Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Tuesday, August 23

Apabila badak mandi

KUALA LUMPUR 23 Ogos — Syarikat penerbangan negara Kumpulan Malaysia Airlines MAS mencatat kerugian bersih RM527 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun lalu dengan kos bahan api yang tinggi dikatakan sebagai penyumbang utama kerugian itu Kerugian itu bagaimanapun lebih rendah berbanding kerugian bersih sebanyak RM535 juta pada suku yang sama pada 2010 kata syarikat itu menerusi satu kenyataan di sini Menurut laporan Bernama Online syarikat penerbangan itu berkata kos bahan api terus memberi impak terbesar kepada operasi kumpulan berkenaan meningkat 41 peratus berbanding RM1 102 bilion kepada RM1 55 bilion pada suku kedua 2011 mengimbangi hasil dan perolehan bagi tempat duduk mengikut kilometer RASK.

kalau ikut sifir mudah rm527/3bulan = rm87.83juta sebulan bulan. kalau dibahagikan kepada hari pula bermakna Mas rugi rm2.93juta sehari. kalau dibahagikan kepada jam pula baermakna mas rugi rm0.122 juta sejam. kalau dibahagikan keminit pula mas rugi rm2033 seminit.

mari kita lihat pula gaji pekerja kilang sehari lebih kurang rm20. kalau kira sejam bermakna rm2.5 seminit bermakna rm0.042

jika kita ambil nisbah kerugian mas ni berbanding dgn gaji pekerja am kilang bermakna boleh membayar gaji sebanyak 48 404 orang.

Jadi memang benarlah mejoriti rakyat malaysia ni sepatutnya menjadi papa tapi cukong2 kaya senang2 je perabih duit. Itu baru je rugi mas belum lagi Bil air buat mandikan badak kalau gua bahagikan ikut sifir mudah entah berapa banyak agaknya ye boleh bayar gaji pekerja am kilang

moral dari cerita gua ni kenapa la kita ni sanggup mengikat perut sedangkan duit negara senang2 je mengalir ke longkang dan kita pulak dengan rasa bangga dan tak sedar diri masih mengagong2kan manusia pembazir 

Read more...

Kerajaan kaya rakyat papa

Walaupun gua tak berkenan dengan mamat ni tapi apa dia cakap ada betulnya:                

Kos sara hidup rakyat melonjak tinggi sejak harga minyak tidak lagi mendapat subsidi sebanyak dahulu. Di merata tempat kita dengar keluhan orang ramai mengenai perkara yang sama, iaitu harga barang naik secara tidak terkawal walaupun gaji dan pendapatan masih tertinggal di tahap era 80-an, terutamanya bagi mereka yang berkerja di luar Kerajaan. Harga minyak mentah pada awal tahun 2008 mencapai sebanyak USD95 setong. Pada awal tahun 2011 harga tersebut meningkat ke USD114. Ini bererti bahawa Petronas (iaitu, Kerajaan Pusat) telah menikmati keuntungan tambahan sebanyak USD19 setong. Sekali lagi timbul persoalan yang sama: bagaimanakah Kerajaan Pusat menggunakan hasil tambahan ini demi menjaga kepentingan Rakyat?


Sementara itu, jumlah hasil jualan minyak dan gas untuk Kerajaan telah meningkat dari RM106 bilion pada tahun 2005, kepada RM162 bilion pada tahun lalu. Kesimpulannya, semakin kaya Kerajaan semakin sengsara Rakyat jelata.

Sudah jelas bahawa Kerajaan telah meraih pendapatan tambahan penjualan minyak dan gas, tetapi rakyat secara umum tidak begitu bernasib baik. Rakyat Malaysia tenat menampung kos kehidupan yang meningkat hari demi hari.

Pada bulan Oktober yang akan datang, Bajet baru akan diumumkan. Pelbagai ramalan telah dibuat mengenai cara-cara Rakyat kita akan mendapat pertolongan baru. Saya ingin mengajak Rakyat Malaysia berfikir seketika dancuba mengambil pendekatan baru apabila mengkaji Bajet ini. Selalunya, sesudah Rakyat diberi satu dua “gula-gula”, mereka segera melupakan beban-beban lain yang terdapat dalam Bajet tersebut. Mereka hanya sibuk mengenal pasti harga yang turun, cukai yang turun, dan bagi pegawai Kerajaan: bila nak dapat bonus? Kebelakang ini telah pun para pegawai berasa selesa dengan bonus Hari Raya.

Apa kata kita lebih teliti dan lebih berwaspada kali ini? Apa kata kita semua bersepakat menuntut dari Kerajaan secara terperinci, bagaimana wang Rakyat dibelanjakan? Berapa jumlah wang Rakyat akan dijimatkan sekiranya Kerajaan berbelanja secara sederhana dan tidak terlalu boros? Sanggupkah kita menelitikan berapa banyak wang Rakyat diperuntukkan dengan cermat bagi Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan? Adakah pemimpin kita berhati-hati mengendalikan wang kita? Adakah mereka lebih tertarik dengan berpoya dan bergaya, seolah-olah menggunakan wang mereka sendiri? Contohnya banyak:

 1.   Apa gunanya kita berbelanja RM11 bilion untuk dua kapal selam Scorpene dan membeli kereta kebal berharga RM9 bilion? Tidak lama lagi, Kerajaan akan menjalankan kontrak yang bernilai RM8 bilion untuk membina kapal peronda.

2.    Apa guna kita membayar RM6.5 bilion untuk menolong sebuah syarikat air swasta menjelaskan hutang mereka kepada Kerajaan Selangor?

 3.   Kenapa perlu PM dan DPM berbelanja sebanyak RM28 juta untuk kos perjalanan ke sana-sini dalam masa tiga tahun ketika Rakyat bersusahan?Satu masa dulu, dalam penerbangan ke Wellington, New Zealand, saya ditempatkan di belakang bekas PM New Zealand. Bukan kelas pertama,tetapi kelas ekonomi. Begitulah pemimpin negara lain. Hidup macam manusia biasa.

Janganlah Rakyat Malaysia terlalu mudah puas hati. Kali ini, biarlah kita mempertanggungjawabkan pemimpin-pemimpin kita dengan satu kaedah baru. Biar mereka terangkan kenapa perlu belanja mewah, naik jet persendirian dan berbelanja sebagai orang kaya apabila Rakyat masih menderita? Sepatutnya mereka menunjukkan teladan untuk mentadbir secara cermat dan jangan bertabiat boros.

Yang patut menjadi pegangan kuat setiap warga Malaysia ialah, Kerajaaan mesti sentiasa telus dalam hal-hal pentadbiran negara. Biar semua pemimpin bertanggungjawab terhadap kita semua. Selagi Rakyat bersikap “tidak apa” dan sentiasa tidak memandang berat tentang soal-soal pembaziran, amanah dan kecekapan pemimpin, selagi itulah Rakyat akan terus mendapat pendapatan rendah walaupun sentiasa menanggung kos kehidupan yang tinggi.
Oleh Zaid Ibrahim

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP