Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Sunday, June 10

tengkorak lu

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan dari masa ke masa bagi memenuhi aspirasi dan tuntutan golongan muda di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata seseorang anggota kerajaan ataupun ahli politik itu tidak boleh kaku dan beku dengan cara dia melaksanakan tugas, tetapi mesti berani membuat perubahan dan adaptasi kepada keadaan semasa.

Ye la tu, kencing lebat lagi jib, lagi lebat lagi bagus lagi kuat bau hancingnya, lu cakap nak lakukan perubahan untuk memenuhi aspirasi n tuntutan golongan muda, apa yang lu faham dengan aspirasi n tuntutan org muda adakah  senarai kat bawah ni yang lu katakan.

Senarai perubahan yang telah berjaya dibuat oleh kerajaan barisan demi anak muda
1.Sewa K-pop rm 2juta untuk tuntutan rohani anak muda.
2. menubuhkan sekolah untuk perempuan mengandung  Melaka
3.himpuna sejuta belia wasatiyah
4. samseng dan kaki pukul

Kalau macam ni la lu fikir nak memenuhi asprasi n tuntutan anak muda, korak lu, siapa penasihat banggang lu ni.

Anak muda sekarang ni nak peluang pekerjaaan, nak kerja, nak tengok pemimpin amanah, nak hidup aman, tak nak keluar u je penuh beban hutang, nak hidup selesa, bukan tak de kerja, atau bayaran upah kerja ciput cukup-cukup makan sahaja, nak keadilan sosial, bukan nak tengok orang melayu jadi juara dadah, juara rempit, juara mati katak, juara buang anak, juara mengandung tanpa bapak, juara hiv, juara bohsia, juara cikaro, juara sumbang muhram, juara lari dari rumah. juara pecah rumah.

Lu faham tak anak muda sekarang ni dah kritikal, semakin hilang pedoman, dah semakin terpinggir, da asik hayal dngan keseronokan dunia, dah jadi semakin kurang ajar, da semakin ramai sanggup jual maruah sbab nak duit, dah tiada tempat berpaut, kenapa? sebab pemimpin nya kaki rembat duit rakyat, pemimpinya dalam kepala hotak lu orang anak muda mesti kna sogokan dengan hiburan, mesti ada konsert, mesti ada penyanyi.

Anak muda yang di wasatiyahkan oleh lu orang ni sekarang hanya nampak bidang hiburan sahaja menjanjikan hasil lumayan, tak pun dapat jadi bini no 2 ke 3 lu orang, yang jantan lak mana tau boleh jadi anak ikan bini-bini lu orang, sebab tu semua sibuk nak jadi penyanyi walaupun suara boleh pecah gegedang telinga, sibuk nak jadi pelakon walaupun bakat macam lembu jantan tengah usha lembu betina. 

Sampai bila lu nak biarkan anak muda terkedik sana sini dengan dunia hayalan ciptaan lu orang ni. nak biarkan anak muda lingkup ke apa?


0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP