Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Friday, September 2

Gayong ke mangkuk hayun


BUKIT MERTAJAM 1 Sept. - Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Bahagian Kedah mendesak agar Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu tidak dibenarkan memasuki negeri itu kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina putera raja dari negeri jelapang padi tersebut.
Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, kenyataan Mohamad atau Mat Sabu yang mendakwa Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar tidak layak menjadi pejuang kemerdekaan kerana kedua-dua tokoh itu adalah pegawai British pada masa itu menghina keturunan diraja Kedah.
Sehubungan itu pegawai, pihaknya memohon kepada Sultan Kedah supaya menitahkan Mat Sabu tidak dibenarkan menjejak kaki ke negeri kelahiran bapa kemerdekaan itu.

Ni mana punya gayong la, gayong buat cuci kaki kea tau buat cuci b…k. Whoi mamat penjilat umprono sekarang ni tahun berape la 2011 bukan tahun sebelum 1957. Lu orang ada faham tak garisan masa sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Sebelum 31 ogos 1957 tanah melayu berada dibawah penjajah inggris yang kejam dan zalim ini fakta beb, inggris kejam dan zalim, gua ulang inggris kejam dan zalim bukti nya.baca sini atau sini atau sini atau sini atau sini atau sini kalau lebih rajin pergi tanya pakcik google siapa pejuang melayu.

lu orang baca ni pulak siapa dato onn dan tengku abdul rahman sebelum merdeka
Dato onn dulu:
  • 1895: Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .
  • 1901 Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
  • 1902 Ibunya Rugayah meninggal dunia
  • 1903 Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.
  • 1910 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
  • 1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar agar 'diMelayukan'.
  • 1911 Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
  • 1911 Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah ( gadis Cina, anak angkat bapanya).Mendapat 4 anak dan isterinya meninggal dunia.
  • 1915 Berkahwin kali ke-2 dengan Che Jamilah dan mendapat anak - Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia.
  • Berkahwin kali ke-3 dengan Che Kah, seorang pelakon Bangsawan.
  • 1917 Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
  • 1919 Berkahwin kali ke-4 dengan Halimah Hussein , janda adiknya.Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn.
  • 1920 Bekerja semula di Pejabat Pnasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
  • 1922 Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
  • 1923 Pegawai di Pejabat Tanah Muar
  • 1924 Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
  • 1927 Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
  • 1927-1936 Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
  • 1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
  • 1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
  • 1936-1941 Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
  • 19421945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
  • 1945-1946 Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
  • 1946-1949 Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
  • 1946 Menganjurkan Kongres Melayu 1946
  • 1946-1951 (umur 51): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober.
  • 1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.
  • 1951 Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
  • 1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
  • 1951 Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
  • 1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.
  • 1955 Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
Tunku Abdul rahman pulak:
  • 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
  • 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
  • 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
  • 1919 (umur 16): Belajar di England.
  • 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
  • 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
  • 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
  • 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
  • 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
  • 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
  • 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
  • 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
  • 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
  • 1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
  • 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
  • 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
  • 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
  • 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
  • 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
  • 1946: Menyertai UMNO.
  • 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.
  • 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
  • 1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
Ingat sebelum merdeka kedua-dua tokoh ini kerja dengan penjajah.

Tapi selepas 1957 tanah melayu merdeka baru la boleh dikatakan merka bekerja dengan kerajaan Malaysia walaupun Dato Onn tak sempat kerja dengan kerajaan Malaysia.

Jadi jangan dok meroyan tak tentu pasal bezakan antara masa penjajah dengan merdeka

Read more...

Datuk pa mengaku rompak kelantan

JELI 1 Sept. - Kerajaan Pas Kelantan dilihat tidak mampu untuk membina lebuh raya sendiri sepanjang 63 kilometer dari Kuala Krai ke Kota Bharu kerana ia memerlukan kos yang tinggi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana pendapatan kerajaan negeri terlalu kecil jika dibandingkan dengan kos pembinaan lebuh raya tersebut sebanyak RM2 bilion. 
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya menyokong penuh hasrat rakyat negeri ini yang mahu jalan utama dari Kuala Krai ke Kota Bharu dilebarkan bagi menampung jumlah kenderaan yang kian meningkat terutama pada musim perayaan.
"Ini (membina jalan utama) tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk membina kecuali dengan bantuan pihak swasta. Jumlah RM2 bilion sangat besar, tidak mampu jika dibandingkan dengan pendapatan kerajaan negeri.
"Tidak pernah berlaku di mana-mana negeri yang membina jalan utama sendiri, itu kefahaman saya," katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dan majlis kesyukuran sempena perkahwinan dua anaknya di kediamannya, Darul Falah di sini hari ini. 

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer antara Kota Bharu-Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri ini membayar tol buat pertama kali selepas lebih 20 tahun pentadbiran Pas di sini.

Mengaku pun Datuk pa, kerajaan kelantan tak mampu buat  lebuh raya sendiri, kalau macam itu sendiri mahu ingat la, da tahu buat jalan persekutuan tu tanggungjawab kerajaaan persekutuaan kenapa benamkan saja hak rakyat kelantan. hasil maksul negeri kelantan tau pulak rembat, cukai pendapatan, minyak, dari kelantan lu orang rembat tapi hak orang kelantan lu tak nak bagi, apa punya manusia lu semua ni.

Lepas tu lu war2kan pukul canang satu Malaysia kerajaan kelantan miskin, tiada pembangunan. padahal lu orang yang tak amanah rembat hasil rakyat kelantan jadi macam harta mak bapak lu orang. Tak tahu malu punya orang macam perompak belesen je lagaknya.

Gua nak cabar lu la kalau berani bagi hak royaliti minyak yang lu orang rembat tu kepada kerajaan kelantan, tu baru adil, lu tengok nanti macam mana Tuan Guru Nik Aziz majukan kelantan. Dengan sumber kewangan yang sedikit pun kerajaan kelantan mampu membangunkan kelantan walaupun agak perlahan tapi mampu menjadi negeri rakyatnya yang bukan termiskin jika dibandingkan dengan serawak dan sabah yang kaya raya dengan hasil maksul.

Gua yakin dengan duit royaliti minyak(baca sini) yang lu rembat tu kalau la betul lu beri kelantan, negeri perlis, pahang perak, terenganu, sabah serawak akan tertinggal jauh ke belakang dari segi pembangunan.

Ingat hari ini lu semua boleh rompak duit rakyat kelantan, tapi sepandai2 perompak pun satu masa mesti tergolek juga. Apa lu orang tak sama ke macam Gadaffi, mana mahluk sokong lu,lu bagi kaw2, mana yang tak setuju dengan lu lu tindas habis-habisan

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP