Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Sunday, August 28

Islam terus terpinggir dan dihina

- Malaysia mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebagai kerajaan sementara Libya yang sah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata, Kuala Lumpur berharap NTC, yang disokong oleh rakyat Libya, akan mengurus pentadbiran sementara negara itu ke arah perpaduan nasional, perdamaian dan pembangunan semula yang membawa keamanan dan kestabilan berkekalan kepada Libya dan rakyatnya.
NTC dipengerusikan oleh Mustafa Abdul Jalil dan Mahmoud Jibril serta anggota lain yang dilantik.
"Malaysia menyertai gesaan antarabangsa mendesak tentera Muammar Gaddafi supaya menyerah kepada pilihan majoriti rakyat Libya," kata Anifah dalam kenyataan di sini, malam ini

Gua cilok dari utusex

Apa yang menjadi muskil pada gua cepat betul kerajaan malaysia mengiktiraf NTC ni, kalau la benar sekali pun Muhamar Gadaffi ni diktator kenapa begitu benci kerajan Malaysia kepada beliau sehingga dalam masa singkat je terus mengiktiraf NTC, benar ke mejoriti rakyat Libya sudah meluat dengan Muhamar ni, bukan dulu beliau merupakan ikon atau idola kerajaan negara2 Islam atas tindakanya tidak pernah tunduk kepada Amarika serta rejim yahudi yang lain.

Adakah selepas ini kita akan melihat dengan penuh gembira tergoleknya sebuah negara Islam, atau kita jadi teruja untuk melihat kesengsaraan rakyat Iraq, Afghanistan dan terkini Libya bertuankan yahudi laknatullah dan boneka atau puppet yahudi diangkat menjadi pemimpin mereka. Tidak pernah ke kita menangis hiba melihat saudara seagama kita dipijak kepalanya oleh Amerika dan yahudi.

Gua melihat banyak tulisan atau coretan penghinaan terhadap Gadaffi seolah2 Gadaffi ini memang patut dihina atau di injak2 kepalanya, Dajjal walaupun belum nampak secara nyata telah berjaya memporakperandakan umat islam dan Islam itu dilihat sebagai satu agama hina dek persetujuan orang Islam itu sendiri. Kita perlu ingat jatuh nya Gadaffi ini dengan sendirinya mengurangkan rasa takut barat kepada pemimpin Islam sebab yang jelas siapa lagi pemimpin Islam yang barat begitu takut nak harap Najib, gua ingat barat fikir ini ikan bilis senang je diratah, sekarang ini yang tinggal cuma satu sahaj pemimpin Islam yang masih menjadi igauan barat yakitu Ahmadinijad Iran, yang lainnya semua da kena pegang teloq oleh barat. Jadi apa nak jadi dengan masa depan negara2 Islam yang lain, apakah kita akan terus dihina malah dipandang seperti sampah tidak bernilai oleh barat n yahudi.

Read more...

Ye ke Najib dah jadi Amil zakat


- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan zakat kepada 5,000 orang kurang berkemampuan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
Mereka terdiri daripada orang miskin, ibu dan bapa tunggal, anak yatim serta orang kurang upaya (OKU) yang tinggal di daerah itu.
Beliau sebelum itu menerima wang zakat sumbangan Bank Rakyat yang diwakili Pengerusinya, Tan Sri Syed Jalaludin Syed Salim diikuti Pengerusi Amanah Raya Berhad, Datuk Dusuki Ahmad.
Turut menyumbang, Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Mohd. Nor; Ahli Lembaga Pengarah Affin Islamic Berhad, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman dan wakil Permodalan Nasional Berhad, Datuk Zainal Abidin Pa'wan

Wah ulu amri umprono telah bertukar profisen kerja la, bukan gua yang kata tapi utusex yang kata, Najib menerima wang zakat dari bank rakyat, amanah raya berhad, uda holding, tabung haji, affin islamic, dan pnb.
ulu amri telah menjadi amil zakat la pulak dengan dibantu oleh pembantu amil tidak bertauliah Rosmah mansur.Kalau diikutkan asnab lihat disini sini.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan bekalan) dalam perjalanan, (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana “
 (surah at-Taubah 60)
 
Bermakna najib berhak menerima Zakat kerana menjadi salah satu asnab yaitu amil dan boleh dapat 1 per 8 dr jumlah zakat.

Masalahnya Najib ni layak ke jadi Amil, ada tauliah (ikut peraturan majlis agama islam pahang) ke tidak, betul ke tidak agihan zakat tu kepada yang benar2 asnab, dan yang lebih jadi persoalan kenapa orang pekan yang dapat kan duit tu datang dari duit syarikat rakyat. Suka2 je wakil syarikat rakyat ni bagi kat amil Najib wang zakat kenapa tak dibayar ke amil2 yang lain atau golongan lain tempat lain yang juga memerlukan.

Gua suka petik kata kata 
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya:“Wang zakat dijelaskan di dalam Al Quran perlu diagih kepada asnaf yang sepatutnya dibelanjakan. Ia tak boleh dibelanja sesuka hati, tidak boleh diambil oleh penguasa dan pihak bertanggungjawab menguruskannya.
“Selain asnaf yang lapan, ia adalah satu penyelewengan sekiranya wang zakat diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ia merupakan satu kesalahan dan dosa yang cukup besar,” katanya lagi.

Sabda Nabi Muhammad SAW: daripada Anas bin Malik r.a. pernah melaporkan, seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apabila aku menyerahkan zakat kepada utusanmu, apakah aku sudah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya? Rasulullah SAW menjawab: “Benar, apabila engkau telah tunaikan zakat itu kepada utusanku maka engkau telah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan engkau sudah mendapatkan pahala-Nya, sedang dosanya ditanggung orang yang menyelewengkannya (yakni para amil yang bertanggung jawab menguruskannya),”(Hadis Riwayat Ahmad). Wallahua’lam.

Gua berharap sungguh tiada udang disebalik batu dalam pemberian zakat ini, tapi tak tahu la........


Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP