Kerajaan disaran meningkatkan pendapatan Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) sebanyak RM30 juta setahun menggunakan kutipan cukai
rokok dan arak bagi meningkatkan mutu bola sepak Malaysia agar setanding
dengan negara maju.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim berkata, kerajaan
perlu memandang serius isu bola sepak jika ingin memperbaiki mutu
permainan kerana ia membabitkan soal kewangan.
"Sukan bola sepak pada hari ini memerlukan dana kewangan yang kukuh. Kita tidak boleh lari daripada elemen itu.
"Jika dibandingkan dengan pendapatan bola sepak Jepun iaitu kira-kira
AS150 juta setahun, jumlah yang diterima FAM tidak mencukupi," katanya
pada sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.
Pendapat gila dari orang gila, weiiii FAM ni merupakan persatuan yang paling kaya kat Malaysia la weeiii, tapi apa yang kita dapat dari FAM ni hampeh, semakin lama semakin jauh tercicir la weeii, bukan masalah duit diorang ni tak pegi tapi masalah pengurusan kena pulak pengurusan nya macam lu, diri sendiri pun tak terurus nak menguruskan perstuan pulak.
Apa gunanya bagi duit kepada FAM banyak2, apa untungnya pada rakyat, jalan berlubang sana sini lebih penting la weeii dari bola, eletrik kat ceruk kampung lagi penting la, apa yang lu fikir gua pun tak faham, jangan cerita la halal haram duit arak, judi dan sebagainya. selama ini pun duit tu kemana tuan lu gunakan. Sejak lu jadi geng katak, gua cukup meluat dengan kata2 lu, asik nak mengampu je, rakyat bayan baru bagi lu amanah bukan untuk membodek la bai, rakyat nak nasib terbela, bukan jadi pak turut, atau joker. kalau nak sangat jadi joker diketawakan orang baik letak jawatan la beb.
0 comments:
Post a Comment