Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, November 24

umno itu sakular?


Fahaman sekular adalah merujuk kepada perkataan Latin iaitu saeculum yang bererti generasi atau zaman. Dalam agama Kristian sekular bermaksud agama itu bertentangan dengan gereja. Untuk pengertian yang lebih jauh sekular merujuk kepada sesuatu yang dimiliki atau yang bersangkutan dengan dunia lahir sahaja dan tidak ada kena mengena dengan keabadian. Dalam perbincangan ini sekular bermakna kehidupan yang tidak ada kaitan dengan perkara ghaib, atau perkara agama. Dengan begitu sekularisme adalah bermakna satu fahaman yang memisahkan agama dari kehidupan ini, khususnya kehidupan bernegara. Ugama adalah masalah peribadi yang tidak mempunyai kaitan dengan negara. Manusia adalah bebas dari asuhan agama dan ketetapan dari Yang Maha Kuasa. Sekularisme menentang sebarang pengaruh agama dan manusia bebas menentukan kepercayaan dan arah haluan hidupnya sendiri.  

Teras kepada sekularisme ialah politik yang berasaskan kepada perkauman atau pun kebangsaan, atau apa yang kita panggil nasionalisma. Manakala ekonominya pula berasaskan laissez faire  dan falsafah individualisma.Ia kemudiannya merebak ke dalam masyarakat dan menjadi sebahagian dari gaya hidup mereka yang merupakan pemujaan kepada modenisma, materialisma dan pemujaan hawa nafsu.   

Menelusuri sekularime di Malaysia, ia sebenarnya datang bersama-sama penjajah Inggeris  yang menakluk negara ini dari tangan Belanda. Dalam Perjanjian Pangkor pada 1874 antara Sultan Abdullah (Sultan Perak) dan Sir Andrew Clarke, syarat penting dalam perjanjian itu ialah residen Inggeris akan menasihati Sultan dalam semua hal pentadbiran negeri kecuali mengenai agama Islam dan adat Istiadat Melayu. Dengan semikian segala urusan pentadbiran dan perlaksanaan undang-undang negeri terserah kepada Inggeris yang pastinya mengikut sistem dan acuan mereka yang tidak pernah memikirkan soal agama dan sebagainya. Di sini para Sultan sudah kehilangan hak politik dan pemerintahan dan tidak lagi berkuasa untuk mencegah usaha-usaha menanamkan fahaman sekular yang dibawa oleh Inggeris. Dan akhirnya berlakulah apa yang dinamakan pemisahan politik dari agama, atau agama dari negara.

Bila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos, 1957 dasar pemisahan di antara agama dan negara itu diteruskan dan dikekalkan dalam bentuk konstitusi iaitu dalam Perlembagaan Persekutuan . Dalam Bahagian 1, ceraian 1,2,3 dan 4, soal agama diserahkan kepada Sultan dan Majlis Agama Islam tiap-tiap negeri manakala soal pemerintahan diserahkan kepada wakil rakyat tidak kira samada Islam dan bukan Islam. Akhirya terpisahlah Islam dari pemerintahan kerajaan Tanah Melayu itu.

Sebagai langkah untuk menguatkan lagi sekularisme, penjajah Inggeris merancang dan telah pun berjaya melahirkan segolongan pemimpin di kalangan Melayu Islam sendiri  yang telah disekularkan dengan sistem pendidikan. Golongan ini kemudiannya menjadi pentadbir, perancang negara dan pemimpin yang menjadi agen kepada kesinambungan dasar penjajah itu sendiri.

Golongan ini kemudian berjaya memesongkan  akidah dan perjuangan masyarakat Islam di Tanah Melayu, dan mereka seterusnya berjaya menanamkan fahaman sekular itu ke dalam tubuh masyarakat Melayu sehingga orang-orang Melayu yang beragama Islam itu turut memuja fahaman kebendaan dan sesuatu yang berlandaskan hawa nafsu.

Bidang yang paling teruk menerima kesan sekularisasi adalah bidang pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah merupakan saluran dan alat terpenting  untuk mencorakkan haluan hidup manusia itu sendiri. Stamford Raffles adalah seorang pegawai Inggeris yang bertanggung jawab mengemukakan rancangan halus untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui pendidikan beliau merencanakan Singapura sebagai pusat bagi kebangkitan semula peradaban asli kuno dan menyegarkan menerusi penyebaran perluasan pengaruh Inggeris dan faedah-faedah pendidikan dalam kemajuan ekonomi Barat. Beliau telah mengemukakan gagasan pusat Pengajian Asia Tenggara bagi mencapai matlamat ini. Beliau berhasrat untuk melahirkan bangsa-bangsa yang bijaksana dan terpelajar selaku orang suruhan yang jujur kepada sistem pentadbiran penjajah. Ia juga menyarankan supaya pendidikan untuk anak-anak Melayu mestilah menerusi tulisan rumi dalam usaha mengurangkan pengaruh Islam di kalangan orang-orang Melayu.
Selanjutnya perkara yang menjadi perhatian Inggeris ialah bidang ekonomi. Mereka memperkenalkan sistem kapitalis yang mengagungkan riba, jika tidak berasaskan riba sesuatu sistem itu tidak akan dapat dijalankan. Sistem ini berasaskan dasar laissez-faire yang berteraskan kebebasan individu yang hanya mementingkan keuntungan peribadi. Manusia diajak berlumba-lumba untuk mengumpul harta dan kekayaan di mana akhirnya tindas menindas dan tipu menipu turut berlansung dan menjadi amalan masyarakat. Akhirnya manusia menjadi haiwan ekonomi, dan mereka pun memilih cabang-cabang Islam yang hanya sesuai dengan jiwa mereka, dan tidak lagi berfikir untuk menegakkan Islam dan melaksanakan jihad seperti yang dikehendakki Islam.

Demikianlah masyarakat Melayu mula membenci  orang-orang yang hidup sederhana, yang tidak menyintai dunia, dan yang mengamalkan sikap zuhud. Segala-galanya dinilai dengan wang ringgit. Masalah negara dilihat penyelesaiannya dari sudut ekonomi, dan bukannya dengan cara yang dikehendakki oleh Islam. Kemudian pada dekad-dekad terakhir lapan puluhan lahirlah Dasar Ekonomi Baru, Amanah Saham Nasional, 30 peratus penyertaan bumiputra dalam  sektor perusahaan, Loteri Kebajikan Masyarakat, dan berbagai lagi perkara yang menjurus kepada soal kebendaan semata yang kesemuanya bertentangan dengan prinsip Islam.

Aspek politik adalah yang paling utama menerima kesan dari sekularisme. Perlembagaan Malaysia adalah bukti yang paling jelas dalam hal ini. Ia menafikan kekuasaan Allah, Rasulnya dan AlQuran. Politik dan agama menjadi terpisah.Sedangkan sepertimana yang kita tahu dalam Islam agama dan politik adalah satu.Tidak bercerai berai. Hijrahnya Rasul saw adalah untuk mendirikan negara Islam di Madinah. Ini bermakna Islam dan politik tidak dapat dipisahkan, di mana ia bertentangan sama sekali dengan hakikat perjalanan politik di Malaysia. Politik kita sekarang adalah acuan dari Barat, politik yang mengutamakan nafsu dan kebendaan.

Apabila benda-benda menguasai manusai, maka mereka pun tenggelam dalam suasana hidup yang tidak ada berpedoman, semuanya bertuhankan nafsu. Sebab itulah hidup masyarakat kita hari ini sedang menuju ke arah kehancuran, akibat merebaknya pengaruh sekularisme itu, bahkan ianya dibelai pula oleh pemerintah kita, oleh kerajaan BN, menjadikan orang Islam di Malaysia terlalu individualistik, hidup mementingkan diri, mengejar kemewahan dan sebagainya. Projek-projek membazir sudah menjadi semacam satu pemujaan, semuanya adalah kerana  faham kebendaan telah berakar umbi ke dalam jiwa Melayu yang mengaku beragama Islam. Mampukan orang-orang Melayu sorot balik ke belakang? Soalnya terletak kepada orang Melayu sendiri. Namun pengaruh sekularisme bukanlah semudah itu untuk dibuang, apalagi ia telah tertanam ke dalam jiwa dan dijunjung pula oleh kaum pemerintah. Inilah halangan-halangan utama untuk menyebarkan akidah Islam, apalagi untuk memberikan kefahaman tentang negara Islam kerana fahaman itu amat bertentangan dengan jiwa Islam yang murni itu.

Dan jika sekiranya kita berminat untuk menegakkan Islam, kita haruslah memerangi fahaman ini yang menjadi halangan utama ke arah merealisasikan cita-cita Islam itu. Bersediakah kita?

Read more...

Thursday, November 22

Pejuang islam yang dilupakan siri 2

Dr Burhanuddin ini adalah seorang tokoh agama yang disegani di zaman pra dan pasca-kemerdekaan. Kalau zaman tersebut sudah ada istilah Protaz, maka layaklah beliau menyandang gelaran tersebut memandangkan beliau juga adalah seorang doktor homeopati. Tetapi kita patut bersyukur kerana beliau tidak memperjuangkan benda yang remeh-temah seperti kebanyakkan protaz hari ini.

Dr Burhanuddin adalah antara orang-orang kuat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Antara tokoh-tokoh penting yang lain dalam PKMM ialah Pak Sako, Mokhtaruddin Lasso, dan Ahmad Boestaman. PKMM adalah parti kedua di Tanah Melayu yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Parti pertama adalah Kesatuan Melayu Muda, KMM yang ditubuhkan pada tahun 1938. Sesetengah orang salah faham dengan menganggap UMNO adalah parti pertama yang membela nasib bangsa Melayu. Padahal begitu banyak lagi parti-parti Melayu sebelum UMNO seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA), dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS) yang menjadi sayap utama kepada PKMM.

Tetapi malangnya, kita seolah-olah hanya melihat jasa UMNO tanpa mengetahui jasa-jasa yang ditaburkan oleh parti-parti dan pejuang-pejuang yang sebelumnya. Tanpa hembusan api patriotik dari mereka, UMNO ketika itu pasti tidak boleh berjaya. Namun, kita tetap lupa. Tepat apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir: "Melayu mudah lupa". Dan oleh kerana UMNO adalah parti utama orang-orang Melayu hari ini, maka makin ramai ahli-ahlinya yang semakin lupa kepada sejarah tepat bangsa kita yang semakin membonyot layu ini.

Berbalik kepada kisah Dr Burhanuddin al-Helmi ini, beliau telah mengalami sepak terajang kemelut kemerdekaan yang berbagai-bagai, seperti dituduh sebagai radikal dan bersifat pengganas oleh British. Malah pada tahun 1948, ramai ahli PKMM dan API yang ditangkap dan dipenjarakan. Dipendekkan cerita, Dr Burhanuddin al-Helmi ini juga merupakan Presiden PAS yang ke-3 selepas Dr Hj Abbas Alias.

Jadi, apa perkara pokok yang saya ingin bawa sebenarnya dengan mendedahkan kisah Dr Burhanuddin al-Helmi dan sejarah parti politik tanah air secara sepintas lalu ini?

1) Kalau nak berjuang untuk Islam, pastikan bukan berkaitan perkara yang sangat remeh-temeh. Berjuang biar betul-betul. Kita lihat Protaz Prof Dr Burhanuddin. Beliau tahu apa prioriti zamannya, iaitu mendapatkan kemerdekaan. Sebab kalau Tanah Melayu tak merdeka, habis punah akidah anak-anak Islam. Dan habis juga kekayaan Tanah Melayu diambil oleh si puak penjajah. Sekarang kita lihat zaman kita pula. Apakah prioriti kita? Kita jangan terikut-ikut style Protaz zaman sekarang yang kadang-kadang tu mengarut-ngarut idea perjuangannya.

2) Ketahui sejarah kita yang sebenarnya. Jangan fanatik dengan mana-mana parti, baik PAS, UMNO, Keadilan, Gerakan, MCA, MIC, dan sebagainya. Pastikan kita faham dan selidik terlebih dahulu kenapa kita memillihnya. Jangan main ikut-ikut orang. Pendirian jangan ala-ala lalang ditiup angin.

3) Ketiganya, Dr Burhanuddin al-Helmi adalah seorang tokoh terbaik untuk memberikan kefahaman kepada kita semua mengapa kaum muda/'Salafi'/Wahhabi (atau apa pun kamu nak panggil sebab nama tak mengubah apa-apa), bukanlah pilihan terbaik untuk kita mengembangkan Islam ini di seantero dunia. Artikel di bawah ini, yang saya petik dari blog Malakian, amat menarik untuk kita semua baca:

Bagi memudahkan mendekati ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya bagi mencari ilmu di zaman kebendaan dan ilmiah ini, eloklah lebih dahulu mempelajari ilmu fizik kemudian pelajari ilmu metafizik atau maa wara'a al-taba'ah, ilmu falsafah dan ilmu perbezaan antara agama-agama.

Dalam hal ini rasanya eloklah saya ceritakan sedikit hal-hal saya dengan tasawwuf ini. Ayahanda saya adalah seorang tasawwuf dan bertariqah Naqshabandi serta dengan lurus dan wara'nya. Maka saya dari kecilnya dilatih secara wara'nya dan mesti kuat beribadat mengikut-ngikut dia sembahyang berjamaah, membaca Quran dan [Maulid karya] al-Barzanji, ahzab dan zikir. Sebagai orang muda tiadalah saya tahu apa-apa. Saya ikut-ikut itu kerana malu dan segan jua. Saya lakukan dengan berat kerana kawan-kawan lain dapat lepas dan bermain-main saya tidak.

Bila saya lepas belajar ke luar, di Indonesia, dapat saya belajar bahasa Belanda dan guru-guru agama saya pula 'ulama-ulama' kaum muda dan berfaham progresif dalam Islam, maka fikiran saya terbentuk dengan membaca keterangan-keterangan moden dan majalah-majalah moden seperti al-Manar dan al-Fath. Saya pelajari ilmu-ilmu usul fiqh, usul al-ahkam, mazahib al-arba'ah (mazhab empat) dan membaca kitab-kitab Bidayah al-Mujtahid, Subul al-Salam, kitab-kitab [Syeikh al-Islam] Ibn Taimiyyah, Ibnu al-Qayyim, al-Shaukani, [Syeikh] Abdul Wahhab al-Wahhabi (yakni [Syeikh] Muhammad Abdul Wahhab), al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Rida dan akhirnya Tantawi. Saya pun terbalik bertentang dengan ayah saya dalam pendirian. Saya memusuhi jumud kolot.

Pada saya, tasawwuf dan tariqatnya itu suatu ajaran mematikan semangat dan campur-aduk dengan bid'ah. Pada saya kitab tasawwuf seperti karangan Imam Ghazali (w.505H/1111M) itu saya pandang seperti madu bercampur racun, kerana saya pandang dari segi bahas fiqh, tafsir dan hadith tidak kuat menurut kaedah rawi dan sebagainya. Ini berlaku di antara 1927 hingga tahun 1940. Pendeknya ilmu tasawwuf saya ketepikan. Nafsu saya tidak mahu langsung kepadanya, apa lagi sebagai seorang wartawan muda pada tahun 1937 saya keluarkan majalah Taman Bahagia lalu tertangkap kerana saya didapati oleh penjajah berpolitik tegas dan berbahaya kepada penjajah dan akan membangkitkan kesedaran rakyat, hinggalah sekarang 'Malaya jadi Palestin kedua' masih kedengaran diperkatakan orang.

Maka saya di India saya dapat mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis, dan dalam mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati asas Belanda memudahkan saya mempelajari bahasa Jerman. Kemudian masuklah saya ke dalam perguruan psikologi-metafizik, ilmu al-ruhani juga falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini. Apabila menyusun-nyusun tesis untuk kedoktoran failasuf (Ph.D) maka terpaksalah saya berfikir mendalam mengambil di mana titik berat, inti sari dan pati punca perbezaan dan perbalahan. Maka termasuklah membahaskan berkenaan dengan sufi itu termasuk dalam falsafah. Saya pelajari sufi dari bahasa-bahasa Eropah. Terpaksalah balik saya mengenal al-Ghazali, al-Badawi, al-Rifa'i, al-Rumi, al-Qushairi, Ibnu 'Ata'illah dan lain-lain serta rujuk kitab-kitab Eropah itu kepada kitab Arab maka barulah saya mencari kitab-kitab Arabnya pula.

Kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang hanif (yang lurus-peny.) ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada 'ulama-ulama 'Syafi'i dan 'ulama-ulama' tasawwuf, sama ada 'ulama-ulama' itu datang secara saudagar atau secara muballigh; bukan masuk melalui 'ulama-ulama' fiqh, Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha [se]bagaimana yang diperjuangkan oleh wali songo di Jawa dan lain-lain kepulauan maka beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawwuf.

Hebatlah sungguh perlawanan di dalam diri saya sendiri pertentangan-pertentangan yang saya katakan dahulu itu tasawwuf kolot dan jumud dengan Islam progresif dan saintifik.

Bila kita halusi intisari alam metafizik dan pengertian alam mithal yang diterangkan 'ulama-ulama' tasawwuf dipandang dari bahas ilmiah hari ini nampaklah kita di mana ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya.

(Dipetik daripada buku Simposium Tasawwuf dan Tariqah oleh Prof. Dr. Burhanuddin, hlm. 35-


Read more...

Wednesday, November 21

pejuang yang dilupakan siri 1


 Dr. Burhanuddin al-Helmi adalah pemimpin ketiga PAS selepas Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr. Abbas Alias. Beliau dilahirkan di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911.1 Bapa beliau bernama Haji Muhammad Nor dikatakan keturunan seorang bangsawan dari Sumatera. Seorang yang alim, petani dan juga ahli tasawwuf.2 Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1908 dalam perjalanan pulang dari Makkah. Haji Muhammad Nor tinggal beberapa tahun di Makkah untuk mendalami ilmu agama dan mempelajari al-Quran. Ketika tiba di Changkat Tualang, beliau baru berusia 18 tahun. Bapa Dr. Burhanuddin al-Helmi dikenang sebagai seorang yang tidak mementingkan kebendaan, tidak mementingkan kesenangan dunia, seorang yang sentiasa senyum dan tidak mudah marah sehinggakan beliau digelar ‘Abi Halim’ oleh sesetengah rakannya. Mengambil sempena gelaran ini jugalah Dr. Burhanuddin menggunakan ‘Al-Hulaimi’ yang kemudiannya dipopularkan umum menjadi Al-Helmi yang bermakna orang yang tidak pemarah.3 Sifat sebagai seorang yang sabar, tidak pemarah, lemah lembut ini diakui oleh sahabat-sahabat yang dekat dengan beliau. Dr. Burhanuddin al-Helmi juga seorang pemimpin yang senang untuk didampingi oleh sesiapa sahaja malah beliau juga seorang yang mudah mendampingi orang lain, beliau tidak suka menghampakan orang yang mengharapkan bantuan atau khidmatnya. Walaupun Dr. Burhanuddin al-Helmi seorang yang jujur dan mudah didampingi oleh ahli dan rakyat, namun beliau bukanlah seorang yang mudah dipermain-mainkan, hatinya cukup keras walaupun orangnya tampak lembut. Dengan lain perkataan ada masa dan tempatnya Dr. Burhanuddin al-Helmi boleh dipengaruhi dan ada masa dan tempatnya pula dia tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa. Dalam peristiwa penggubalan Perlembagaan Rakyat, soal kerakyatan di mana All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) mahukan kerakyatan berdasarkan tempat lahir atau jus soli sedangkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) keberatan menerima kerakyatan cara ini, perbalahan juga berlaku dalam soal nama kerakyatan, AMCJA mahukan kerakyatan yang bernama “Malayan” sedangkan PUTERA dengan dijuarai Dr. Burhanuddin al-Helmi mahukan kerakyatan yang bernama “Melayu”.7 Dalam hal ini Dr. Burhanuddin al-Helmi tetap dengan pendiriannya sehingga memaksa Ahmad Boestamam menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah ini bagi menjayakan Perlembagaan Rakyat.8
Dr. Burhanuddin al-Helmi ialah seorang yang benar-benar alim dalam ilmu dan bidang agama Islam. Ketinggian ilmunya memang suka hendak ditandingi.9 Beliau menguasai semua pelat bahasa Arab yang berlainan itu. Malah, beliau juga seorang ahli tafsir Al-Quran dan al-Hadis yang ulung dan menguasai nahu saraf dan segala yang berhubung dengan sastera Arab. Selain itu beliau juga boleh bertutur dan menulis dengan fasih dan baik dalam bahasa Urdu, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jerman. Ertinya beliau berkebolehan menguasai tujuh bahasa besar dunia.10 Dr. Burhanuddin al-Helmi dalam perjuangannya sebelum memasuki PAS sentiasa membimbing ahli-ahlinya supaya berusaha dengan tekun kerana berusaha itulah yang menentukan nasib diri dan kaum mereka akan berubah, beliau sering memberi tazkirah kepada mereka dengan memperdengarkan ayat-ayat al-Quran yang sesuai sebagai penguat semangat perjuangan. Ibu Dr. Burhanuddin al-Helmi, Sharifah Zaharah binti Habib Othman pula berketurunan Arab yang berhijrah ke Perak dari Melaka. Penghijrahan ini kerana ingin mencari rezeki yang lebih di samping mencari tempat tinggal yang tenteram.16 Perkahwinannya dengan Haji Mohamad Noor diuruskan oleh keluarga. Dr. Burhanuddin al-Helmi mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Behrang Ulu dan kemudian di Bakap sehingga darjah tiga. Pada sebelah petangnya, Dr. Burhanuddin al-Helmi mengikuti kelas al-Quran dan agama. Pada waktu lapang, Dr. Burhanuddin al-Helmi belajar ilmu perubatan Melayu seperti jampi-jampi dan manter daripada seorang datuk saudaranya. Dr. Burhanuddin al-Helmi dikatakan menyalin bahan-bahan ramuan untuk ubatan-ubatan Melayu itu.17 Selepas bersekolah di Bakap, beliau berpindah pula ke sekolah di Kota Bahru (Perak) dan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan dengan menerbitkan akhbar mingguan iaitu Berita Minggu yang menyiarkan berita-berita di dalam dan di sekitar kampungnya.18
ada tahun 1924, setelah tamat sekolah Melayu, Dr.Burhanuddin al-Helmi dihantar oleh bapanya ke Sungai Jambu, Sumatera untuk mendapatkan pendidikan Islam di sana. Selama dua tahun di sana beliau dikatakan dididik dan dipengaruhi oleh guru-guru dan ajaran-ajaran Kaum Muda.19 Beliau kemudiannya tidak mahu meneruskan pengajian di sana kerana tidak setuju dengan ;cara pendidikan yang dijalankan di sekolah agama itu. Sistem menadah tangan dan menghafal kitab yang sama tidak disukai oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi. Beliau lebih suka satu bentuk metodologi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat perbincangan dan soal jawab antara guru dengan murid dilaksanakan. Ini kerana, beliau mempunyai banya persoalan yang ingin dihuraikan. Beliau mempunyai sikap ingin tahu, tidak dapat berpuas hati dengan satu jawapan yang sangat kaku. Beliau tidak suka pemikirannya dikongkong.20 Apabila berhenti dari sekolah di Sungai Jambu Sumatera, Dr. Burhanuddin al-Helmi dihantar belajar oleh ayahnya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Tuan guru pondok itu ialah Tuan Guru Haji Salleh Ismail iaitu sahabat kepada bapa Dr. Burhanuddin al-Helmi. Oleh kerana beliau berasakan cara pengajian dan sukatan pelajaran di pondok ini tidak memadai baginya, Dr. Burhanuddin al-Helmi berpindah pula ke Madrasah al-Masyhur al-Islamiyyah, Pulau Pinang. Di madrasah ini, Dr. Burhanuddin al-Helmi belajar sehingga tamat Thanawi (menengah atas) pada tahun 1934. Satu hakikat yang tidak dapat disanggah di sini ialah, Dr. Burhanuddin al-Helmi telah dipengaruhi oleh pemikiran dan keperibadian politik Sheikh Abu Bakar al-Rafie iaitu Mudir madrasah, Haji Arshad al-Bawayih, seorang ahli tatabahasa bahasa Arab iaitu seorang dari golongan ‘Kaum Muda’ dan Ashiran Yaakob, seorang penulis yang turut serta dalam memperjuangkan nasib politik, ekonomi dan sosial orang Melayu.21 Dr. Burhanuddin al-Helmi kemudiannya ditawarkan biasiswa oleh hartawan-hartawan India Islam di Pulau Pinang untuk melawat dan meneruskan pengajian di India. Semasa di India, Dr. Burhanuddin al-Helmi belajar bidang homeopati sehingga memperoleh ijazah homeopati. Bidang ini telah dipelajarinya di Ismailiah Medical College.22
Dr. Burhanuddin al-Helmi juga mendapat kelulusan Doctor of Naturopathy dari School of Naturopathy, London secara ijazah luar kampus. Penganugerahan ijazah lain yang diperolehnya seperti Doctor of Divinity daripada International Academy Canada, kerana penglibatan luas beliau dalam bidang perubatan homeopati. Ini termasuk juga penganugerahan ijazah Doktor Falsafah.23 Dr. Burhanuddin al-Helmi juga dikatakan belajar di Aligarh Muslim University, India. Semasa dalam perantauan di negara orang inilah Dr. Burhanuddin al-Helmi banyak belajar dan menerima pengalaman politik dari nasionalis-nasionalis luar negara. Di India, beliau telah didedahkan dengan perjuangan Mahatma Gandhi menuntut pembebasan India daripada penjajahan British. Beliau dikatakan menghadiri rapat umum dan ceramah-ceramah Mahatma Gandhi serta mengikuti pendapat Mahatma Gandhi yang menuntut kebebasan politik bagi India dan tidak menggalakkan kekerasan dan permusuhan dalam kalangan orang India. Semasa di India juga, Dr. Burhanuddin al-Helmi terdedah dengan ajaran tasawuf Naqsyabandiah24. Semasa melawat Palestin, beliau telah melihat tindakan politik dan ketenteraan British mewujudkan sebuah negara Israel dengan menafika hak politik bangsa dan negara Palestin. Dr. Burhanuddin al-Helmi turut terlibat dalam perarakan menentang Perjanjian Balfour yang membentuk negara Israel. Akibatnya beliau ditahan oleh British.
Pengalaman-pengalaman yang dikutip dari perantauan ini menjadi pedoman dan inspirasi perjuangan membebaskan negara daripada penjajahan kuasa barat. Bersama-sama dengan Ibrahim Haji Yaakob, Onan Siraj dan beberapa orang pemimpin KMM yang lain, Dr. Burhanuddin al-Helmi telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945. Penubuhan KRIS digalakkan oleh pihak Jepun. Jepun sebenarnya telah menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia. Justeru itu beberapa siri rundingan telah diadakan antara pihak Jepun dengan Soekarno. Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ibrahim Yaakob ingin membawa Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia apabila Jepun berundur nanti. Atas matlamat inilah satu perundingan dan perbincangan telah diadakan antara brahim Yaakob dengan Soekarno dan Hatta di Taiping pada 12 dan 13 Ogos 1945. Soekarno dan Hatta pada ketika itu dalam perjalanan pulang dari Saigon setelah bertemu Field Marshall Terauchi, Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun bagi Asia Tenggara. Usaha-usaha mencapai kemerdekaan dalam konsep Indonesia Raya ini telah dijalankan dengan digerakkan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi. Satu mesyuarat telah diadakan di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Ogos 1945 bagi merancang beberapa langkah yang patut dibuat bagi menentang kemasukan semula British ke Tanah Melayu. Mesyuarat juga telah memutuskan sebuah kabinet akan dibentuk bagi negara merdeka tersebut dengan nama Malaya Demokratik Rakyat, di mana dalam kabinet ini Dr. Burhanuddin al-Helmi juga dilantik sebagai anggota kabinet. Mesyuarat juga membincangkan cara-cara bagi menggelak penguasaan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) selepas pengunduran Jepun.30 Pada 17 Ogos 1945, atas arahan Ibrahim Yaakob satu perjumpaan dengan wakil-wakil pemuda KRIS telah diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Perjumpaan ini turut dihadiri Itagaki dan dua orang kawannya. Pihak Jepun telah memberitahu rancangan untuk merdeka dalam Indonesia Raya tidak dapat dilaksanakan kerana penyerahan diri Jepun secara mendadak pada 15 Ogos 1945. Dengan itu usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu juga gagal. Kegagalan ini sedikit menghampakan Dr. Burhanuddin al-Helmi. Jika usaha ini berjaya kita mungkin dapat membayangkan Dr. Burhanuddin al-Helmi akan menjadi Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, seorang pemimpin yang menggabungjalinkan semangat kemelayuan, nasionalis tulen dan semangat keislaman.

Read more...

kenali malaikat yang tak dikenali menurut umno


Mari kita lihat sedikit sejarah penubuhan pas, supaya cai umno jangan ambil kredit bahawa pas adalah serpihan umno.
Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.
Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.
Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.
Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,
”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”.
Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.
Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.
PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.
Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.
Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.
Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.


Read more...

Tuesday, November 20

umno itu pengkhianat melayu ini antara buktinya

Hari ini gua berminat hendak bercerita tentang sejarah pengkhianatan umno terhadap tulisan jawi, tulisan jawi yang diguna pakai secara meluas di nusantara ini, kelihatan suram semasa pemerintahan inggris dan ianya tidak dianggap tulisan ilmiah.
Orang yang bertanggung jawab memberi nyawa terhadap tulisan jawi ialah Pendita Za`ba. Beliau mengompolkan perkataan Melayu sejak tahun 1918 bagi tujuan menyusun sebuah kamus besar. Tahun 1931 Za`ba menulis ‘Rahsia Tulisan Jawi.’

Ternyata Za`ba merupakan pendita yang meniup nafas jawi dari masa ke semasa. Akhirnya sebuah buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi dapat disusun hasil dari perbincangan dengan beberapa rakan-rakannya.

Dan setahun kemudian Utusan
Tulisan jawi telah diguna untuk berbagai-bagai penulisan. Yang tertua terbukti terpahat di Terengganu pada tahun 702 Hijrah, sehingggalah tercipta undang-undang Islam dalam tulisan jawi, manakala alat tulisan tradisional ini terdiri dari berbagai bahan seperti kulit kambing, kertas, bu Melayu tulisan jawi pula terbit , diikuti lagi Utusan Zaman dan majallah Mastika dalam tulisan jawi juga.


Zaman inilah gemilangnya jawi. Salah satu sebabnya ialah kerana peranan Za`ba memperbaiki, memberi panduan bagi memperkasakan lagi sistem ejaannya. Dan kegemilangan ini dirakamkan berdasarkan kertas kerja Konvensyen Tulisan Jawi pada 9-11 April 1984 di Maktab Perguruan Kuala Terengganu anjuran Yayasan Islam Terengganu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roh Pendita Za`ba terus berkembang bukan saja melalui guru-guru yang terlatih di Tanjung Malim tetapi juga melalui akhbar di Semenanjung mahu pun di Singapura. Malangnya apabila pengaruh moden, anak-anak muda tidak berminat lagi. Dan yang lebih parah kerana berlakunya Akta Bahasa 1963 yang mengiktiraf tulisan rumi sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu. Akibatnya semakin meningkat anak-anak muda yang buta jawi, peranan jawi dalam pentadbiran kerajaan hilang sama sekali, bahkan dalam jabatan agama sudah berubah ke tulisan rumi.

Bagaimana pun dampak yang sangat ketara sehingga kini keseluruhan anak-anak muda buta jawi disamping Akta Bahasa 1963, ada satu lagi sebab yang memusnahkan langsung akar umbi dan jatidiri jawi. Malangnya dalam konvension, seminar, orang tidak pernah menyebut akibat dari tindakan seorang menteri ‘Melayu’ yang menghapuskan jawi di sekolah-sekolah kerana beliau berkuasa sebagai Menteri Pelajaran.

Memang dalam kemerosotan dan kenihilan pengamal jawi, orang tidak nampak, apa lagi mahu menyalahkan orang yang bertanggung jawab dalam hal ini. Tetapi sejarah tidak boleh dinafikan. Kerana ‘menghapus’ jawi di sekolah-sekolah bererti menafikan pelajaran jawi untuk dipelajari oleh murid-murid waktu itu, sedangkan murid-murid adalah generasi masa depan. Di sinilah impak yang cukup ketara dan lupusnya generasi berkemampuan membaca jawi sudah tidak wujud lagi kerana mereka tidak pernah diperkenal secara asas pun. Bukan itu saja, mereka ditanam fahaman bahawa roh Pendita Za`ba adalah roh busuk, yang jawinya tidak mampu bersaing bersama bahasa dunia.

Pemulihan dilakukan terus menerus sedangkan menteri yang berkenaan hanya mabuk rasa dengan pencen yang didapatinya. Ia sedikit pun tidak sedih dan prihatin betapa bahasa jawi yang dibunuhnya, tidak lagi berakar umbi kepada generasi muda Melayu.

Jatidiri, maruah jawi yang malang itu menguasai zaman akhir 60-an, membawa ke zaman 70-an. Lalu Dewan Bahasa dan Pustaka pun bangkit dengan inisiatif besar. Diadakan bengkel, seminar dan sistemnya telah diterima, yang berasaskan roh Pendetia Za`ba. Dan golongan yang masih bernafas ikan, yang menyintai jawi kerana Allah telah memanjangkan usia mereka terus berusaha membaikpulih, meniup nafas segar. Akhbar Utusan Melayu (jawi) juga memain peranan penting.

Malangnya menteri yang bertanggung jawab mematikan jawi di sekolah-sekolah masih hidup dan beliau setitik pun tidak mengeluar air mata sedih apabila melihat generasi persekolahan sewaktu dia menjadi menteri dulu, tidak kenal lagi jawi.

Mengimbau sejarah lama yang belum satu kurun, memang sekolah ‘Melayu’lah yang menjadi sangkar utama keutuhan jawi. Tetapi apabila sekolah Melayu bertukar menjadi ‘Sekolah Umum’ yang kononnya demi perpaduan kaum dan kemudian bertukar lagi menjadi Sekolah Kebangsaan, maka peranan tulisan jawi, pembacaan jawi semakin ketara sakitnya. Guru-guru sudah berkurangan. Gegerasi tua yang mahir jawi, banyak yang mati. Akhirnya jawi hanya dipindah ke dalam pelajaran agama Islam saja.

Adakah nafas jawi mula segar? Jawabnya tidak! Pelajaran agama Islam hanya 30 minit satu hari. Tiba-tiba hari ini ada golongan yang menuduh orang Melayulah yang menyebabkan terkuburnya jawi.


Siapa kah menteri yang gua maksudkan itu-----,Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu pada 1966. Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi. Generasi yang mendapat didikan selepas beliau menjadi menteri di Kementerian Pelajaran telah menjadi generasi yang kurang mahir dalam tulisan jawi.

ini la bukti pengkhianatan umno kepada melayu.

Read more...

Sunday, November 18

kenali iblis yahudi laknatullah


PENGENALAN
Palestin berada di bawah pemerintahan Islam kali terakhir adalah di bawah kerajaan Turki-Uthmaniyyah. Pada tahun 1516,  Palestin telah menjadi wilayah di bawah naungan Empayar Islam Uthmaniyyah yang
telah mengambil alih daripada kerajaan Mamluk dalam Perang Marj Dabak berhampiran dengan Halab. Pada zaman Sultan Sulaiman alQanuni (1538-1539), kota-kota di Palestin dan Baitulmaqdis telah diperbaiki.

 Palestin di bahagian selatan berada di bawah pentadbiran wilayah Sham dan berpusat di Damsyik, manakala bahagian utara Palestin pula ditadbir oleh wilayah Lubnan yang berpusat di Akka. Palestin kelihatannya kekal di bawah Empayar Uthmaniyyah selama 4 abad. Pentadbiran Palestin di bawah kerajaan Uthmaniyyah berakhir sebaik sahaja Inggeris berjaya menjajah wilayah ini.  Ketika ia berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah, Baitulmaqdis dan Palestin merupakan wilayah terbuka yang boleh dilawati oleh golongan Kristian dan Yahudi untuk mereka melakukan ibadah ditempat yang dianggap suci oleh 3 agama samawi.

Golongan Kristian dan Yahudi bebas untuk melakukan ibadah termasuk ibadah utama mereka yang sering disebut sebagai ‘pilgrim’. Ia berbeza dengan Islam di mana ‘pilgrim’ bagi Muslim ialah ke Mekah bagi melakukan haji. Namun ada juga yang menggunakan perkataan ‘pilgrim’ untuk merujuk kepada umrah. Ini adalah masalah istilah yang digunakan oleh Eropah tetapi ingin diumumkan istilah itu kepada masyarakat Islam sehingga ada yang menulis bahawa ketika golongan Syiah menyambut Muharram dan kematian Saidina Husien, ia digambarkan sebagai ‘pilgrim’. Jika dilihat dalam hal ini, ‘pilgrim’ bagi Muslim seharusnya merujuk kepada ibadah haji di Mekah, bukan mana-mana sambutan juga perayaan ditempat lain.     Bagi Palestin, ia telah menjadi tempat yang menjadi tumpuan bagi Yahudi, Kristian dan Islam. Golongan Muslim melihatnya sebagai tanah yang diberkati oleh Allah SWT dan ia merupakan tanah yang mempunyai kaitan dan kepentingan seperti mana yang  ditunjuk oleh para anbiya’ terdahulu.

Namun begitu, setelah Palestin menjadi wilayah yang dijajah pada awal abad ke-20, situasinya telahbertukar. Jika dahulu ia bersifat inklusif dengan menerima kepelbagaian agama di tanah tersebut, tetapi ia menjadi wilayah yang tidak lagi bebas dan tidak terbuka terutama kepada umat Islam.

PERGERAKAN ZIONIS MELOBI MENDAPATKAN NEGARA
Golongan Yahudi sebenarnya banyak ditindas di Barat terutama di wilayah Eropah Timur. Bagi membela nasib golongan ini, mereka telah menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Ia ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1897 melalui persidangan pertamanya di Basel. Pertubuhan ini telah memilih Theodor Herzl sebagai  presiden yang pertama. Tujuan utama pertubuhan ini adalah untuk mendapatkan sebuah negara bagi bangsa Yahudi. Idea ini sebelumnya telah diterbitkan dalam bentuk buku yang ditulis oleh Herzl, iaitu ‘Der Judenstaat’ atau The State of Israel. Golongan Yahudi melakukan lobi terhadap kuasa besar dunia pada waktu tersebut iaitu Britain untuk mendapatkan sokongan dan simpati. Beberapa strategi digunakan dengan mendekati pembuat dasar di Britain. Pemimpin zionis di Britain iaitu Wheizmann Baitul Maqdis : Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel melakukan usaha melobi dengan kuat bagi mendapatkan simpati untuk
menubuhkan negara Israel di Palestin.

Beberapa strategi yang digunakan  telah menimbulkan simpati serta persetujuan House of Common diBritain. Rentetan dari itu, satu deklarasi persetujuan dan sokongan oleh Britain telah dikeluarkan yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour pada Nov 1917. Ia telah dibincangkan dengan mendalam dan teks rasminya diputuskan pada 31 Oktober 1917 oleh Kabinet Perang (War Cabinet) di London. Oleh sebab itu, ada dua
peristiwa besar yang selalu disebut berlaku pada tarikh tersebut iaitu persetujuan terhadap teks Deklarasi Balfour dan serangan tentera British bagi menawan Palestin.

Penulis melihat bahawa kelemahan Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang memerintah Palestin di antara tahun 1516-1917 turut memudahkan laluan untuk kejayaan projek Yahudi-Zionis di Palestin. Kuasa Barat
mengambil peluang ini membahagi-bahagikan tanah Palestin sesama mereka. Sewaktu Persidangan London 1905-1907, idea  pembentukan ‘Negara Kawalan’  (Buffer State) di kawasan Palestin telah ditimbulkan.
Para hadirin  telah mencadangkan satu keputusan kepada pihak Perdana Menteri Britain Campbell Bannerman pada masa itu untuk membina institusi pemerintahan yang berbentuk kawalan manusia yang kuat di sebelah Timur Laut Mediteranean yang bermusuhan dengan orang Islam tetapi merupakan rakan Kuasa Eropah serta kuat bergantung kepada mereka.

 Mereka berpandangan bahawa orang yang terbaik untuk melaksanakan perancangan kolonial ini ialah orang-orang Yahudi sendiri.  Motif utama perancangan Barat untuk membina idea Negara Kawalan (iaitu Palestin) di tengah-tengah dunia Islam adalah untuk memisahkan perpaduan orang-orang Islam di sebelah Asia dengan Afrika dan mungkin juga mereka ingin menjauhkan masyarakat Islam dengan Barat. Idea ini juga adalah usaha untuk mematahkan sebarang kemunculan tamadun Islam yang kuat di situ. Dengan  ini dunia Islam akan sentiasa sibuk dengan masalah permusuhan yang  panjang dan rumit. Rejim Zionis ini amat memerlukan sokongan kuasa Barat untuk menjamin survival mereka dan kuasa Barat juga memerlukan mereka untuk menjamin kelemahan dunia Islam, perpecahan dan penderitaan mereka. Oleh itu salah satu strategi yang harus dilakukan adalah mereka perlu menjalinkan hubungan kerjasama tanpa putus-putus.
 
PALESTIN DI BAWAH MANDAT BRITISH: BERMULANYA KEJATUHAN RASMI ABAD KE 20
Palestin secara rasmi jatuh ke tangan bukan Islam pada zaman moden ini apabila ia jatuh ke tangan British yang menjajah tanah tersebut. Pasukan British di bawah pimpinan General Allenby telah berjaya menawan
Palestin daripada naungan Uthmaniyyah. Beliau berjaya menawannya pada bulan Disember 1917. Beliau mula melancarkan serangan terhadap Beersheba pada 31 Oktober lagi. Pergerakan secara taktikal yang disusun oleh Allenby telah membawa kepada kejayaan British  menawan bahagian selatan Palestin dan juga Jerusalem daripada pemerintahan Turki-Uthmaniyyah.

 Secara rasmi, pada 1918 iaitu selepas Perang Dunia Pertama, Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British selepas daripada British menewaskan Empayar Islam Uthmaniyyah. Rentetan daripada penjajahan tersebut, bermulalah perpindahan secara  besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin  di bawah naungan British dari 1918-1947. Kesinambungan daripada pendudukan tersebut juga menyaksikan British telah menempatkan wakilnya di Palestin dan  menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

SEJARAH KELAHIRAN NEGARA ISRAEL
Semasa Perang Dunia, orang-orang Yahudi yang terlibat dalam perang mempunyai jumlah yang besar. Dalam situasi tersebut, sekitar 119,000 orang Yahudi berdaftar untuk perkhidmatan tentera dalam masa sebulan Perang Dunia Kedua berlaku. Pada akhir tahun 1942, sekitar 19,000 orang Yahudi Palestin - hampir 10 peratus daripada mereka perempuan - berada dalam perkhidmatan tentera dan aktif dengan  angkatan bersenjata Inggeris. Mereka adalah sebahagian daripada kekuatan tentera yang menyertai operasi di Itali dan Afrika Utara. Unit Komando Khusus Yahudi berjuang di Libya dan Ethiopia, dan juga terlibat dalam penjajahan pasukan tentera Berikat di Syria dan Lubnan pada tahun 1941. Orang-orang Yahudi mengharapkan bahawa penyertaan setia mereka tidak akan dilupakan oleh Inggeris ketika perang berakhir. Ia merupakan masa yang tepat untuk kembali menilai masalah perpindahan Yahudi ke Palestin.

 
Oleh kerana situasi anti-Semitism atau anti Yahudi  muncul di Eropah sebelum Perang Dunia II, orang Yahudi percaya bahawa Palestin menawarkan tempat terbaik untuk mereka membina semula kehidupan
mereka dan imej bangsa yang rosak. Pada tahun 1945, ada arus besar masyarakat Yahudi di Poland dan Eropah Timur lain melarikan diri ke kem-kem pelarian di Barat. Situasi ini berlaku kerana setelah kembali ke
rumah mereka di Poland, orang-orang Yahudi mendapati keadaan yang runcing di mana anti-Semitisme telah merebak kepada rakyat Poland. Ini tidak terkecuali golongan Yahudi yang terpaksa lari dari cengkaman
anti-Semitisme yang membingungkan hidup mereka di era sebelum Perang Dunia I yang dikenali sebagai ‘pogroms’. Ramai dalam kalangan orang Yahudi, sebagai akibat dari antiSemitisme, menjadi pelarian atau  displaced person (DP) dan beberapa kongres telah dilaksanakan untuk mencari penyelesaian untuk golongan
ini. Beberapa orang Yahudi, setelah melihat keluarga mereka terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai oleh Nazi, mereka menumpukan perhatian kepada membawa pelarian ini ke Palestin.

 Kemudian itu Yahudi Palestin, dengan keberanian dan semangat mereka untuk berjuang serta membela nasib kaum, berjaya menyokong serta menubuhkan negara Israel.Penubuhan Negara Israel tersebut mendapat sokongan penuh dari Amerika di mana Yahudi Amerika telah memainkan peranan penting dalam melobi kerajaan Amerika pada waktu tersebut. Ketika Harry Truman diangkat menjadi Presiden pada April 1945, beliau menjadi sasaran kuasa rayuan dan pelobi Zionis. Presiden Truman tidak pernah menyimpang dalam memberikan simpati terhadap aspirasi Zionis.
 
Pada tahun 1947, Jawatankuasa Khusus PBB terhadap Palestin (UNSCOP) menyarankan bahagian Barat Palestin harus  dibahagi menjadi tiga kategori: pertama, sebuah negara Yahudi, kedua, sebuah negara Arab dan ketiga, sebuah wilayah yang dikuasai atau diperintah oleh PBB (Corpus separatum) di sekitar bandar Baitulmaqdis. Pelan pembahagian (Partition Plan) ini diluluskan pada 29 November 1947 dengan terhasilnya Resolusi 181, Perhimpunan Agung PBB. Resolusi ini dikatakan lebih menguntungkan orang Yahudi berbanding dengan laporan Suruhanjaya Peel.

 Resolusi ini dikira sebagai 33 suara menyokong, 13 menentang, dan 10 dikira tidak hadir. Ini bererti adanya
sokongan dengan majoriti mudah untuk memisahkan tanah Palestin menjadi beberapa bahagian. Sekiranya  perwakilan  yang tidak hadir tersebut jika mereka muncul, ia tidak akan mengubah sokongan untuk
mewujudkan sebuah negara Yahudi di Palestin.   Ramai daripada rakyat Palestin menentang rancangan  pemisahan ini, namun ia tidak berkesan. Oleh itu ada yang melihat bahawa rakyat Palestin berhak untuk mendapatkan kembali tanah tersebut kerana pada asalnya ia memang milik mereka. Inilah cara untuk memberikan  kefahaman kepada orang-orang Yahudi bahawa negara mereka adalah hasil daripencerobohan tanah rakyat Palestin.

 Seorang pengkaji, Galvin menyatakan bahawa sepuluh  tahun pertama kewujudan rejim Israel boleh dianggap sebagai sebuah tempoh perubahan demografi secara radikal dengan penambahan penduduk yahudi meningkat dengan cepat. Perubahan demografi dan peningkatan mendadak jumlah Yahudi di Palestin adalah hasil daripada dua faktor. Salah satunya adalah pelarian rakyat Palestin yang telah melarikan diri ke sempadan tanahair mereka seperti Jordan, Syria dan Mesir atau ada yang terpaksa melarikan diri dengan mencari tempat  berlindung di rumah perlindungan sementara. Ia menjadi bertambah  teruk kerana
usaha yang dilakukan oleh Israel dengan menduduki 94 peratus daripada harta yang ditinggalkan oleh orang Palestin yang melarikan diri. Mereka melarikan diri kerana dipaksa berbuat  demikian dan keperitan hidup. Harta-harta peninggalan mereka dirampas dan diedarkan kepada masyarakat Yahudi. Ada yang melihat bahawa ada usaha yang dilakukan oleh beberapa orang Palestin untuk mendapatkan semula harta mereka dalam bentuk hasil penuaian ke atas tanaman yang mereka tinggalkan sebelum ini atau membawa harta yang mereka tinggalkan ke rumah baru mereka.

Faktor kedua perubahan demografi secara drastik di Palestin adalah perpindahan orang Yahudi secara sukarela datang ke  Israel. Selama empat tahun pertama kewujudan Israel, sekitar tujuh ratus ribu
pendatang Yahudi telah tiba. Jumlah ini adalah dua  kali ganda penduduk Israel secara keseluruhan. Ada kelompok masyarakat Yahudi yang berpindah ke Israel kerana pujukan dan desakan oleh Zionis.
Mereka dijanjikan penempatan untuk keluarga dan mereka disogok dengan kepercayaan agama mereka terhadap tanah tersebut sebagai ‘tanah yang dijanjikan’. Ada juga yang datang ke Israel kerana mereka
dianiaya di negara-negara yang mereka tinggal sebelum ini.
         
Dalam menghadapi kelahiran negara Israel, perang psikologi serta ungkapan sinis sering dilemparkan terhadap masyarakat Arab yang tidak bersatu dan mempunyai pemimpin yang teruk dilakukan oleh pasukan Irgun. Pasukan ini merupakan kumpulan terroris yang terkenal dari kalangan Yahudi. Satu lagi pasukan mereka dikenali sebagai Haganah. Mereka merancang keganasan ke atas masyarakat Palestin. Pada tarikh 9 atau 10 April 1948 Irgun melakukan pembunuhan lebih dari 250 warga awam umat Islam Palestin di desa Deir Yassin. Pada tarikh 26 Mei, kumpulan Haganah pula melancarkan serangan dan mengusir semua penduduk di perkampungan yang didiami oleh suku Arab kelas menengah.

 Ini hanya dua contoh dari banyak keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Sesuatu yang tidak dapat diterima ialah keganasan itu dilakukan oleh pasukan zionis Yahudi ketika Palestin masih di bawah Mandat British, sebelum negara Israel diisytiharkan wujud. Dalam hal ini, Armstrong berpendapat bahawa
selama tempoh Palestin berada di bawah Mandat British, Zionis berjaya mencengkam serta menzahirkan kewujudan mereka di situ yang mana ia telah menyebabkan masyarakat Arab menjadi lemah dan akhirnya
membawa kepada kewujudan negara Israel.

   Pada 14 Mei 1948, Ben-Gurion mengadakan upacara di  Tel Aviv Museum untuk mewartakan kelahiran negara baru iaitu Israel. Keganasan Israel terus memuncak ke atas masyarakat Palestin. Pada hari
berikutnya iaitu 15 Mei, selepas Inggeris secara rasmi keluar dari Palestin, kumpulan Irgun telah menyerang Jaffa.  Ia seakan pembantaian di Deir Yassin, malah ia lebih teruk, di mana ia telah menyebabkan tujuh
puluh ribu penduduk Arab di kawasan bandar melarikan diri.

 Apa yang menjadi dorongan semangat tambahan bagi Israel adalah selang beberapa minit selepas pembentukan negara baru ini, Presiden Amerika, Harry Truman memberikan sokongannya diikuti oleh negaranegara lain seperti Britain, Romania dan Uruguay. Ini adalah satu bentuk kemenangan bagi Israel kerana mendapat sokongan padu dari kuasa besar dunia. Dua hari selepas itu, beberapa negara  lain seperti SovietUnion, Poland, Ireland dan lain-lain negara telah mengiktiraf kewujudan Israel. Secara rasmi,sokongan dari Amerika terhadap kewujudan Israel adalah 31 Januari 1949. Tidak dapat tidak, pengisytiharan kewujudan Negara Israel telah masyarakat melukakan hati penduduk Palestin luka hati. Peristiwa itu sudah tentu merupakan pengesahan kepada lanskap baru sosio-politik Timur Tengah akan bermula.  Terdapat sarjana yang berpendapat bahawa kewujudan  Negara Israel tidak mempunyai sebarang dokongan dari aspek undang-undang. Malah ia tidak langsung mempunyai merit di bawah undang-undang antarabangsa. Dalam hal ini, Cattan berpendapat bahawa Israel tidak memenuhi syarat-syarat biasa bagi kewujudan sesebuah negara di bawah undang-undang antarabangsa, yang mana keperluan itu adalah: i. masyarakat (people), ii. sebuah wilayah yang mempunyai sempadan tersendiri (defined territory), dan iii. kerajaan (government). Cattan meneruskan pandangannya dengan pendapat bahawa sebahagian besar penduduk Yahudi pada waktu itu di Palestin bukan warganegara.

Golongan Yahudi adalah pendatang (immigrants) yang datang ke Palestin tetapi golongan pendatang ini telah menghalau penduduk asal dengan kekerasan dan keganasan.Sebarang bentuk perbincangan yang tidak menyokong keganasan Israel tidak bererti bahawa ia terlibat dalam anti-Semitism (anti-Yahudi). Pada hakikatnya, kewujudan istilah anti-Semitism digunakan untuk merujuk kepada layanan buruk dari negara-negara Eropah terhadap orang Yahudi yang tinggal di negara mereka seperti di Austria, German, Rusia dan lain-lain. Dalam hal ini, perlu juga difahami bahawa menentang pergerakan Zionis adalah subjek yang berbeza dari antiSemitism. Kedua-dua perkara ini berbeza antara satu sama lain.
                                                         

Al-Qaradawi jelas menyatakan bahawa bagi umat Islam, mereka tidak boleh memerangi orang-orang Yahudi sekarang hanya kerana mereka Yahudi. Tetapi ia berlainan dengan penentangan terhadap zionis,
iaitu kefahaman masyarakat Yahudi yang ekstrem untuk merampas tanah Palestin bagi mewujudkan Negara Israel. Jelas, penentangan terhadap zionis dan Israel adalah kerana mereka telah menduduki tanah
Palestin milik masyarakat Muslim dan Arab. Jadi, orang-orang Arab mempunyai hak mereka untuk menuntut kembali tanah tersebut. Namun ketidakadilan kuasa besar dunia terhadap mereka pada abad ini bererti mereka tidak mampu memperolehi kembali hak mereka. Bukan sekadar itu, mereka juga dinafikan hak untuk kembali ke Palestin sebagaimana yang dinikmati oleh orang Yahudi yang boleh ‘kembali’ ke negara Israel. Sikap tidak adil Yahudi serta keganasan yang dilakukan mereka inilah yang ditentang. Oleh kerana itu, Michael Prior melalui bukunya iaitu sebuah kajian mendalam tentang konflik antara PalestinIsrael,menyatakan bahawa seseorang itu boleh sahaja menjadi antiZionis terhadap perkara buruk yang dilakukan mereka, tetapi ini tidak bermakna bahawa dia seorang yang anti-Semitism.

 
 Secara ringkas, Israel berjaya menduduki Palestin  dan Barat Baitulmaqdis ketika perisytiharan negara tersebut pada 1948. Penguasaan Israel merangkumi 81.4% daripada seluruh keluasanBaitulmaqdis.Kawasan timur Baitulmaqdis yang juga  sering dikenali sebagai  East Jerusalem masih tidak dapat ditawan pada tahun tersebut. Namun demikian, mereka terus melebarkan pemilikan itu kepada 85% dengan membina penempatan  perumahan untuk kaum Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin, manakala kawasan perkampungan Arab pula dirampas.

 Pada peringkat awal penjajahan Israel di Palestin, Baitulmaqdis telah dibahagikan kepada dua bahagian, di mana bahagian Barat diperintah oleh Israel. Dalam jangkamasa yang singkat, seramai 30,000 bangsa Arab telah diusir keluar dari vagina Barat Baitulmaqdis. Manakala Baitulmaqdis timur pula diletakkan di bawah naungan pemerintahan Jordan. Pada 23 Januari 1950, Israel bertindak menjadikan
                                                         
Baitulmaqdis Barat sebagai ibu kota mereka. Tindakan ini menambahkan kemarahan masyarakat Arab kerana Baitulmaqdis adalah tempat suci yang tidak harus dirampas dengan kekerasan.   Manakala pengisytiharan Palestin sebagai naungan British serta diletakkan di bawah  British Mandate secara automatik memberi laluan mudah kepada Yahudi untuk merampas Palestin. Satu tindakan ekstrim yang dilakukan oleh zionis, pada Mei 1980, di mana Masjid al-Aqsa cuba diletupkan manakala pada 17 Oktober 1989 pula, sekumpulan warga Yahudi telah meletakkan batu asas untuk pembinaan Haikal Sulaiman berhampiran pintu masuk Masjid al-Aqsa. Golongan Yahudi percaya bahawa Masjid al-Aqsa merupakan tapak Haikal Sulaiman dan masjid itu perlu dirobohkan untuk didikan haikal. Inilah satu tindakan yang menghangatkan kekacauan tajaan zionis.

Menurut Juergensmeyer, para pemimpin masyarakat Palestin termasuk Hamas tidak dapat menerima kezaliman yang dilakukan oleh zionis terhadap masyarakat Arab Palestin. Dalam wawancara beliau dengan Abdul Aziz Rantisi (sebelum beliau syahid pada 17 April 2004), jelas menunjukkan pendirian pertubuhan Islam yang diterima majoriti masyarakat Palestin tersebut. Juergenmeyer bertanya apakah Yahudi dan Muslim boleh tinggal dalam keadaan aman dan harmoni dalam kawasan yang dikenalpasti sebagai Palestin, Rantisi yakin bahawa ia boleh berlaku, tetapi tidak di bawah regim pemerintahan Israel. Rantii menyatakan mereka boleh mencapai keamanan sekiranya keadaan pemerintahan adalah berlainan dengan yang ada, iaitu pemerintahan di kontrol oleh Arab Palestin. Beliau juga menyatakan  bahawa golongan Yahudi boleh tinggal bersama dengan masyarakat Arab Palestin.

 Situasi sebegini tidaklah mustahil untuk dicapai kerana dua sejarah utama Palestin menunjukkan keamanan itu boleh wujud di bawah pemerintahan yang adil dan saksama. Ia menjadi realiti pada era Khalifah Umar al-Khattab yang membebaskan Baitulmaqdis buat pertama kali di bawah Islam, dan ketika Salahudin menawan kembali kota tersebut dalam perang salib pada tahun 1187. Situasi di Palestin berubah kembali apabila ia jatuh ke tangan British pada tahun 1917 dan perisytiharan negara Israel di atas tanah tersebut pada tahun 1948 yang menjadi sejarah hitam abad ini bagi Palestin.  Esposito menyatakan bahawa ketika Israel menyerang Gaza pada akhir 2008, ia sebenarnya satu ujian bagi kuasa besar dunia iaitu Amerika dalam hubungan dan komitmen terhadap Israel. Ia adalah suatu serangan yang dirancang khas. Laporan tersebar di akhbar Israel bahawa tentera Israel telah merancang untuk melakukan provokasi serta mencari
sebab terbaik untuk menyerang masyarakat Arab tersebut.
   
 Sehingga kini, Yahudi zionis terus mendominasi bumi Palestin. Ekoran daripada penjajahan tersebut menyebabkan saban hari nyawa rakyat Palestin terkorban.                                            

Read more...

Thursday, November 15

Bila taukeh lembu bersuara

Ari ni tengah gua duk masuk ke facebook gua terjumpa satu posting rosmah sedang menari tarian india nak termuntah beb gua tengok orang tua tergedik-gedik menari, samada dah buang tebiat ke gua tak pasti tapi Hajah Rosmah ni gua tak pasti apa niat dia. memang lawak beb.

Dalam umno dok meroyan pasal isu rekaan kata Nurul Izzah sokong orang islam murtad tetiba pulak keluar video Hajah tua ni dok syok menari hehehehe.

Isu sebenar yg gua nak cerita ni bukan pasal Hajah menari tapi kekecohan yang ditimbulkan umno dek kenyataan pasal murtad.

Bukan main lagi puak umno yg selama ni cukup phobia dengan islam tetiba menjadi ulamak murtabak dalam membahaskan isu, paling tak boleh bla kenayataan sharizat - lembu hehehehe

 Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kenyataan Nurul Izzah merupakan titik hitam dalam sejarah negara kerana boleh mencetuskan kecelaruan dan memesongkan akidah umat Islam.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Gua nak tanya lak apa cerita fatwa abdullah badawi dulu, "allow muslim to convert if they choose to" pelik umno ni kan. rasanya mana yang lebih dahsat kenyataan. seorang sebut melayu sorang jelas sebut muslim.


Read more...

Saturday, November 3

APA TU HUDUD (SIRI 6)



5.10 SIHIR

Ijma’ ulama’ menyatakan bahawa sihir itu hukumnya haram dan kafirlah orang yang menghalalkannya. Orang yang mempelajarinya, mengamalkannya dan membenarkannya adalah kafir kerana melakukan sesuatu yang syirik.

UQUBAH KE ATAS TUKANG SIHIR
Pendapat Abu Hanifah, Malik, Ahmad, Golongan Syi’ah dan sebilangan besar sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.:
Tukang sihir wajib dibunuh dengan dipenggal lehernya dengan pedang kerana mempelajari dan mengamalkan sihir kerana ia telah kafir dan tidak perlu disuruh taubat terlebih dahulu.

Pendapat Asy-Syafie dan golongan Az-Zahiriah:
Jika perbuatan atau ucapan ahli sihir itu kufur, maka tukang sihir itu adalah kafir murtad. Berlakulah ke atasnya hukuman seperti ke atas orang yang murtad, kecuali ia bertaubat. Jika perbuatan atau ucapannya tidak kufur, maka ia tidak kafir dan tidak boleh dibunuh. Ia dihukum menurut ketentuan hakim berdasarkan maklumat dari dalil-dalil yang sah.

6.0 IKRAR DALAM HUDUD

TAKRIFAN IKRAR
Secara literal, ia bermaksud menstabilkan atau menyesuaikan sesuatu yang berubah-ubah antara pengakuan dan menafian. Menurut mazhab Syafi’e, Al-Iqrar ditakrifkan sebagai pengakuan dan penghindaran penafian. Ia ditakrifkan sebagai testimoni berhubung dengan hak atau tuntutan terhadap orang yang memberi keterangan. Pengakuan adalah jenis keterangan yang terbaik dan hakimlah yang perlu meneliti dan mengkaji untuk mengesahkan bahawa keterangan palsu tidak wujud.

AL-MUQIRR (ORANG YANG BERIKRAR)

  1. Berkelayakan mengikut hukum syara’, iaitu matang dan dewasa, waras, dan berhati-hati (rasyid).
  2. Membuat pengakuan secara sukarela tanpa paksaan.
  3. Bukan dalam keadaan seperti berikut:
    1. Orang yang sedang dalam tidur (mengigau).
    2. Orang yang dalam pengsan.
    3. Orang yang berjenaka.
    4. Orang yang mabuk.
SYARAT IKRAR DALAM KES SHURB AL-KHAMR (MINUM ARAK)
Ahli fikah menetapkan syarat berikut untuk sesuatu pengakuan salah menjadi sah dari segi Shurb Al-Khamr:

1.Mazhab Hanbali, Abu Yusuf dan Zafer, tidak seperti majoriti pakar undang-undang Muslim yang lain, mensyaratkan bahawa ia mestilah diulang sebanyak dua kali. Pendapat mereka ini berdasarkan analogi keperluan membuktikan kesalahan melalui testimonial dua orang saksi dan juga amalan Sayidina Ali.

2.Ahli Fikah telah mencapai kesepakatan melainkan kumpulan Zahiriah tentang pendapat bahawa pengakuan salah tidak boleh ditarik balik.

3.Pendapat yang dominan dalam mazhab Hanafi ialah muqrir (pengikrar) mestilah dalam keadaan mabuk semasa membuat pengakuan salah tersebut.

SYARAT IKRAR DALAM KES CURI DAN HIRRABA

  1. Jumhur ulama’ selain Imam Hanbali, Abu Yusuf, dan Zafer berpendapat bahawa satu pengakuan salah sudah cukup memadai untuk membuktikan kes curi dan hirraba.
  2. Ahli fikah sebulat suara mengatakan yang tertuduh mesti memberi huraian lengkap tentang kesalahan yang dilakukan.
  3. Abu Hanifah dan beberapa ulama mazhab Syafi’e membuat syarat tambahan bahawa untuk menerima pengakuan salah sebagai sah, mestilah ada tuntutan oleh pihak yang terkilan. Hal ini berdasarkan keputusan Rasulullah s.a.w. dalam kes Samarah yang mengaku dia mencuri harta tertentu milik masyarakat setempat. Baginda s.a.w. menangguhkan pengumuman keputusan sehingga baginda bertemu dengan semua pihak yang terkilan bagi mengesahkan pengakuan salah yang dibuat.
SYARAT IKRAR DALAM KES ZINA
Mazhab Syafi’e, Maliki dan kumpulan Zahiriah berpendapat sekali pengakuan sahaja sudah memadai untuk menyabitkan kesalahan. Mereka memberikan hujah:

  1. Keputusan Rasulullah s.a.w. dalam kes Aseef di mana baginda tidak menentukan sebarang jumlah, dan mengarahkan Anis pergi bertanya kepada perempuan tersebut dan jika perempuan itu mengaku, rejam kedua-dua pesalah dengan batu.
  2. Ghamidiah tidak membuat lebih daripada satu pengakuan salah di hadapan Rasulullah s.a.w.
  3. Tindakan Rasulullah melambat-lambatkan untuk menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Maiz selepas tiga kali pengakuan yang pertama ialah kerana baginda meragui kewarasannya.
  4. Sesuatu ikrar adalah secebis maklumat yang lebih dianggap benar daripada palsu. Oleh itu, ia boleh dibuktikan hanya dengan sekali pengakuan sahaja.
Majoriti ahli fikah berpendapat bahawa muqirr mesti memberi keterangan terperinci tentang kesalahan yang dilakukan seperti masa, tempat dan cara melakukannya.

KESALAHAN HUDUD YANG LAIN

  1. Bagi kesalahan hudud yang lain, ahli Fikah telah sebulat suara bersetuju bahawa ia boleh dibuktikan dengan hanya sekali pengakuan salah sahaja.
  2. Dalam kes seperti murtad dan pemberontakan, dibenarkan menarik balik pengakuan tetapi tidak dalam kes Qazaf.
7.0 HIKMAH HUDUD

7.1 HIKMAH HUDUD KEPADA INDIVIDU
Hukum Hudud yang dilaksanakan dapat mendidik manusia menjadi insan kamil yang bermanfaat kepada dirinya sendiri dan alam sejagat, mencegahnya daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang menjatuhkan iman dan sahsiahnya, serta dapat menghalangnya daripada melakukan kesalahan selanjutnya jika telah melakukan kesalahan itu. Ini adalah berdasarkan tujuan hukum Hudud disyari’atkan kepada manusia.

7.2 HIKMAH HUDUD KEPADA MASYARAKAT
Dengan pelaksanaan hukum Hudud ini, ia dapat mewujudkan dan melindungi maslahat umum dan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan. Dalam masyarakat mana pun ada orang jahat sebagaimana juga dalam semua badan manusia, pasti ada penyakitnya sama ada banyak atau sedikit. Seorang pembunuh atau penjenayah adalah manusia yang berpenyakit dan sangat berbahaya dalam kehidupan masyarakat. Adanya penjenayah pasti akan menggugat ketenteraman dan kestabilan masyarakat. Dalam hal ini, peranan Syari’at dalam mengubati masyarakat sama seperti peranan seorang doktor mengubati pesakitnya. Selama penyakit boleh diubati, selama itulah ia perlu diubati. Tetapi jika tidak dapat diubati, ia harus dimusnahkan. Perumpamaan ini adalah sangat sinonim dengan Sistem Hukum Hudud.

7.3 HIKMAH HUDUD KEPADA AGAMA
Sistem hukum Hudud dapat memberikan gambaran positif terhadap orang-orang yang menganut agama lain tentang agama Islam. Ini kerana pelaksanaan sistem ini amat memerlukan ketepatan bukti, adil dalam meletakkan keputusan, tegas dalam melaksanakan hukuman dan mempunyai rasa belas terhadap pesalah yang tidak memenuhi syarat had atau yang menarik balik pengakuan. Hukum ini dapat melahirkan umat yang sentiasa suci, tidak berbuat jahat dan tidak dipandang serong oleh masyarakat agama lain.

7.4 HIKMAH HUDUD KEPADA NEGARA
Pelaksanaan sistem hukum Hudud ini dapat melahirkan negara yang jauh lebih aman dan sentosa. Kenyataan-kenyataan membuktikan kepada kita bahawa negara-negara yang menjalankan hukum Jenayah Islam sekarang adalah jauh lebih aman daripada negara-negara lain di seluruh dunia. Negara-negara Arab Saudi, Iran, Oman, dan lain-lainnya menjadi contoh dan bukti yang sangat nyata. Dolak-dalik yang dikemukakan bagi maksud menimbulkan kebencian dan keraguan orang terhadap hukum-hukum Islam sebenarnya dilakukan oleh musuh-musuh Islam atau agen-agennya yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dari jalan Tuhannya.


8.0 TERJEMAHAN / TAFSIR DARIPADA AL-QURAN BERKAITAN HUDUD

Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang fasiq (derhaka)
(Surah Al-Maaidah, ayat 47)

Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir
(Surah Al-Maaidah, ayat 44)

Barangsiapa yang kafir dengan Allah sesudah ia beriman (ia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksakan kafir padahal hatinya tetap tenang dalam iman, tetapi orang yang lapang dadanya dengan kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar
(Surah An-Nahli, ayat 106)

Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk
(Surah Al-Isra’ ayat 32)

Wanita penzina dan lelaki penzina hendaklah kamu dera atau setiap orang seratus kali rotan dan janganlah belas kasihan atas kedua-duanya menghalang kamu dalam (menegakkan) agama Allah, jika sekiranya kamu beriman dengan Allah dan hari Akhirat,dan hendaklah pelaksanaan hukuman atas kedua-duanya dipersaksikan oleh sekumpulan orang-orang mukmin.
(Surah An-Nur, ayat 2)

9.0 PELAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA

Pelaksanaan hukum Hudud bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Di sebuah batu bersurat yang bertulis dengan tulisan Jawi yang telah dijumpai di suatu tempat berhampiran Kampung Buluh di Sungai Tersat, Kuala Berang di Hulu Terengganu yang mana tarikhnya ialah 22 Februari 1303 bersamaan dengan 4 Rejab 702 A.H. disebutkan:-

Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah Dewata Maha Raya jika merdeka bujang palu seratus rotan. Jika merdeka beristeri atau perempuan bersuami ditanam hinggakan pinggang dihambalang dengan batu dimatikan.”

Namun, selepas di kaji melalui bacaan buku Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia karangan Ahmad Mohamed Ibrahim, dapatlah disimpulkan bahawa tidak ada undang-undang Malaysia yang mengikut hukum Hudud atau menggunakan hukum Hudud secara tepat seperti yang disyari’atkan. Sebagai contoh dinyatakan bahawa apabila berzina, hukuman had yang sepatutnya dikenakan dalam Hudud adalah dirotan 100 kali bagi pesalah bukan muhshan, dan direjam sampai mati bagi pesalah muhshan. Namun dalam undang-undang Malaysia, pesalah zina dan rogol dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun dan tidak melebihi 10 sebatan dan denda di bawah Seksyen 46(2) (cabul), Seksyen 10 (sumbang mahram), Seksyen 11 (zina), dan Seksyen 16 (kehamilan di luar nikah) dalam Kanun Jenayah Syariah 1985, serta Seksyen 375 dan 376 (mengenai rogol) dalam Kanun Keseksaan.

Undang-undang Islam diletakkan di bawah Senarai Negeri. Ini bermakna kuasa perundangan dan pentadbiran undang-undang Islam adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Badan yang berkuasa untuk membuat undang-undang berkaitan agama Islam adalah Dewan Undangan Negeri. Keadaan ini menjadikan setiap negeri perlu membuat enakmen tersendiri berkaitan perundangan dan pentadbiran Islam selagi mematuhi Perlembagaan dan tidak melangkaui sebutan-sebutan dalam Undang-undang rasmi negara.

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian-kajian di atas, terdapat banyak perkara yang dapat disimpulkan. Kebesaran Allah s.w.t. dalam menentukan hukum, hala tuju manusia dan tindakan manusia adalah sangat hebat dan tiada tandingannya. Dapat kami simpulkan bahawa:

  1. Hukum Allah adalah tepat, adil, tidak lapuk dek peredaran zaman, bersesuaian dalam semua keadaan, tempat dan masa, dan amat berkesan dalam menangani masalah manusia bermasalah.
  2. Pentingnya hukum ini dilaksanakan untuk memiliki suasana atau negara yang harmoni, aman dan tenteram.
  3. Betapa Maha Besarnya kuasa Allah s.w.t. yang menetapkan hukum-hukum manusia yang mempunyai banyak keistimewaan dan kebaikan itu.
  4. Betapa pentingnya kita sebagai umat Islam wajib patuh pada perintah-Nya dan wajib menjauhi segala larangan-Nya tanpa dolak-dalik, was-was atau curiga.
  5. Betapa pentingnya melaksanakan syari’at Allah sebagai panduan untuk tindakan terhadap masyarakat bermasalah.
  6. Hukum yang ditetapkan Allah adalah bersifat tetap, tidak boleh diubah.
  7. Hukum Hudud adalah layak diterima oleh pesalah atas perlakuan salahnya itu.
  8. Hukum Hudud dapat membuatkan pesalah insaf dan tidak mahu mengulangi perbuatannya itu lagi.
SENARAI RUJUKAN
  • Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia; Ahmad Mohamed Ibrahim; terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia
  • Mengenal Qanun Jenayah Islam; Drs. Abdul Ghani Azmi b Idris; Al-Hidayah Publishers
  • Shari’ah: The Islamic Law, ‘Abdur Rahman I. Doi, London Press
  • Jenayah Kanak-kanak Menurut Undang-Undang Islam; Alwi Hj. Abdul Rahman; terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Undang-undang Keterangan Islam; Sayed Sikandar Shah Haneef; terjemahan Utusan Publications
  • Institusi-institusi Islam; Wan Ali Bin Wan Jusoh, Mohd. Hambali Bin Rashid, Muhammad Fathi Bin Yusof

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP