Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Tuesday, October 11

Rm3000 dan penjara 2tahun


 

Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan: “Lelaki yang didapati berada bersama seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isterinya atau mahramnya di mana-mana tempat terselindung atau dalam rumah atau bilik dalam keadaan boleh menimbulkan syak mereka melakukan perbuatan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan”.
Apabila sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor memperuntukkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau menyampaikan apa-apa perkara mengenai Islam tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Gua nak ulas banyak2 pun tak guna, lu orang fikirkan la sendiri, Umno melalak sana sini kata Malaysia negara Islam, kata budak2 sekarang Wak lu,!!! Nilaikan la lagi kesalahan menurut Ringgit Malaysia, supaya statistik yang gua baca baru2 ini remaja yang pernah melakukan zina sudah capai 50% akan bertambah. Sebab orang Melayukan suka sangat pada UMNO. Tolak la hudud jauh2, belum masanya, belum sesuai, tengkorak diaorang.


Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman! Taatilah Allah dan Rasul-Nya dan pemimpin kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu maka hendaklah kembalikan ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (sunnah).” (Surah an-Nisa’, ayat 59). Pemimpin yang kita pilih inilah yang membuat undang-undang dilaksanakan ke atas kita.

Read more...

Negara boleh bankrup jika bn terus berkuasa

Sementara itu, Setiausaha Bahagian di bahagian Ekonomi dan Antarabangsa kementerian, Dr Sundaram Annamalai, berkata kerajaan komited untuk memastikan nisbah hutang berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) akan di bawah 55 peratus menjelang 2020.
"Kami mahu memastikan ia tidak melebihi 55 peratus menjelang 2020. Di bawah Model Baru Ekonomi, kita sepatutnya membawanya (belanjawan) hampir seimbang, menjelang 2020," katanya.
Nisbah hutang berbanding KDNK kerajaan persekutuan bagi tahun ini dijangka pada 53.8 peratus tahun ini dan RM54.8 peratus tahun depan.

lawak bodoh yang cuba dimainkan oleh Najib, hutang negara nak dikekalkan kepada 55% pada tahun 2020. dengan bebanan hutang negara sebanyak 437bilion mampu ke kerajaan menyekat momentum peningkatan hutang negara jika keadaan sekarang berterusan, pembaziran demi pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan BN bukan lagi stu rahsia yang cuba disorok, tetapi sudah lama dihidu oleh rakyat cuma sebahagian besar rakyat yang tidak memahami struktur ekonomi nampak bahawa kerajaan BN ni cukup kaya, tapi hakikatnya. kita sebenarnya diambang kehancuran ekonomi, bebanan hutang yang tinggi, ketirisan dalam budget, pembaziran dalam berbelanja bolehkah diatasi selagi BN berkuasa. mahu kah kita menjadi seperti creece. negara bankrup.

Gua ambil congak simple je yang patutnya difahami orang kebanyakan, Hutang kita bertambah setiap tahun sejak 14 tahun lepas budjet kita tak pernah surpulus yakni pendapatan melebihi belanja, hampir setiap tahun kita menambah hutang sebanyak 4% yakni kita bebelanja lebih dari pendapatan. lagi 9 tahun kita akan jumpa 2020 kalau la kerajaan BN terus berkuasa dan terus berbelanja lebih dari pendapatan bolehkah kita percaya kita mampu mengekalkan tahap hutang kepada 55%. sedangkan untuk tahun hadapan sahaja nisbah hutang kita akan meningkat kepada 54.8% kurang 0.2% sahaja dari jangkaan 55%.

Yang menjadi kerisauan gua adalah mampukah kita mencatit kenaikan KDNK setiap tahun sedangkan pelaburan asing ke Malaysia tidak menunjukan perubahan ketara. Katakan la berlaku apa2 musibah dinegara ini (mudah2an tidak) bersediakah Rakyat Malaysia untuk menanggung beban hutang yang semakin mengila ini. katakan la tiba2 telaga minyak kita kering, pendapatan apakah yang mampu mengimbangi hutang kita,

Jadi pada gua la selagi BN berkuasa selagi itu kita semua tidak akan selamat dari resiko negara tergadai dek bebanan hutang. Tak ada cara lain untuk kita lebih selamat dengan menumbangkan kaki hutang ini dari memerintah negara


Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP