Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Tuesday, October 4

BUMI DIPIJAK MILIK ORANG

Malam ni gua tak dapat nak tido awal, esok ada meeting kena prepair, pastu tengah kira gaji pekerja2 gua, dalam ramai2 tu gua tengok ada seorang mamat ni balance gaji nagetive pening dan kesian gua tengok, advance terlalu banyak nak kata da kahwin, bujang lagi. ntah apa di buat dengan duit dia gua pun tak tau.

Cerita pasal gaji ni gua teringat pasal kecoh sekejap nak bagi gaji minima kepada pekerja Malaysia, lama dulu seingat gua la kata nak naikan gaji minima pengawal keselamatan ke rm1200. tapi sampai sekarang senyap je, heran juga gua, kemudian nak adakan  Akta Konsultasi Gaji sampai sekarang tak de cerita. harga barang makin melambung gaji ciput apa nak suruh orang kebulur ke baru nak betul2 bertindak,

Baru-baru ni Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) menyerahkan memorandum agar Akta Gaji Minima digubal sini dan mencadangkan gaji Rm1500. tapi ada ke tindakan susulan dari kerajaan, sekarang parlimen tengah bersidang apa lagi tak pandai2 nak bentangkan.

Apa pemimpin sekarang ni buta ke, tak nampak ke rakyat kais pagi makan pagi, sekarang ni 33% dari jumlah pekerja Malaysia menerima gaji dibawah paras kemiskinan RM720, rata-rata kilang bayar gaji lebih kurang RM600 je. pulak tu mejoriti pekerja kilang ni orang melayu, jadi mananya ngauman pejuang2 melayu yang kononnya membela bangsa. orang melayu meskin la weiii. lu tahu tak 33% tu mewakili 1.3juta orang. lu bayangkan 1.3 juta orang yang bekerja hidup dibawah paras kemiskinan, tu belum lagi masuk penggangur, warga emas, bekerja sendiri.Entah berapa juta orang yang sebenarnya miskin agaknya.

Pendatang asing yang datang kat Malaysia ni, belambak2 jadi kaya, anak tempatan dapat apa, dapat usung bendera dacing kehulu kehilir dengan megahnya. kenapa gua kata macam ni sebab mejoriti golongan perkerja yang bergaji dibawah paras kemiskinan ni la biasanya menjadi pencacai tegar BN. Bila gua tulis en3 ni gua teringat lirik lagu gua lupa tajuknya, kalau taksilap gua macam ni la gua da 20tahun kuar U mana nak ingat lagu popular kat u ni dulu,

ANAK KECIL MAIN API,
TERBAKAR HATINYA YANG PEDIH ,
AIRMATA DARAH BECAMPUR KERINGAT,
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG.





3 comments:

teratailiar October 4, 2011 at 2:34 AM  

bro...

tukar la lirik tu...

bumi dipijak milik BANGLA!!!

kah!kah!kah!

Johor Born October 4, 2011 at 7:47 AM  

sbb bukan bangla je bro indon, nepal, pakistan n mcm2 lg ada

Anonymous,  October 4, 2011 at 6:46 PM  

tambah sikit lirik tu...

ORG KAMPUNG KAYA RAYA
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP