OLEH:
BUDAK CHINI
PERWAKILAN
KPF & WARGA FELDA…JOM LIHAT JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 2)
Sebelum
koi teruskan sambungan draf Janji PR Untuk Warga Felda koi nak berkongsi
kebanggaan dan ketegasan orang-orang Chini kawasan koi. Baru ni, PM Najib nak datang
lawat kawasan Pekan, termasuklah kawasan koi di Felda Chini 3. Setahu koi, pada
asalnya tiada dalam agenda lawatan PM di kawasan koi ni, koi yakin lawatan
ad-hoc PM ini dicaturkan oleh Seranta Felda JPM yang kerjanya 24 jam membodek
PM. Koi yakin hatta ad-hoc atau terancang, kehadiran PM Najib dialu-alukan
semua. Koi tengok suratkhabar Tok Guru Nik Aziz pun pernah sambut PM di airport
Kelantan walau berbeza fikrah apatah lagi di kawasan koi di mana PM adalah Ahli
Parlimen dan Menteri Felda.
Kekuatan
orang Chini adalah kalau kami tak suka kat seseorang, janganlah dibawa ke
Chini. Kalau panggil juga mati hidup balik kami tak mahu datang tapi kalau nak
bagi duit kami ambil, jamu kami makan tapi tetap tak suka. PM Najib tahu
sejarah politik orang Chini tapi berdegil nak bawa Isa kaki lutu buat apa?
Sudahnya kami pakat boikot program PM, tapi koi pergi jenguk juga. Sahih, merah
padam muka PM tengok dewan kosong, tak sampai 5 minit dah bergegas balik dan PM
arah Isa ganti dia berucap dalam dewan kosong.
Koi
nak seru kawan-kawan belia, peneroka dan paling penting pengurusan dan
kakitangan Felda, PRU 13 kali ini kita sama-sama pangkah PR. Kalau keputusan di
Felda sama macam sebelum ini, mengepak-ngepak Isa Kaki Lutu, Seranta Felda dan
bekas PKR masuk UMNO yang bersarang di Perkasa bahawa ini adalah jasa mereka
semua. Koi tahu aouk-aouk semua tahu mereka sudah dan bakal pau duit
pilihanraya macam mana, claim sana sini dan dakwa mereka berjasa besar
menangkan BN di Felda. Cara mereka keringkan kantung Felda melalui program
penerangan listing sana sini dah menggambarkan sifat mereka. PRU 13 medan
terbaik protes kesombongan mereka yang jaja nama PM sana sini. Mungkin ya
seperti mereka kata, Najib adalah PM mereka, bukan PM mereka yang harapkan
sedikit pertimbangan bersuara dan mengkritik macam Cuepacs dan NUTP lakukan. Itulah
penyakit politik dalam UMNO yang dah menjangkit ke pengurusan tertinggi Felda,
cari pasal sana sini, pinggirkan maklumat dan sebarang suara dianggap menentang
dan dipancung dan dicantas sana sini. Pentadbiran secara Islam yang
mementingkan adil dan bersikap ehsan atau secara universalnya ‘empathy’ sudah
tidak wujud di mata mereka yang nampak RM dan pink form semata-mata.
Koi
difahamkan wakil peneroka dalam syarikat pun pada masa ini disambung kontraknya
sebulan-sebulan. Selepas penyenaraian, semua wakil peneroka yang sekarang
menjadi Lembaga Pengarah akan bertaraf penasihat sahaja. Pastinya bilangan
wakil peneroka dalam anak syarikat selepas penyenaraian bakal berkurang secara
drastik untuk menempatkan kepentingan pelabur luar negara dan dalam negara.
Buktinya CEO Felda Iffco hari ini adalah warga asing berbangsa India (bukan
Malaysia) dan kepentingan pelabur asing dalam syarikat itu hari ini setinggi
70%, bermula dengan 25% yang ditawarkan asalnya. Felda Global Venture juga
bakal bermula tawaran 25% kepada pelabur luar. Dengan dana yang tinggi dan
kecekapan membeli saham sedikit demi sedikit, dalam sekelip mata bahana menimpa
Felda Iffco bakal menimpa Felda Global Venture. Koi dengar ramai orang lama
Felda telah tersingkir daripada lembaga pengarah dan CEO-CEO sekarang yang
dahulu berjasa dalam Felda dan berpindah ke Felda Holding telah ditukarkan ke
taraf penasihat sahaja. Amaran terbuka pencacai Isa iaitu Timbalan Pengarah
Besar baru yang ikut pintu belakang selepas penyandang sekarang ditukar ke JPA
diingati oleh semua kakitangan ibu pejabat iaitu selepas penyenaraian semua
pengarah, RGM dan pegawai kanan yang tidak mengikut katanya bakal dipecat atau
ditimpa nasib serupa seperti 2 pengurusan tertinggi Felda. Nasib yang sama
bakal melanda CEO dan pengurusan KPF, Ahli Lembaga Pengarah dan
penasihat-penasihat wakil peneroka dalam jawatankuasa pelaburan dan lain-lain
apabila kaki lutu berjaya memegang jawatan Pengerusi KPF dengan alasan ‘Arahan
PM’ dan Felda Asset menentukan hala tuju pelaburan KPF.
Ahli
politik tak perlu berbohong kepada rakyat terutama dah tua macam Isa Kaki Lutu.
Allah panjangkan umur orang yang zalim dan jahat supaya terus hanyut dan
bertambah dosanya. Pengajaran Allah yang menjatuhkan Isa semasa memegang tampuk
Menteri tidak mencukupi bagi Isa dan semoga Allah menggerakkan hati-hati aouk
sekalian supaya sekali lagi menyedarkan Isa supaya kembali ke masjid, bersihkan
jiwa dan bersikap ehsan sesama manusia. Koi tahu PM banyak perkara nak fikir
dan atas rasa terhutang budi, body, janji bertambahnya dana pilihanraya dan
pengaruh RM dan isteri Isa Bibi Sharliza, PM telah perkenankan cadangan asas
Isa. Cuma PM tak boleh berbuat apa-apa bila Isa melampaui batas dalam
perlaksanaan cadangan serta cara Isa yang gopoh dan tidak mahu mendengar
pandangan dan kritikan orang-orang lama Felda baik pentadbiran mahupun wakil
peneroka sendiri. Pendekkata, Isa menyalahgunakan kepercayaan PM atau mungkin
juga telah memegang jiwa PM sebagai pertukaran kepada sesuatu. Isa sendiri bagi
proposal dan selepas dapat perkenan, dicanangkan merata ianya
arahan PM dan diambil contoh Isa amat malu apabila suratnya memohon DG Felda
dicutikan telah bocor lebih awal berbanding canangan Isa bahawa PM arahkan DG
bercuti.
Kesimpulannya,
selain menanti saat membebaskan PM daripada pengaruh Isa dengan memberika undi
kepada PR sewaktu PRU13, koi menyeru wakil peneroka, belia dan kakitangan Felda
berusaha sedaya upaya membongkarkan segala tindak tanduk Isa dan gerombolannya,
membawa keluar dokumen-dokumen berkaitan dan bersikap berani mempertahankan
serta melambatkan kehendak dan nafsu Isa dan gerombolannya. Lawan, bongkar dan
terus sabotaj usaha Isa supaya Isa dianggap gagal di mata PM serta nama PM
terselamat dari terus dijaja sana sini semurah-murahnya. Bilik gerakan kedai
kopi Pak Lang di Chini melalui risikan saudara mara di akar umbi seluruh Felda
mengesahkan jumlah yang meluat dengan Isa dan mahukan kajian semula
penyenaraian adalah sangat ramai. Bersatu padunya warga Felda dalam melawan Isa
dan gerombolannya pun sudah menjamin kemenangan. Kepada pengurusan dan
kakitangan, daripada menunggu masa dan ketika disembelih, lebih baik kalah
melawan daripada menyerah menggadai maruah. Jika tiada yang bersuara dan
membocorkan dokumen NFC lembu hari ini, adakah penyelewengan duit rakyat dapat
dibongkarkan dan mendapat sokongan pemimpin UMNO sendiri? Fikirkanlah.
0 comments:
Post a Comment