Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Thursday, October 27

La mengelak lagi Muhyiddin

Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang PKR, Pas dan DAP juga perlu menjawab beberapa teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana laporan itu mencakupi prestasi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri seluruh negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa hal mamat ni meroyan ni yang perlu menjawab bukan pembangkang  beb. kerajaaan pusat yang perlu jawab banyak persoalan dalam laporan ketua audit negara. berapa banyak pembaziran yang dilakukan jabatan dan agensi kerajaan lihat sini.

Rata2 laporan audit ini menunjukan kegagalan kementerian atau agensi dalam melaksanakan tender, hampir semua kementerian menhadapi masalah yang serupa, jadi kesimpulannya bila melibatkan duit yang dibelanjakan kerajaan mesti ada masalah, ketirisan, tak ikut sepesifikasi tapi bayar penuh, pengagihan tender dan perbelajaan tak munasabah. jadi kenapa lu tak sibuk jawab sebelum suruh orang lain jawab.

Lu ingat duit rakyat tu duit senang2 je pungut tepi jalan, pas tu boleh punahkan sesuka hati, mana tanggunjawab kerajaan, atau memang da jadi budaya bagi kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat dengan menuding jari kepada orang lain, sedangkan kain yang dipakai kerjaan belubang sana sini.

Hello.... beb, jangan lu fikir dengan mengelak dari menjelaskan kepada rakyat duit yang dibazirkan tu lu akan selamat selamanya, jangan sampai di yamulmasyar nanti seluruh rakyat Malaysia menuntut. mana lu nak lari beb.

Hari ni lu boleh mengelak menepis dan menutup kelemahan kerajaan tapi bila sampai disana, apa lu boleh buat beb,

Read more...

Aik seratus je

Timbalan Speaker Perak Datuk Hee Yit Foong Khamis gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan saman berhubung kes botol penyembur serbuk lada semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, pada 7 Mei, 2009.
Mahkamah Rayuan membenarkan bayaran RM100 sebagai ganti rugi nominal kepada Yew. Mahkamah turut memerintahkan Hee membayar kos RM20,000 kepada Yew.

Seratus pun seratus la, da keputusan mahkamah kena akur je la, kalu kata lebih2 nanti boleh dituduh hina mahkamah pulak, jadi sebagai mentimun, Yew jangan banyak cekadak terima je la.

Gua tak nak ulas pasal hukuman mahkamah ni, gua cuma nak cerita pasal Hee yit foong ni, ok mari kita kenal siapa katak ni:

Hee Yit Foong ialah seorang ahli politik dari negeri Perak, Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak mulai Mac 2008 hingga Februari 2009. Beliau ialah ahli Parti Tindakan Demokratik sejak penghujung 1980an hingga 2009. Hee merupakan anggota Dewan Undangan Negeri untuk Jelapang dan adalah wanita kurang upaya pertama menjadi speaker suatu badan perundangan di Malaysia. Hee tempang berikutan satu kes polio yang dialaminya pada usia 4 tahun.

Pada 4 Februari 2009, beliau adalah salah satu daripada empat wakil rakyat yang menarik balik sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat terdahulu. Beliau mengumumkan bahawa beliau akan menyokong Barisan Nasional sebaliknya. Ini telah mendorong satu krisis politik di negeri itu.

Apa yang gua nak komen adalah kebal juga minah ni da sebur biji mata orang, ciput je kena bayar, penderhaka ni pun lepas paling tadah tak lama je dapt pangkat datuk, dapat pulak jadi timbalan speaker.

Yang ajaib adalah bila keluar je Pakatan tak kira la si Yit Foong ni ke, Zaharin ke, Zul kulim ke, Ezam sesumpah ke, atau rakan sewaktu dengannya tiba2 je jadi kebal, terus je jadi maksum tak lut di saman.

Entah la, penghianat2 amanah ni macam tak de perasaan malu la pulak, selamba je. Tak terasa ke dalam hati diorang sekelumit rasa besalah, atau hati diorang ni dah jadi batu.

Apahal pun lantak la diorang cuma gua harap jangan pulak lepas ni ada kutu2 bangang pangkah pengkhianat2 ni kalu jadi calon. tu pun kalau jadi calon.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP