Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Tuesday, February 21

SIRI 4 JANJI PAKATAN


OLEH: BUDAK CHINI
PERWAKILAN KPF & WARGA FELDA…JOM LIHAT JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 4)
Koi berpendapat melalui apa yang dirancangkan PR untuk warga Felda adalah yang paling tepat sepertimana asas dibina oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dahulu bersama rakan-rakan pimpinan negara seperti YM Tengku Razaleigh Hamzah dan pentadbir Felda yang hebat-hebat iaitu YM Raja Muhammad Alias dan Allahyarham Tan Sri Taib Andak. Tidak terbayang oleh mereka aset tunai Felda berkurang begitu banyak, meminjam kepada simpanan hari tua pekerja (KWSP), mencantas pengurusan Felda dan paksaan kuasa politik di dalam koperasi yang disayangi peneroka dan kakitangan iaitu KPF. Koi nak sambung perturunkan draf perancangan PR andainya mereka ditakdirkan Allah berkuasa di Putrajaya. Paling penting jika mereka tidak berjaya sekalipun, warga Felda sudah memberi mesej kepada PM bahawa Isa perlu dikeluarkan daripada Felda. Azab perpecahan dan ketakutan terhadap Isa dan gerombolannya sudah tidak tertanggung di hati.
JANJI 7: MENGUTAMAKAN FELDA YANG BERKEBAJIKAN
PR berhasrat menjual segala kepentingan Felda di dalam MSM Berhad di atas faktor pembelian daripada Tan Sri Robert Kuok ini menimbulkan persoalan dan kontroversi. Pembelian MSM ini dibuat semasa lesen import gula mentah hampir tamat dan disaksikan pula modal pembelian MSM digunakan oleh Tan Sri Robert Kuok untuk membeli saham CSR, sekaligus membolehkan Tan Sri Robert Kuok memegang lesen eksport gula mentah antara terbesar dunia, iaitu memegang kira-kira 10% daripada pengeluaran gula dunia. Sementara ladang tebu di Malaysia tidak mampu memenuhi pasaran gula Malaysia dan harga gula hari ini tidak mencerminkan kadar harga gula sebenar. Hakikat bahawa sejak Felda menjadi raja gula, harga gula telah naik 40% tidak memberikan Felda imej yang baik kerana gula adalah antara barang kawalan yang diberikan subsidi. Kempen kesihatan dijalankan untuk mengurangkan penggunaan gula serta langkah aktif mencari alternatif gula pula bakal memberikan impak tidak baik terhadap masa hadapan MSM Berhad.
PR juga berhasrat menjual atau memajakkan Menara Felda yang terletak di Platinum Park, Jalan Stonor, berdekatan KLCC. PR berasa kesal kerana Felda tidak membuat pelaburan berhemah dengan membangunkan Menara Felda di kawasan pejabat Felda sendiri seperti di Anjung Felda. Arahan daripada PM Najib supaya membeli Menara Felda ini adalah suatu salah guna kuasa yang menguntungkan pemilik tanah yang juga mendapat kontrak membina dan seterusnya menguruskan Menara Felda. PR mengetahui daripada maklum balas anak-anak syarikat bahawa harga sewa yang bakal dikenakan tidak munasabah serta faktor lain membebankan kakitangan seperti kesesakan lalulintas, tempat letak kereta mahal dan tidak mencukupi, peningkatan kos sara hidup seperti makanan harian dan lokasi sekolah yang jauh dan lain-lain lagi. Sekadar mencari gah kerana mempunyai alamat di KLCC tidak memberi makna kepada peneroka dan kakitangan demi memenuhi nafsu elit-elit dan kuasa politik di dalam Felda hari ini.

Hasil penjualan daripada kedua-dua aset ini, PR menawarkan kompleks pejabat, riadah dan sosial kepada kakitangan Kumpulan Felda dan peneroka. Kompleks pejabat yang baru akan dibina di kawasan Felda sedia ada seperti Anjung Felda yang mencukupi untuk perniagaan semua anak syarikatnya termasuk pembinaan Wisma Belia Felda untuk menempatkan persatuan dan NGO belia Felda serta membina Wisma Wanita untuk menempatkan persatuan dan NGO wanita di dalam Felda. Geran khas sebanyak RM3 juta akan diberikan kepada persatuan wanita PUSPANITA dan SURI supaya aktiviti pembangunan wanita dan kebajikan dapat dilaksanakan dengan lebih baik
PR juga bercadang menambah baik pusat penjagaan kanak-kanak sedia ada, pusat sukan dan riadah serta pusat aktiviti seni dan budaya. Adalah diharapkan dengan prinsip PR yang mengutamakan budaya Felda berkebajikan yang diasaskan daripada Moto “Negara Berkebajikan” akan meningkatkan motivasi kakitangan untuk meneruskan usaha membawa Felda ke aras yang lebih baik.
PR juga telah mengenalpasti lokasi pembinaan Hospital Pakar Felda, Sekolah Tahfiz & Ilmu Wahyu dan pembinaan Universiti Felda. Yayasan Felda akan diberikan mandat lebih besar untuk menguruskan ketiga-tiga permata kebajikan Felda ini yang mampu memberi rahmat lebih besar dan jangka panjang berbanding pemberian sekali sahaja (one-off) seperti pemberian BR1M sebanyak RM500 dan ‘Durian Runtuh’ penjualan aset Felda kepada pelabur luar.
PR juga berhasrat supaya Asrama Semai Bakti Felda dan MRSM Felda dibesarkan dan diberi peralatan bantu mengajar terkini dan pakar subjek akan diambil bagi meningkatkan prestasi akademik anak-anak Felda.
PR mensasarkan menghantar sebanyak 300 anak-anak Felda ke luar negara setiap tahun dalam pelbagai bidang dan kepakaran dan menawarkan biasiswan dan pinjaman sebanyak RM200 juta setiap tahun kepada anak-anak Felda termasuk kakitangan Felda bagi tujuan pendidikan dan sambungan belajar. Pembangunan modal insan adalah matlamat utama PR berbanding matlamat kosong seperti mendapat bangunan yang gah dan berbangga menjadi syarikat no 1 perladangan apabila disenaraikan yang akhirnya wang didapati akan dihabiskan dalam masa tidak sampai 1 bulan.
Apa pendapat aouk-aouk sekalian apabila membaca draf di atas? Secara peribadi, koi berasa terharu dan menyokong penuh usaha Felda Berkebajikan seperti disasarkan. Koi suka ada hospital pakar untuk warga Felda berbanding ada Menara Felda itu sendiri. Koi lagi suka adik-adik koi boleh tambah ilmu agama di Pusat Tahfiz & Ilmu Wahyu. Koi tahu sebelum ini Tan Sri Yusof Noor hampir-hampir laksanakan perkara ini sebelum ditendang Isa Kaki Lutu. Tentu Tan Sri Yusof Noor gembira dapat teruskan projek yang baik ini. Koi dapat tahu PR serius nak memenangi hati warga Felda. Tak lama lagi koi dengar PR nak buka pusat penerangan dan markas pilihanraya di setiap wilayah Felda untuk mendapat maklum balas warga Felda terhadap draf janji-janji dibuat. PR juga bakal umum pakar-pakar penerangan untuk turun ke Felda-Felda khusus untuk menjawab persoalan bagi draf bakal dikemukakan dan mendekati warga Felda. Antara koi tahu adalah Prof Aziz Bari akan menerangkan kesan penyenaraian FGV terhadap ahli-ahli KPF sedia ada seperti pekerja syarikat Felda selepas ini tidak lagi layak menyertai KPF berdasarkan undang-undang KPF, Datuk Ariff Sabri dan Dr Rosli (bekas Timb. Gabenor Bank Negara) akan bagi pandangan sebagai ahli ekonomi, Hishamuddin Rais akan mendekati belia Felda supaya lebih ‘cool dan trendy’ dan bangkit melawan dan tak lupa pejuang isu Felda dari mula hingga kini iaitu Mazlan Aliman antara mereka yang bakal turun menjelajah menerangkan perancangan PR untuk warga Felda. Koi yakin di wilayah nanti RGM dan pengurus-pengurus akan bantu penuh warga Felda yang nak dengar alternatif yang sangat-sangat baik ini serta bermatlamat nak singkir Isa dan gerombolannya seperti Timbalan Pengarah Besar baru yang masuk ikut pintu belakang. Bak kata pepatah, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. sayangkan UMNO/Felda pangkah PR PRU13!

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP