Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, October 17

Johor oh Johor

Untuk entry kali ini gua suka sekali lagi bercerita tentang kekaratan yang terus membelengu warga tua dan sebilangan kecil anak2 muda. Gua suka kecilkan skop pemikiran rakyat kepada beberapa bahagian, kalau dibandar2 besar seperti bandar penggaram, maharani, kluang, kulai, senai,johor baharu gua tak berapa nak ambil pot sebab rata2 diaorang ni dah mula buka minda diorang dah mula menolak BN sebab dah mula merasa kesempitan hidup, dan rasa tertindas dek keadan harga barangan yang semakin mengila harganya, dan dari senario ini gua mula faham orang Johor ni bila dah tersepit baru nak sedar.

Di kawasan2 kampung umno betul2 karat mungkin orang kampung belum merasa kesukaran untuk makan dan sebagainya, Orang2 kampung yang mejoritinya petani sekarang in tidak begitu terasa kerana harga sawit dan getah boleh dikatakan tinggi. Kalau di daerah gua Batu Pahat, kawasan Sri Medan, Rengit, Senggarang, Air hitam, Parit raja, Semerah, Parit Sulong masyaallah karatnya mintak ampun susah nak berubah.

Gua ingat lagi mas YB Sallehuddin Ayub dahulu sebelum ada apa2 pangkat besar seperti sekarang selalu ngeteh dengan gua di kedai kopi Odeon pekena roti bakar, air kopi kaw di gerai tugom. rajin juga dia bercerita tentang karatnya umno Johor terutama di kawasan senggarang, gua respek Yb ni sebab masa dia berjuang dalam Pas ni berape kerat je orang melayu yang kenal Pas masa tu dia muda lagi tapi Yb ni begitu istiqmah pada perjuangannya walaupun anak muda seangkatan dengan nya karat dengan UMNO, sejak dia jadi ketua pemuda pas Johor gua da tak pernah jumpa dia mungkin jugak dia dah lupa agaknya.

Dari pemerhatian gua, apa yang gua nampak orang Johor kurang diberi penerangan sebenar tentang Pakatan, apa yang diorang nampak Pas ni umpama lebai yang kerjanya asik memandang serong kepada orang lain, sebab gaya komunikasi orang Pas Johor nampak macam alien kepada budaya melayu Johor, budaya mengutuk, regid, dan kurang toleran terhadap masyarakat Johor menjadikan Pas seperti musuh yang patut dihindar, mungkin sekarang pendekatan telah berbeza tapi bagi masyarakt johor masih belum dapat menerima. untuk mengundi pkr pula gua ingat orang Johor lagi la berfikir 10 kali, sebab bila menang je dapat offer bagus terus melompat.

Johor pada gua masih kubu kuat umno selagi pengundi tua masih boleh mengundi, kerja keras perlu dilakukan oleh pengerak2 parti untuk memberi penerangan kepada pengundi muda, yang tua boleh juga tapi harapan untuk melihat diorang buang karat Umno tipis, mungkin kalau PR berjaya ke puterajaya baru la cerita sebenar politik malaysia boleh didedahkan dan pada masa itu la penyokong karat Umno di Johor ni baru menyedari mereka kena tipu oleh pencacai2 umno.

Tapi tak semestinya hati orang tua Johor akan terus kekal dengan Umno usaha dan doa itu penting kerana itu urusan Allah untuk mebolak balikan hati manusia,

-nukilan jbal gua edit sikit je

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP