Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Sunday, February 10

KERJASAMA PAS PKR DAP (TAHALUF SUYASI)


Para Ulama’ Haraki telah mengharuskan tahaluf siasi dalam gerakan islam antaranya Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Doktor Munir Muhammad al- Ghahdban. Keharusan tahaluf siyasi dengan kerjasama gerakan yang bukan islam boleh di bahagikan dalam beberapa perkara dan hujah-hujahnya.

Bekerjasama dengan bukan islam dalam politik aman (siasah dakwah silmiyah).
Pertama : 

BEKERJASAMA UNTUK MELINDUNGI DAKWAH DAN PENDAKWAH.

Adalah di benarkan kepada seorang pendakwah untuk meminta pertolongan demi menjaga maslahah da’awiyah dan penda’wah itu sendiri agar keselamatan diri terjamin dan kerja dakwah berterusan.

Namun, keharusan itu di syaratkan dengan beberapa perkara : 

* Orang bukan islam di yakini amanahnya untuk merialisasikan kerja-kerja da’wah
* Tidak berlaku di sebalik kerjasama tersebut pengabaian kepada beberapa prinsip islam

* Tidak berlaku di sebalik kerjasama tersebut kita berdiam diri dari berkata benar atau setuju dengan kebatilan

* Tidak berlaku di sebalik kerjasama itu bermuka-muka dengan kafir atau memuji kekufuran mereka

* Tidak berlaku di sebalik kerjasama itu penguasaan orang kafir ke atas orang islam  dengan membawa kepada kemudharatan kepada penda’wah.


CONTOH keharusan bekerjasama dengan mereka dengan tujuan maslahah dakwah dan pendakwah itu sendiri:
1.Nabi Muhammad SAW bersama dengan Abu Talib

   Seperti yang kita semua maklum, Abu Talib tetap berlembut dengan Nabi SAW dalam apa jua keadaan. Pihak Quraisy berkali-kali meminta agar Abu Talib menasihati Nabi Muhammad agar tidak menyentuh perihal berhala mereka, tetapi Nabi tetap tegas untuk menjalankan da’wahnya. Melihat  pendirian Nabi SAW, berkata Abu Talib : "Pergilah,wahai anak saudaraku.serulah kepada orang ramai apa yang kamu suka(da’wah islam) Demi Tuhan, aku tidak akan serahkan engkau kepada sesiapa juga selama-lamanya”

Berkata Imam Ibnu Kathir : Hikmah yang begitu besar kepada Islam dan Rasulullah SAW di sebalik kufur Abu Talib ialah kekuatannya sebagai benteng utuh da’wah Nabi yang sentiasa mempertahankan Nabi. Seandainya Abu Talib masuk Islam, sudah pasti orang Quraisy tidak akan mempedulikan kemuliaan ,kebesaran dan penghormatan yang ada pada peribadi Abu Talib. Mereka akan menghapuskan Nabi SAW serta Abu Thalib dengan kekerasan dan cemuhan jahat mereka.

Perlindungan yang di berikan Abu Talib kepada Nabi Muhammad bukanlah  ketika di saat getir sahaja bahkan dalam segenap sudut sehinggakan Nabi menjadi terlalu sayang kepada beliau.Ini dapat di buktikan bila mana meninggalnya Abu Talib, Nabi menjadi terlalu sedih.

Jelaslah, bahawa bukan kerana hubungan darah daging sahaja, tapi kerana jasa dan pengorbanan yang di berikan oleh beliau. Sekiranya darah daging di jadikan ukuran, ini kurang tepat kerana Nabi tidak melakukan perkara yang sama pada Abu Jahal dan Abu Lahab.

2.Nabi SAW dengan Al-Najasyi (seorang Nasrani)

 Setelah bertimpa-timpa ujian yang di hadapi kaum muslimin mekah sehingga sampai ke tahap akidah mereka di permain-mainkan, Rasulullah mengarahkan sahabat-sahabat untuk berhijrah ke Habsyah. Al-Habsyah negeri yang di perintah oleh seorang raja yang bernama  An-Najasyi, beragama Nasrani, orangnya adil dalam memerintah negara.

Penghijrahan ini membuktikan bahawa harus bagi kerajaan islam atau individu muslim meminta bantuan daripada bukan Muslim dalam misi menjaga Dakwah Islam, maslahah muslimin ketika suasana dharurat atau  hajat syar’iyah.

Banyak lagi contoh yang boleh di ambil sebagai panduan yang menyatakan bahawa harus dalam bertahaluf siasi dengan bukan islam, seperti sahabat-sahabat Nabi meminta perlindungan daripada sanak saudara yang kafir dari serangan  musyrikin Mekah.

Jadi, kesimpulannya adalah HARUS bagi kerajaan islam dan individu muslim untuk meminta bantuan atau pertolongan  daripada bukan islam bagi tujuan memelihara dakwah islamiah dan diri pendakwah apabila di perlukan apatah lagi ketika darurat demi maslahah Islam. 

Keharusan ini berpandukan beberapa SYARAT :
Syarat 1 : Hendaklah kafir itu boleh di percayai untuk merialisasikan tujuan yang di maksudkan.mungkin dengan perjanjian, perbincangan dan sebagainya.

Syarat 2 : Janganlah kerjasama itu berisiko yang boleh mengakibatkan prinsip islam  atau dasarnya tergadai atau terpaksa di kesampingkan.

Syarat 3 : Janganlah kerjasama itu terdapat unsur bermuka-muka, hipokrit dengan orang kafir.

Syarat 4 : Janganlah kerjasama itu mengakibatkan amar makruf nahi mungkar terabai.

Syarat 5 : Janganlah di sebalik kerjasama itu akan menyebabkan penguasaan orang kafir ke atas islam atau menyebabkan islam redha dengan agama mereka atau membenarkan serta mengiyakan kesyirikan yang berlaku.

Kedua :
BEKERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM SEBAGAI PEMBANTU DALAM POLITIK
Para fuqaha telah berijma’ mengenai hukum harus bekerjasama atau meminta bantuan orang kafir untuk menunjuk arah tentera muslimin dalam peperangan,menunjukkan kubu-kubu pertahanan musuh,dengan tujuan memperkasakan lagi kekuatan tentera musimin.

Berkata Ulama’ Hanafi, Maliki, Syafi’ dan Hambali : Haram ke atas kita meminta bantuan dari kafir dalam berjihad,tetapi di haruskan seumpama meruntuh kubu musuh,menggali terowong,atau mengoperasikan manjanik alat melontar batu besar seperti lastik atau sebagainya.

Ketiga : 
KERJASAMA YANG TIDAK MENGGADAIKAN PRINSIP-PRINSIP UTAMA SYARA'
Contohnya akidah dan perundangan (hudud). Contoh yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dimana Nabi SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.

 Keempat :
MANFAAT ATAU FAEDAH YANG BOLEH DITERIMA OLEH BUKAN ISLAM 
 Pertama : Hak-hak yang wajib di berikan kepada mereka
1.      Wajib menunaikan hak mereka sebagai rakyat sepertimana muslim.
2.      Di berikan sejumlah daripada ghonimah
3.      Memelihara keamanan mereka dan melepaskan tawanan di kalangan mereka

Kedua : Hak-hak yang tidak boleh di berikan kepada bukan muslim
1.      Berperang dengan mereka menentang musuh mereka ynag bukan muslim
2.      Membekalkan senjata kepada bukan muslim
3.      Memberikan gelaran syahid kepada mereka

JAWAPAN TERHADAP GOLONGAN YANG MENGHARAMKAN TAHALUF SIASI

Terdapat dalil-dalil dan pandangan yang boleh di jadikan hujah untuk menolak golongan yang mengharamkan tahaluf siasi, antaranya ialah :

1. Berdasarkan ayat al-Quran yang digunakan  sebagai hujah iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Konsep tahaluf siasi tiada kena mengena dalam ayat ini tetapi ianya di tujukan kepada orang yang keluar dari gerakan Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

2. Berdasarkan ayat 219 dari surah al-Baqarah, ianya juga tiada kaitan dengan pengharaman tahaluf siyasi. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti islam seperti Mesir, Yaman dan Negara islam yang lain manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Jadi di dalam masalah manfaat dan mudharat ini,mestilah di lihat dan di kaji serta dipertimbangkan berdasarkan keadaan  semasa yang berlaku.

KESIMPULAN  
Sebagai kesimpulan di atas, dapatlah di fahami  bahawa hukum bekerjasama dengan bukan islam adalah HARUS dari sudut syara’ selama mana ia memberikan kemaslahatan umum mengatasi kemudharatan.

2 comments:

pen buruk online February 10, 2013 at 7:00 PM  

salam. mohon tukar pautan. blog tuan dalam senarai blog PR. t.kasih

http://www.penburukonline.blogspot.com

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP