Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Thursday, December 29

Teruskan merapu

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Khamis membuat dua laporan polis di sini bagi menggesa siasatan ke atas dalang penganjur perhimpunan 9 Januari
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 2.30 petang tadi oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berhubung perhimpunan 9 Jan dan timbalannya Datuk Abd Rahman Abu Bakar berhubung kenyataan paderi.
Ibrahim ketika ditemui media berkata terdapat pihak tertentu yang merancang untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut dan pastinya keadaan ini akan menganggu ketenteraman awam.
Ibrahim mendakwa terdapat risalah yang menyeru rakyat menyertai kempen itu dan memberi sokongan kepada Anwar dan perkara itu boleh menganggu proses perjalanan kes tersebut.

Apa yang katak ni dok merepek ni, bila pulak ada orang nak anjurkan perhimpunan pada 9 january ni, dah semakin sesak nafas katak ni nak cari nama, kot2 umno akan simpati jadikan calon, kadang2 gua kesian kat katak yang dah kurang oksigen ni, dah nak masuk kubur pun masih tak sedar2.

Tapi gua kadang kala terfikir juga nak ucapkan tahniah kat katak ni, bila dia bunyi je mesti keluar cerita lawak dari mulut dia, tak pun bila dia ni becakap bagi pihak umno, orang ramai semakin meluat dan akhirnya dia ni bukan jadi aset bagi umno tapi jadi liabiliti pulak,

Kalau tak yakin dengan kata2 gua ni g tanya orang india atau cina, katak ni la salah sekor dari spesis katak dan lembu yang dibenci oleh lain, Orang melayu pulak da lama da mentertawakan katak ni, konon ultra melayu dan bila bercakap bab berkaitan hukum mengalahkan lulusan Azhar, sampai orang yang belajar agama dari kecil sampai tu pun dituduhnya tak faham agama.

Ok la katak teruskan berbunyi, musim tengkujuh pun da sampai, jap lagi musim pilihanraya lak, lagi kuat lu bunyi lagi bagus.

Read more...

Lagi harta rakyat kena bedal


 Lebih 30 saksi termasuk dari Singapura, Switzerland, Pakistan, India dan Arab Saudi telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam skandal projek mega Iskandar Malaysia.
Saksi-saksi itu terdiri daripada pegawai-pegawai Iskandar Investment Berhad (IIB), ahli perniagaan, kontraktor, ahli politik, konsultan dan orang tengah.
Difahamkan, SPRM menjalankan siasatan terhadap saksi-saksi dari luar negara ekoran terdapat maklumat turut wujud unsur rasuah di kalangan konsultan asing dalam projek itu.
Difahamkan siasatan kes itu masih diteruskan dan dijangka beberapa lagi individu akan didakwa dalam masa terdekat.
Menurut sumber, skandal itu disifatkan sebagai terancang berikutan wujudnya rangkaian termasuk orang dalam yang mendedahkan maklumat berkaitan kontrak dan beberapa projek Iskandar Malaysia.
"Perbuatan rasuah dan penyelewengan kuasa difahamkan berlaku ketika pegawai-pegawai kanan IIB menyalurkan maklumat tender kepada syarikat kontraktor berkaitan.
"Orang-orang tengah atau runner pula bertindak mengambil wang suapan untuk disampaikan kepada pihak yang berurusan dengan mereka.
"Perbuatan rasuah inner circle itu membabitkan orang dalam dan kontraktor. Mereka bersepakat dalam rancangan tersebut dan mendapat bahagian masing-masing," kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Turut difahamkan, salah seorang pegawai kanan IIB yang disyaki terlibat dalam skandal tersebut memperoleh gaji mencecah RM40,000 sebulan.
Semalam, suami bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IIB mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM1.6 juta tahun lalu.
Mohd. Amin Suhaimi, 52, yang juga pengarah sebuah syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.
Di mahkamah yang sama hari ini, bekas Naib Presiden Kanan IIB, Rostam Razali, 51, didenda RM20,000 selepas mengaku salah mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan sebuah projek kepada bakal penender tiga tahun lalu.

Lu orang cuba fikir da lebih tiga tahun lepas si bangsat2 ni sakau duit kalau dihimpunkan agak2 berapa juta agaknya yang dah dirembat kutu2 ni semua. Buat malu nama Almarhum sultan gua je. tak pasal2 nama Almarhum terbabit dengan keja busuk kutu2 haloba ni. 

Mari kita lihat apa sebenarnya iskandar Malaysia:Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.


Koridor ini diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April 2008.

Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
Iskandar Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura. Khazanah Nasional Berhad akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan itu.
Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ

Logo rasmi Iskandar Malaysia  (GLC) seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM3.4 bilion lagi dengan melaksanakan beberapa projek strategik melalui Perbadanan Pelaburan Johor Selatan (SJIC).
Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.
Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.


Jadi Najib sebagai menteri kewangan jangan kata kerjaan tak terlibat dalam skandal ni

Read more...

LU jangan mimpi la UMNO

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor," katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, di sini yang bermula Rabu hingga malam tahun baru pada Sabtu ini.

Beliau berkata Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri.

Ini cakap serupa lembu punya cakap, ada hati nak memerintah Selangor, cerita lembu pun terkantat2 nak sattle, cakap lawa pulak mamat ni, kutu ni dengan puak lembu lain tengah sibuk sekarang, menabur kata dengan harapan rakyat selangor yang bijak pandai boleh terpedaya, weiii hentikan la lu punyatoriak la beb, da basi la beb.

Lu ingat masa Alam flora angkut sampah kat selangor dulu selangor cukup bersih ke, weeeiii lu ingat orang buta ke, setahu gua la yang bersih masa bn memerintah dulu cuma nak bersihkan kantung kerajaan, sampai mantan menteri besar kaki sapu pun jadi penjenayah beb. Ni la rupa sebenar umprono, kaki kebas, cilok sana sini, sambil membuncitkan perut hasil pecah amanah, bedal harta rakyat.

Lu nak nafikan apa lagi beb, sampai bila pun sejarah akan tercatit menteri besar umno rembat harta rakyat, menteri besar umno penjenayah. jadi jangan cerita lebat la beb, umno busuk sampai ke usus. rakyat tak kan lupa kes raja toyol, kes bekas adun klang.

Jadi simpan je la mimpi lu nak tawan Selangor kecuali lu dah ready dengan mainan bangsat lu dengan spr, kalau lu nak main secara gental gua agak la, keparit la parti lu beb. lu kena ingat beb lu sembang macam mana pun lu tak dapat cari lubang busuk pakatan di Selangor, tapi lubang busuk umno kat selangor tak payah cerita la beb belambak macam tahi lembu

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP