Powered by Blogger.

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


pm 1malaysia

Followers

Monday, September 5

atuk gua yang baut kopi kecubung untuk mat indera

Masa gua dalam tingkatan 2 gua da mula suka sejarah, gua rajin baca buku sejarah, tak kira la buku tex ke, atau dulu ada buku komik tentang pejuang negara, Bila gua banyak baca gua jadi keliru kenapa pulak dalam banyak buku sejarah tak ada yang betul2 mengutuk kekejaman dan kerakusan inggris dalam mejajah dan menjarah tanah melayu, yang ada cerita kejam tentang jepun, cerita pasal belanda dan portugis pun cuma sedikit je kezalimannya, cerita pasal zalimnya inggris macam di tutup2 jadi cerita pasal inggris ni nampak macam cantik je la.

Ada sekali tu gua baca pasal bukit kepung gua tengok ada la cerita pasal Mat indera ni sikit2. mula gua tak ambil pot sangat, pastu gua terbaca pula pasal Shamsiah fakeh tentang ilmu agama yang dia pelajari, dari cerita Shamsiah fakeh ni la gua perasan ada terselit nama Mat indera. dari situ gua dapat tahu mat indera ni asal nya dari kampung gua peserai, jadi gua pun tanya la abah gua, dia cakap dia tak berapa tahu, dia suruh tanya dengan arwah atuk gua, sebab atuk gua ni salah seorang orang kuat kiyai salleh, kalau siapa ingat pasal parang terbang di semerah dulu tu mesti tahu pasal kiyai salleh. yang pergi perang kat semerah tu atuk sedara gua dia pergi dua orang je, banyak cerita tokok tambah je, itu pun dia orang mengamuk pasal kes komunis sembelih orang melayu di kangkar, memang komunis ni jahat tapi orang inggris ni tak kurang jahat jugak.

bebalik kepada cerita Mat Indera kata atuk gua memang dia lahir kat gombak tapi tak lama lepas tu keluarga di pindah ke bakri muar, lepas tu atuk gua tak tau dia pergi mana, sampailah Mat Indera ni berpindah ke Sri medan, mengikut ceritanya mat indera ni rajin pergi sembahyang berjemaah di masjid di sri medan, orang medan respek juga kat mat indera ni sebab dia jenis orang yang tak banyak songeh, cuma entah macam mana atuk gua ni dipanggil kawan2 dia untuk bermesyuarat untuk tangkap mat indera, atas kata2 british menuduh mat indera ni komunis ramai juga la orang melayu jd percaya. atuk gua ditugaskan untuk membuat ramuan kecubung sebab atuk gua ni memang tukang masak yang agak terkenal juga masa muda dia. jadi atuk gua pun buatkan la kopi dicampur dengan biji kecubung kalau tak silap gua atuk gua cakap dalam tiga biji kecubung dia gunakan. masa lepas mat indera minum kopi ni la mat indera mabuk dan kena tangkap.Atuk gua ingat mat indera ni kena penjara je dia tak sangka pulak mat indera sampai kena gantung.

Dia cakap dia betul2 menyesal sebab dia la mat indera kena tangkap. dia cakap mat indera ni sebenarnya baik orangnya selalu merendah diri dan jenis penyabar. jadi kalau prof kangkung kata mat indera ni orang seberang bermakna atuk gua berbohong la kata dia lahir kat kampung gua. Atuk gua lahir pada 1903 bermakna masa mat indera lahir umur dia da 17 tahun, gua pasti atuk gua tak berbohong. cuma silap gua semasa hayat atuk gua masih ada gua kurang tanya dengan dia pasal sejarah. gua cuma dapat cerita sikit2 je dari dia.

Read more...

melatah lagi umno

PETALING JAYA 4 Sept. — Kementerian Luar telah menghantar Duta Besar Malaysia ke Libya, Datuk Zulkifli Yaacob ke Somalia untuk meninjau langkah keselamatan di negara itu sebelum misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke sana, kata menteri berkenaan Datuk Seri Anifah Aman.
Anifah berkata, Zukifli ke Somalia bagi membuat kerja-kerja lapangan dan penilaian yang diperlukan untuk misi berkenaan.
"Kita hendaklah pastikan bahawa negara yang kita akan pergi, diberikan perlindungan yang secukupnya dan memuaskan, di mana mereka telah lakukan, tetapi ini adalah sesuatu yang tidak dijangkakan," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dari Mogadishu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang dekat sini hari ini.

Ah kan da mula da, semua nak cuci tangan, mengelak tanggunjawab siapa yang patut di pertanggungjawabkan dengan kematian Noramfaizul, menteri luar awal2 lagi da tepis mengelak, najib awal-awal lagi da beri kenyataan jangan tuduh sana sini, ambil ikhtibar dari apa yang berlaku, apa ke benda statment dari pm ni ambil ikhtibar sebelum pergi la weiii, sebelum ini dah lebih 20 orang wartawan ter bunuh di somalia, itu tak boleh diambil iktibar ke, tunggu rakyat malaysia terkorban baru ambil iktibar ke? deh macha.....

khalifah kelab putera umno pulak sibuk cerita pasal pampasan rm200,000. weeiii nyawa rakyat Malaysia seorang da melayang weii. apa umno ni semua benda nak kena nilai dengan duit ke, Dulu masa nak pergi bukan main berdegar2 satu malaysia, habis semua media kena panggil untuk publisiti murahan sekarang apa da jadi beb.

Ini la umno da terantuk baru tersedar, bila tanah da runtuh baru sibuk nak kaji la, bagi pampasan la. bila orang minta bantuan dari gereja baru sibuk nak bantu la, bila ada yang meninggal baru sibuk nak ambil iktibar la. apa ni semua makan gaji buta ke menteri kabinet ni. bila da berlaku musibah baru semua melatah.

Read more...

Kejahatan British yang disembunyikan

Gua sampai sekarang pun masih tak faham kenapa puak Umno meroyan terus pasal kenyataan  Bro Mat sabu, lepas tu kaitkan la pulak Mat Sabu sokong komunis, bila pulak Mat Sabut ni ada sebut komunis tu baik, yang mat sabu sebut Mat Indera salah seorang pejuang kemerdekaan ada la. Untuk mendapat kredit ini agaknya peluang fitnah juak2 umno untuk menarik perhatian rakyat terhadap parti yang sedang nazak ni.

Ok la komunis memang jahat, zalim masa mereka berazam nak memerintah, itu gua tak nak pertikaikan. Tapi penjajah british baik sangat ke sehingga juak2 umno ni beria2 mempertahankan mereka, macam maksum sungguh british ini sehingga kaki2 ampu dalam umno kata sanggup mati mempertahankannya. hebat sungguh penangan british ni. Pada kaki2 ampu dalam umno gua nak lu orang tengok sendiri kezaliman british macam cerita kat bawah ni:
A public inquiry into one of Britain's darkest postwar military incidents, the alleged massacre of 24 unarmed villagers by UK troops in Malaya, has moved a step closer after the official British historian of the "Malayan emergency" last week withdrew his account of the 1948 incident. Professor Anthony Short said his initial report absolving British troops was "wrong".
The plantation workers were shot by a 16-man patrol of the Scots Guards. Many of the victims' bodies were reported to have been mutilated, and the village of Batang Kali was burned to the ground.
The British government has refused to apologise for the incident or offer reparation, although ministers are currently reconsidering whether to launch an independent inquiry into the alleged massacre later this month, a move that could pave the way for compensation to families.
John Halford, a partner at the law firm Bindmans, who is acting for one of the few surviving eyewitnesses of the killings, said: "The families of those arbitrarily killed at Batang Kali have waited 62 years for an acknowledgement that what happened defied the most basic legal and moral standards."
Short, in an article entitled "The Malayan emergency and the Batang Kali incident", describes the shootings as a "matter of dispute, recrimination, dishonesty, disgrace and disguise".

Nak cerita lebih lanjut baca kat sini atau kat sini

Pada gua senang je sebelum 31 ogos 1957 british, adalah penjarah dan penjajah siapa yang menentang merupakan hero. tapi selepas 31 ogos 1957 bila tanah melayu merdeka siapa yang menentang dengan bersenjata adalah penjenyah. gua ulang BERSENJATA. 

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP