BLOG NI UNTUK ILMU DAN LUAHAN RASA GUA TERHADAP KETIDAKADILAN YANG BERLAKU
ISTIQOMAH
SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA
BUNTATJ@GMAIL.COM
BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN
Wasiat Saidina Ali...
1. Dosa yang paling besar ialah takut. 2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa. 3. Berani yang paling besar ialah sabar. 4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan. 5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"
Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang
berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah
bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru. Masyarakat
lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai
keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya
menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Agaknya apa akan jadi pada
akhir zaman apabila wanita mula bangkit memberontak, anak muda sudah
hilang akhlak dan kamu pula rasa tidak perlu lagi untuk berjihad.”
Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku akhir zaman
begini? Nabi berkata: “Ya, akan berlaku.
Lagi dahsyat akan berlaku.” Sahabat bertanya. “Apakah ada lagi yang
lebih dahsyat daripada suasana wanita memberontak, anak remaja sudah
hilang akhlak dan umat Islam tidak berminat lagi untuk berjuang?” Nabi
berkata, “Orang sudah tidak peduli lagi soal dakwah. Orang sudah tidak
mengambil kira lagi untuk mengajak kepada kebaikan atau mencegah kepada
kemungkaran.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah mungkin keadaan
ini akan berlaku?” Nabi SAW menjawab: “Yang lebih dahsyat lagi akan
berlaku dari itu.’ Sahabat bertanya: “Apa yang lebih dahsyat?” Kata
Nabi: “Apabila ada pendakwah yang keliru, tidak tahu membezakan mana
yang baik, mana yang buruk. yang mungkar nampaknya makruf dan makruf
seperti mungkar.”
Sahabat terkejut dan bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku
keadaan begitu?” “Ya, lebih buruk akan berlaku” kata Rasulullah,
“apabila yang buruk disuruh, yang makruf dilarang, “ Apa mungkin
berlaku, ya Rasulullah begini? Kata Nabi SAW: “Inilah satu keadaan
dugaan besar untuk umat Islam sehingga orang yang baik pun akan menjadi
keliru.” Agama Islam dasarnya ilmu kefahaman dan keyakinan terhadapnya
dibina daripada wahyu. Bukan boleh cakap sembarangan atau guna akal
semata-mata.
1 comments:
Nampak Lengan tu bukan Aurat ker???
Post a Comment