Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Thursday, October 25

APA TU HUDUD (SIRI 2)



2.0 KEDUDUKAN HUDUD DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM

Dalam Undang-undang Jenayah Islam, ia terbahagi kepada tiga hukum utama iaitu Hudud, Qisas, dan Ta’zir di mana pesalah akan dihukum setakat mana perlakuan atau kesalahan yang dilakukan. Keutamaan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas pesalah ialah hukuman hudud, namun jika tiada bukti yang sah, atau tidak memenuhi syarat-syarat yang mengesahkan hukuman hudud, atau tidak meliputi perkara yang dikenakan hukuman hudud, maka ia akan dikenakan hukuman Qisas atau jika kesalahannya juga tidak meliputi Qisas, maka ia akan dikenakan hukuman Ta’zir mengikut ketentuan Hakim.

3.0 HUKUM PELAKSANAAN HUDUD MENURUT ISLAM

Islam diturunkan untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia di dunia dan sebagai pedoman hidup yang mutlak bagi umat manusia, khususnya bagi orang-orang Islam. Ajaran-ajaran Islam itu adalah bersifat universal, rasional dan fithri serta sesuai untuk sepanjang zaman, semua tempat dan keaadaan.

Tidak ada hukum Allah dan Rasul-Nya yang sudah lapuk ditelan zaman, bahkan hukum-hukum Allah dan Rasul itulah hukum ultra moden kerana ia dicipta oleh Allah Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mengetahui akan sifat hambanya zahir dan batin. Tiada alternatif lain bagi umat Islam selain dari hukum-hukum Allah.

Hukum-hukum Islam itu telah dijalankan sepenuhnya oleh Rasulullah dan Khulafaur-Rasyidin dan Khalifah-khalifah Islam berikutnya sehinggalah zaman kejatuhan Islam. Tiada siapa yang berhak menukar gantikannya atau memansuhkannya. Hukum-hukum tersebut adalah kekal abadi sampai akhir zaman.

Allah telah menurunkan hukum-hukumnya dan kepada kita sebagai hambanya diwajibkan melaksanakan hukum-hukum itu dengan penuh ketaatan “kami dengar dan kami patuh,” bukannya dengan dolak-dalik dan helah seperti kaum Yahudi dan orang-orang munafiq.

Pelaksanaan hukum Hudud dan lain-lain syariat Islam pasti dapat menyelesaikan masalah kerosakan moral dan sahsiah yang sedang mengancam masyarakat manusia dan pasti akan wujud masyarakat yang aman damai dan makmur dalam keredhaan Allah. Demikian jaminan Allah dan Allah tidak akan memungkiri janji-janji-Nya.

4.0 HUDUD, QISAS, TA’ZIR DAN PERBEZAANNYA

4.1 HUDUD

CIRI-CIRI KHUSUS HUDUD:
Hudud mempunyai sifat-sifatnya yang khusus, iaitu:

  1. Kesalahan-kesalahan Hudud telah ditetapkan Syara’
  2. Hukuman-hukuman Seksanya (Uqubah) telah ditentukan jenis-jenisnya dan berat ringannya oleh ketetapan Syara’, tiada siapa yang boleh mengubah, melebihi atau menguranginya. Ia wajib dilaksanakan seperti adanya.
  3. Kesalahan-kesalahan Hudud boleh dimaafkan sebelum ia dibawa ke depan hakim, tetapi tiada siapa yang dapat memaafkan atau mengurangkan hukuman setelah ia dibawa ke depan pengadilan.
  4. Semua orang yang mencukupi syarat dikenakan hukuman yang sama dan tiada kecualinya.
  5. Taubat tidak menggugurkan uqubah kecuali dalam hal kejahatan perompakan di mana perompak digugurkan dari uqubah jika ia bertaubat sebelum dapat ditangkap, dan orang murtad yang bertaubat sebelum dibawa ke muka pengadilan.
KESALAHAN-KESALAHAN YANG MELIBATKAN HUDUD:
  1. Riddah (Murtad)
  2. Zina
  3. Qazaf Zina
  4. Mabuk (Sakran)
  5. Pencurian (Sariqah)
  6. Perompakan (Muharabah)
  7. Pemberontakan (Baghyu)
  8. Liwat
  9. Hubungan seks dengan haiwan (Ityanul-Bahaaim)
  10. Sihir
Mengenai kesalahan yang disebutkan pada nombor 8, 9, dan 10 para ulama’ tidak sependapat mengenai jenis hukuman yang wajib dikenakan atas pesalah.

4.2 QISAS

Qisas ialah pembalasan yang serupa dengan kejahatan yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukum qisas itu berlaku dalam jenayah pembunuhan sengaja dan penganiayaan atas anggota dan badan manusia (pemotongan anggota atau melukakan anggota). Hukuman ini dimaksudkan untuk mengajar dan mengawal hak-hak manusia.

CIRI-CIRI QISAS:
Qisas mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri:

  1. Jenis-jenis kesalahan dan hukumannya telah ditetapkan oleh Syara’.
  2. Wali yang terbunuh atau yang teraniaya boleh memilih antara qisas atau diat (denda atau ganti rugi yang berupa harta benda).
  3. Qisas tidak boleh dimaafkan oleh hakim baik sesudah atau sebelum dibawa ke mahkamah, sebab ia adalah hak manusia. Hanya wali yang terbunuh atau yang teraniaya sahaja yang dapat memaafkan penjenayah, baik sebelum ataupun sesudah dibawa ke pengadilan.
  4. Persaksian orang bisu dengan tulisannya atau isyaratnya diterima dalam qisas, tetapi tidak boleh diterima dalam Hudud.
  5. Hakim boleh memutuskan perkara berdasarkan maklumatnya sendiri, tetapi tidak boleh dalam Hudud.
  6. Pengakuan dalam Qisas tidak boleh ditarik balik, sedangkan pengakuan dalam Hudud boleh ditarik balik.
  7. Taubat dalam Qisas tidak menggugurkan hukuman.
  8. Hanya waliul-Amri atau hakim sahaja yang dapat melakukan qisas.
  9. Qisas mestilah melalui pendakwaan sedangkan Hudud selain qazaf tidak mesti melalui pendakwaan.
4.3 TA’ZIR

Ta’zir kadang-kala bermakna mengagungkan dan menolong. Kadang-kala ia bermakna penghinaan. Yang dimaksudkan oleh Syara’ ialah tindakan mendidik atas sesuatu dosa yang tidak mempunyai hukuman Had dan kifarat, yakni ia adalah hukuman seksa yang bersifat mendidik yang ditentukan oleh Hakim atas satu jenayah atau maksiat yang Syara’ tidak menetapkan uqubah, atau telah menetapkan uqubah tetapi tidak mencukupi syarat-syarat pelaksanaannya; seperti melakukan hubungan seks pada selain kemaluan (perempuan), mencuri barang-barang yang tidak dikenakan potong tangan, jenayah yang tidak dikenakan qisas, lesbian, menuduh orang lain melakukan maksiat selain zina, dan sebagainya.

CIRI-CIRI KHAS TA’ZIR:

  1. Hudud berlaku pada semua orang serupa, tidak berbeza, tetapi ta’zir hukumannya boleh berbeza antara orang-orang yang bersalah.
  2. Hukuman Ta’zir belum ditetapkan Allah dan Rasul-Nya mengenai jenis-jenis hukuman, ia diserahkan kepada kebijaksanaan hakim sendiri.
  3. Ta’zir boleh dimaafkan orang yang bersalah, baik sebelum atau sesudah dibawa ke mahkamah.
  4. Orang yang mati kerana hukuman Ta’zir wajib dibayar dhaman (ganti rugi).
KESALAHAN-KESALAHAN TA’ZIR:
Kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam bidang Ta’zir sangat banyak dan di sinilah terletaknya peranan dan kebijaksanaan hakim. Ia meliputi kesalahan-kesalahan yang tidak dikenakan had kerana tidak mempunyai syarat-syarat pelaksanaannya yang cukup, seperti kanak-kanak yang belum dewasa mencuri atau sebagainya, orang mencuri barang yang tidak mencukupi nisabnya, atau barang yang dicuri adalah milik Baitul-Mal dan sebagainya.

Selain itu, Ta’zir termasuk semua maksiat yang tidak termasuk dalam bidang Hudud dan Qisas, seperti lesbian, persaksian bohong, judi, memakan benda-benda haram, meninggalkan kewajipan-kewajipan agama seperti meninggalkan solat fardhu, puasa, haji dan lain-lain.

Read more...

APA TU HUDUD (SIRI 1)

1.0 PENGENALAN

1.1 APA ITU HUDUD?

Hudud adalah salah satu kandungan dalam Hukum Jenayah Islam selain Qisas dan Ta’zir. Masing-masing mempunyai hukum dan sifat-sifatnya yang khusus. Pengertian hudud berdasarkan petikan daripada buku Mengenal Qanun Jenayah Islam yang dikarang oleh Dr. Abdul Ghani Azmi b. Idris, bahawa ;

Berasal daripada kata jamak, mufradnya Haddun: menurut bahasa ia bererti batas atau tegahan. Penjaga pintu dinamakan Haddad. Dan hukum ini dinamakan Hudud atas uqubah-uqubah maksiat kerana ia biasanya dapat mencegah pembuat maksiat mengulangi perbuatan maksiat yang kerananya dikenakan had. Dan pada asalnya perkataan had ialah sesuatu yang memisahkan antara dua perkara dan digunakan atas sesuatu yang membezakan sesuatu yang lain.

Menurut istilah Syara’, Hudud ialah uqubah (hukuman seksa dunia) yang telah ditetapkan untuk menjaga hak Allah s.w.t. Oleh kerana itu tidak termasuk Ta’zir kerana Ta’zir tidak ada ketentuan hukumannya dan tidak termasuk pula qisas kerana qisas adalah hak anak Adam.

Kesalahan dalam jenayah Hudud dianggap sebagai kesalahan terhadap hak Allah, kerana perbuatan itu menyentuh kepentingan masyarakat umum iaitu menjejaskan ketenteraman dan keselamatan orang ramai dan hukumannya pula memberi kebaikan kepada mereka. Kesalahan ini tidak boleh diampunkan oleh manusia sama ada mangsa jenayah itu sendiri, warisnya ataupun masyarakat umum.

Kesalahan Hudud ialah kesalahan-kesalahan yang bersangkutan dengan pelanggaran-pelanggaran terhadap hak-hak Allah. Kesalahan-kesalahan tersebut ialah :

1. Riddah
Murtad – keluar daripada agama Islam.

2. Zina
Persetubuhan atau hubungan kelamin yang tidak sah antara lelaki dan
wanita yang bukan mahram.

3. Qazaf
Tuduhan zina.

4. Pencurian (Sariqah)


5. Perompakan (Muharabah)


6. Liwat
Hubungan antara lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan yang
melibatkan jalan belakang (dubur) atau hubungan homoseksual iaitu hubungan sejenis tanpa melibatkan jalan belakang.

7. Pemberontakan (Baghyu)
Penentangan terhadap pemerintah yang adil.

8. Hubungan Seks dengan Haiwan (Ityanul-Bahaaim)


9. Mabuk (Sakran)
Minum arak, khamar dan segala yang memabukkan.

10. Sihir


1.2 MENGAPA IA PERLU DILAKSANAKAN?

Hudud adalah Hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.,seperti mana yang diteliti terhadap dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sangat terang dan jelas. Jadi sebagai khalifah yang diwajibkan untuk menurut perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, kita sepatutnya wajib melaksanakan hukum Hudud ini kerana amat jelas sekali ia adalah tuntutan Allah kepada kita semua apabila menjangkaui hak-hak kita sebagai manusia dan melanggar hak-hak Allah.



Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP