Followers
Thursday, May 19
apa itu sumpah mubahalah
Paling penting ialah Kena faham sunguh-sungguh (i) bila dan (ii) atas sebab apa, sumpah Mubahalah ini boleh digunakan.
Dalam jenis pertikaian yang bagaimanakah “Sumpah Mubahalah” di  haruskan bahkan mungkin sebagaimana satu cara dan kaedah “muktamad” bagi  menyelesaikan pertikaian dan dakwaan yang saling bertentangan antara  dua (2) kelompok seperti yang menjadi sebab Asbab AnNuzul – atau sebab  diturunkan penerangan dan kaedah yang diberi Allah SWT bagi  menyelesaikan dakwaan antara kaum seorang pendita dari kaum Najran  (Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan  sahabat-sahabat Baginda.
Lalu disyari’atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak  memanggil anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri,  kedua-dua pihak melakukan Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil  baatil (golongan yang sesat yang berdebat dengan Nabi ini) hanya akan  berterusan (kerana kedegilan mereka) dan hanya dapat ditenangkan dengan  kedua pihak saling bersumpah.  Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila  ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin terus menerus berdebat dengan  Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan semuanya, Islam  mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu perdebatan mereka  dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa azab kepada pihak yang  menipu. (dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak  ada nas (nusus) dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut  dan ruang penghakiman mengikut lunas-lunas Syari’at.
Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu  bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah  suatu yang BID’AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di  mahkamah syariah negara kita. Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!!  dan bukan pertuduhan JENAYAH. Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi  SAW bersabda ‘Bagi pihak yang menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah. Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang Islam dan bukan Islam.
Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan  diri mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio),  tuduhan JENAYAH dibuat  terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah satu  daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu ‘Penjagaan Maruah’.  Seharusnya  mereka mengikut hukum syara’ dengan menyokong pertuduhan mereka dengan  BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah dengan bukti  kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu. Jika Islam memberi ruang  kepada mereka yang menuduh  (terutama) Jenayah dengan hanya sekadar  bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau dengan semua  pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb dengan  hanya bersumpah. Ini salah faham yang sangat besar yang perlu  diperjelaskan. Majoriti ulama keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes  jenayah, pertuduhan hanya dengan bukti dan jika MALAH dalam KES  pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar jika mereka tiada  bukti. Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!!  di Mahkamah Syariah.
Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran tuduhan zina  terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan  memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH  ‘Qazaf’ (yang  dibolehkan mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit  tidak mendatangkan bukti yang dituntut Syar’iat Allah SWT yang telah pun  diqanunkan menjadi undang-undang Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi.
Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang  tidak boleh digunakan kerana tiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan  kacau bilau (chaos) dalam masyarakat umat Islam. Hanya dengan cara  penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja dibolehkan  pertuduhan sebegini dibuat.  Trio ini harus ke mahkamah kalau  benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan ke masjid, bersembahyang  sunat dan bersumpah di hadapan kamera.  Masyarakat juga harus  diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan dalam kes Jenayah  khususnya.

 
 
 
![Validate my Atom 1.0 feed [Valid Atom 1.0]](valid-atom.png)