1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"
Followers
Sunday, May 15
MENGENAL DIRI4
 Apa Maksud Dibuka   ( dilahirkan ).
Apa Maksud Dibuka   ( dilahirkan ).1. Terbuka Sendiri.
- Mengikut pengalaman saya sendiri. saya telah berjumpa dengan 5 i nsan  yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar Diri nya, dan keterbukaan Diri ini  diperdapatkan nya pada  satu hari mereka berdoa dan tiba tiba  jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa,  di dalam badan mereka  terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau  bergerak perlahan lahan. nsan  yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar Diri nya, dan keterbukaan Diri ini  diperdapatkan nya pada  satu hari mereka berdoa dan tiba tiba  jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa,  di dalam badan mereka  terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau  bergerak perlahan lahan.
- Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini.
- Mereka mereka yang mendapat cara ini selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.
2. Membuka dengan sendiri.
- Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah
 
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman
- Untuk ini pelajar atau mereka yang ingin di buka perlu duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah
Kebanyakan  orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3 ia itu dengan di bukakan  atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya.
Selalu  kita mendengar orang berkata zahir dan batin, luar dan dalam jiwa dan  raga, tapi cuba kita renungkan, adakah kita faham apa yang kita katakan?
Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:
1. Aliran Zahir atau Jasmani
- Aliran ini bertitik tolak dari bekerjanya Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita, dan isi kepada aliran zahir ini ialah Darah.
2. Aliran Batin atau Rohani
- Aliran ini berisikan daya hidup yang pangkalnya dari "Hidup" yang mengaliri aliran tertentu saperti aliran Jasmani, cuma beza nya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya berupa arus letrik. Ini telah di buktikan oleh ahli sain dari Cina dimana mereka berjaya mengambil gambar arus letrik yang mengalir dalam badan manusia ini.
DIRI
- Ianya duduk didalam jasad
- Rupa nya sama saperti jasad tapi ghaib
- Dia lah yang Menghidupkan kita
- Punca tenaga
- Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu
- Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana
 
KEHIDUPAN KITA DI DALAM
"Diri"  ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan  sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia  mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta  di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi  orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak  nyata. Tetapi kalau kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa  sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan  sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna....Insyaallah
Oleh  itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah kenal lah ia akan  Tuhannya saperti Sabda Nabi junjungan kita" Barang siapa mengenal Diri  nescaya kenal lah ia akan Tuhannya"
MENGENAL DIRI3
Diri sebenar Diri

Setelah Roh  memasukki Jasad, baharulah ujudnya "Diri" atau jelasnya "Diri" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan  ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasukki jasad  maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti   jasad nya sendiri. Maka dengan  sebab  ini lah "Diri" itu rupanya sama  dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang  ghaib sahaja dapat  menghubungi yang ghaib.
Cahaya  (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dia lah yang  menjadi "Penghidup" kepada Jasad. Dia lah hidup sebenar benar hidup,  lagi menghidupkan.
BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA
Saperti  yang telah di terangkan diatas Diri ini rupa nya saperti kita cuma ia  nya ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan tugas nya menghidupkan  jasad kita dan  dia juga di panggil nyawa dan macam macam nama lagi  mengikut  Aliran  Perguruan yang mengajar Ilmu Mengenal Diri ini.  Walau  bagaimana pun perlu di tegaskan disini semua Aliran Perguruan adalah  benar dan mempunyai kelebihan kelebihan   tersendiri.                            
Ini  lah Diri Sebenar Diri yang harus di kenal dengan rasa dan perasaan, dan  dengan geraknya yang tersendiri. Bagaimana kah cara untuk mengenalnya?
Diri  sebenar Diri yang duduk nya dalam jasad itu,  dimana tugas nya  menghidupkan  jasad, dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan  di dalam jasad, dan kalau ingin mengenalnya  dengan erti kata kenal  sebenar benar kenal tentulah kita perlu melahirkan Diri itu.
Kelahiran  pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali  kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya  di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsia nya yang  tersendiri..........menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah  terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkan nya.
Dengan  itu kenali lah Diri sebenar Diri kita itu, Diri yang banyak daya guna  dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah dia berasal dari  sana................dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.
Untuk  itu lahirkan lah itu Diri Sebenar Diri,  yang maksud nya dengan membuka  pintu bagi nya untuk keluar, (jalannya) dan cara melahirkan nya ada 3:
1. Terbuka Sendiri.
2. Membuka dengan Sendiri.
3. Dibuka kan oleh Guru yang Berpengalaman.
MENGENAL DIRI2
Bila  kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI" tentu ramai dari kita yang akan  menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu  jasad kasar kita ini atau yang di kenali dengan panggilan Badan, tapi  sebenarnya tidak.  Diri yang di maksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri,  yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita  haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan orang ya itu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harus nya faham perbezaan dua kata kata ini, sebelum kita lafaskannya.
Jasmani  tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir  berbeza dari batin, Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang  sentiasa menjadi sebutan kita? 
Kita  semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita  perbezaan antara keduanya?? Perbezaan ini lah yang ramai antara kita  tidak dapat menerangkan dengan jelas apa lagi  untuk dapat  merasakan perbezaannya.
Kebanyakan  dari kita berangapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita ini  lah di panggil "Diri" dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya  Jasad atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini,   sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa apa jika tidak  ada "Penghidupnya" yang duduk nya didalam jasad itu sendiri. Penghidup  ini lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri  yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad ,  oleh itu faham lah kita bahawa Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada  di dalam Jasad.
Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu  yang dipanggil Jasmani (Jasad) dan Rohani.Atau ada juga orang memanggil  Jiwa dan Raga dan banyak lagi nama nama yang di beri kepada Diri dan  jasad untuk mudah di fahami dan mengikut perguruan tertentu.
Renung kembali kesah ujudnya Adam
Setelah  Malaikat menyiapkan Jasad Adam  dan  Jasad Adam terbaring kaku, maka  Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan  bertanyalah akan Roh kepada Allah " Ya Allah melalui jalan mana harus  aku masuk?"  maka Allah pun menjawab, " Masuklah melalui mana mana  yang  kau senangi" dan seterusnya Roh memasuki Jasad Adam melalui Hidung. Dan  seterusnya kita bernafas melalui hidung.
Jadi  di sini dapatlah kita fahami bahawa bila Roh masuk ke dalam jasad Adam,  barulah Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas  menunjukkan  bila Roh masuk kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga  di panggil Bernyawa.
mengenal diri
ILMU  MENGENAL  DIRI
Jalanmu jalan nyata
Jalan ku jalan rasa
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku 
Engkau  dan  Aku
Kalau engkau hendak menemui aku
kan berjalan pula pada jalanku
Usahakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang di tuju
Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan.
Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau  di luar aku di dalam
Tempat mu di kiri aku di kanan
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku
Aku yang engkau jumpai diperjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak tukar haluan
Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan
Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.
Subscribe to:
Comments (Atom)

 
 
 
![Validate my Atom 1.0 feed [Valid Atom 1.0]](valid-atom.png)