Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, October 17

perkasa, pemuda umno dan pemuda pas satu kapal

PAS akan membuat pendirian rasmi sama ada menyertai atau tidak Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam, Sabtu ini yang diadakan, antara lain untuk menyatukan umat Islam dalam satu saf bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu mencegah murtad.

Gua tertarik dengan cadangan himpunan ini, cuma gua nak tahu siapa penganjur, gua dengar perkasa, pemuda umno dan pemuda pas akan ikut serta, tapi gua betul2 sangsi apa sebenarnya motif perhimpunan ini.Kenapa baru sekarang, kenapa dah dekat pilihanraya, dan banyak persolan lagi kenapa?

Pada gua la lantak lu orang nak berhimpun tapi bila ianya melibatkan perkasa dan pemuda umno, gua langsung tak percaya, manusia yang pernah mencabar nak pelangkong orang Islam masa Bersih, yang maki hamun pemimpin lu, yang lari ketakutan sembunyi belakang bini, yang cakap berbelit2 putar alam. adakah semua kutu2 ni lu nak percaya. Ok la kalau lu kata kali ni je kita kena percaya sebab perhimpunan ini penting untuk mengembalikan maruah Islam, pada gua pegi da, pegi la mabuk. Kutu2 ni semua mana boleh percaya, lu yang penat2 datang berhimpun satu Malaya dia pukul canang dia yang berjaya.

Apa pemuda pas tak reti2 lagi perangai kutu2 berahak perkasa dan umno ni ke, puak yang terang2 tolak hudud meroyan nak mempertahankan akidah Islam, sendiri mau ingat la, akidah sendiri pun tipis macam kulit bawang.

Kalau benar la pemuda Pas nak mengikuti himpunan ni, lu orang pikir baik2, jangan sampai ayam ditangan terlepas, tangan pula begelumang dengan tahi, lu orang kena pikir kesan kepada tindakan lu orang, gua bukan cerita lu orang jangan jadi bacul tak nak pertahankan akidah Islam, tapi lu kena ingat kapal mana lu naik ni, kalau kapal yang lu nak duduk tu terang2 bersih ok la, tapi lu orang pun tahu kapal yang bakal lu naik ni akan diisi oleh pengotor2 yang penuh dengan najis. nanti jangan salahkan pengotor2 ni kalu lu terkena najis, lu sendiri yang rela naik sekapal dengan dia.

Gua tak nak komen banyak2 la nanti gua dituduh sudah kena beli pusing menhentam orang2 pakatan, tapi kalu gua la gua tak nak campur kutu2 perkasa dan umno dalam satu kapal, baik gua buat kapal sendiri.

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP