Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Sunday, September 13

SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)

Walau da lama tak tulis nampaknya, terkesan gak tulisan gua kpd hamba dap, satu fenomena yg bagus, ok seperti yang gua janjikan ari ni gua akan sambung cerita semalam ttg peranan IRC, JIM, ABIM dan juga Ikram. Selama ni mereka berlindung disebalik tabir ngo kononny nutral, tp mereka la antara tangan ghaib yang mencaturkan politik melayu islam. kita kasi singkap sikit.

untuk permulaan ni gua buka dulu gelangang IRC, siapa mereka, apakah tujuan mereka DAN bagaimana mereka menyusup masuk dlm kerangka politik Malaysia.

 Islamic Representative Council (IRC) atau dalam bahasa Melayunya, Majlis Syura Muslimin (MSM)  adalah satu kumpulan dakwah di kalangan para pelajar Malaysia yang ditubuhkan di United Kingdom (UK) pada awal tahun 70-an, bergerak cergas sehingga ke hari ini. Ada pendapat yang mengatakan ianya diasaskan di BrightonEngland oleh para pelajar Malaysia yang dihantar ke sana atas biasiswa Kerajaan Perskutuan. Gerakan IRC amat rahsia sifatnya. Sistem yang diamalkan di dalam IRC amat rigid, tetapi berdisiplin tinggi, mempunyai manhaj tarbiyyah usrahyang tersusun lengkap dengan sukatan dan peringkatnya.

Menurut seorang pengkaji sosial, IRC pada mulanya dipimpin oleh barisan intelektual dan pelopor gerakan Islam di Indonesia yang secara kebetulan juga belajar di UK terutamanya  .ir Imaduddin Abdul Rahim yang mendapat pendedahan gerakan Islam dari Ikhwanul Muslimin,Mesir dan Jami’at Islami, Pakistan.  Pada awal tahun 70-an, Kerajaan Malaysia melaksanakan program memberikan biasiswa kepada ramai pelajar lepasan MCE/SPM dan HSC/STP untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

IRC sering menyebut bahawa kini mereka  mempunyai pakar rujuk yang benar-benar harakiyyah sifatnya” malah adalah yang tidak segan-segan mengatakan bahawa“mereka telah diterima masuk oleh Ikhwan ke dalam Tanzim ‘Alami”.


 Bagaimanapun di Malaysia sudah wujud Gerakan Islam bernama ABIM di peringkat persatuan bukan politik dan PAS sebagai parti politik. Semua pimpinan IRC ketika itu seperti Prof. Abang Abdullah, Zaid Kamaruddin, Mustafa Abdul Kader, Abdul Jalil Hassan, Azman Hussin, Ariffin (Said?), Ahmad Tarmidzi, Dzulkifli Muhammad, Saari Sungip (Abu ‘Urwah), Dr. Abdul Rahim Gouse, Dr. Mohd Hatta Shahrom dan sebagainya amat memahami bahawa mewujudkan satu Jamaah lagi di Malaysia apabila mereka pulang adalah tidak syar’iyy dari segi prinsip jamaah Islam malah bertentangan dengan kaedah gerakan Islam. Hendak duduk di dalam ABIM, mereka tidak sebulu dan sehaluan. Untuk melibatkan diri dalam politik, tarbiyyah  dan fikrah mereka menghalang mereka daripada berbuat demikian, lagipun seperti yang sering mereka  hujjahkan  ketika itu: “PAS tidak mempunyai tarbiyyah dan ustaz-ustaz dalam PAS tidak mendapat tarbiyyah harakiyyah daripada kalangan al-Ikhwan Mesir dan oleh itu, memasuki siasah apatah lagi PAS, adalah “tidak betul” dan PAS perlu dijauhi”.


            Pada awal 80-an IRC mengambil sikap “tidak menterjemahkan identiti diri” mereka di dalam masyarakat. Namun usrah-usrah IRC wujud terutama di kampus-kampus universiti tempatan secara sulit dan rahsia. Ketika itu sudah ramai tenaga IRC pulang ke tanah air selaku pensyarah terutama di UM, UKM, UPM, ITM dan UTM. Manakala terdapat juga beberapa orang tenaga ustaz yang mendapat didikan di Mesir yang memberikan sumbangan tertutup kepada mahasiswa kampus seperti Ustaz Darus Senawi di UM, Ustaz Zawawi Ali di Kolej Islam Kelang, Ustaz Alias Othman di UM, Ustaz Kamil Abdul Majid di UM dan sebagainya.


            Dalam perbincangan-perbincangan tertutup di peringkat tertinggi IRC, rupa-rupanya ada usaha-usaha sulit untuk membenarkan figure-figure IRC tertentu untuk memasuki medan dakwah secara terbuka terutama PAS. Maka saudara Mustafa Abdul Kader yang bergerak aktif  dalam Pemuda dan PAS Shah Alam dan Selangor menjadi test case IRC yang pertama. Ketika itu, ABIM sudah tidak mendapat tempat dan PAS menjadi tumpuan. Mustafa Abdul Kader diberi kepercayaan sehingga menduduki EXCO Pemuda PAS Pusat dan juga EXCO PAS Selangor. Kemudian lebih ramai bekas IRC” memasuki PAS termasuklah YB Khalid Samad yang kemudiannnya diikuti oleh lainnya, yang paling menonjol kini ada YB Dr. Dzulkifli Ahmad (Abu Iman), AJK PAS Pusat. Sumbangan bekas IRC dalam PAS memang ada kesannya. Pimpinan PAS terutamanya Ustaz Fadhil Mohd Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang sangat terbuka dalam kes IRC masuk PAS. Pintu PAS dibuka seluas-luasnya kepada mereka. Kritikan orang-orang IRC di luar dan  dalam negara diterima baik oleh PAS dalam rangkaian semangat “IRC menegur kita untuk sama-sama membina PAS” dan kini “keluarga Jamaah Islam semakin luas”.

            Bagaimanapun pada tahun 1985 sudah kedengaran suara-suara dari kalangan Pemuda PAS bahawa anggota IRC dalam PAS “bawa fikrah IRC dalam PAS dan secara diam-diam mengutuk PAS di luar”. Semakin banyak bukti diperolehi untuk dikemukakan kepada Dewan ‘Ulamak dan Dewan Harian PAS bahawa barangkali masanya sudah tiba bagi PAS untuk mengkaji sejauh mana peranan bekas IRC dalam PAS. Pertembungan terbuka mula berlaku. Tetapi di peringkat pimpinan tertinggi PAS  Pusat,  masih tiada apa masalah. Malah, Ustaz Abdul Hadi Awang  (kini YB Tuan Guru Dato' Seri) menulis kata pengantar siri buku Risalah Usrah oleh Abu ‘Urwah (YB Saari Sungip). Buku yang dianggap teks utama usrah IRC itu menjadi bahan usrah utama  di dalam kampus-kampus sehinggakan terdengar cerita buku yang sama digunakan juga oleh para mahasiswa Malaysia di Universiti al-Azhar dan universiti lain di Timur Tengah!


            Suatu ketika dulu, Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Dr. Abdul Aziz Hanafi adalah diantara pimpinan PAS yang bermati-matian mempertahankan IRC dalam PAS manakala Ustaz Nakhaie dan Ustaz Harun Taib di antara yang paling kuat menentang fikrah IRC ketika itu. Satu perkara yang menarik ialah pimpinan tertinggi PAS masih memberikan ruang kepada IRC sehinggalah PAS Shah Alam mengemukakan dokumen-dokumen penting membuktikan penglibatan IRC dalam beberapa strategi PAS menyebabkan PAS mengambil tindakan tegas memecat Mustafa Abdul Kader dan kemudiannya Ustaz Alias Othman mengundur diri.




            Pada bulan Mac 1990 satu perkembangan menarik berlaku dalam IRC. IRC yang sudah tidak mendapat tempat dalam ABIM dan PAS mula mengorak langkah  drastik dengan mengusulkan supaya ahli Jamaah dibenarkan memasuki UMNO. Usul itu dengarnya ditolak. IRC kembali seperti biasa tetapi retak dalam IRC sudah semakin rancak.  Sebenarnya retakan dalam fikrah IRC pertama kalinya bermula di UK pada akhir tahun tujuh puluhan lagi apabila ada kalangan yang ingin menubuhkan Suara Islam yang kemudian dijelmakan sebagai  "Parti Negara Islam" apabila kembali ke tanah air, ada yang ingin masuk ke dalam ABIM dan PAS manakala ada yang ingin kekal secara rahsia di Malaysia. Sudah mula tidak sepakat sejak dari peringkat itu lagi.

Ok sudah nampak kan siapa IRC dan kaitan mereka dalam mencaturkan politik Malaysia. Panjang sangat artikal ni boleh membosankan bila membacanya, jadi gua berhenti dulu takat ini, selepas ni gua akan sambung apa pula kaitan JIM dan Ikram. 

#SAKITNYA TUH DISINI#






Read more...

MUSANG YANG SEDANG MERATAH AYAM DALAM PAS

Alhamdullilah, Allah beri kesempatan untuk gua menulis lagi pada malam ni,

seperti yg gua janjikan semalam gua akan menceritakan sedikit ttg kronologi politik pr bermula dr pemecatan Anwar sehingga kini tp, setelah gua fikirkan balik gua nak ajak kita semua kembali pd tahun 1990 dahulu mungkin esok baru kita bercerita ttg pakatan rakyat.

cerita tahun 1990 ni agak penting juga untuk dijadikan panduan dan akan memberikan gambaran serba sedikit apa yg berlaku hari ini.

dalam penulisan ini gua sertakan beberape dokumen yg sebelumny mmg telah didedahkan, gua berharap kepada yg punya akal panjang dpt menilai dan mencantumkan puzzle politik malaysia.

Dokumen 1990 ini adalah grand design Anwariyun merancang semula bagaimana menguasai UMNO dan PAS selepas Kelantan jatuh ke tangan PAS pada tahun 1990, ketika mana Anwar masih dalam UMNO.




Apabila serangan terhadap TGHH dilakukan kita boleh nama-nama berikut merupakan individu yang paling lantang mengkritik. Mereka adalah; Dr Dzulkifli Ahmad (pemimpin IRC UK), Saari Sungip, lebih dikenali sebagai Abu Urwah (pemimpin IRC UK, mantan Presiden JIM), Dr Syed Azman Syed Ahmad (MISG USA), Dr Mujahid Yusuf Rawa (IRC Mesir), Khalid Samad (Suara Islam, Ummah Centric), Kamaruddin Jaafar (ABIM), Dr Hatta Ramli (MCKK) dan Husam Musa (UM).
“Mereka berada dalam PAS tetapi ada hubungan dengan rakan sejati dalam PKR dan UMNO dan sentiasa memikirkan bagaimana mereka boleh menguasai PAS dan UMNO serta membantu Anwar dalam apa keadaan sekalipun,” katanya lagi
ok setakat ni dulu tuk malam ni esok gua bg detail sikit...........


Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP