. tak cukup ke korang bedal dan agihkan harta rakyat macam harta tebusan koorang.

Nak mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan pendapatan rakyat. Yang ni lawak ke apa, banyak sangat ke kadar jenayah yang lu orang berjaya turunkan sejak 54 tahun lu orang perintah, banyak sangat ke kenaikan pendapatan rakyat di negara ni, masa gua kecik dulu gua boleh beli kuih 10sen sekarang ada dapat, paling kurang pun 30sen. bermakna naik 300%.

 masa gua kerja kilang masa cuti sekolah gaji rm8 ini cerita 25 tahun lepas, sekarang ni ada naik banyak ke?, berape gaji pekerja kilang sekarang ada sampai Rm20. tarak beb. bermakna kalau dibandingkan pendapatan 25 tahun dulu dengan sekarang tak sampai pun 300% naiknya, sedangkan harga barang dah naik  lebih 300%. dah 54tahun beb lu perintah hidup rakyat tak banyak berubah, kalau setakat lu ukur pendapatan rakyat ikut perkapita memang la naik tapi siapa yang sebenarnya naik, jadi lu tak payah la nak bagi ayat-ayat manis pasal nak dekat pilihanraya ni, rakyat dah muak, dah bosan, dahb meluat tengok kerenah lu orang.

Lu orang dah gagal la beb nak meperjuangkan nasib rakyat, 54 tahun beb bukan sikit masa kalau yang lahir pada masa lu start perintah sekarang ni dah jadi atuk atau nenek la beb. Rakyat semakin senang ke sekarang. lu boleh bla dengan lu punya bedek.

Read more...

Dua cabang komponen umno


Parti-parti pembangkang dinasihatkan supaya tidak mencetak logo masing-masing secara bersama pada poster kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP masih belum menerima kelulusan rasmi daripada Pertubuhan Pendaftar (ROS).
“Mereka ada maklumkan kepada kita bahawa pendaftaran sudah dibuat namun berdasarkan pemeriksaan dengan ROS, SPR dimaklumkan permohonan itu masih belum diluluskan.
“Sekiranya berlaku (mencetak poster secara bersama) SPR akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan saya akui ia bakal memberi masalah kepada petugas SPR kelak," katanya di sini hari ini. 

Double standard!!!!!

Yang ros pulak kenapa lambat sangat nak beri kelulusan, dulu masa umno dibatalkan bukan main cepat luluskan umno baru tak sampai berminggu-mingu pun

UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988.

Sebaik sahaja UMNO diharamkan ketika masa pada 4 Februari 1988, maka UMNO lenyap dibumi fana ini, itu adalah hakikat dan reality. Matinya UMNO ketika itu UMNO pupus sebagai komponandiantara parti menganggotai BN. Semua yang mewakili UMNO yang diharamkan itu, menganggotai kabinet dan sebagainya adalah diatas nama individu sebagai AP, ADUN atau Ahli Senat. .  

Apa-apa pun lahir selepas mati haki secara teknikal ianya adalah sah mati mutlak. Kerana mati parti dan haram parti UMNO Asal, tidaklah matinya seperti mati Altantuya disebabkan peledak peletup C4. Manakala haramnya UMNO Asal, tidaklah umpama haram babi, bukan haram jadah. Mereka berebut kepejabat Pertubuhan untuk menubuh satu parti baru. Untuk dibawa masuk, dipertimbangkan agar sah menganggotai komponan BN, menerusi parti yang baru daftar, menerusi sijil pendaftaran baru (kalau ibu yang melahir anak, sijil lahir baru).  


Diatas kepintaran dan nasib menyebelahi Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamed mantan Presiden UMNO Malaysia. Beliau bergabong dengan beberapa mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Makanya permohonan pendaftaran umNO(Baru) pada 13 Februari 1988 dilakukan dan diluluskan oleh Pendaftar Pertbuhan pada hari yang sama iaitu 13 Februari 1988 kalau tidak salah ingatan saya (maaf, kalau terlupa tarikh). Dikemukakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pihak Dr Mahathir menghantar permohonan kepada BN. Dewan Tertinggi BN menerima keanggotaan parti yang baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan iaitu parti umNO(Baru) menjadi komponan BN yang baru pada 16 Februari 1988.

Nampak sangat kan haram jadahnya umno mepermainkan agensi kerajaan sesuka hati mak bapak dia. Apa umno cukup bacul nak belawan secara anak jantan dengan pakatan melalui pilihanraya dua parti. Apa Spr dan Roc dah jadi parti komponen Umno ke

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP