Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Wednesday, January 18

Kita ni Melayu ke?

Sejahtera...sy minat blog gini.. Tp sy ada cadangan untk tuan..klu sudi terima..cuba sesekali ubah topik dr kita nuding jari pd sesiapa ke mencari formula kemana hala kita sbg mlayu dan cabaran untk ank cucu kita..cuba kita bincang ttg budaya,ekonomi bangsa kita yg dianggap sbg bngsa yg malas mundur dan hanya menharap ikhsan..ini zaman serba maju tak perlu demo kn kemarahan kebencian pd pihak2 tertentu hanya krn berbeza cara pemikiran..bangsa mlayu perlu segera disuntik semngat untk bersatu dgn budaya dan ekonomi yg mantap..supaya juak2 yg pnah menumpang di halaman kita sedar yg kita amat brjaya jika berbahasa dlm satu suara..brjaya dlm satu usaha..

Inikah dikatakan Melayu

Atau ini Melayu

Gua tertarik dengan komen ni, persoalan tentang melayu mundur, melayu malas ni bukan perkara baru, dah beratus tahun berlaku, apa yang berlaku ni dah menjadi sebahagian dari diri melayu, identiti melayu, berakar berumbi dan bernanah dalam diri melayu tu sendiri, kenapa kerana melayu amat sinoname dengan kebodohan, penakut, mudah terpedaya dan paling hebat melayu itu tidak punya identiti. Jadi ujudnya melayu sekarang ini umpama lalang ditiup kebarat ikut ketimur ikut.

Semua orang boleh dengan bangga mengaku melayu walau dari budaya bebeza, dari ras berbeza, dari rumpun berbeza, jadi campur aduk antara budya ni la yang ujudnya " melayu" sekarang. Gua bercerita tentang melayu jadi jangan ada yang meroyan tak tentu pasal kaitkan dengan agama pulak nanti.

Apa yang menjadi persoalan gua apa sebenarnya melayu?, orang yang dari tanah besar cina mudah mengaku melayu datang asal keturunannya. orang yang datang dari bumi india juga boleh sewenang2nya mengaku melayu, begitu juga dengan yang datang dari tanah arab. jadi mana  atau apakah identiti melayu. budaya cedok dari ras atau keturunan yang datang ke tanah ini kemudiannya diangkat menjadi melayu. jadi mana letaknya melayu.

Gua tak payah bagi contoh lu orang sendiri boleh berfikir apa yang gua katakan ni. Jadi kalau dikatakan melayu itu mundur pemalas atau segala macam caci maki kepada siapa sebenarnya ditujukan semua ni.

Apa yang gua cuba pertahan kan selama ini bukan pada keturunan kerana gua percaya bahawa melayu itu buka satu mazhab yang mesti diimani untuka membentuk diri atau kerohanian. Kalau la kita asik bercerita tentang kekutan ras atau kaum dan kemudian cuba mengangkat setinggi mana sekali pun sesuatu kaum pada gua la kita tak kan kemana, malah kita semakin rebah, tersungkur. Kerana apa? kerana kita akan hanya bergantung kepada satu tali yang sangat nipis yang bila2 masa sahaja boleh putus.

Ini sebenarnya yang berlaku sekarang bila kita angkat satu kaum umntuk memimpin roh keinsafan terhadap tanggunjawab atau amanah selalu dikesampingkan kerana manusia yang diangkat menjadi pemimin ini sendiri tidak faham hakikat hidup dan seterusnya hanya menjadikan kepentingan diri samada INGIN KAYA ATAU SENANG sebagai perkara utama dalam kehidupan.

Lu orang boleh tak bagi satu contoh seorang pemimpin yang benar2 ingin berjuang untuk kepentingan umum dan mekesampingkan kehendak peribadi. Gua rasa lu sendiri susah nak bagi contoh, tapi kalau la gua minta pemimpin yang gua sebutkan sebelumnya gua ingat petik jari je lu semua boleh jawab.

Kenapa gua asik menyerang pemimpin? jawapan senang sahaja kita ambil skop kecil dulu, dalam rumah lu dianggap pemimpin, lu punya kekuatan kewangan, lu punya kuasa veto sebagai pemutus, lu punya kekuatan untuk menghukum. Adakah lu rela membelanjakan duit untuk diri lu sendiri kemudian membiarkan anak2 lu diberi makan sekadarnya. Atau lu rela membelanjakan duit untuk bermewah2 membina gedung atau istana tanpa melihat mana lagi keperluan lain yang sepatutnya lu belanjakan.

Atau lu rela membiarkan anak tanpa pimpinan merayap sendiri mencari kehidupan, mencari pengalaman, atau didikan keagamaan.

Gua boleh cerita lebih panjang tapi untuk apa kalau yang menerima nya akan cuba melihat darisudut yang nagetif.

Cuma apa yang boleh gua katakan sekarang ni, kenapa kita tak jadikan agama sebagai paksi kepada  segala macam persoalan, apakah kita tidak cukup yakin atau iman kita cukup rapuh untuk percaya bahawa Islam itu ada segalanya. Kenapa kita tak menjadi kemunduran Islam sebagai agenda yang maha lebih penting dari kemunduran Melayu.



Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP