"Tetapi dalam hudud PAS akan dilaksanakan setelah berumur 18 tahun.
Ini jelas bercanggah dengan Islam yang mewajibkan dilaksanakan hudud
setelah seseorang itu mumayyiz iaitu yang telah mencapai usia 15 tahun,"
katanya.
kah kah kah kah, apa yang kambing kulim ni merepek ni, gua ingat la macam da jadi suatu sumpahan bila, jadi umno je mesti otak jadi mereng,
Gua teringat dulu ada satu mahluk ahli parlimen umno dari johor bila orang bercakap tentang isu agama dia pun sibuk cakap, tapi merapu gila, sampai kata malikat jibril berfirman la pulak, kemudian ada sekali orang sibuk pasal sembahyang hajat, ada satu kutu ni pun sibuk nak buat sembahyang hajat lepas solat asar.
Yang kambing ni pulak kata hudud wajib dilaksanakan kepada sesorang yang mumayyiz, setahu gua la maksud mumayyiz ni sepanjang gua belajar sekolah agama sehingga darjah khas, dan pengajian agama disekolah rendah hingga la ke universiti, baik guru atau pensyarah kata mumayyiz adalah kanak2 yang dapat membezakan antara baik dan buruk, yang najis dan tidak. dan biasanya kanak-kanak tersebut berumur lebih kurang 2 hingga tahun. Jadi apa ke jadahnya budak yang baru berumur 3 tahun tertakluk dengan hukum hudud. Nampak sangat bangangnya.
Yang berumur 15 tahun tu setahu gua dipanggil Akil Baligh, Nampak tak bertapa mereng nya otak mamat ni, gua tak nak la kata itu kafarah dari Allah untuk mahluk yang cuba mempermainkan hukum Nya. sebab gua juga hanya mahluk yang tidak mungkin mampu mentafsirkan segala perancangan Allah. Tapi ikut akal gua yang tak berapa cerdik ni kadang2 terfikir kearah itu. Gua harap semua faham maksud gua ni.
Ni la kadang2 bila nak berlagak sangat pandai rupa2nya pandainya tu tak mampu nak melangkaui ilmu Allah. Dan bila beria-ia nak menafikan hukum Allah masa tu juga lidah jadi kelu macam george bush, atau ditutup pengetahuan bila berkata atau di tunjukan kepincangan diri sendiri atau ditonjolkan kebodohan. Contoh mudah mahafiraun mahatet penderhaka sultan tiba2 di lupakan ingatan semasa menyerang orang lain. Atau ditonjolkan kebodohan kambing ini semasa membuat komen mengatakan biadap kepada Aziz Bari menegur sultan. sedangkan khilafah urrahsiddin pun boleh ditegur walaupun Rasullulah menjamin syurga kepada khalifah2 ini.
Gua sebenarnya tak nak menyerang kambing kulim ni dan bagi publisiti percuma kepada munafik ni tapi gua rasa kena juga bercerita kerana tidak mahu orang lain terpengaruh dengan kata2 gila munafik sekor ni.
0 comments:
Post a Comment