Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Monday, June 4

felda oh felda

Peneroka Felda Lakum dekat Lanchang meminta Felda menambah 200 unit lagi saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) menjadikan 1,000 unit kepada setiap peneroka tanah rancangan itu.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Lakum, Abdul Aziz Awang berkata pemberian 800 unit saham FGVH itu yang bernilai RM4.55 seunit kepada peneroka terlalu kecil jika dibandingkan dengan saham tersebut yang ditawarkan kepada kakitangan Felda.

"Keutamaan perlu diberikan kepada peneroka sepertimana kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pengumuman pemberian saham tersebut baru-baru ini," katanya kepada Bernama di Temerloh hari ini.

Abdul Aziz berkata ramai peneroka Felda Lakum kecewa dengan pemberian 800 unit saham itu dan berharap Felda dapat mengkaji semula bagi mengelakkan pembangkang memanipulasikan perkara itu yang boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah baru.

Beliau berkata pemberian 800 unit saham itu dengan nilai RM4.55 seunit, bermakna peneroka hanya memiliki saham bernilai RM3,640.

Ketua Peneroka Wilayah Felda Jengka, Sulaiman Bakar ketika dihubungi berkata sebahagian besar daripada 15,000 peneroka di 37 tanah rancangan Felda wilayah tersebut minta Felda mengkaji semula pemberian saham kepada peneroka.

Katanya rata-rata peneroka meminta saham itu ditambah sekurang-kurangnya 200 unit lagi menjadikan 1,000 unit.

"Bagaimanapun peneroka bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan di atas pemberian saham tersebut yang sama sekali tidak diduga," katanya.


Peneroka kena kencing rupanya umpan yang diorang pasang ari tu dengan pemberian sebanyak Rm5000 hanya duit tutup mulut, supaya peneroka tak payah nak bising-bising bila dapat saham ciput je nanti, sekarang baru tembelang da pecah cuma dapat 800 unit saham je, kata la kalau lepas listing nanti harga saham cecah Rm7.55 baru dapat untung rm3 di darabkan dengan 800 unit cuma dapat rm2400 je beb. tu pun kalau harganya rm 7 kalau harganyacuma rm5 dapat la untung 45sen darab 800 dapatla untung rm360


Jadi peneroka jangan nak bermimpi la boleh jadi jutawan bila felda listing, yang bakal kaya nanti penyamun dan penjenayah rasuah kat atas tu anak pak samad tu. Hidup-hidup peneroka kena kencing beb.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP