Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Wednesday, September 7

nak dakwa ke tidak, tak sabo gua

Polis menyiapkan kertas siasatan terhadap Mohamad Sabu berhubung kenyataannya mendakwa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata kertas siasatan itu dihantar ke Bukit Aman hari ini untuk diteliti dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.
Katanya, polis mengambil keterangan daripada Timbalan Presiden PAS, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, itu pada Ahad lalu.
"Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan dan sama ada beliau akan didakwa atau tidak, ia bergantung kepada Pejabat Pendakwa Raya," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Tunggu kita lihat siapa yang kena, gua dah tak sabar2 lagi ni nak tahu keputusan Pejabat Pendakwa Raya ni, nak dakwa, tak dakwa, nak dakwa, tak dakwa, gua cuma risau takut lambat sangat  pendakwa raya ni ambil keputusan, takut cerita yang tengah hangat ni jadi basi, nanti tak sedap pulak.

Kalau tak dakwa bermakna pendakwa raya sedang gali kubur umprono, nak dakwa pula ada kes ke, apa2 pun kita tunggu dan lihat skrip drama seterusnya, bagi suspen sikit. Najib apa cerita pergi ngeteh kalau ikut kata orang jawa johor, dengan hakim2 , ada cerita baik ke untuk hakim2,


Read more...

Bomoh penjilat besuara

Mohamad Sabu perlu menyuluh dan mencermin diri terlebih dahulu apakah beliau layak untuk berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu tragedi Bukit Kepong. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ‘penjilat’ komunis seperti Mohamad atau Mat Sabu tidak layak untuk berdebat mahu pun berada sepentas dengan Muhyiddin.
“Mat Sabu ini siapa? Apa taraf dia nak berdebat dengan Muhyiddin. Orang yang sanggup menjadi pecacai kepada komunis dan menghina perjuangan bangsa sendiri tidak layak untuk diangkat dan diberi penghormatan.
“Mat Sabu hanya layak untuk berdebat dengan pemimpin-pemimpin DAP kerana ideologi mereka serupa iaitu sama-sama mengagungkan perjuangan komunis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Mat Sabu mencabar Muhyiddin untuk berdebat dengannya selepas Timbalan Presiden Pas itu menolak kesediaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bagi menggalas peranan tersebut.
Semalam, Khairy menggelar Mat Sabu sebagai pemimpin yang bacul dan penakut kerana tidak berani berdebat dengannya, meskipun jemputan mengenai perkara itu dihantar sendiri oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Hari ni gua baru tahu rupanya bomoh mimpi dari Melaka ni rupanya ahli majlis tertinggi perkosa. Beria-ia benar bomoh ni mempertahankan  TPM, lawak gila alasan yang diberikan, bomoh penjilat najis umprono ni apa kelayakan dia nak mengulas cabaran debat Mat Sabu dengan Tpm. Kalau la mat sabu tak layak duk sepentas dengan Tpm, bomoh ni layaknya apa jadi penjilat tapak kaki Tpm kot.Weeeeeeeeiiii bomoh lu sedar tak Mat Sabu tu timbalan Presiden Pas, lu pulak siapa ahli majlis tertinggi umno pun tidak, lu kalau dalam filem cuma pak pacak yang asik2 jalan mundar mandir belakang hero je, jadi jangan bercita2 besar la nak hina orang kalau sendiri pun tak ada apa2.

Lepas tu cakap Mat Sabu cuma layak berdebat dengan pemimpin Dap la pulak, deh macha apa ke jadahnya Dap boleh masuk dalam ini gambar. Bila pulak Mat sabu agong2kan komunis, meh sini baca ni disini
Ada ke Mat sabu cakap sokong komunis, da hilang akal ke bomoh ni.

Si kitol pulak kata Mat sabu bacul sebab takut berdebat dengan dia, ok la kalau lu rasa mat sabu bacul itu lu punya hal, jadi kalau macam tu Muhyiddin pun bacul dan pengecut la..Lu pun bacul dan pengecut sebab tak berani berdebat dengan suhaizan. Semua pemimpin umprono bacul dan pengecut kecuali sabri cik sebab takut berdebat dengan Anwar.



Read more...

satu lagi GLC bakal rebah

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar diminta menjelaskan kewajaran membenarkan syarikat milik kerajaan (GLC), Sime Darby Bhd. dalam membeli 30 peratus saham Eastern & Oriental (E&O) Bhd. pembelian itu mencurigakan kerana ia tidak logik apabila Sime Darby membeli 60 peratus premium E&O tetapi hanya mendapat 30 peratus saham syarikat hartanah tersebut. pembelian itu turut melibatkan kepentingan suami Zarinah sendiri iaitu Pengerusi Bukan Eksekutif E&O, Datuk Azizan Abd. Rahman. Baru-baru ini, Sime Darby mengumumkan pembelian tersebut tetapi ia mendapat perhatian ramai apabila GLC tersebut membelanjakan RM776 juta untuk memiliki hanya 30 peratus pegangan saham E&O.
Sime Darby juga dikatakan membayar terlalu mahal bagi seunit saham iaitu pada kadar RM2.30 berbanding nilai aset bersih RM2.19 sesaham dan harga sebelum digantung pada kadar RM1.45.

Nampak gaya ada lagi la GLC yang bakal bungkus, MAS da nazak,  TNB hampir koma, apa la nak jadi, semakin lama semakin teruk syarikat rakyat, pembahagian faraid antara cukong2 ni macam da jadi biasa, da macam tiada sekatan dan rasa bersalah, lepas ni kalau ada masalah semua pihak pandai tepis, mengelak, cari seekor dua kambing hitam semua sattle. yang melopong rakyat, akhirnya duit rakyat juga yang jadi mangsa buat bail out. Macam krisis 1998 dulu, dana2 dan simpanan rakyat kena sapu, yang selamat cukong2 ni jugak.

Rakyat Malaysia pulak senang je kena tipu, media kerajaan belit sikit je da percaya, agaknya la rakyat akan sedar bila nak beli beras pun da tak mampu nanti. Yang gua kadang2 muskil sekali kenapa la orang melayu paling susah nak sedar, bangsa lain da lama bangun dari mimpi, orang melayu masih lena dibuai mimpi2 hasil skrip cukong2 ni. Gua risau betul tengok bangsa gua ni, ditipu mamak percaya, ditipu utusex percaya, ditipu inggris percaya, ditipu tv3/4 pun percaya. pelik sungguh

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP