Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Thursday, April 26

Melayu bangsat dan Binawe

Sejak dua menjak ni gua dah mula malas nak update blog, bukan gua da tak nak tapi gua agak sibuk, ada dua tiga projek yang terpaksa gua pantau sendiri, nak harapkan engineer gua dengan supervisor gua mahu lingkup gua. mengular bila gua tak datang, ni la mentaliti pekerja melayu gua banyak perhati je sebelum ni, tapi sekarang gua dah cukup hangin satu badan, macam gua nak buang je diorang tapi gua kesian pulak anak bini diorang.

Cerita pasal cara kerja orang melayu setakat ni gua tengok ramai yang hampeh, tak serious tak pun suka mengular, datang lambat kul 5 dah berebut balik. tak macam displin kerja orang Cina kalau tak jejak kul 7 jarang diorang nak balik siapkan kerja apa yang patut. Kakitangan kerajaan pulak kul 4 hampir separuh dah hilang. Kalau berurusan pulak muka ketat semacam. itu la budaya kerja orang melayu walaupun bukan semua tapi bab ngeteh kat warung memang juara. Sembang punya lebat kat warung dah jadi rutin. makan gaji buta bukan diorang kira bedal je.


 Persidangan Dewan Negara pada Rabu diberitahu bahawa seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan kaum Melayu merupakan pemilih baru tertinggi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata daripada jumlah itu, 155,420 pemilih didaftarkan pada 2008, 279,270 pemilih (2009), 826,462 pemilih (2010) dan 1,008,850 pemilih (2011).
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Ng Fook Heng yang meminta Perdana Menteri menyatakan pecahan pengundi baru berdaftar mengikut kaum sejak 2008.
Mengenai pecahan jumlah pendaftaran pemilih mengikut kaum, Liew berkata Melayu merupakan kaum tertinggi mendaftar pada 2008 iaitu seramai 82,309 pemilih (53 peratus) diikuti kaum Cina (29.4 peratus) dan India (8.1 peratus).
Pada 2009, seramai 187,828 pemilih (67.3 peratus) ialah Melayu diikuti Cina (19.8 peratus) dan Bumiputera Sarawak (4.8 peratus) manakala pada 2010, seramai 466,137 pemilih (56.4 peratus) adalah orang Melayu diikuti Cina (27.0 peratus)dan India (6.6 peratus), katanya.
Bagi 2011, seramai 611,498 pemilih (60.6 peratus) ialah Melayu diikuti Cina (22.0 peratus) dan India (6.7 peratus).
Liew berkata statistik Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Selangor mencatatkan pendaftaran jumlah pengundi baru tertinggi iaitu seramai 165,222 orang diiikuti Johor (124,240 orang), Perak (96,710 orang), Sabah (86,927 orang) dan Kedah (84,704 orang).
Ini diikuti dengan Kelantan seramai 69,344 orang, Pulau Pinang (64,029 orang), Sarawak (63,305 orang), Kuala Lumpur (61,040 orang), Pahang (59,639 orang), Terengganu (45,190 orang), Negeri Sembilan (42,009 orang), Melaka (31,827 orang), Perlis (9,881 orang), Labuan (2,863 orang) dan Putrajaya (1,920 orang).



Tadi sedang gua rehat kat rumah gua tertonton TV1 lidah biawak BN, dengan bangganya diorang sampaikan berita Spr berjaya menambah pengundi berdaftar setiap tahun, yang paling gua terkejut tu pada tahun 2009 yang mendaftar bagi tahun tu lebih kurang 180ribu orang je, tapi yang tak boleh tahan tu tahun 2011 yang mendaftar bagi tahun tu lebih 1juta orang, mahu terbeliak mata gua tengok yang mendaftar,

Dalam kepala gua terus terbayang Pakatan jangan mimpi la nak menang pengundi selangor je paling tinggi yang mendaftar, jadi Kalid bersiap la untuk pek barang2 lepas pilihanraya ni lu boleh pindah balik. Noh umar dah boleh berangan2 jadi menteri besar da boleh stat kira2 berapa banyak yang boleh lu rembat nanti.

Johor yang memang dah jadi kubu kuat BN pertambahan pengundi no 2 terbanyak jadi, gua nak ingatkan sahabat gua Salahuddin Ayub kalau da jemu jadi ahli parlimen bertanding lah di Johor.

Yang gua tak boleh bla tu adalah dasat sungguh pertambahan jumlah pengundi, memang patut la Bersih 3.0 dibuat kalau tak pakatan jangan mimpi la. Sibangsat2 dalam BN da siap sedia atur pengundi. Pakatan lak macam dah terkebelakang dalam mengatur strategi, Alamtnya selepas PRU akan datang ni Pakatan akan gigit jari lagi la nampaknya.

Kenapa gua buka entry ni dengan sikap orang atau displin orang melayu kerja, sebabnya orang melayu ni semua nak senang, kerja nak senang, dapat duit pun nak senang, kalau boleh tak payah kerja duit masuk lagi diorang suka, Sebab tu juga la orang melayu paling senang kena beli, dapat duit kopi sikit berebut jual amanah, jual maruah, jual jawatan, kemudian berebut nak dapat jawatan semua mesti bodek bos, depan bos  mak datuk punya la rajin. Dapat jawatan bermakna dapat lubuk emas, tengok je la taukeh lembu senang je dapat 250juta. Ada sekor sang bedal ni pulak bukan main kaya bagi betina dia ratus ribu selamba je. Tu belum cerita komisen sana sini, ni la salah satu kehandalan orang melayu mengkhianat orang Melayu sendiri walau secara tak langsung tapi itu la hakikat..

Pas ni mesti ada yang maki hamun gua sebab konon ny nak mempertahankan Melayu, sebelum lu maki hamun gua, jangan jadi bahlol la, gasak lu orang la ada gua kesah.

Tapi bagi orang melayu yang berhati mulia, amanah pada kerja, amanah pada Allah tak termasuk dalam cerita gua ni tadi, jadi jangan anggap gua tak sayang bangsa dan agama gua. Sebab dah terlalu ramai melayu bangsat dan binawe la gua kena tulis gak.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP