Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Tuesday, May 29

anjing menyalak la terus


Pakatan Rakyat (PR) perlu bermuafakat dalam membentuk sebuah Kabinet bayangan sebelum bercakap mengenai cita-cita mahu menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Beliau berkata, PKR, Pas dan DAP perlu mencapai kesepakatan dalam menamakan Kabinet bayangan kerana 'ketika ini mereka tidak pun tahu siapa yang memegang jawatan apa.'
"Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng akan menjadi perdana menteri. Guan Eng berkata beliau tidak layak dan sebagainya," katanya pada sidang media di rumahnya di Bandar Sri Damansara di sini hari ini
Gua tertarik hendak mengulas cerita ni, walaupun Tunku Aziz da keluar dari Dap tapi masih melukut ditepi gantang masih nak menyebuk pasal Pakatan dan kenapa pulak baru sekarang sibuk bebenor kenapa tak semasa dalam Dap dulu. Sebijik macam Hasan jati, atau Zul kulim atau Ibrahim katak, atau Ezam sesumpah dan rakan-rakan sewaktu denganya. Pelik kan atau manusia-manusia ni sebenarnya hipokrit masa dalam pakatan semuanya wangi tapi bila keluar je berdeham sedikit je bau busuk melantung yang mereka hidu, sebelum ni pakatan kentut pun bau wangi ataupun manusia ni sebenarnya tidak mempunyai prinsip perjuangan yang ada adalah agenda peribadi untuk mempopularkan diri. sebagai orang terbuang samada dibuang atau membuang diri sendiri mereka seperti lupa apa agenda sebenar perjuangan asal mereka atau mereka buat-buat lupa.

Tapi apa pun kalau anjing menyalak bukit biasanya bukit tak akan runtuh tapi anjing yang kepenatan. Apapun bagi gua lantak diorang la apa nak kata rakyat sekarang mampu menilai keboborkan drama politik diorang. 
Apa yang gua perasan dari mainan drama diorang ni,mereka mengunakan tektik yang sama memancing dengan harapan ada orang bingai dalam pakatan termakan umpan mereka dan kemudianya menjadi lauk untuk santapan mulut longkang mereka.
Gua amat faham kalau orang umno bermati-matian mencari isu yang bukan isu untuk menarik perhatian tuannya, tak kira la isu yang direka itu berbentuk provokasi atau ciptaan mereka. Sebab itu la Umno, membodek atau mengampu adalah budaya mereka. betul atau salah no2. Sebab dalam umno semuanya menjadi halal, konsert dengan nyanyian artis pun sampai dikira sebagai pengisian kerohanian, itu semua tidak pelik kerana umno boleh. Perangai serupa anjing dengan menghalau orang keluar masjid, merentap baju jamaah di masjid gua faham sekalilagi umno boleh!!!! 



Yang menjadi kemuskilan gua adalah kenapa orang terbuang ni bergitu beria-ia menyerang balik apa yang selama ini diorang perjuangkan, mungkin untuk membodek agaknya, atau dalam hati diorang ini penuh dendam kesumat dan dendam itu perlu dibalas dengan apa cara pun.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP