Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Tuesday, October 30

APA TU HUDUD (SIRI 5)



LI’AN
Kadang-kadang qazaf ini dilakukan oleh suami terhadap isterinya padahal ia tidak mempunyai empat orang saksi dan si isteri tidak mengaku bersalah.

Dalam hal ini, apabila suami menuduh isterinya berzina atau menafikan anaknya dan ia tidak mempunyai empat orang saksi, maka ia dibebaskan dari hukuman had qazaf, dan diberi kesempatan untuk bersumpah sebanyak empat kali bahawa isterinya benar-benar berzina, dan pada kali kelima ia bersumpah: Jika aku berbohong, maka aku akan mendapat laknat dari Allah.

Dan si isteri pula diberi hak untuk membela dirinya dengan bersumpah empat kali bahawa suaminya berbohong dan untuk kali kelima ia bersumpah: Jika suamiku benar dengan tuduhannya, maka aku akan mendapat kemurkaan dari Allah s.w.t.. Inilah yang dinamakan Li’an.

5.5 PENCURIAN

PENGERTIAN PENCURIAN
Pencurian adalah mengambil barang kepunyaan orang lain dengan sengaja dan secara senyap-senyap dari tempat simpanannya yang wajar. Ciri-ciri pencuri itu ialah:

1. Mengambil barang kepunyaan orang lain.
Pencurian yang tidak termasuk dalam jenis pencurian yang dikenakan hukuman potong tangan ialah mengambil barang dari Baitulmal, mengambil barang kepunyaan syarikat di mana ia menjadi ahli, suami mencuri barang isteri dan sebaliknya, dan orang tua yang mencuri kepunyaan anaknya.

2. Secara senyap-senyap.
Mengambil barang orang lain secara terang-terangan (merampas) tidak dinamakan pencurian yang dikenakan hukuman had.

3. Barang diambil dari tempat simpanan yang wajar.
Mengambil barang kemas di luar rumah, ambil padi di sawah, ambil haiwan di ladang walaupun dinamakan pencurian , tetapi tidak dikenakan hukuman potong tangan.

4. Dengan sengaja.
Mengambil barang orang kerana tersalah ambil, kerana terlupa, dipaksa, atau terpaksa kerana lapar tidak dikenakan hukuman potong tangan.

“Umatku tidak dipertanggungjwabkan kerana tersalah, terlupa dan orang-orang yang dipaksakan.”
(Hadith riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban, Ath-Thabarani, dan Al-Haakim)

SYARAT-SYARAT PENCURIAN
Pencurian yang berakibat hukum barulah wujud apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Pencuri:
  2. Mukallaf: dewasa dan berfikiran waras. Tidak ditetapkan pencuri mesti beragama Islam. Orang bukan Islam yang mencuri juga dikenakan hukuman potong tangan.
  3. Perbuatan mencuri dilakukan dengan sengaja.
  4. Pencuri tiada subhat (hubungan langsung) dengan barang-barang yang dicuri. Seperti bapa mencuri barang anaknya, atau ahli syarikat mencuri harta syarikat, mereka tidak dikenakan hukuman had.
  5. Barang-barang yang dicuri:
  6. Barang yang dicuri adalah halal dari segi hukum.
  7. Barang-barang yang dicuri berada dalam tempat simpanannya yang layak.
  8. Barang-barang yang dicuri cukup nisabnya:
  9. Menurut pendapat jumhur ulama’, nisab barang-barang yang dicuri ialah bernilai ¼ dinar emas atau tiga dirham perak (9.36 gram emas) atau senilai ¼ dinar. Pendapat inilah yang paling kuat dari segi dalilnya.
“Aisyah r.a. berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. memotong tangan pencuri yang mencuri ¼ dinar ke atas.”
(Hadith riwayat Jama’ah Ahli Hadith selain Ibn Majah)

“Umar r.a meriwayatkan: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. memotong tangan pada (pencurian) sebuah perisai yang berharga tiga dirham.”
(Hadith riwayat Jama’ah Ahli Hadith)

“Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu potong tangan pencuri, kecuali pada ¼ dinar ke atas.”
(Hadith riwayat Ahmad, Muslim, An-Nasai, dan Ibn Majah)

  • Golongan mazhab Hanafi berpendapat, bahawa nisabnya mestilah lebih daripada 10 dirham.
  • Ada lagi pendapat-pendapat lain yang dikemukakan oleh ulama’-ulama’.
PENCURIAN BERKUMPULAN
Apabila sekumpulan orang mencuri barang kepunyaan orang lain, dan jika dibahagikan masing-masing cukup nisab, maka semua mereka dipotong tangan. Akan tetapi jika barang yang dicuri itu cukup nisabnya, tetapi setelah dibahagikan masing-masing tidak cukup nisabnya, dalam hal ini para ulama’ berselisih pendapat.

  1. Golongan Jumhur ulama’ berpendapat mereka dipotong tangan kerana jumlah barang yang dicuri telah cukup nisabnya, bukan setelah dibahagikan untuk ramai.
  2. Abu Hanifah pula berpendapat mereka tidak dipotong tangan kerana barang yang dicuri mereka tidak mencukupi nisab apabila dibahagikan masing-masing.
SABIT KESALAHAN MENCURI
Kesalahan mencuri menjadi sabit melalui salah satu dari dua perkara:

  1. Pengakuan oleh pencuri sendiri.
  2. Dengan persaksian oleh dua orang saksi lelaki yang adil
UQUBAH KE ATAS KESALAHAN PENCURIAN
  1. Hukuman potong tangan
  2. Barangan curian hendaklah dikembalikan
  3. Menggantungkan tangan yang dipotong di leher pencuri
GUGURNYA HUKUMAN POTONG TANGAN
Apabila pencuri menarik balik pengakuannya sebelum dikenakan hukuman potong tangan, maka gugurlah hukuman potong tangan itu ke atasnya.

PENCURIAN YANG TIDAK DIKENAKAN HAD
Pencurian yang dikenakan hukuman Ta’zir:

  1. Pencurian yang dilakukan oleh kanak-kanak atau orang gila
  2. Pencurian yang tidak cukup nisab
  3. Pencurian atas barang-barang kepunyaan bersama
  4. Pencurian atas barang-barang yang tidak sah dimiliki
  5. Pencurian yang dipaksakan atau kerana terlalu lapar
  6. Pencurian yang dilakukan oleh orang tua terhadap harta milik anaknya
5.6 MUHARABAH (PEROMPAKAN)

PENGERTIAN
Muharabah atau Hirabah ialah sekumpulan bersenjata dalam sesebuah negara Islam yang menimbulkan kekacauan, menumpahkan darah, merompak harta benda, memperkosa kehormatan wanita, menculik, merosakkan tanaman, ternakan dan sebagainya. Perompak ini mungkin dilakukan oleh orang Islam dan mungkin dilakukan oleh orang kafir zimmi atau harbi.

SYARAT-SYARAT MUHARABAH
Muharabah mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Yang melakukannya ialah orang mukallaf, lelaki atau perempuan, Islam atau tidak.
  2. Mempunyai kekuatan senjata yang dipergunakan untuk perompakan walaupun tongkat ataupun batu.
  3. Melakukannya secara terang-terangan.
  4. Dan lain-lain syarat yang diperselisihkan ulama’.
UQUBAH TERHADAP KESALAHAN HIRABAH
Allah s.w.t. menetapkan empat hukuman atas kesalahan muharabah ini:

  1. Hukuman mati, atau
  2. Hukuman salib, atau
  3. Potong tangan dan kaki secara bersilang, atau
  4. Dibuang negeri
Segolongan ulama’ berpendapat hakim boleh memilih hukuman berdasarkan betapa besarnya kesalahan atau jenis kesalahan yang telah dibuat pesalah.

PELAKSANAAN HUKUMAN
Setelah adanya pengakuan daripada pesalah sendiri (hukuman digugurkan apabila pesalah menarik balik pengakuan) atau dengan persaksian dua orang saksi lelaki yang adil, maka hukuman dilakukan seperti berikut:

  1. Kumpulan perompak yang membunuh sahaja dikenakan hukuman mati. Hakim dan wali yang terbunuh tidak boleh memaafkan pesalah.
  2. Kumpulan perompak yang membunuh dan merompak harta benda dikenakan hukuman salib dan bunuh.
  3. Kumpulan yang hanya merompak harta benda dikenakan hukuman potong tangan dan kaki secara bersilang.
  4. Terhadap kumpulan yang hanya mengganggu ketenteraman atau lalulintas hanya dikenakan hukuman buang negeri.
TAUBAT SEBELUM DITANGKAP
Ulama’-ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini, tetapi kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa taubat hanya menggugurkan hukuman pencurian dan pelanggaran hak-hak Allah, tetapi dipertanggungjawabkan atas pertumpahan darah (membunuh) dan harta benda yang masih wujud lagi di tangan perompak.

CARA BERTAUBAT
Ulama’-ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini, tetapi kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa perompak perlu meninggalkan kejahatan perompakannya tanpa perlu mendatangi kepala negara, ataupun ia membuang senjatanya dan mendatangi kepala negara sebagai seorang yang taat.

5.7 PEMBERONTAKAN (BAGHYUN)

Ada empat golongan yang dikategorikan sebagai penderhaka (pemberontak) iaitu:

  1. Golongan yang tidak mentaati pemerintah kerana sengaja ingin merosakkan keamanan negeri.
  2. Kumpulan yang memberontak terhadap pemerintah yang adil kerana salah faham atau takwil yang keliru, tetapi jumlahnya kecil.
  3. Golongan khawarij yang mengkafirkan orang yang melakukan dosa-dosa besar dan juga mengkafirkan Uthman, Ali, Thalhah, Az-Zubair dan banyak sahabat yang lain, dan menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta benda mereka kecuali yang menyertai pergerakan mereka.
  4. Golongan ahlul-haq yang menentang pemerintah dan bertujuan untuk melucutkan jawatannya kerana sesuatu takwil yang keliru, dan mereka mempunyai kekuatan yang memerlukan kekuatan pula untuk menentang mereka.
  5. Dua golongan umat Islam yang berperang kerana ashabiah atau kerana merebutkan kekuasaan.
UQUBAH KE ATAS BUGHAH (PEMBERONTAK)
  1. Segolongan ulama’ berpendapat bahawa pemberontak wajib terus diperangi kerana membiarkan mereka akan melahirkan banyak lagi kerosakan yang sukar diperbaiki.
  2. Segolongan ulama’ pula berpendapat pemberontak wajib diperangi tetapi harus dinasihat dan diberi amaran terlebih dahulu.
5.8 LIWATH

PENGERTIAN LIWATH
Ialah hubungan seks antara lelaki dengan lelaki lain melalui jalan belakang (dubur) dan termasuk juga hubungan seks antara lelaki dengan perempuan melalui jalan belakangnya. Liwath adalah lebih khusus dalam kes homoseks (hubungan sejenis) walaupun tidak melibatkan jalan belakang.

HUKUM LIWATH
Liwath dipandang keji dalam semua masyarakat Samawi, termasuklah Islam. Ia bermula sejak zaman umat Nabi Luth dimana lelaki melepaskan nafsu terhadap lelaki dan tidak mendekati isteri-isteri mereka. Ijma’ ulama’ bahawa liwath adalah dosa besar dan dikenakan hukuman duniawi dan ukhrawi.

UQUBAH TERHADAP PESALAH LIWATH

  1. Kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa orang yang melakukan liwath wajib dikenakan hukuman mati (bunuh) walaupun pesalah bukan muhshan. Di antara yang berpendapat seperti berikut ialah sahabat-sahabat Rasulullah dan salah satu pendapat Asy-Syafi’e.
    1. Abu Bakar As-Siddiq dan Ali bin Abu Thalib berpendapat, orang yang melakukan kesalahan liwat itu hendaklah dipenggal lehernya dengan pedang, kemudian mayatnya dibakar.
    2. Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan berpendapat, pesalah hendaklah ditindih dengan tembok atau dinding batu sampai mati.
    3. Abdullah bin Abbas pula berpendapat pesalah dan pasangannya hendaklah dicampak dari bangunan yang paling tinggi dalam negeri.
  2. Ulama’ lain berpendapat hukuman ke atas pesalah liwath sama dengan hukuman yang diterima pesalah zina.
SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN HUKUMAN
Syarat-syarat pelaksanaan hukumannya sama dengan syarat-syarat pelaksanaan hukuman pesalah zina. Dan juga melibatkan:

  1. Pelakunya hendaklah mukallaf, dewasa dan berfikiran waras.
  2. Melakukan liwath dengan sengaja, bukan dipaksakan.
5.9 HUBUNGAN SEKS DENGAN HAIWAN

Para ulama’ bersependapat bahawa melakukan hubungan seks dengan haiwan itu adalah dosa besar
Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ad-Daruqunthi, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Abu Asyaikh meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa mendatangi haiwan hendaklah kamu bunuhnya dan bunuhlah haiwan itu bersamanya.”

UQUBAH KE ATAS ORANG YANG BERHUBUNGAN SEKS DENGAN HAIWAN
Pendapat golongan Malikiah:
Wajib dikenakan hukuman had serupa dengan hukuman ke atas penzina. Orang muhshan direjam sampai mati dan bukan muhshan dirotan seratus kali.

Pendapat golongan Hanbali:
Wajib dikenakan hukuman had serupa ke atas pesalah yang melakukan liwath.

Pendapat golongan Hanafiah:
Tidak dikenakan had, kerana tidak termasuk dalam erti zina dan tiada nash dari Al-Quran atau As-Sunnah mengenainya. Wajib dikenakan Ta’zir mengikut ketentuan hakim.

Pendapat golongan Asy-Syafi’e:
Pendapatnya yang paling kuat adalah serupa dengan pendapat mazhab Maliki, pendapat yang kedua sama dengan pendapat mazhab Hanafi.

HUKUM HAIWAN YANG DISETUBUHI
Para ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini tetapi kebanyakan daripada mereka berpendapat haiwan tersebut perlu dibunuh untuk mengelakkan masyarakat sekeliling mengumpat (ghibat), mengelakkan daripada pesalah melakukan kali kedua dengan haiwan yang sama, dan untuk mengelakkan kekotoran ke atas pemakan.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP