Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Monday, July 23

Bukti umno tu penyamun

Gua suka nak refreshkan balik memori orang umno, Pada 4 Februari 1988 Umno telah mati dan diistyharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Harun Hashim.  UMNO itu sebenarnya halal sehingga pemilihan 1984 sahaja. UMNO yang ada sekarang ialah UMNO BARU. Jadi jangan pulak nak bebangga dengan umno baru ni ye.



UMNO BARU
Diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988 selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pendaftarannya oleh mahkamah. UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu, bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih satu billion.(fakta yang pelik ialah bagaimana Pendaftar Pertubuhan boleh membenarkan UMNO (Baru) menggunakan Perlembagaan UMNO, lambang UMNO, lencana UMNO dan bendera UMNO sedangkan UMNO telah pun DIHARAMKAN oleh Mahkamah Tinggi Malaysia pada 4 Februari 1988). Sah kan umno sekarang ni sebagai perompak yang merompak segala-galanya dari umno lama, walaupun tidak mendapat restu dari bekas ahli umno lama. Memang dasar penyamun, jadi la harta umno lama sebagai harta umno baru.



Tun Hussein Onn dan Tengku Abd Rahman cuba mempertahankan harta umno dari dirompak  Mahathir




Tengok sendiri la keputusan mahkamah pun diorang langgar beb

Begitulah sehingga hari ini. Anak-anak muda yang buta sejarah begitu mudah mempercayai UMNO yang ada pada hari inilah yang begitu berjasa kepada negara. Walhal pemimpin UMNO yang asal sebenarnya puas dicemuh oleh Dr Mahathir dan sekutunya pada masa itu. Rujuklah sejarah. Sejarah tidak pernah berbohong.
Jadi gua nak bagi tahu sikit jangan marah kalau gua kata ahli umno sebenarnya penyamun kerana mengangotai parti penyamun. Kepada anak muda yang duduk dalam parti penyamun ni tak terasa bersalah ke lepas merompak harta orang kemudia mengaku harta sendiri.


Satu lagi mana ada satu pertubuhan penyamun yang akan mempertahankan Islam atau melayu. Toksah nak gebang lebih beb. Penyamun tetap penyamun.





Read more...

maksiat salah siapa



KETIKA ini masyarakat begitu prihatin terhadap isu mat rempit sehingga polis mengesyorkan istilah itu ditukar kepada samseng jalanan dan mereka yang didapati bersalah dikenakan hukuman lebih keras termasuk penjara mandatori.

“Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah rempit pula boleh jadi seorang pelumba perempuan, atau teman wanita mat rempit.

“Betul,” kata seorang ustaz dalam kelas pengajian mingguannya di masjid berhampiran kediaman penulis baru-baru ini, “masalah mat rempit perlu ditangani segera tetapi ia hanya salah satu bahana yang mengundang kemurkaan Allah SWT.”

Menurutnya, negara bukan saja digegarkan masalah mat rempit tetapi pelbagai gejala yang jika dibiarkan akan mengundang bahana daripada Allah SWT. Beliau mengingatkan jika Allah Taala menurunkan bala seperti tsunami di Aceh yang mengorbankan 200,000 penduduknya, semua orang termasuk yang baik-baik akan terbabit.

Kebanyakan mat rempit adalah golongan muda, tetapi bagaimana kes maksiat di kalangan orang tua boleh dibiarkan berleluasa, tanya ustaz. Beliau berkata sekarang ini pusat menjual minuman keras, tempat berjudi dan hiburan berkembang bagaikan cendawan selepas hujan.

Orang muda bermaksiat secara orang muda tetapi ramai juga orang tua yang hampir masuk kubur berfoya-foya, apa ceritanya? Ustaz mendedahkan sekarang ini banyak kelab dan pub dangdut; yang ramai pengunjungnya orang tua.

“Kubur kata mari, dunia kata pergi, tetapi golongan ini asyik dengan dangdut. Buruk benar kalau orang tua buat maksiat ini,” kata ustaz. Beliau berkata kenapa pihak berkuasa asyik sibuk dengan golongan muda tetapi tidak sibuk bertindak ke atas orang tua yang bermaksiat.

Selain berhibur di pub dan kelab dangdut ada orang tua yang gemar minum arak dan main ekor. Sekarang ini mudah betul membeli arak, di kedai serbaneka 24 jam pun ada manakala kedai empat nombor makin banyak. Orang berwajah Melayu, tua dan muda, tidak segan-segan membeli nombor ekor.

Kenapa maksiat semakin banyak? Orang pun tidak malu, malah tidak takut melakukannya. Macam mana maksiat tak berleluasa, kata ustaz, pusat-pusatnya semakin banyak manakala undang-undang pencegahan tidak ada, apatah lagi melaksanakan undang-undang Islam.

Ustaz bertanya kenapa pihak berkuasa begitu sibuk mahu menghukum mat rempit tetapi tidak peduli akan Datuk dan datuk berhati muda yang keluar masuk kelab dangdut, main ekor dan minum arak. Asyik-asyik mahu bertindak ke atas mat rempit, kenapa tidak hukum orang tua ganyut di pub dan kelab dangdut? Katanya, mereka ini perlu diambil tindakan, kalau berjudi dan minum arak hukumlah berdasarkan undang-undang Islam.

Ini tidak, tempat minum arak dan judi makin banyak. Jika dibiarkan apa akan jadi pada masyarakat dan negara? Ustaz bimbang suatu hari nanti negara akan dilanda bala seperti di Aceh. Katanya, marilah diajak orang-orang tua ini bertaubat, kalau tidak mahu; berserah pada Allah, semoga Allah SWT menyelamatkan orang beriman, orang yang tidak mahu terpulanglah kepada Allah. Nasib kaum Nabi Lut dan Nuh sewajarnya menjadi panduan, orang beriman terselamat manakala yang bermaksiat dihancurkan.

Selain itu, apa nak jadi dengan negara ini, tanya ustaz. Rasuah, zina, bunuh, rompak dan aneka jenayah lain menjadi-jadi. Ini menunjukkan negara semakin jauh daripada barakah, punca utamanya hukum-hakam Allah tidak dilaksanakan sebaliknya nafsu menjadi raja.

Sekarang ini bukan mat rempit saja tidak boleh diharap, datuk pun sama. Seorang rakan baru-baru ini memberitahu dia membaca berita seorang bilal masjid merogol seorang budak sekolah berusia lapan. Lelaki tua sekarang ini sudah menepati peribahasa ‘haruan makan anak’. Manusia tua dan muda, semakin tidak terkawal nafsu serakah syaitan mereka.

Ada sepuluh jenis manusia, yang memiliki sepuluh sifat tercela, sangat dibenci oleh Allah SWT, mereka termasuklah orang tua yang cinta harta dan orang tua yang berzina (bermaksiat).

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah membenci orang tua yang suka berzina, orang kaya yang berbuat zalim, orang fakir yang sombong, peminta-minta yang memaksa, dan Allah menghapus pahala orang yang memberi namun mengungkit-ungkit (pemberiannya). Allah juga membenci orang yang suka pamer dengan kekayaannya lagi pendusta!” (Mizan al-Hikmah hadis no. 1757, Bihar al-Anwar 72:145)

Kenapa orang tua semakin banyak berbuat maksiat? Sejajarnya dengan keterangan tadi, kini semakin ramai orang tua cintakan harta dan terbabit dalam perzinaan.

Orang politik, tokoh korporat dan pemimpin masyarakat kerap berbincang dan bercakap mengenai projek, wang dan kuasa. Tidak ada dalam kepala mereka melainkan menjadi lebih kaya, lebih berkuasa dan lebih masyhur. Oleh itu mereka peduli apa tentang halal haram. Pemimpin kini sanggup merampas kuasa, merasuah, hatta membunuh.

Apabila sudah banyak wang dan ada kuasa, ke mana ia hendak dihamburkan kalau tidak ke meja judi, arak dan perempuan. Kalau dalam negara takut orang tahu, lakukannya di luar negara. Kini bertambahlah orang tua yang cinta harta, pangkat dan kuasa yang sekali gus kerap bermaksiat.

Jika mat rempit mahu dipenjara; apakah hukuman tepat untuk si tua ini? Pokoknya janganlah mahu menghukum si mat rempit, hukumlah sama Datuk dan datuk yang bermaksiat di pub, kelab dangdut, meja judi dan todi, tidak kiralah mereka pemimpin, berkuasa, kaya raya atau ternama.



Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP