Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, December 24

Tangan ghaib

TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL (part 1)

Perjuangan warga Felda menentang perubahan yang dilakukan Isa Samad berpunca dari beberapa perkara asas:
  1. Rampasan kuasa Pengerusi Koperasi Permodalan Felda oleh Isa Samad yang melanggar undang-undang KPF serta undang-undang koperasi Negara. Penggunaan kuasa Menteri Koperasi dan kuasa SKM dilihat campur tangan politik jijik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah koperasi negara
  2. Pajakan 99 tahun tanah perladangan milik Felda seluas 360,000 hektar dan tanah-tanah sedia ada tambahan. Peneroka dimomokkan dengan tanah-tanah ladang mereka dan rumah mereka tidak diusik tetapi tanah-tanah poket di dalam rancangan yang diusahakan bersama untuk dijadikan perumahan generasi kedua, pertanian, kedai dan aktiviti sosial turut menjadi mangsa pajakan selama 99 tahun
  3. Penghinaan terbuka Isa Samad kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan jawatankuasa pemimpin peneroka di Kuala Pilah
  4. Penyingkiran kakitangan kerajaan seperti Pengarah Besar Felda yang dicutikan selama 8 bulan serta penyingkiran Timbalan Pengarah Besar Felda yang dihantar ke JPA untuk memasuki ‘pool’. Terdapat juga beberapa pengarah dan pegawai Felda lagi dikenakan tindakan atas alasan menjadi dalang menghalang penyenaraian dan membocorkan maklumat. Tidak sedikit pun media menyentuh bahawa Ketua Peneroka Felda Kebangsaan iaitu Pak Sam adalah juga Ahli Lembaga Pengarah Felda yang mempersoalkan keputusan yang dibuat dan akhirnya hilang sabar dan mendedahkan perkara dalam mesyuarat lembaga pengarah Felda kepada peneroka-peneroka dan di dalam sidang media.

Segala usaha demonstrasi, blog dan akhbar menyatakan bahawa pengurusan dan kakitangan Felda mengkhianati Perdana Menteri dan menyembunyikan hakikat bahawa pemimpin peneroka 11 wilayah bersatu hati turut menentang agenda tersembunyi dalam penyenaraian ini. Pengedaran VCD sidang akhbar pemimpin peneroka pada masa ini tersebar luas di meja penjual ceramah agama dan politik seluruh Negara. VCD ini menunjukkan bukan sahaja Pak Sam, iaitu Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang bersuara, malah beberapa pemimpin peneroka yang lain termasuk penerokawati turut menyuarakan pandangan. Turut terlibat adalah pemimpin peneroka di kawasan peti undi PM dan Menteri Koperasi sendiri.Lagi kuat Isa Samad dan media memainkan isu Felda Global sehingga naik muak rakyat Malaysia mendengarnya, semakin ramai rakyat yang mencari berita alternatif kepada berita yang disiarkan.Perkara ini sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia sejak zaman reformasi sehingga munculnya Smart Phone dan Ipad menggantikan akhbar sedia ada.

Majoriti rakyat diajak mempercayai bahawa Isa Samad adalah Isa Al-Masih, penyelamat Felda dan Koperasi Permodalan Felda daripada penyelewengan pengurusan dan lembaga pengarah KPF.Ahli-ahli KPF perlu diselamatkan dari dividen 15% yang dinikmati selama ini.Yang menyatakannya adalah Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim, bekas calon Keadilan yang bertanding di Teluk Kemang, Port Dickson sebelum kembali menyertai UMNO Teluk Kemang di mana Isa adalah ketua bahagian.Malah kehadiran gerombolan Perkasa menyerang ibu pejabat Felda dan memaki pengurusan Felda sangat mudah dibaca kepentingannya kerana selain Ruslan Kasim, Zahid Mat Arip yang mencari makan dengan Isa Samad sebagai pegawai khas juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Perkasa. Yang menariknya, peneroka yang tertipu untuk hadir program demonstrasi tersebut kini bercerita di kawasan masing-masing betapa mereka merasa menyesal dan kini bersemangat menentang Isa Samad. Malah, di dalam blog dan website Perkasa sendiri, ahli-ahli Perkasa yang tidak tahu pangkal sebenar dan hadir dalam gerombolan tersebut kini mempersoalkan kenapa Perkasa digunakan dalam isu Felda yang jelas menjaga kepentingan Melayu sebelum ini. Ternyata tindakan demonstrasi tersebut telah ‘backfire’ kembali kepada pemimpin Perkasa kroni Isa Samad apabila pemimpin bawahan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Perlu diingat bahawa keanggotaan Perkasa adalah secara sukarela dan ahli di bawah tidak mendapat sebarang gaji dan kepentingan melarang mereka bersuara di dalam Perkasa.

Persoalan bermain di dalam minda warga Felda adalah kenapa Najib mendiamkan diri? Jika tahun ini sahaja, undi Felda telah memenangkan BN di beberapa pilihanraya kecil serta mereka telah bersengkang mata, bermandi darah memajukan sehingga Felda berkembang pesat ke tahap hari ini, kenapa kali ini mereka dipanggil pengkhianat dan sebagainya semata-mata mahukan penjelasan penuh berkenaan penyenaraian dan menolak campur tangan dalam koperasi permodalan felda yang dianggap tidak patut dilakukan.

Blog-blog Pro PR cuma boleh menyimpulkan bahawa tindakan Najib mendiamkan diri adalah kerana telurnya dipegang Isa Samad yang mengetahui dan menyelamatkan Najib dari skandal khalwat di Port Dickson.Benarkah semudah itu? Hmm..kita minum Milo Suam dulu.

NUkilan Puterikarimun

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP