Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Friday, November 11

berambus lagi najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Hawaii, Amerika Syarikat Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

Bukan main sakan mamt ni gi keluar negara, kejap us kejap britian, vertican, uae, australia, uzbeg, cina, perrrhh hampir satu dunia mamt ni da pusing, gua ingat mamat ni Pm pertama Malaysia yang paling banyak keluar negara, dan paling banyak perabis duit rakyat, kepala bana punya orang,

Tak sampai semusim jadi PM gua ingat beratus juta juga la duit rakyat digunakan, untuk g keluar, kalau nak kira mahu lebih 20 negara di dah pergi. Gila babi beb, rakyat makin susah dia sedap2 je tabur duit. Alasan biasa tugas rasmi, kepala hotak dia.

Kalau tak silap gua la dulu presiden indon gus dur pun kaki jalan juga macam mamat ni, tapi tak lama lepas tu bungkus beb. sejarah biasa berulang beb. gua ingat lepas ni mamat ni pulak yang bungkus. kalau betul2 dia bungkus lepas ni, merasa juga dia pusing satu dunia, kalau tak kempuinan beb.

Tapi gua tetap tak puas hati sebab cukai yang gua bayar dia buat joli, sialan, lu orang tak panas ke dengan mamat ni.


Read more...

felda 2

Dua tiga hari ni gua betul2 hangin dengan telekom, macam cibai, wa cakap lu, bila bab bil bayar sibuk dok telefon suruh bayar tapi perkhidmatan macam sial. Sebelum ni gua kurang hangin sebab walaupun streamyx lembab, boleh lagi gua surf, tapi dua tiga hari ni langsung lembab gila, semalam pulak langsung tak boleh dapat surf.

Ni la bahana nak kaut untung je, pelanggan pi mampus, kapatalis sialan,  gua bukan bekira sangat kena bayar tapi, yang gua panas tu, untung berjuta2 kena tax 6% lagi tapi perkhidmatan masih duk takuk lama. nak cakap malaysia da maju tapi kalu sistem masih standard somalia nak buat apa.


Gua nak sambung cerita pasal felda seperti yang gua janji sebelumnya:

FAKTA-FAKTA PENYENARAIAN FELDA YANG TIDAK AKAN DISIARKAN TV3 DAN UTUSAN:
  1. Menteri Koperasi sendiri tidak tahu menahu dan enggan mengeluarkan surat arahan Menteri bertarikh ke belakang (back dated) untuk masuk campur isu rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda demi memenuhi nafsu Isa Samad kecuali diarahkan PM Najib. Campurtangan beliau dalam Koperasi Permodalan Felda bakal memberikan imej tidak baik, dianggap campur tangan politik kerajaan dalam sebuah koperasi yang aman dan berjaya serta bakal dibantah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa (www.ica.coop/al-ica) yang turut dianggotai oleh Angkasa. Difahamkan beberapa lembaga pengarah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa dari EU dan Afrika akan mengadakan kenyataan bantahan dalam hal ini tidak lama lagi. Berdasarkan potensi perkara ini bakal memburukkan imej negara dan menjejaskan peti undi Felda di Parlimen Bera (sekurang-kurangnya 14 peti undi Felda terlibat di bawah Parlimen Bera) Dato Seri Ismail Sabri akan terus mengambil pendirian berdiam diri dan tidak akan menyokong usaha Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Koperasi Felda walaupun Isa Samad menjaja nama PM Najib ke sana ke mari

  1. PerjanjianPajakan di antara Felda Global Ventures dan FELDA yang disorokkan dari diketahui warga Felda sekalian jelas menyatakan pajakan tanah terlibat adalah:
  • Tanah-tanahperladangan Felda yang diuruskan Felda Plantation berjumlah 360,000 hektar DAN;
  • Tanah-tanah sedia ada Felda (Additional Existing Land) yang telah dibenarkan kerajaan negeri untuk dibangunkan. Contohnya tanah Felda sendiri digunakanFelda dan peneroka untuk tujuan pertanian, perniagaan, sukan, perumahan generasi kedua, resort-resort Felda, serta tanah di mana penyelidikan. Dalam perjanjian itu menyebut bahawa jika tanah tersebut sudah mendapat geran,ia akan diberikankepada Felda Global Venture secara automatik dan jika belum diberikan geran akan diserahkan kepada  Felda Global secara 3 tahun secara penyambungan automatik sehingga 99 tahun. Jika peneroka-peneroka pada masa ini ada mengadakan aktiviti perniagaan, pertanian atau sosial di tanah Felda yang akan diambil alih Felda Global Venture, bersedialah untuk membayar sewa atau dirampas kembali tanah-tanah tersebut oleh Felda Global Venture bagi aktiviti yang mereka anggap lebih menguntungkan kepada kroni Isa Samad dan Sabri Ahmad
  • Tanah-tanah masa hadapan (Future land) yang bakal dibeli FELDA akan diserahkan kepada Felda Global Venture

JIKA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MENAFIKAN PERKARA INI, SEBAIK-BAIKNYA TUAN-PUAN PENEROKA MEMINTA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MEMINTA DITUNJUKKAN DAHULU SURAT PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES SEBELUM PAJAKAN DIMULAKAN PADA 1.01.2012. JIKA ENGGAN, DISARANKAN TUAN-PUAN MENYAMAN FELDA DARI MEMBUAT KEPUTUSAN MERUGIKAN MASA HADAPAN PENEROKA DAN ANAK-ANAK DAN MEMOHON INJUKSI MAHKAMAH BAGI MENGHALANG TINDAKAN PAJAKAN INI DILAKUKAN TANPA SURAT PAJAKAN INI DITELITI DAN MENDAPATKAN PERSETUJUAN SEMUA PENEROKA MELALUI SEBUAH REFERENDUM


Anak-anak Syarikat FELDA
FELDA
40%
Koperasi Permodalan FELDA
60%
Felda Global Ventures
  1. Struktur Pra-Penyenaraian Felda Global Venture telah direka khusus bagi menipu rakyat terutamanya peneroka dan kakitangan Felda. Struktur Penyenaraian dimaksudkan adalah:


Tujuan Struktur  Pra-Penyenaraian yang direka ini adalah seperti berikut:
  • Mewujudkan situasi kononnya terdapat konflik kuasa eksekutif apabila Pengarah Besar FELDA memegang kedua-dua jawatan Pengarah Besar FELDA dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan menggunakan alasan urus tadbir korporat yang baik (bukan menggunakan peraturan Suruhanjaya Sekuriti BSKL), Isa Samad merampas kuasa Pengerusi KPF melalui agenda khas dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang diadakan semasa ketiadaan Pengarah Besar yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Struktur ini dirancang sendiri oleh Sabri Ahmad, bukannya FELDA mahupun PM Najib sendiri bagi mewajarkan tindakan Isa Samad ini. Apabila Isa Samad menjadi Pengerusi KPF, perkara pertama akan dilakukan beliau adalah meluluskan pelepasan pegangan ekuiti KPF di dalam Felda Holdings Berhad, merombak pengurusan dan lembaga pengarah serta mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli-ahlinya selama ini
  • Menutup mata kakitangan dan peneroka iaitu ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda bahawa mereka bakal kehilangan 51% Saham dalam Felda Holdings Berhad iaitu Syarikat Utama yang mentadbir anak-anak syarikat Felda. Anak-anak syarikat ini tidak akan wujud tanpa usaha bersama pengurusan FELDA dan kakitangan dan Struktur Selepas Penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat akan jatuh kepada 30% sahaja dan 70% bakal diberikan kepada pelabur luar. FELDA pula disingkir keluar dari sebarang pemilikan dan hak dalam penyenaraian ini
  • Hasil pelepasan hak Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat Felda dan pelepasan hak Felda dalam Felda Global Ventures dalam aktiviti dipanggil ‘divestment’ (lawan kepada investment) ini akan menghasilkan sedikit wang yang akan digunakan bagi aktiviti pemberian durian runtuh yang sangat tidak berbaloi jika dibandingkan pembayaran one-off durian runtuh VS pendapatan dividen 51% selama 99 tahun + kehilangan hak Felda dan peneroka terhadap anak-anak syarikat Felda + kehilangan pendapatan Felda sebanyak RM1.5 – 2.0 billion


Kepada anak-anak Felda dan peneroka Felda yang celik IT, minta anda terangkan kepada ibu bapa dan rakan-rakan peneroka lain untuk memilih salah satu di antara berikut:

DURIAN RUNTUH VS PENDAPATAN STABIL DAN HAK TERPELIHARA:

Durian Runtuh secara sekali pemberian iaitu MAKSIMUM gabungan wang tunai dan ‘pink form’ sebanyak RM20,000 – RM50,000 bergantung kepada serius mana bantahan peneroka

Pink Form atau Nilai Saham tersebut adalah keuntungan atas kertas sahaja. Ia diberi sebagai galakan kepada peneroka dan kakitangan untuk menjual pegangan mereka ke atas anak-anak syarikat Felda jika inginkan wang yang sebenar. Sebarang jualan akan dibeli oleh pelabur luar (Di Bursa Saham tidak ada sekatan terhadap profil pelabur sama ada bangsa lain, negara lain malah penjenayah juga boleh membelinya). Adalah dijangka jualan anak-anak syarikat Felda dan peluang memiliki tanah-tanah Felda ini sangat ditunggu pelabur luar Felda dan akan terlebih langgan beratus kali ganda. Bermaksud, sekali dijual, beratus calon menanti membeli saham anda terutama kroni Isa dan Sabri
  • Koperasi Permodalan Felda kehilangan 51% saham majoriti daripada pegangan semua anak syarikat dan bakal tinggal 30% sahaja apabila penyenaraian berlaku.
  • FELDA (pengurusan dan peneroka) tidak lagi ada HAK dan SUARA dalam anak-anak syarikat Felda malah adalah wajar FELDA mengarahkan nama FELDA dibuang dari Felda Global Ventures dan anak-anak syarikat Felda. Boleh diganti dengan Isa Global Ventures atau Sabri Prodata. Barulah terserlah PENIPUAN kononnya untuk masa hadapan FELDA tapi dihilangkan terus hak FELDA dan diberi kepada pelabur lain
  • Perbelanjaan Felda setahun adalah paling kurang RM500 juta belanja pengurusan dan RM1.5 billion untuk peneroka bagi aktiviti pertanian dan sosio-ekonomi. Isa Samad dan Sabri Ahmad MEMAKSA FELDA menerima cuma sekitar RM500 juta sahaja (PAKSAAN INI TERDAPAT DALAM SURAT PAJAKAN FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES.SILA DAPATKAN PEGUAM UNTUK MINTA FELDA TUNJUK DAHULU SURAT PAJAKAN SEBELUM BERMULA 1.12.2012) Dengan pendapatan Felda hilang RM1.5 – RM2.0 billion, dijangka FELDA tidak lagi memberikan peneroka apa yang dinikmati selama ini seperti bantuan pertanian, pendidikan, usahawan, SIUF, kerohanian,sukan, perumahan dll. Kesimpulannya taraf istimewa peneroka FELDA jatuh kepada peserta tanah kampung lain seperti Kejora, Ketengah, Kesedar, Felcra dll.
  • Kuota Peneroka memegang Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Felda akan dikurangkan kerana peneroka tiada lagi kaitan kecuali sekadar melabur dalam saham KPF yang memegang sekadar 30% daripada saham Felda Global Ventures


  1. Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa  FELDA bakal dibayar RM1 billion bagi meneruskan tujuan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka setiap tahun selama 99 tahun adalah BOHONG DAN PENIPUAN TERBESAR:
    1. Tidak ada jaminan BERTULIS di mana-mana berkenaan sumbangan tersebut dalam Surat Pajakan Tanah Felda (Diminta Peneroka dapatkan Peguam bagi menuntut kepada Felda untuk meneliti Surat Pajakan ini sebelum 1.1.2012) seperti dijanjikan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Malah jumlah RM1 billion tidak cukup pun untuk peneroka berdasarkan perbelanjaan sebelum ini
    2. Isa Samad dan Sabri Ahmad tidak akan meletakkan JAMINAN BERTULIS kerana ini mengurangkan minat pelabur dan kapitalis terhadap penyenaraian anak-anak syarikat Felda. Pelabur dan golongan kapitalis bermodal besar Cuma berminat memiliki segala pendapatan, tanah dan lain-lain aset Felda dan tidak berminat memberi SEDEKAH PERCUMA kepada Felda untuk peneroka
    3. Segala kata-kata, janji dan jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad pada masa ini TIDAK LAKU kerana tidak mewakili Lembaga Pengarah Felda Global Ventures yang baru nanti apabila Felda Global Ventures disenaraikan. Isa Samad dan Sabri Ahmad sekadar bertaraf kontrak dan apabila masing-masing sudah kenyang akan pergi dan TIDAK LAGI BERTANGGUNGJAWAB terhadap kenyataan mereka sebelum ini. Sabri Ahmad sendiri pernah terlibat penyelewengan RM120 juta di syarikat Golden Hope Plantation Bhd (sebuah syarikat yang pada masa itu telah disenarai) yang disiasat oleh  KPMG Forensics dan didapati bersalah sehingga dipaksa Lembaga Pengarah Sime Darby untuk meletak jawatan. Skandal Sabri Ahmad dan berita ini dilapor akhbar utama dan media alternatif sekitar Jun 2008 dan skandal salah laku Sabri Ahmad pernah ditanya oleh YB Wee Choo Keong di Parlimen (Link: http://www.1malaysia.com.my/zh/news/pnb-will-not-interfere/) dan http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20080611/sime-fires-2-execs/ai_n44404255/ ) Tentang Isa Samad tidak perlu lagi didedahkan siapa beliau. Masih rasa selamatkah peneroka-peneroka Felda, kakitangan Felda terhadap 2 individu utama ini yang muncul di semua media dan sesi penerangan yang meminta supaya mereka diyakini untuk ubah masa hadapan Felda?

Semua fakta-fakta ini akan terbukti  jika terdapat wakil peneroka membuat laporan polis dan melantik peguam menyaman dan mendapatkan injuksi mahkamag menghalang Felda dari memasuki perjanjian yang  meragukan dan melibatkan masa hadapan peneroka dan anak-anak. Juga minta peguam-peguam anda meminta Felda dedahkan secara telus berkenaan keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang mana lain diputuskan lain diberitahu oleh Isa Samad dan Sabri Ahmad semasa penerangan di media dan kepada himpunan peneroka dan kakitangan. Turut tertipu adalah pegawai Jabatan Perdana Menteri dan pejabat Timbalan Menteri Felda sendiri tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana Isa Samad menjaja nama PM Najib merata-rata.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP