Bekas Ketua Meja Mahkamah Utusan Malaysia, Kamariah Ahmad ditemui meninggal dunia di rumahnya di Menara Cenderawasih AU3 Keramat di sini malam semalam.
Allahyarham yang berusia 59 tahun menghidap kanser payu dara.
Allahyarham menyertai Utusan Malaysia sebagai wartawan di Meja Mahkamah pada tahun 1979 dan dikenali sebagai seorang ketua yang begitu mengambil berat tentang kebajikan anak-anak buahnya.
Sepanjang karier beliau, Allahyarham yang masih bujang, telah membuat liputan pelbagai kes mahkamah yang pernah menggemparkan negara, antaranya kes perbicaraan Mona Fandey, kumpulan militan Al-Maunah, kes liwat dan salah guna kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib.
Semoga Allah memberi keampunan dan ditempatkan dalam golongan terpilih.
Kepada orang utusan ini mungkin merupakan peringatan Allah supaya lebih bertanggungjawab dalam melaporkan berita, gua mohon Allah beri gua dan kita semua hidayah untuk memyampaikan berita yang benar, dan kita semua tak kan mampu terus menongkat langit, kematian adalah pasti, jd jgn fikir dunia ni kita boleh terlepas.
Read more...