Hari ni gua ngeteh dengan pekerja gua, berbual pasal politik, semua pulun habis sokong pakatan, las sekali gua tanya soalan cepumas korang da daftar mengundi belum, semua terdiam sorang je jawab da tapi da lama dulu, sampai sekarang pun tak sekali pun tak mengundi, gua apa lagi pulun la sekor2, bunyi dahasat bedegar gila, kalau pakatan menang macam pam tayar kertapi pun boleh, rupa2nya hampeh, semua belum mendaftar. Ari isnin gua arahkan semua datang lewat suruh gi daftar, mati2 gua ingat kutu2 ni dah daftar!
Dari cerita ni gua terus terfikir nak buat entry pasal bab daftar mengundi ni, sikit masa dulu gua peratikan umno rancak adakan kempen daftar undi kepada anak muda, diorang pancing senang je, pasang 2 3 kemah 1001malam pastu adakan promosi servic motor kat satu kemah, beratur beb wa cakap lu mamat motor sibuk antar motor, satu kemah lagi seperti biasa la umno tak de muzik tak rock la beb, berdentam dentum bunyi, kan budaya umno suka muzik gua nak tanya lu mana ada satu funtion umno yang tak de muzik, umno nagan lagu mana boleh pisahkan beb, macam bik mama n karoke, tu pasal la bila 3 artis masuk umno, satu dunia heboh beb, terkinja2 babun2 umno kegembiraan artis masuk umno la katakan,.....kah kah kah
Satu kemah lagi diorang letak la 3 4 orang gadis (tak tahu la pulak gadis lagi ke, cikaro ke kata budak sekarang, bohsia ke kata budak dulu, atau masa zaman gua dipanggil abu, anak bawah umur, tapi gua sangka baik semua tu gadis la) memujuk kaki motor ni daftar undi, berebut beb gua tengok diorang isi borang, biasa la budak muda, nampak gadis mesti ushar, tu normal, ni satu lagi perangai umno suka sangat pancing orang gunakan gadis, tak sah kalau tak ada gadis macam kurang seri je, Sebab tu dalam umno da tua bangka mak orang da nak jadi nenek umur 40 pun dipanggil puteri weeek.
Gua tengok ada la seorang dua mamat dari spr duk kat meja kelamkabut taip laptop.
Masa tu gua respek juga la pemuda umno ada ambil inisiatif, nak menambahkan penyokong, pakatan pulak gua tengok selamba je tak buat apa2 kalau ada pun tu masa intifal pasti, tapi yang ramai datang pulak lebai2 yang daftar mengundi apa ke hal nak daftar lagi. untuk menarik anak muda, pakatan macam kurang idea je, ini gua cerita tempt gua la, Johor yang memang karat bersisik dengan umnonya, tapi rata2 gua tengok la anak2 muda Johor ni sebenarnya penyokong kuat Pakatan cuma sokong je la boleh undi gua tak tahu la pulak.
Kalau di Johor ni pakcik dan makcik umur atas 50 memang payah, lu cakap apa pun, terangkan sungguh2 macam mana pun umno tetap pekat melekat, Cuma sekarang ni je la bila Rosmah ujud baru la ada perubahan sedikit, ada la juga makcik2 dan pakcik ni bersuara tapi tetap cakap2 belakang je takut ketua cawangan ke atau ketua kampung tahu. syyy jangan cakap kuat2 nanti tok ketua dengar, tapi ada la juga dek kerana meluat diorang da mula bercakap.
Kalau dulu la kat Johor ni, kalau lu cakap kutuk je BN alamat la raya ke, kenduri kendara ke, confirm lu kena pulau. kutuk umno umpama lu kutuk mak bapak diaorang, kalau lu kutuk hukum hudud tak pe, jadi bahan lawak lagi, satu kampung boleh tergelak, macam tu la parahnya karat Umno kat Johor ni.
Berbalik kepada cerita gua mula tadi gua rasa la penyokong Pakatan kena alert dengan masalah anak muda tak daftar mengundi ni, kena cepat bertindak, nanti tak pasal2 yang pilih wakil rakyat bukan anak bangsa sendiri tapi, mat bangla, mat indon, mat vietnam, mat maynmar, mat nepal, baru menangis tak berlagu.
2 comments:
hahaha...artis2 tu boleh bimbing puak2 umporno ke pintu neraka...
aku pun setuju dgn pandangan ko.aku pun org johor gak...ingat masa kat 'u' dulu,ada la trbawa balik surat khabar keadilan...apa lagi..membebel la bapak aku dekat berjam-jamlamanya...walaupun ada yang dah sedar tentang kepincangan umno, tapi orang johor masih tak berani utk ubah undi pd pakatan...aku ingat mungkin 10atau 15 tahun akan datang kot umno dapat di tumbangkan di johor!!!
Post a Comment