1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"
Followers
Wednesday, June 8
sudah tua
?
       Manusia mempunyai misi kekhalifahan dan diberi umur untuk memakmurkan        bumi.  umur merupakan misi, tugas. Manusia mesti menggunakan        umurnya sebagai tugas untuk menciptakan kemakmuran. Kalau tidak, bererti        mengkhianati amanah, mengkhianati umur kerana umur mesti sejahtera.        Kemakmuran dalam bentuk spiritual dan material. Ada orang yang makmur        dunianya tapi bangkrap akhiratnya. Juga ada manusia yang susah dunianya        tapi sejahtera spiritualnya. Ini semuanya kurang tepat.
       Al        Qur'an mengajarkan dalam berdo'a supaya mendapatkan kebaikan di dunia dan        di akhirat.  Ertinya keduanya        bersangkutan. Apa yang dilakukan di dunia akan ada pertalian dengan akhirat. 
         Orang Islam sebagai  penziarah. Para Sufi berkata bahwa manusia hidup di        dunia sebagai  penziarah tapi lupa dengan petanya. Imam Al Ghazali        mengatakan  bahwa ramai manusia yang lupa akan tujuan akhir umur kerana         disibukkan oleh persiapan peralatannya. Ada pula manusia walaupun semakin berumur semakin ligat memikirkan dunianya tanpa ada perasaan bahawa panggilan untuk perpindahan semakin menghampiri. Walaupun telah acapkali diberi peringatan oleh Allah tetapi masih lagi menjadikan kemungkaran sebagai peralatan perpindahan.        
Subscribe to:
Comments (Atom)

 
 
 
![Validate my Atom 1.0 feed [Valid Atom 1.0]](valid-atom.png)