Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Tuesday, April 17

Sebelum ni cerita lebat sekarang cu ceta

Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan yang dikemukakan seorang bapa mualaf terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan hak penjagaan tiga anaknya yang telah diislamkannya kepada bekas isterinya yang beragama Hindu. 
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim menolak dengan kos permohonan Muhammad Ridzuan Abdullah atau sebelum memeluk agama Islam dikenali sebagai K. Patmanathan, bagi pelanjutan masa untuk memfailkan rekod rayuan.Dua lagi anggota panel ialah Hakim Datuk Mohtaruddin Baki dan Hakim Datuk Clement Allan Skinner. Panel itu sebulat suara menolak permohonan Ridzuan selepas mereka berpuas hati bahawa tidak terdapat asas atau keadaan khusus untuk memberikan pelanjutan masa untuk beliau memfailkan rekod rayuan.Ridzuan memfailkan notis rayuan pada 11 Mac, 2010 dan diperlukan memfailkan rekod rayuan itu dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh memfailkan notis rayuan tetapi peguam Ridzuan yang terdahulu tidak berbuat demikian. 
Pada 11 Mac, 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 15, Karan Dinish (Abu Bakar), 14 dan Prasana Diksa (Ummu Habibah), 4, kepada Indira tetapi membenarkan Ridzuan melawat anaknya itu seminggu sekali. 
Mahkamah memerintahkan Prasana Diksa, yang tinggal bersama Ridzuan, dipulangkan kepada Indira dan dua lagi anak yang tinggal bersama Indira, kekal di bawah penjagaan wanita berusia 37 tahun itu. 
Ridzuan, 43, memeluk Islam pada April 2009 dan kemudiannya turut menukar agama tiga anaknya kepada Islam pada 2 April, 2009 tanpa kebenaran Indira. 
Pada 24 April tahun sama, Indira mendapat perintah hak penjagaan sementara daripada Mahkamah Tinggi Ipoh. 
Pada 29 Oktober tahun sama, Ridzuan, yang diwakili peguam Anas Fauzi, memperoleh perintah mahkamah daripada Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anaknya itu kepadanya. 
Peguam yang mewakili Indira, M. Kulasegaran, yang juga anggota Parlimen Ipoh Barat berkata sehingga hari ini, usaha mereka untuk mengesan Ridzuan dan anak bongsunya itu tidak berjaya. 



Gua nak tengok apa cerita dari Hassan 666 dan perkosa. Gua nak tengok lebat mana bunyinya

Read more...

Three stoges meroyan


 Rakyat tidak akan lupa setiap isu yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang terutama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun mereka mengambil pendekatan berdiam diri.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, rakyat Malaysia pada hari ini sudah bijak dan mereka mampu membuat penilaian sewajarnya biarpun pihak pembangkang cuba lari daripada setiap isu yang timbul.
Beliau berkata, pembangkang tidak boleh lari dengan berdiam diri, kerana adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjelaskan setiap isu yang berbangkit.

Mula-mula masa gua baca artikal ni gua ingatkan pe hal mamat ni, rupa-rupanya nak suruh orang dalam Pakatan makan umpan yang cuba dipancing oleh grombolan penyamun2 negara. Nak pecah perutgua baca rupanya umpan mamat ni tak dimakan oleh pemimpin Pakatan, kesian wa cakap lu beb. Terpaksa masuk paper nak cuba melubi umpan dia.

Dah tak laku labeb umpan lu, Gua bab ni tabik  kepada pemimpin pakatan sebab telah bejaya memanaskan hati mamat ni, umpan tak dimakan kahkahkah. Siapa dia ni nak sibuk2 suruh orang lain makan umpan dia. setakat bekas ketua menteri yang terpalit noda nak bising2 apa celup beb. Kaa bidalan umpama anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh anjing kepenatan kahkahkah.

Tapi kalau ada pemimpin pakatan yang cuba sahut umpan dia ni memang bangang jadi manusia, tak yah nak bagi publisiti murahan pada mamat ni, dulu lakonan dia besama three stoges dah tak laku sekarang cuba main pancing2 lak. Kesian gua kat situa ganyut ni.


Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP