OLEH:
BUDAK CHINI
PERWAKILAN KPF & WARGA FELDA…JOM LIHAT
JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 1)
Koi
nak berkongsi dengan perwakilan KPF dan warga Felda sekalian maklumat yang koi
dapat dari sahabat-
sahabat
dari PR untuk semua. Mula-mula koi tertanya juga apa agaknya perubahan dan
kelebihan undi kali ini kalau koi undi PR. Iyalah, macam-macam MSM dan blogger
BN kata PR nak tutup Feldalah, hancur Melayulah, macam-macam lagi. Dalam
kekalutan dan kontroversi melanda Felda hari ini, tentu ramai yang laparkan
alternatif lain kepada perancangan listing, pelanggaran undang-undang KPF dan
macam-macam hal lagilah.
Oleh
itu Koi perturunkan draf Janji PR Untuk Warga Felda bagi renungan semua warga
Felda atau sebagai penguat semangat aouk-aouk semua. Koi tahu ramai di antara
peneroka dan kakitangan gerun dengan mulut-mulut yang mendakwa ‘mewakili PM’,
‘arahan PM’ dan kecewa kerana jasa dan bakti untuk memenangkan BN sebelum ini
dipandang sepi dan diperlekehkan:
Manifesto
Untuk Warga Felda: MENGHARGAI BUDI YANG TELAH MENYEMAI BAKTI
JANJI 1: MENGEMBALIKAN KEHARMONIAN DALAM FELDA
PR berjanji untuk memecat serta merta Tan
Sri Mohd Isa Abdul Samad dan gerombolannya di dalam Felda serta Lembaga
Pengarah Felda yang meluluskan secara membuta tuli keputusan-keputusan
merugikan Felda seperti penyenaraian Felda Global Venture secara lulus dahulu
bincang kemudian, perlantikan melanggar undang-undang KPF serta lain-lain
keputusan yang zalim dan membazir. Jawatan Pengarah Besar FELDA yang dipaksakan
bercuti belajar akan dikembalikan begitu juga kezaliman ke atas Timbalan
Pengarah Besar yang ditukarkan untuk menjaga buku-buku di Jabatan Perdana
Menteri akan dihentikan.
Dalam tempoh 100 hari, Pakatan Rakyat akan
menubuhkan Majlis Penasihat Felda yang melibatkan:
·
Pengasas Felda dan bekas Menteri berkaitan
Felda
·
Wakil-wakil negeri berkaitan Felda
·
Bekas-bekas Pengerusi Felda
·
Bekas Pentadbir Felda
·
Pentadbiran Felda semasa
·
Ketua-Ketua Peneroka dan Penerokawati
·
Wakil Belia Felda
PR akan mendengar pembentangan dan cadangan
hala tuju Felda yang seterusnya dan akan bersama-sama merealisasikan hasrat warga
Felda. PR mencadangkan sementara Majlis Penasihat Felda ditubuhkan, YM Raja
Muhammad Alias, arkitek Felda diberi peranan sekali lagi sebagai Pengerusi
Felda dan YM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah diberi peranan sebagai Menteri
Felda. Jawatan Pengerusi Yayasan Felda akan dikembalikan kepada Tan Sri Dr.
Yusof Noor bagi mengembalikan projek sosial dan kerohanian yang bermanfaat
kepada warga Felda.
JANJI 2: MEMPERKASAKAN INDUSTRI ASAS DAN HILIRAN FELDA MELALUI
PEMANTAPAN FELDA HOLDINGS BERHAD
PR berjanji untuk memecat serta merta Dato
Sabri Ahmad daripada jawatan Presiden Felda Global Ventures, memecat Dr Suzana
Idayu daripada Ketua Pegawai Strategi dan membuat rombakan semula struktur bagi
mengembalikan Felda Global Ventures sebagai status anak syarikat Felda biasa
yang berperanan menguruskan pelaburan Felda di luar negara. Setiap pelaburan di
luar negara akan dikaji semula dan akan diumumkan prestasi perniagaan
masing-masing kepada masyarakat Felda yang berhak tahu ke mana wang Felda
dilaburkan dan apa prestasi terkini pelaburan tersebut.
Felda Holdings Berhad akan dikembalikan
fungsinya supaya bebas daripada pengaruh Felda Global Ventures dan cadangan
memperkasakan perniagaan anak-anak syarikat Felda Holdings akan dibawa ke dalam
Majlis Penasihat Felda dan seterusnya dibincangkan di peringkat Lembaga
Pengarah Felda Holdings Berhad.
PR berpendapat berbanding penyenaraian
Felda Global, kejayaan Felda Holding Berhad dan anak-anak syarikat pada masa
ini adalah suatu yang membanggakan dan memuji usaha gigih pengurusan dan
kakitangan serta kerjasama warga Felda yang lain untuk mengharumkan nama Felda
Holdings Berhad. Mengambil contoh Petronas yang berjaya mengharumkan nama
negara dan meraih pendapatan tinggi tanpa campur tangan politik. Campur tangan
politik BN mengakibatkan tersingkirnya permata korporat iaitu Tan Sri Hassan
Merican, pengambilan keuntungan Petronas secara berlebihan tanpa pembentangan
perbelanjaan di Parlimen serta penafian hak royalti sewajarnya bagi negeri-negeri
pengeluar minyak petroleum.
PR berjanji untuk mengembalikan
kegemilangan Felda Holdings Berhad dan anak-anak syarikat melalui memaksimumkan
kecekapan, R&D bertaraf dunia, meningkatkan penyertaan warga Felda dalam
peluang pekerjaan dan penubuhan Jawatankuasa CAT (Competency, Accountability
and Transparency) bagi memantau sebarang aktiviti penyelewengan, rasuah dan
penipuan terutama melibatkan hak peneroka seperti Kadar Perahan Gred (KPG),
tender melibatkan penanaman semula dan jualan kayu getah serta lain-lain. PR
juga akan melamar kembali Tan Sri Hassan Merican daripada syarikat asing di
Singapura untuk menggantikan Dato Sabri Ahmad.
JANJI 3: MEMELIHARA KEDAULATAN
UNDANG-UNDANG KOPERASI PERMODALAN FELDA DAN KEBAJIKAN AHLI-AHLI
PR berasa kesal dengan usaha berterusan
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menggunakan pelbagai taktik termasuk
menekan, mengugut, menyingkir Pengerusi dan Setiausaha Agung Koperasi
Permodalan Felda (KPF) serta menggunakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi
menghalalkan tindakan beliau untuk menjadi Pengerusi KPF dan membubarkan
peranan Jawatankuasa Pelaburan KPF yang setakat ini telah berjaya menjadikan
KPF sebagai koperasi terbaik negara. Lebih dikesali adalah mengikut jawapan
yang diberikan oleh Tan Sri Isa Samad, usahanya direstui malah merupakan
‘arahan’ daripada Perdana Menteri yang jelas menunjukkan Perdana Menteri
sendiri tidak menghormati undang-undang sebuah koperasi yang disegani.
PR berjanji untuk menghentikan segala
bentuk pelanggaran dan penghinaan undang-undang Koperasi Permodalan Felda dan
paksaan melepaskan kepentingan 51% kepentingan Koperasi Permodalan Felda di
dalam Felda Holdings Berhad. Sebaliknya, PR berhasrat meningkatkan lagi
kepentingan tersebut kepada 55% dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan PR
bagi meningkatkan lagi dividen kepada pemegang saham
JANJI 4: MEWUJUDKAN FELDA FASA 2
Kejayaan Felda dalam membasmi kemiskinan
masyarakat serta memberikan tanah kepada mereka yang tidak punya apa-apa akan
diteruskan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Berbanding rekayasa-rekayasa BN
bahawa Fasa-Fasa Felda melibatkan Empat Fasa dan istilah seperti transformasi
yang memerlukan Felda membuat pelaburan luar negara dan membuat penyenaraian
Felda Global Venture untuk mengumpul dana bagi tujuan tersebut. Berdasarkan
arkib dan pandangan pakar sejarah serta pengakuan mantan pimpinan negara
terdahulu yang terlibat secara langsung dalam penubuhan Felda di samping Tun
Abdul Razak, tidak terdapat di mana-mana catatan yang menyebut empat fasa
tersebut dan kehendak yang memerlukan pengumpulan dana melalui penyenaraian. Pakatan Rakyat berpegang teguh bahawa terdapat
golongan dalam negara yang perlu diberi peluang menjadi peserta rancangan Felda
Fasa 2 selepas pengambilan peneroka dihentikan pada tahun 1996.
Pajakan tanah milik Felda yang diuruskan
oleh Felda Plantation selama 99 tahun kepada Felda Global Venture adalah
berniat jahat dan bertujuan menafikan hak rakyat di negeri-negeri di mana tanah
tersebut terlibat termasuklah generasi baru dan lain-lain golongan untuk
bersama-sama menjadi peserta rancangan Felda Fasa 2. Usaha mendapatkan modal
yang besar melalui pajakan tanah adalah untuk menutup fakta pengurangan aset
tunai yang berkurang secara drastic yang memerlukan pinjaman daripada KWSP
serta kerugian pelaburan luar negara di bawah pentadbiran Menteri Felda terbaru
iaitu Dato Sri Najib sendiri dan di tambah perlantikan Pengerusi Felda baru
yang disabitkan rasuah oleh UMNO sendiri, Bajet 2012 Felda menunjukkan defisit
yang tinggi dan dijangka keadaan ini berterusan selama 99 tahun. Antara kesan
pajakan tanah milik Felda adalah Perbelanjaan Pengurusan Peneroka berkurang
lebih 50% berbanding tahun 2011 dan ini menjejaskan nikmat-nikmat dan
perancangan pembangunan untuk peneroka pada hari ini.
PR berhasrat membuka tanah-tanah rancangan
baru serta mengisi kembali peserta yang telah meninggalkan atau tersingkir
daripada rancangan Felda yang telah dihentikan pengambilannya pada tahun 1996 dengan secara berperingkat
dan memastikan penggantian pendapatan kepada Felda dilakukan supaya nikmat
warga Felda melalui program pentadbir sedia ada tidak terjejas. Antara golongan
terlibat dicadangkan untuk terlibat dalam pembukaan Felda Fasa 2 adalah rakyat
termiskin, generasi baru Felda serta anggota beruniform dan keutamaan adalah
kepada anak-anak negeri di mana tanah tersebut berada. Peranan pentadbiran
Felda dan Jawatankuasa Perundingan Peneroka akan diiktiraf sepenuhnya
berbanding tindakan unilateral BN melalui Pengerusi Felda yang memusuhi
pihak-pihak berpengalaman dalam Felda dan hanya mengutamakan pandangan diri
sendiri dengan meletakkan alasan ‘Arahan Perdana Menteri’.
Koi
minta aouk-aouk semua warga Felda nilai sendiri draf Janji PR untuk warga Felda
di atas. Koi difahamkan draf tersebut masih dalam perbincangan dengan pimpinan
atasan PR dan draf ini diusulkan sendiri oleh perwakilan KPF, peneroka,
kakitangan dan generasi baru Felda. Kita sambung kemudian, koi nak ke ladang.
Pesan koi, biar kotor badan dengan tanah, jangan kotorkan hati dan makan rezeki
kotor.
0 comments:
Post a Comment