Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Tuesday, June 28

UMNO ZALIM?

 “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.

Jelas hadis diatas menerangkan apa yang sepatutnya dilakukan kepada pemerintah yang zalim.

“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 Sebagai seorang mukmin yang beriman kepada rukun iman kita tidak akan memerangi pemerintah cuma yang kita mahu suara kita didengar. Perhimpunan bersih bukan lah bertujuan memerangi pemerintah tetapi hanya ini lah shaja jalan yang membolehkan pemerintah medengar luahan hati rakyat.

“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik).

Read more...

baju merah baju kuning

Warna kegemaran lembu di kampung ku

 
http://2.bp.blogspot.com/-eLb1jrIGSSw/Tgg5JFhLJXI/AAAAAAAAABY/GxfAdjbT8R0/s1600/po_02_1.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-vHNolQ5tZFA/Tgf8t7TmWcI/AAAAAAAAEIk/1413qBRDaxs/s1600/komunis.bmp

Ada sama la warna baju yg polis pegang ngan baju mamat kat atas tu, KDN tak phobia ke, cepat sumbat dalam isa, takan baju warna kuning je takut.
 Kalau tak silap gua gerakan aman gak guna warna merah. Tangkap baju merah pulak

Read more...

Monday, June 27

berani



BERANI

وَإِنَّ الشُّجَاعَ مِنَّا لِلَّذِي يُحَاذِي بِهِ
Sesungguhnya mereka yang berani dari kami sungguh yang seumpama dengannya
          Agama merupakan sesuatu yang paling mulia di dunia ini, dalam membelanya kita perlu berani, memiliki kuat diri, tegas.
          Syaja'ah (berani) muncul dari tabi'at fitrah, dikuatkan oleh tarbiyah jihad, dengan latihan dan praktikal. Umar ra mengisyaratkan dengan katanya: 'Berani dan takut adalah tabiat yang ditempatkan oleh Allah  di mana Dia menghendaki. Maka orang yang penakut lari mencari ibubapanya, dan orang yang berani berperang dari sesuatu yang tidak kembali dengannya kepada tunggangannya, dan terbunuh adalah salah satu bentuk kematian.'
          Allah  telah menjadikan agama tidak tegak kecuali dengan keberanian, dan kerana itulah jika ahlul haq ketakutan, mereka akan digantikan dengan satu kaum selain mereka. Inilah yang dimaksudkan oleh Syaikhul Islam dengan katanya: 'Dan tatkala kebaikan umat manusia tidak sempurna pada agama dan dunia mereka kecuali dengan sifat syaja'ah (berani) dan karam (pemurah), Allah  menjelaskan bahwa barangsiapa yang berpaling dari jihad nescaya Allah  menggantikan dengannya orang yang menegakkan hal itu.'
          Dan tidak mungkin manusia yang mementingkan peribadi (oportunisme) dan munafik memiliki semangat dan kekuatan ini.
          Penakut adalah sifat tercela, maka Rasulullah r berlindung darinya:
اللّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْجُبْنِ
'Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut…'
Dan Rasulullah  memandangnya seburuk-buruk sifat laki-laki:
شَرُّ مَا فِى رَجٌلٍ: شُحٌّ هَالِعٌ وَجُبْنٌ خَالِعٌ
"Seburuk-buruk sifat pada laki-laki: bakhil yang luar biasa  dan penakut yang melampaui batas'…"   
Perbezaan di antara jiwa yang berani dan penakut boleh diperhatikan dan nampak, dan berkaitan hal itu, Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: …Maka sesungguhnya seorang yang berani akan lapang dada,…dan manusia penakut paling sempit dada, gelap hati, tidak ada kebahagiaan dan kesenangan, tidak ada kenikmatan dan kelazatan, kecuali dari sisi seperti haiwan.'
          Barangsiapa yang maju ke depan memimpin manusia, ia harus menjadi ikutan dalam keberaniannya. Sungguh Rasulullah : 'Manusia paling pemberani dan paling pemurah.'Dan beliau bersabda:
لَوْ كَانَ لِي عَدَدُ هذِهِ الْعِضَاه نَعَمًا لَقَسَمْتُهُ بَيْنَكُمْ ثُمَّ لاَتَجِدُوْنِي بَخِيْلاً وَلاَ كَذُوْبًا وَلاَجَبَانًا
 'Jika aku memiliki unta sejumlah pohon ini nescaya aku membaginya di antaramu, kemudian kamu tidak menemukan aku sebagai orang yang bakhil, tidak pendusta, dan tidak pula penakut." Dan tentang faedah hadis ini, Ibnu Hajar rahimahullah berkata: 'Dalam hadis ini merupakan celaan sifat-sifat yang disebutkan, yaitu: kikir, pembohong, dan penakut, dan sesungguhnya pemimpin kaum muslimin tidak sepatutnya memiliki satu sifat tersebut.' 
          Tidak sepatutnya bagi orang yang beriman membiarkan musuhnya melihat sifat penakut pada dirinya, sehingga seorang sahabat yang syahid, yaitu Khubaib t sholat dua rokaat sebelum terbunuh, ia berkata kepada orang-orang musyrik: 'Demi Allah, jika bukan kerana kamu mengira aku merasa takut, niscaya aku menambah (jumlah rokaat sholat).'

          Umat syahadah di atas memerlukan orang-orang berani dalam menjaga kebenaran dan keberanian dan agamanya

 Kesimpulan:
  • Seseorang sangat berani apabila agama yang paling mulia di sisinya diperlekehkan. 
  • Persoalan agama tidak tegak kecuali dengan keberanian.
  • Tidak mungkin berpegang kepada orang-orang yang berkepentingan peribadi dan orang-orang munafik.
  • Penakut adalah seburuk-buruk sifat laki-laki.
  • Sesungguhnya ketergantungan yang kuat terhadap dunia membawa kepada sifat penakut.
  • Nabi adalah manusia paling baik, paling berani, dan paling pemurah.          


Read more...

Monday, June 20

nilaikan sendiri

PADA zaman Rasulullah SAW, pegawai kerajaan diarahkan menyimpan apa saja yang mereka terima sebagai hasil negara dalam Perbendaharaan Awam. Rasulullah SAW turut memberi peringatan, “Wahai manusia! Sekiranya ada di kalangan kamu yang dilantik sebagai wakil pentadbir oleh kami, dan kemudian menyorokkan daripada kami walaupun hanya sebatang jarum, atau lebih, dia sudah berkhianat, dan akan membawanya di Hari Kebangkitan.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Peringatan Rasulullah SAW itu selaras amaran Allah dalam firman bermaksud: “Sesiapa yang berkhianat menggelapkan sesuatu harta (kepunyaan semua), dia akan datang menanggung apa yang dikhianatkan itu pada Hari Kiamat; kemudian akan dibalas tiap-tiap seorang apa yang dikerjakannya, sedang mereka tidak dianiayai.” (Surah Ali-'Imran, ayat 161)

Peringatan itu penting kerana mereka yang diamanahkan untuk memerintah memiliki kuasa besar terhadap cara hasil negara dibelanjakan. Untuk mendokong sifat amanah terhadap kuasa inilah Allah merakamkan dalam al-Quran keperluan menyerahkan kerja kepada seseorang berperibadi kuat (al-qawiyy), iaitu yang berupaya serta berkebolehan (Surah al-Qasas, ayat 26).

Justeru, Rasulullah SAW pernah memberi peringatan bahawa ada tiga tanda orang munafik iaitu apabila dia berbicara, dia berdusta; apabila dia berjanji, dia menyalahi janji; dan apabila dia diamanahkan, dia berkhianat.

Dalam riwayat dirakamkan Imam Muslim, ada pernyataan tegas Rasulullah SAW mengenai golongan munafik iaitu ‘dia turut puasa, sembahyang dan menganggap diri Muslim.’

Di Malaysia ni ramai yang ada ciri-ciri munafik contoh terbaru:
Kita memang memperdaya Dr. Yusuf supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita atur supaya keluar daripada mulut beliau pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) dari mulut Dr. Yusuf, ini fitnah, ini qazaf. Kita nak (yang) itu
.bila bebicara dia dusta ada tak ciri ini pd org ini

Read more...

Saturday, June 18

UMNO semakin gila

untuk entry kali ini gua nak sentuh tentang politik di malaysia. Gua rasa terpanggil untuk menulis kerana melihat kekalutan yang semakin merencam dalam politik Malaysia. Gua lihat kebelakangan ni UMNO begitu ketakutan dengan impak yang bakal diterima melalui perhimpunan Bersih. Kenapa agaknya ye UMNO begitu takut sehingga terpaksa mengimport banyak ngo untuk mengagalkan perhimpunan tersebut. Kita tak payah la menamakan semua ngo2 ni kerana kita sudah pun pasti bilangan ahli setiap ngo tersebut tidaklah begitu ramai, malah orang yang sama juga merupakan ahli beberapa ngo. gua pasti sangat bebrapa ahli belia 4b juga merupakan ahli pekida, perkasa dan pemuda umno.
Baiklah kita tinggal kan cerita ngo ni, apa yang menjadi pokok cerita adalah mengapa perhimpunan Bersih ni begitu menjadi mimpi buruk kepada UMNO.
1.JIka perhimpunan ini berjaya ianya akan menjadi alat bandingan kepada pesta, acara, keramaian yg telah dianjurkan oleh UMNO.
2.Jika tidak dihalang perhimpunan ini akan membuka mata rakyat bahawa kekuatan UMNO itu telah pudar, rakyat tidak lagi merasa takut bahawa UMNO sahaja yang mampu memerintah.
3.JIka tidak dihalang perhimpunan ni bakal membuka pekung yang telah bernanah yang cuba disebunyikan oleh UMNO.
4.Jika perhimpunan ini tidak dihalang seluruh dunia amny dan rakyat MALAYSIA khasny akn mengerti bahawa rakyat sudah tiada saluran lain untuk menyatakan pendapat,pendirian dan rasa kecewa terhadap pemerintah atas sebab sekatan, kekangan yang dilakukan oleh pemerintah.
UMNO begitu takut sehingga mengunakan semua agensi, badan atau jabatan untuk mengagalkan perhumpunan tersebut. Mengapa tidak dengan segala media yang dikuasai oleh UMNO boleh digunakan untuk menjawab segala tuntutan rakyat ini. Mengapa tidak dibiarkan sahaja perhimpunan ini belaku?
Alasan-alasan dangkal yang diberikan untuk menghalang perhimpunan ini nampaknya tidak mendapat perhatian rakyat, mana mungkin dengan berhimpun boleh menyebabkan perniagaan terjejas dimana logiknya. Seorang peniaga yang pandai pasti akan gembira jika ramai orang berada ditempat perniagaan mereka. Mana mungkin juga berhimpun boleh menyebabkan keadaan huruhara berlaku, rakyat Malaysia bukannny begitu bodoh, sedangkan monyet yang berhimpun sesama mereka pun tidak berperang inikan pula manusia, pemerintah seperti memperlekehkan tahap akal fikiran rakyat. Tamabahan pula perhimpunan ini pastinya akan diawasi pihak berkuasa. Selama ini pun dataran merdeka menjadi saksi rakyat malaysia berkumpul samada untuk acara, majlis, perjumpaan atau program yg melibatkan orang ramai man pernah berlaku kucarkacir kecuali atas provokasi pihak tertentu.

Read more...




KRITERIA SESAT
 
Suatu kefahaman atau aliran keagamaan dinyatakan sesat apabila memenuhi salah satu dari kriteria berikut:
 
1.     Mengingkari salah satu dari rukun iman yang 6 (enam) yakni beriman kepada Allah, kepada Malaikat-Nya, kepada Kitab-Kitab-Nya, kepada Rasul-Rasul-Nya, kepada hari Akhirat, kepada Qada dan Qadar dan rukun Islam yang 5 (lima) yakni mengucapkan dua kalimat syahadat, mendirikan sholat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan ramadan, menunaikan ibadah haji.
2.   Meyakini dan atau mengikuti aqidah yang tidak sesuai dengan dalil Syar'i (Al-Qur'an dan Assunnah).
3.     Meyakini turunnya wahyu setelah Alqur'an.
4.     Mengingkari kandungan dan atau kebenaran Al-Qur'an.
5.     Melakukan penafsiran Al-Qur'an yang tidak berdasarkan kaedah-kaedah tafsir.
6.     Mengingkari kedudukan hadis Nabi sebagai sumber ajaran Islam.
7.     Menghina, melecehkan dan atau merendahkan para Nabi dan Rasul.
8.     Mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir.
9.   Merubah, menambah dan atau mengurangi pokok-pokok ibadah yang telah ditetapkan oleh syari'ah, seperti haji tidak ke Baitullah, sholat fardu tidak 5 (lima) waktu.
10. Mengkafirkan sesama muslim tanpa dalil Syar'i, seperti mengkafirkan muslim kerana bukan kelompoknya.
Adakah kita juga tergulung dalam salah satu kumpulan diatas fikir-fikirkan la,

Apa yang menarik minat saya adalah kriteria yang kelima, terlalu ramai manusia terutama di Malaysia ini melakukanya untuk mendapat kepentingan peribadi yang sedikit adakah ramai manusia seperti haiwan diatas.

Read more...

Friday, June 17

hukum yg tidak difahami ramai org

 ehsan dari http://shalehudin.blogspot.com
Mohd Asri Zainul Abidin
Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?

Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Rogol

Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.

Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

Lian

Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi.

Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.

Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.

Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono.

Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.

Read more...

amanah 2

Tajuk yang akan dibicarakan adalah tentang seorang muslim yang bersikap amanah dan tidak boleh khianat. kebelakangan mungkin banyak kita dengar tentang orang yang tidak amanah maupun orang yang berlaku khianat, baik khianat kepada rakan, khianat kepada pimpinan, pimpinan khianat kepada bawahan-nya, suami khianat kepada isteri atau sebaliknya. Diharapkan dari kajian berikut kita boleh lebih amanah dan tidak melakukan khianat.

Dalam Surat Al Baqarah 159 Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turnkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati,”.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa ditanya tentang sebuah ilmu lalu ia menyembunyikannya, nescaya Allah akan mengikat mulutnya dengan tali kekang dari api Neraka pada hari kiamat”. -Shahih, HR Abu Dawud-

Jika Seseorang pemegang amanah muslim yang dipercaya untuk menyampaikan hak harta kepada orang lain, kemudian orang tersebut memberikan harta yang disimpannya dengan benar/lengkap dan cukup serta menyampaikannya dengan baik/tidak cacatcela, maka orang tersebut dicatat sebagai salah seorang dari dua orang yang bersedekah (pemegang amanah dan pemilik harta).
J
Para Pemimpin !!! Bersikaplah Amanah, Jangan khianat
Pengkhianatan terbesar menurut Nabi SAW adalah pengkhianatan yang dilakukan oleh seorang pemimpin, pengkhianatan yang dilakukan suami kepada isteri atau sebaliknya, pengkhianatan anak kepada orangtua dll. Sesuai dengan hadis berikut :
Hadis 1 :
Nabi SAW Bersabda “Setiap pengkhianat memiliki bendera pada bagian belakangnya pada hari khiamat nanti, yang akan ditinggikan (bendera tersebut) sesuai dengan kadar pengkhianatannya yang dilakukan. Ingatlah, tiada pengkhianatan yang melebihi pengkhianatan oleh para pemimpin masyarakat” (HR. Muslim)
Dari hadis diatas dapat dimengertikan bahwa pengkhianatan terbesar adalah pengkhianatan yang dilakukan oleh seorang pemimpin, terutama pemimpin masyarakat. Kerana jika pemimpan tidak amanah dalam memimpin maka semua juga akan menjadi rosak.
Hadis 2 :
Abu Dzar berkata “Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak menjadikanku sebagai pegawai (yang memegang satu jabatan)?” Kemudian Beliau menepuk pundakku dan bersabda “Hai Abu Dzar, sungguh kamu ini seorang yang lemah dan jabatan itu amanah. Pada Hari Kiamat nanti, jabatan itu menjadi kehinaan serta penyesalan, kecuali bagi orang yang melaksanakannya secara benar dan menunaikan semua kewajibannya” (HR Muslim)
Hadis 3 :
Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman,Ada tiga kelompok manusia yang akan menjadi musuh-Ku pada hari Kiamat nanti. Seorang yang diberi amanah kepemimpinan, lalu khianat, seorang yang menjual orang yang merdeka dan memakan hasil penjualannya, seorang yang mengupah seorang buruh. namun saat buruh itu meminta haknya, maka dia menolak memberikan upahnya” (HR Bukhari)
Hadis 4 :
Dari Abu Khalid Hakim bin Hizam ra berkata, Rasulullah SAW bersabda, “penjual dan pembeli sama-sama memiliki hak khiyar (membatalkan atau melanjutkan transaksi) selama keduanya belum berpisah (khiyar majlis). Jika keduanya jujur (amanah) menjelaskan kelebihan dan kekurangan barang yang dijual, maka keduanya akan diberikan keberkatan. namun, jika keduanya dusta dan tidak amanah, maka Allah menghilangkan keberkatan pada transaksi yang mereka lakukan”
Dalam fiqeh Islam ada bab Khiyar yang ertinya adalah penjual dan pembeli berhak membatalkan atau melanjutkan transaksi jual-beli. Hak ini dimiliki oleh penjual maupun oleh pembeli.

Read more...

Thursday, June 16

KURANG AJAR

Penghinaan Terhadap Islam?

Saat ini di mana-mana semakin banyak kelompok-kelompok yang menghina Islam, dan majoritiny dari mereka mengaku bahwa mereka Islam. Melalui forum-forum di internet, blog, dan lainnya, mereka melakukan black campaign terhadap Islam, menyebarkan khabar-khabar gila, dan hinaan-hinaan terhadap elemen-elemen Islam. Yang paling terkenaldan terbaru oleh pelukis kartun di Utusan Malaysia.
 Sebagai seorang Muslim, gua merasa kasihan kepada mereka yang tidak dapat melihat hidayah Allah S.W.T. dan malah seperti mempersenda-sendakan hukum Allah. Tapi sebagai seorang Muslim, kita tidak perlu terprovokasi dengan bara yang mereka percikkan ke umat Islam tersebut. Semakin kita terprovokasi, semakin senang mereka dan tambah menjadi-jadi penghinaan mereka.

Provokasi itu subur ketika orang-orang mudah terprovokasi. Jika orang-orang tidak ada yang peduli dengan provokasi, provokasi tersebut akan mati dengan sendirinya. Kita tidak perlu marah ketika kita dihina sebagai seorang yang bodoh kerana mempercayai Islam, ketika Tuhan kita dihina-hina, ketika Nabi kita dicemuh, ketika Kitab Suci kita disalahertikan. Kita harus menghadapi itu semua dengan akal yg bijak. Bahkan waktu zaman Rasullullah S.A.W. dulu, beliau juga dihina-hina seperti binatang menjijikkan, namun beliau tetap sabar dan menyebarkan khabar-khabar Islam dengan sabar.
Jadi kenapa penghinaan-penghinaan itu terjadi? Sebenarnya mereka ini irihati dan dengki terhadap umat Islam yang lainnya. keduanya kebodohan melampau terhadap Islam itu sendiri, samada kebodohan itu terbit dari kekurangan ilmu atau sengaja ingin menjadi pak turut kepada pemerintah atau kedangkalan dalam mentafsirkan hukum Allah. Semoga Allah menjauhkan kita dari perbuatan seperti itu. Amin.
Saranan gua buat orang-orang yang menghina-hina Islam di forum-forum tersebut: Jika merasa hukum Islam itu tidak sesuai, tinggalkan saja hukum Islam. Lupakanlah hukum Allah, cari yang lain, seperti ,hukum kambing, hukum panddy kutty, hukum uprono  atau mungkin Syetan . Tidak perlu kehilangan akal sampai-sampai menghina-hina Islam seperti orang  meroyan. Sebab dengan kalian menghina-hina Islam  sebegitu, itu menunjukkan kalian mengakui bahwa kalian sebenarnya bukan lagi umat Muslim dan Islam.
Itu salah satu perilaku manusia yang dijanjikan Allah, dimana ketika manusia sudah ditutup mata dan pintu hatinya, dia akan berbuat apapun untuk memuaskan nafsu kebinatangannya, salah satunya melihat orang lain menderita. Gua tidak maksud umat Islam menderita kerana dihina-hina begitu, cuma mereka ingin kita begitu. Jadi kalau kita merasa menderita akibat hinaan-hinaan mereka, tujuan mereka akhirnya tercapai. Maka hindarilah ketakutan dan amarah atas kelakuan-kelakuan sia-sia mereka. MAAF EN3 GUA KALI NI AGAK KASAR TAPI PERBUATAN MEREKA INI TELAH MELAMPAU

Read more...

Wednesday, June 15

murtad

sebab murtad

1. Kebodohan.

Kebodohan menjadi penyebab utama adanya gelombang murtad, kerana mereka tidak dibentengi dengan ilmu. Oleh kerana itu salah satu cara yang efektif untuk mencegah murtad adalah dengan menyebarkan aqidah dan ilmu yag benar di kalangan masyarakat.

Syekh al-Bakri ad-Dimyathi (w 1310 H) berkata: “Ketahuilah bahwa banyak orang-orang awam yang mengucapkan kata-kata kufur tanpa mereka sadari, bahwa sebenarnya hal itu adalah bentuk kekufuran. Maka wajib atas bagi orang yang berilmu untuk menjelaskan kepada mereka mereka hal-hal yang menyebabkan kekafiran tersebut, supaya  mereka mengetahuinya, kemudian boleh menghindarinya. Dengan demikian maka amalan mereka tidak menjadi sia-sia, dan tidak kekal di dalam neraka (bersama orang-orang kafir) dalam siksaan besar dan azab yang sangat pedih.

Sesungguhnya mengenal masalah-masalah kufur itu adalah perkara yang sangat penting, kerana seorang yang tidak mengetahui keburukan maka sadar atau tidak, ia pasti akan terjatuh di dalamnya. Dan sungguh setiap keburukan itu sebab utamanya adalah kebodohan dan setiap kebaikan itu sebab utamanya adalah ilmu, maka ilmu adalah petunjuk yang sangat nyata terhadap segala kebaikan, dan kebodohan adalah seburuk-buruknya teman (untuk kita hindari)”. (  I’anah ath-Thalibin: 4/133)

2. Kemiskinan.
Murtad seringkali terjadi pada daerah-daerah miskin atau manusia yang inginkan kemewahan dunia. Banyak kaum Muslimin yang mengorbankan keyakinan mereka hanya untuk sesuap nasi atau ingin mewah.

3. Tidak adanya pemerintahan Islam

Hilangnya pemerintahan Islam yang menegakkan syariat Allah membuat musuh-musuh Islam leluasa melakukan pemurtadan dan penyesatan terhadap umat Islam.  Dengan pemerintahan islam sahaja umat Islam tidak akan berani main-main dengan agamanya. Berikut ini beberapa bukti bahwa pemerintahan Islam mempunyai peran penting di dalam menghentikan gelombang pemurtadan :

Para Khulafa’ Rasyidin menegakan memerangi orang-orang yang murtad danmenghukumi mereka dengan hukuman mati, seperti yang dilakukan oleh Abu Bakar Siddiq terhadap Musailamah al-Kadzab dan para pengikutnya.

Begitu juga yang dilakukan oleh Khalifah Al Mahdi, sebagaimana diceritakan oleh Ibnu Katsir pada peristiwa yangterjadi pada tahun 167 H : “ Khalifah Mahdi memburu orang-orang yang murtad kemana saja mereka bersembunyi, mereka  yang tertangkap dibawa kepadanya dan dibunuh di depannya . “ ( al Bidayah wa an Nihayah 10/149 )

Begitu juga pada tahun 726 H, Nashir bin as Syaraf  Abu Al Fadhl al Haitsami dihukum mati karena menghina ayat-ayat Allah dan bergaul dengan para zindiq. Padahal dia orang yang menghafal kitab At Tanbih, dan bacaan al qur’annya sangat bagus   (al Bidayah wa an Nihayah : 14/ 122 )

Berkata Al Qadhi Iyadh :  “ Para ulama Malikiyah yang berada di Bagdad pada zaman khalifah al Muqtadir telah sepakat untuk menjatuhkan hukuman mati kepada al Halaj, kemudian menyalibnya, hal itu kerana dia menganggap dirinya  Allah dan menyakini Aqidah al Hulul, serta menyatakan bahwa dirinya, padahal al Halaj secara lahir, dia menjalankan syariat.“ (Asy Syifa’ :  2/1091 )

4. Ghozwul Fikri.

Munculnya pemikiran-pemikiran sesat seperti liberalisme, pluralisme dan sekulerisme telah mendorong terjadi gelombang kemurtadan di kalangan kaum Muslimin, kerana kefahaman tersebut mengajarkan bahwa semua agama sama, dan semua orang bebas melakukan perbuatan apapun juga, tanpa takut dosa. Wallahu A’lam

Read more...

Monday, June 13

akhir zaman


Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi



Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad



Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Read more...

Saturday, June 11

sifat allah yang tidak fahami manusia

Ilmu Tauhid (Aqidah/Iman) adalah hal yang paling penting yang mesti dipelajari setiap Muslim. Bahkan mesti dipelajari lebih dulu sebelum kita mempelajari/melakukan ibadah seperti solat, puasa, zakat, haji, dan sebagainya. Bagaimana kita boleh tergerak untuk melakukan ibadah jika dalam hati kita tidak ada iman? Bagaimana kita boleh ikhlas dan khusyuk beribadah jika kita tidak tahu/tidak yakin akan Allah dan sifat-sifatNya?


Banyaknya ummat Islam di Malaysia yang menjadi murtad itu kerana mereka  tidak mempelajari dan meyakini ilmu Tauhid sehingga akhirnya tidak tahu Sifat-sifat Tuhan yang asli/sejati. Akhirnya mereka menyembah Tuhan yang sifatnya berlawanan dari sifat Allah seperti menyembah 3 Tuhan dan sebagainya.
Pada Ilmu Tauhid ini diperlukan oleh orang belum memiliki iman yang kuat kepada Allah, apalagi Al Qur’an. Oleh kerana itu dalilnya pun yang pertama dipakai adalah dalil Akal (Aqli). Setelah beriman, baru dalil Naqli (Al Qur’an) dikemukakan. Pada ilmu tentang Iman, maka Akal harus digunakan. Ada pun jika sudah beriman dan mengenai feqah.

Kerana itulah Allah dalam Al Qur’an juga kerap menggunakan dalil Akal kepada kaum yang kafir atau imannya masih lemah. Hanya orang yang berakal saja yang dapat pelajaran.

“…Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.” [Ali ‘Imran 7]
Allah juga kerap memakai ilmu pengetahuan seperti penciptaan langit dan bumi sebagai tanda bagi orang yang berakal:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” [Ali ‘Imran 190]

“dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal.” [Al Jaatsiyah 5]

Lihat ayat Al Waaqi’ah ayat 58 hingga 72. Allah menggunakan logik kepada manusia (termasuk kita yang membaca surat tersebut) agar menggunakan akal kita:

“Maka terangkanlah kepadaku tentang nutfah yang kamu pancarkan. Kamukah yang menciptakannya, atau Kamikah yang menciptakannya?” [Al Waaqi’ah 58-59]

“Kamukah yang menjadikan kayu itu atau Kamikah yang menjadikannya?” [Al Waaqi’ah 72]

Allah menggunakan logik dan perumpamaan-perumpamaan (Tamtsil/Ibarat) agar orang yang berakal/berilmu meski dia belum beriman boleh berfikir dan beriman kepada Allah.

“Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.” [Al ‘Ankabuut 43]

Baca juga ayat Al Hasyr 21, Al Kahfi 45, Al Kahfi 54, Ar Ruum 58, Az Zumar 27, dsb. Ada 58 ayat lebih tentang perumpamaan yang dikenal sebagai logik analogi.

Contoh perumpamaan itu adalah ayat Al A’raaf 176, Al ‘Ankabuut 41, Al Baqarah 17, Al Baqarah 171, Al Baqarah 261, Al Baqarah 264, dan sebagainya.
Keliru sekali jika ada orang yang menolak sama sekali penggunaan dalil Akal apalagi jika itu ditujukan pada orang yang belum atau masih tipis imannya. Kerana itu, banyak orang-orang yang dulunya kafir, akhirnya masuk Islam.

Berbagai firman Allah seperti Afalaa Ta’qiluun, La’allakum Tatafakkaruun, Ulil Albaab merupakan perintah Allah pada manusia untuk menggunakan akal atau fikiran termasuk dalam beragama.

Sifat Allah itu banyak/tidak terhitung. Namun seandainya ditulis 1 juta, 1 bilion atau 1 triliun, tentu kita tidak akan sanggup mempelajarinya bukan? Seorang ulama menulis 20 sifat yang wajib pada Allah. Jika tidak memiliki sifat itu, bererti dia bukan Tuhan atau Allah. Setelah itu bolehlah kita mempelajari sifat Allah lainnya dalam Ama’ul Husna (99 Nama Allah yang Baik)

Kadang kala manusia jadi keliru apabila adany ulama yang membicarakan tentang sifat2 yang pada manusia nampak seperti keji tetapi sbenarny jika diperhalusi dengan keilmuan yang tinggi akan terserlah keagongan Allah.

Read more...

pakaian pemimpin atau isterinya

Rasulullah bersabda ?
Ada dua golongan penghuni neraka yg aku belum pernah melihatnya Laki-laki yg tangan mereka menggenggam cambuk yg mirip ekor lembu utk memukul orang lain dan wanita-wanita yg berpakaian namun telanjang dan berlenggang lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak pundak unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak yang jauh.
Wanita-wanita yg digambarkan Rasul dalam hadis di atas sekarang banyak sekali kita lihat. Bahkan itu sudah menjadi sesuatu yg biasa dan dianggap lumrah. Mereka adlh wanita-wanita yg memakai pakaian tapi telanjang. Sebab pakaian yg mereka kenakan tak dapat menutupi apa yg Allah perintahkan utk ditutupi. 

1. Al-Quran surat An nur
Dan katakanlah kepada wanita-wanita yg beriman ?Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yg biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkkan khumur nya ke dadanya.
Para ulama mengatakan bahwa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab jika perhiasannya saja dilarang utk dinampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada.
 Bererti tidak cukup hanya dgn menutupkan jilbab pada kepala saja dan hujungnya diikatkan ke belakang. Tapi hujung jilbab tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi dada.
2. Hadis riwayat Aisyah RA bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah dgn pakaian yg tipis lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata: Hai Asma seseungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid maka tak ada yg layak terlihat kecuali ini, sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. .
3.Dari Al-Quran  :Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu melakukan tabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah dahulu . Keterangan Tabarruj adlh tidak menutup bagian tubuh yg wajib utk ditutup.
SYARAT PAKAIAN PENUTUP AURAT WANITA Pada dasarnya seluruh bahan model dan bentuk pakaian boleh dipakai asalkan memenuhi syarat-syarat berikut
1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
2. Tidak tipis dan tidak transparence
3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh
4. Bukan pakaian laki-laki atau menyerupai pakaian laki-laki.
5. Tidak berwarna dan bermotif terlalu menyolok.Sebab pakaian yg menyolok akan mengundang perhatian laki-laki.
Dengan alasan ini pula maka maka membunyikan perhiasan yg dipakai tidak diperbolehkan walaupun itu tersembunyi di balik pakaian. .
Pemimpin kita atau isteriny adakah mematuhi etika pakaian islam ini

Read more...

Friday, June 10

pemerintah khianat

Renungan untuk pemimpin, pegawai dan pekerja

Dari Abu Humaid as-Sa’idi, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Hadiah untuk para pegawai adalah ghulul (harta yang di dapat dari khianat terhadap amanah, ).” (Hr. Ahmad, )

Dari ‘Adi bin ‘Amirah al-Kindi, Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa di antara kalian yang kami beri amanah dengan suatu pekerjaan, lalu dia tidak menyerahkan sebatang jarum atau yang lebih bernilai daripada itu kepada kami, maka harta tersebut akan dia bawa pada hari kiamat sebagai harta ghulul .” (Hr. Muslim,)


Dari Abdullah bin Buraidah dari ayahnya, Buraidah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Siapa saja yang kami pekerjakan, lalu dia telah kami beri gaji, maka semua harta yang dia dapatkan di luar gaji (dari pekerjaan tersebut ) adalah harta yang berstatus ghulul .” (Hr. Abu Daud, )
. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يُبَالِى الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Manusia akan menjumpai suatu masa yang di masa tersebut orang tidak lagi memperdulikan apakah dia mendapatkan harta dari jalan yang halal ataukah dari jalan yang haram.” (Hr. Bukhari, no 2083)

Menurut Syekh Abdul Muhsin al-Abbad, orang-orang yang tidak memperdulikan halal dan haram memiliki prinsip bahwa semua harta yang boleh didapatkan itulah harta yang halal, sedangkan semua harta yang tidak boleh mereka dapatkan itulah harta yang haram. Adapun dalam ajaran Islam, sesuatu yang halal adalah semua hal yang dihalalkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sebaliknya, sesuatu yang haram adalah semua hal yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya. “Sesungguhnya bagian badan manusia yang pertama kali membusuk adalah perutnya. Oleh kerana itu, barangsiapa yang mampu untuk memakan makanan yang halal saja, maka hendaknya dia usahakan.” (Hr. Bukhari,)

Harta yang diperolehi para penguasa dan penjawat awam yang berasal dari harta atau tanah milik negara atau milik masyarakat yang diambil dengan jalan pemaksaan, kekerasan, tekanan dan penyalahgunaan kuasa. Kesemua harta yang diperolehi dengan cara ini adalah haram dan merupakan suatu kezaliman. Hal ini sama dengan kecurangan dan pelakunya akan masuk neraka berdasarkan hadis Nabi SAW,

“Barangsiapa yang secara zalim mengambil sejengkal tanah, maka kelak ia akan dikalungi Allah dengan (belenggu seberat) tujuh lapis bumi” [HR Mutafaq Alaih].

Read more...

istimewanya wanita

Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai wanita yang solehah.

  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
  4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
  5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
  6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan dirikannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
  20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.
  22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  23. Wanita yang memberi minum air susu ibu  kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
  30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  37. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 kolam emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 kolam perak.
  38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Read more...

Wednesday, June 8

sudah tua



?




Manusia mempunyai misi kekhalifahan dan diberi umur untuk memakmurkan bumi.  umur merupakan misi, tugas. Manusia mesti menggunakan umurnya sebagai tugas untuk menciptakan kemakmuran. Kalau tidak, bererti mengkhianati amanah, mengkhianati umur kerana umur mesti sejahtera. Kemakmuran dalam bentuk spiritual dan material. Ada orang yang makmur dunianya tapi bangkrap akhiratnya. Juga ada manusia yang susah dunianya tapi sejahtera spiritualnya. Ini semuanya kurang tepat.
Al Qur'an mengajarkan dalam berdo'a supaya mendapatkan kebaikan di dunia dan di akhirat.  Ertinya keduanya bersangkutan. Apa yang dilakukan di dunia akan ada pertalian dengan akhirat.
 
Orang Islam sebagai penziarah. Para Sufi berkata bahwa manusia hidup di dunia sebagai penziarah tapi lupa dengan petanya. Imam Al Ghazali mengatakan bahwa ramai manusia yang lupa akan tujuan akhir umur kerana disibukkan oleh persiapan peralatannya. Ada pula manusia walaupun semakin berumur semakin ligat memikirkan dunianya tanpa ada perasaan bahawa panggilan untuk perpindahan semakin menghampiri. Walaupun telah acapkali diberi peringatan oleh Allah tetapi masih lagi menjadikan kemungkaran sebagai peralatan perpindahan.

 
 

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP