Masa gua dalam tingkatan 2 gua da mula suka sejarah, gua rajin baca buku sejarah, tak kira la buku tex ke, atau dulu ada buku komik tentang pejuang negara, Bila gua banyak baca gua jadi keliru kenapa pulak dalam banyak buku sejarah tak ada yang betul2 mengutuk kekejaman dan kerakusan inggris dalam mejajah dan menjarah tanah melayu, yang ada cerita kejam tentang jepun, cerita pasal belanda dan portugis pun cuma sedikit je kezalimannya, cerita pasal zalimnya inggris macam di tutup2 jadi cerita pasal inggris ni nampak macam cantik je la.
Ada sekali tu gua baca pasal bukit kepung gua tengok ada la cerita pasal Mat indera ni sikit2. mula gua tak ambil pot sangat, pastu gua terbaca pula pasal Shamsiah fakeh tentang ilmu agama yang dia pelajari, dari cerita Shamsiah fakeh ni la gua perasan ada terselit nama Mat indera. dari situ gua dapat tahu mat indera ni asal nya dari kampung gua peserai, jadi gua pun tanya la abah gua, dia cakap dia tak berapa tahu, dia suruh tanya dengan arwah atuk gua, sebab atuk gua ni salah seorang orang kuat kiyai salleh, kalau siapa ingat pasal parang terbang di semerah dulu tu mesti tahu pasal kiyai salleh. yang pergi perang kat semerah tu atuk sedara gua dia pergi dua orang je, banyak cerita tokok tambah je, itu pun dia orang mengamuk pasal kes komunis sembelih orang melayu di kangkar, memang komunis ni jahat tapi orang inggris ni tak kurang jahat jugak.
bebalik kepada cerita Mat Indera kata atuk gua memang dia lahir kat gombak tapi tak lama lepas tu keluarga di pindah ke bakri muar, lepas tu atuk gua tak tau dia pergi mana, sampailah Mat Indera ni berpindah ke Sri medan, mengikut ceritanya mat indera ni rajin pergi sembahyang berjemaah di masjid di sri medan, orang medan respek juga kat mat indera ni sebab dia jenis orang yang tak banyak songeh, cuma entah macam mana atuk gua ni dipanggil kawan2 dia untuk bermesyuarat untuk tangkap mat indera, atas kata2 british menuduh mat indera ni komunis ramai juga la orang melayu jd percaya. atuk gua ditugaskan untuk membuat ramuan kecubung sebab atuk gua ni memang tukang masak yang agak terkenal juga masa muda dia. jadi atuk gua pun buatkan la kopi dicampur dengan biji kecubung kalau tak silap gua atuk gua cakap dalam tiga biji kecubung dia gunakan. masa lepas mat indera minum kopi ni la mat indera mabuk dan kena tangkap.Atuk gua ingat mat indera ni kena penjara je dia tak sangka pulak mat indera sampai kena gantung.
Dia cakap dia betul2 menyesal sebab dia la mat indera kena tangkap. dia cakap mat indera ni sebenarnya baik orangnya selalu merendah diri dan jenis penyabar. jadi kalau prof kangkung kata mat indera ni orang seberang bermakna atuk gua berbohong la kata dia lahir kat kampung gua. Atuk gua lahir pada 1903 bermakna masa mat indera lahir umur dia da 17 tahun, gua pasti atuk gua tak berbohong. cuma silap gua semasa hayat atuk gua masih ada gua kurang tanya dengan dia pasal sejarah. gua cuma dapat cerita sikit2 je dari dia.
0 comments:
Post a Comment