Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Wednesday, October 12

41 orang sehari

Pagi ni gua sedang nak tunggu hantar anak2 kesekolah gua on la tv, gua tengok tv1, ada berita yang pada gua kurang menyenangkan, 41 belia diistiharkan muflis setiap hari. Apa yang menjadi muskil kepada gua kenapa begitu ramai yang bangkrup, salah siapa kah ini, nak salahkan sikap anak muda kaki enjoy, suka bergaya, mungkin ada betulnya. tapi takkan la anak2 muda ni boleh enjoy sakan kalau tak ada tempat untuk enjoy. Apakah pendidikan terhadap anak2 muda ini tidak ada, atau kurang berkesan. mengapakah anak muda ni senang sangat berhutang.

Yang menjadi masalahnya kepada kutu2 ni Malaysia akan diwarisi. Gua tak hairan jika mamat ini akan mengambil jalan singkat apabila sudah tertekan, mula la berlaku bermacam2 perkara tak sihat hasil dari berhutang ni. Merompak, meragut, jual ais, rasuah, jual diri, bunuh diri, dan macam2 lagi akan berlaku. Budaya hutang ni pada gua memang dah jadi suatu budaya yang cukup menebal dalam diri anak muda, kalau la waktu sekolah mungkin merka ini belum berhutang tetapi masuk je u nak tak nak merka terpaksa berhutang,

Habis u ada yang dapat kerja ada yang tidak, ada yang dapat pendapatan lumayan dan tidak ada masalah untuk bayar hutang ni, tapi kalau bekerja dengan gaji yang ciput mana nak bayar ptptn, nak makan lagi, nak bagi makbapak, nak kumpul duit untuk kahwin (sekarang ni bukan main gila hantaran kahwin), nak beli kenderaan dan macam2 la, akhirnya hutang lama belum selesai buat hutang baru, gali lubang tutup lubang dan bila lubang dah terlalu besar dan tak boleh ditutup, bangkrup..

Masa gua belajar dulu tak la seteruk sekarang, walaupun pada masa tu kebanyakan orang2 tua miskin tapi belajar masih dapat biasiswa, kalau belajar d UITM lagi senang semua free, tapi sekarang bila semua U da mula jadi kapatalis yang jadi mangsa anak2 muda yang nak belajar, kalau tak bayar yuran tak boleh ambil periksa, keputusan periksa ditahan. Semakin lama semakin teruk nilai hidup da berubah teruk, RM menjadi raja dimata bersultan dihati.

Negara semakin kaya, kalau dulu budget masa gua sekolah tak sampai pun ratus juta, tapi sekarang budget je beratus juta, tapi kenapa anak muda merempat dibumi sendiri, berhutang sana sini, 41 orang sehari bankrup bukan jumlah yang sedikit beb, kalau dikali kan setahun da jadi berapa tu

1 comments:

Metaphysics Disciple October 12, 2011 at 12:16 PM  

Salam,

Aku belajar guna duit FAMA. FAMA tak bagi duit, aku makan je kat dalam. Tak de bunyi ek atau uk. Aku terima dengan redha. Sbb FAMA aku bukan orang kaya. Skrg budak2 dah pandai demand. Ramai nak ikut trend. Ada PTPTN, boleh beli mcm2. Yang tak bestnye, beli ikut-ikutan dan membazir. Makanan ruji aku masa wat degree, maggie mee. Kalau ikut sistem ekonomi Yahudi, memang le nampak mcm senang, tapi susah sbb terbelit dgn hutang.

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP