Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Monday, April 23

Jom Tibai

Bawak-bawak la mengucap makcik-makcik oii, sedo la diri sikit tu ada hati nak tibai orang, suami kat rumah dah cukup layanan ke, bengong

Barisan Nasional (BN) dibidas kerana sering mengatakan negara akan bankrap sekiranya pelaksanaan gaji minimum dan penurunan harga minyak termasuk pendidikan percuma dilakukan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana negara mempunyai hasil pendapatan yang tinggi dan jumlah yang disalurkan untuk tujuan tersebut hanya pada kadar rendah.“Bila kita nak turun harga minyak Perdana Menteri (PM) kata negara bankrap. Bila kita kata nak bagi gaji minima RM1,100, gaji minimum bukan RM10,000 tapi PM kata negara bankrap.

“Anak pemimpin gaji ratusan ribu ringgit sebulan, gaji anak penternak lembu yang baru keluar universiti berusia 22 tahun dapat RM20,000 satu bulan, manakala anak orang kampung baik daripada Melayu, Cina, India atau Singh, kita nak bagi gaji minimum RM1,100 orang itu jawab negara bankrap, mana ada perasaan hati perut punya manusia,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk pada sambutan Perayaan Vasaikhi di Tampel Gurduara Singh di sini semalam.

Anwar berkata, rakyat perlu membawa perubahan dalam negara terutama pendapatan rakyat.
Menurutnya, Malaysia bukan negara miskin kerana hasil minyak setahun mencecah RM80 bilion.
Beliau turut mengulangi penurunan harga minyak mampu dilaksanakan dan pengumuman itu akan dilakukan sehari selepas beliau mengangkat sumpah sekiranya PR memerintah.

“Saya bukan kata pemberian minyak seperti pemberian air percuma di Selangor, kalau itu bankrap la kita, tapi saya kata hari ini pilihan raya, esok angkat sumpah satu hari lepas itu kita umum harga minyak seluruh neraga turun.“Perdana Menteri kata bankrap tapi kita sekarang dapat RM80 bilion setahun dan ini jumlah yang banyak, turunkanlah harga minyak,” katanya.

Katanya, pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga mampu dilaksanakan dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan rendah.
Menurutnya, menteri dalam negara ini dahulu mendapat gaji RM38,000 sebulan, tetapi sekarang meningkat RM80,000 sebulan.

Bagaimanapun, dengan sinis beliau mengatakan menteri-menteri masih masih mahukan saham, kontrak termasuk mengaut peruntukan jutaan ringgit untuk penternakan lembu.

“Jadi, sebab itu saya kata kita mampu laksanakan. Najib kata mana nak cari RM40 bilion, saya kata tak sampai RM30 bilion bukan untuk setahun, jumlah ini untuk 16 tahun jadi kira-kira RM3 bilion setahun tapi kalau saya akan tambah lagi RM5 bilion setahun.
“Ini termasuk yuran, makan, tempat tinggal dan buku supaya kualiti pendidikan kita meningkat. Semuanya hanya RM5 bilion setahun, minyak RM80 bilion setahun, jadi akan bankrap ke negara kita?” katanya.

Jom pakat Tibai, kahkahkah.
Inilah hasil kerja BN (Barisan Nipu) sana sini kencing negara boleh bangkrap kunon, kalau da bodoh urus wang negara cari yang bijak, Kalau Bab membedal wang negara pandai lak tak takut lak negara boleh bankrap, Celakak punya olang

Read more...

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP