Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Friday, December 16

Gua sumpit lu

Orang ramai disaran melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika terdapat peniaga menaikkan harga barangan secara melampau menjelang perayaan Krismas minggu depan.

Apakata kita semua buat laporan minyak naik, tarif eletrik naik, gula naik, budu naik, badak berendam naik kepada KPDNKK, lu nak kencing siapa beb, barang semua dah naik la beb, samada lu orang lembab makan gaji buta, atau buat2 pekak telinga, butakan mata je.

Gua nak tanya apa barang yang tak naik sekarang ni Teh O kosong pun dah naik ni kan pulak, barang lain, apa yang nak sibuk suruh orang report barang naik, sedangkan lu semua dah cukup tahu barang semua dah lama naik. pendapatan tetap ciput beb.

Gua sebenarnya nak cerita pasal Bantuan rakyat satu Malaysia, gua tertarik bukan kerana jumlah yang nak diberi tapi jumlah yang dijangka akan menerima bantua tu. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Lu dapat bayangkan tak apa dalam fikiran gua, kenapa bantuan tu diberikan kepada rakyat yang berpendapatan RM 3000 ke bawah. pada gua la dengan pendapatan RM 3000 kebawah ni cukup-cukup untuk menampung hidup dalam Malaysia yang tiap2 hari barang naik.

Nak hidup mewah jauh sekali beb, bayangkan la belanja dapur je mungkin boleh cecah rm1000 bagi keluarga besar, maksudnya boleh la sekali sekala beli ayam, daging, ikan dan lain2 makanan berkhasiat untuk keluarga. rm 600 pula bayar kenderaan, rm400 duit minyak tu pun kalau cukup, baki rm1000 nak bayar rumah, bil api air, belanja sekolah anak2 dan macam2 lagi. jadi kalau ada rm3000 sebulan bolehla dikatakan cukup2.

Nak simpan mungkin susah tapi bagi yang boleh berjimat adalah baki untuk menabung macam cerita rosmah menabong dari kecil tu. Tu pu kalau gaji boleh cecah rm3000 tapi kalau gaji bawah rm 1000 kebawah mahu pecah kepala beb. dan gua rasa la mejoriti rakyat Malaysia ni dalam kedudukan gaji RM1000 lebih kurang.

Ok gua sebenarnya lebih tertarik dengan cerita 53% rakyat Malaysia berpendpatan bawah RM3000 ni. Apa cerita ni beb, kata Malaysia ni sudah maju tapi kenapa pulak ujud lebih dari separuh rakyat hanya berpendapatan cukup2 beb. bermakna selama ni kerjaan berbohong la kata kita semua telah hidup senang, aman damai. Jadi bulat2 la selama ni kita semua kena kencing. konon jumlah rakyat miskin atau berpendapatan rendah semakin menurun.

 Gua sumpit lu orang! diam2 sana undi BN je, amik sorang RM500 yang lebih gua nak bagi2 dengan kaki ampu gua, barang naik jangan kecoh2 terima je.

Dah 54 tahun beb BN ambil alih pemerintahan dari british. tapi apa kejayaan sebenar BN ni.Cuba cerita sikit kat gua kenapa 53% ni masih ujud. Semalam bukan main lagi shafie bedal kata dengan megahnya serupa macam kata pak din pagoh, bahawa HANYA BN SAHAJA MAMPU MEMERINTAH NEGARA. Ini ke yang disebut mampu. dah hilang akal ke apa?





4 comments:

Isa December 16, 2011 at 12:17 AM  

Pinjam sumpit bro... gua nak pi sumpit bapak si Dafi yang cakap pakai lubang juboq tuuuu... hahahaha...

Anonymous,  December 16, 2011 at 12:38 AM  

Kata negara dah maju, pendapatan rm 3000 kebawah 53% Lain lah anak badak sumbu air itu, menabong sejak umur 5 tahun.

Johor Born December 16, 2011 at 6:50 AM  

bro isa, itu sumpit bukan ana yang punya tapi pak din pagoh yang punya! kah kah kah

Anonymous,  December 17, 2011 at 12:41 AM  

Politik-politik juga ... apa guna kalau hanya tinggal kuasa, ekonominya tiada...

Kalau Ghani kekal dijohor bakal tergadailah seluruhnya kepada Dato Lim... dulu tanah KPRJ semuanya telah berpindah milik kini syarikat dalam kumpulan JCorp jadi sasarannya...

Lihat saja berita.... entah dari mana gerangan syarikat polong tidak bertuan CVC muncul nak membeli kepentingan semua...

Dahle nak kena bayar hutang ... kena paksa lagi berhutang oleh sapa... MB jugak punya kerja...

http://selamatkanjohor.wordpress.com/2011/12/16/3-abdul-kembali-semula/

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP