Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Wednesday, August 1

Abang Adik


Setelah Tunku Abd Rahman ditekan kuat oleh ultra Melayu UMNO dan elit-elit politik Perikatan pada pertengahan 1960-an, maka Singapura ditendang keluar dari Malaysia.
Apabila Singapura bukan lagi sebuah entiti yang sah dalam Persekutuan Malaysia, maka secara automatiknya Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang menerajui negeri/negara itu tidak boleh bergiat aktif lagi dalam Malaysia. Jika ada, maka ia dianggap seperti pertubuhan haram sama seperti Parti Komunis Malaya (PKM) atau Angkatan Pemuda Insaf (API) yang telah dilarang wujud oleh penjajah British dan dipersetujui kemudiannya oleh kerajaan Perikatan.
Selepas Singapura dipecat keluar dari Malaysia melalui undi Parlimen, sebuah parti baru ditubuhkan pada 1966 yang dinamakan Parti Tindakan Demokrasi atau DAP.
Maka bertolak dari idea inilah, UMNO mendakwa DAP adalah ejen PAP di Malaysia. Sehingga hari ini fitnah ini terus disebarkan oleh sesetengah pemimpin UMNO dan para pecacai mereka.
Sedangkan realiti hari ini amat berbeza kerana jika dibandingkan dalam segala aspek, UMNO di Malaysia adalah hampir sama dengan PAP di Singapura, walau gayanya sedikit berlainan.

Persamaan di antara PAP dan UMNO
Di Malaysia, UMNO suka memenjarakan musuh politiknya tanpa bicara melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Undang-undang zalim itu digunakan untuk menutup mulut pengkritik kerajaan.  PAP di Singpura juga memenjarakan musuh politiknya dengan ISA dan kemudian memanipulasikan undang-undang dengan cara saman bankrap hingga lawannya hanya tinggal sehelai sepinggang – tak mampu dan tak layak bertanding buat selama-lamanya. Pimpinan Singapura dan Malaysia sama-sama kekalkan akta drakonian, iaitu ISA. Ada beza?
Di Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional mengawal media massa arus perdana, termasuk TV dan radio. Kerajaan PAP Singapura juga melakukan cengkaman yang sama.
Dalam erti kata yang lain, kebebasan bersuara dan tuntutan hak tidak mempunyai banyak ruang akibat pemerintahan autokratik di kedua-dua negara.
Jadi apa pula persamaan di antara DAP dan PAP?
Dakwaan DAP ejen PAP sangat melucukan. Ia tidak berbangkit sama sekali kecuali dalam minda manusia yang bencikan kaum lain. Kebencian terhadap DAP dan PAP bukan kerana ideologi tetapi ia adalah hasad dengki terhadap kaum yang menjadi ahli terbanyak dalam parti-parti tersebut.
Sebenarnya, jika mahu dikatakan ada persamaan di antara DAP dan PAP, ia boleh dilihat dari satu sudut sahaja, yakni PAP dan DAP yang menekankan kecekapan dan ketelusan dalam bidang ekonomi seperti pengurusan kewangan, tender terbuka dan amalan berasaskan merit.
Malah Pulau Pinang yang diterajui DAP lebih baik daripada PAP di Singapura kerana merit yang ditambah pula dengan amalan bantuan kepada golongan yang memerlukan, khususnya kepada kaum Bumiputera yang berpendapatan rendah. Justeru, Pulau Pinang bukan sahaja meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan pelaksanaan yang lebih adil dan telus berbanding UMNO-BN yang dilihat lebih mementingkan kroni daripada usahawan Melayu yang layak.
DAP yang menerajui kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang mendapat pujian oleh Jabatan Audit Negara kerana pengurusan kewangan yang bagus. Transparency International dua kali berturut-turut memuji dasar tender terbuka di Pulau Pinang.

gua cilok dari sini

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP